Sunday, May 27, 2012

AL-HAMDULILLAH BALA DATANG LAGI KE ATAS UMNO


Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag

27 Mei 2012

PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.
 
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.
 
"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.

Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.
 
Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.
 
Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.
  
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan.


Ulasan :

Marilah kita bermunajat kepada Allah SWT semoga lebih banyak lagi bala dari Allah SWT menimpa ke atas UMNO kerana UMNO anti ulama dan anti ilmu berasaskan pengajaran al-Quran dan al-Sunnah. UMNO lebih suka menganjurkan kegiatan maksiat dan terimalah padahnya.


Dan baca artikel di bawah ini. Orang muda bermoral dan berakhlak, cerdik, pintar dan pandai berduyun-duyun menghadiri kuliah-kuliah agama. Yang tingal hanya muda-mudi yang tidak berakhlak melalak sana-sini, bodoh macam lembu dan kaki samseng.



Ustaz Azhar diharamkan di PICC, dibanjiri anak muda di Masjid As-Salam Puchong

No comments:

Post a Comment