Saturday, May 26, 2012

BALA ALLAH SUDAH SAMPAI KE ATAS UMNO KERANA IANYA KEJAM DAN ZALIM SERTA RAKUS DENGAN KUASA

Dalam himpunan Hari Belia kereta melanggar penonton seperti u-tube yang disiarkan di bawah.


Sebelum itu, pada perhimpunan ulang tahun UMNO yang katanya ke-66 (sebenarnya baru berusia 25 tahun) telah berlaku kemalangan seperti berita di bawah :

 

TRAGEDI ULANG TAHUN UMNO KE 66 : BAS UMNO TERENGGANU LANGGAR TRELER. BAS UMNO KUALA BERANG PULA LANGGAR BAS UMNO. ADA MANGSA YANG TERKELUAR DARI BAS.

Seorang maut, 77 cedera dua bas bawa ahli Umno terlibat kemalangan


SEREMBAN - Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal pagi, tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera.
Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiri Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Ketika kejadian, sebuah bas dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, bas membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Berang, Terengganu yang dalam perjalanan ke Melaka itu melanggar belakang sebuah treler terlebih dahulu.
“Akibat perlanggaran itu, sebuah lagi bas yang membawa 44 lagi ahli Umno gagal mengelak bas yang berada di hadapan, lalu melanggar bahagian belakang bas berkenaan.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar, manakala 77 lagi penumpang rata-ratanya wanita termasuk pemandu bas cedera,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian.
Menurutnya, kesemua mangsa dikejarkan ke HTJ, di sini untuk menerima rawatan.
Pengarah HTJ, Dr Jaafar Che Mat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 5.40 pagi.
 “Kesemua yang cedera dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
Sumber : Sinar Harian


Gambar Bas Umno Kemalangan Maut. Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal pagi, tadi. Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan bas UMNO itu.


Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiri Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil.Ketika kejadian, sebuah bas dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.

No comments:

Post a Comment