Mampukah
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan
timbalannya Datuk Wan Ahmad Omar bertindak sebagai pengadil yang saksama,
sedangkan mereka juga merupakan ahli Umno.
Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa berdasar kepada carian
menggunakan kad pengenalan baru dan lama milik Abdul Aziz didapati beliau
merupakan ahli Umno di bahagian Ampang Selangor.
Manakala
Wan Ahmad pula ahli Umno di Cawangan Kampung Bongor, Dun Chetok, Kelantan.
“Samalah misalnya pasukan bola sepak Kelantan
melawan Selangor, namun pengadilnya orang Selangor, mampukah pengadil itu
bertindak adil. Tentunya ada sikap memihak,” katanya pada ceramah pra Bersih
3.0 di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.
Ribuan
anak muda hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun hujan turun tidak berhenti
sejak Isya’ sehingga akhir program. Program bermula solat Maghrib, Isya’ dan
solat hajat. Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu, Pengarah Pilihan
Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, ketua penerangan, Dr Muhammad
Fadzli Hassan, pemimpin-pemimpin PAS dan PKR serta Pengerusi Gabungan NGO
Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof.
Sebelum
ini dalam satu sidang media di Kuala Lumpur Saifuddin yang juga anggota
parlimen Machang memberi tempoh kepada Abdul Aziz dan Wan Ahmad menjelaskan
status mereka dalam Umno.
“Bagaimana mereka berdua boleh bertindak adil
dalam mengendalikan pilihan raya kerana sudah jelas mereka merupakan juga ahli
kepada sebuah parti politik. Oleh itu kami mendesak mereka melepaskan jawatan
dalam Umno segera.
“Ini kerana kewibawaan sebagai orang penting
dalam mengendalikan pilihan raya mesti mendapat kepercayaan masyarakat untuk
menampakkan mereka benar-benar adil,” ujarnya.
Beliau
juga berkata, biar pun kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas parlimen mengenai
pilihan raya, namun tidak ada 22 cadangan asas yang dikemukakan pelbagai pihak
diambil perhatian serius untuk menambah baik sistem pilihan raya.
Katanya,
apa yang berlaku kerajaan hanya mempertimbangkan perkara yang dianggap remeh
termasuk menukar perkataan beberapa istilah dalam peruntukan pilihan raya.
Dr
Mohd Hatta pula berkata, SPR masih mahu mengekalkan senarai nama 40,803
pengundi yang status diragui dalam Daftar Pemilih Induk biar pun dibantah
pelbagai pihak.
Katanya,
bagaimana pemilih berkenaan mahu datang memperkemaskan rekod mereka dengan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedangkan kehadiran telah diragui lebih awal.
Sebelum ini Abdul Aziz dilaporkan berkata undang-undang tidak membenarkan nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan pihak JPN.
Pada
program itu juga anak-anak melakukan acara gimik menyerahkan bendera Bersih
3.0, bendera Kelantan dan Malaysia serta banner gergasi Bersih 3.0 kepada
pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang berada di pentas.
Sumber : DISINI
No comments:
Post a Comment