Friday, May 27, 2011

MUHAMMAD ZIR : ANTARA FITNAH DAN FAKTA

Orang Melayu yang menyertai DAP adalah pengkhianat bangsa. Ini fitnah. DAP mahu menghancurkan bangsa Melayu. Ini juga fitnah.

UMNO perlu faham bahawa zaman telah berubah. Bangsa Melayu sudah bertambah bijak, semakin ramai berpendidikan, semakin ramai yang menjadi profesional dan pakar dalam pelbagai bidang. Agenda UMNO yang asalnya memperjuangkan Melayu ini juga akhirnya pada masa ini hanyalah slogan untuk membeli undi orang Melayu, tetapi realitinya Melayu menjadi mangsa kerakusan politik UMNO. Justeru, siapa dapat menafikannya?

UMNO dan media kawalannya terus menerus mereka lakukan ialah menyebarkan fitnah dan fakta-fakta palsu. Mereka momokkan DAP di depan khalayak Melayu, iaitu jika DAP memerintah, nasib bangsa dan bahasa Melayu serta agama Islam akan pupus. Ini hanya lah fitnah. Kerja keji ini dilakukan semata-mata kerana mereka takut orang Melayu sedar bahawa amalan demokrasi sebenar di semua peringkat serta amalan yang berteraskan keadilan, hak dan peluang saksama akan sama-sama menguntungkan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Ini juga tidak menghairankan kita kerana semua tahu bahawa kerja fitnah-memfitnah ini adalah budaya amalan UMNO sejak beberapa dekad lalu apabila segelintir pemimpin mereka mula sedar “untung” yang boleh dikaut jika orang Melayu “memejamkan mata” terhadap salah guna kuasa, penyelewengan dan kronisme.

Baca tulisan Muhammad Zir : DISINI

ULASAN :

“Maka apabila jika kamu berkuasa , kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat. Allah akan menulikan pendengaran dan membutakan penglihatan mereka . (QS. Muhammad: 22-23). Ibnu Katsir berkata : Ayat ini mengandung larangan berbuat kerusakan bumi secara umum dan larangan memutus silaturrohim secara khusus.

Siapakah yang berkuasa di Malaysia sejak Negara mencapai kemerdekaan 54 tahun dulu?
Jawapannya adalah UMNO.

Siapa yang membuat kerosakan di muka bumi Malaysia ini?
Jawapannya juga ialah UMNO.

Siapakah menghina dan memperlecehkan Islam
Jawapannya UMNO dan para penganutnya.

Siapakah yang menjadikan Islam itu terpinggir dalam kehidupan orang Melayu. Orang Melayu menjauhi Islam?
Jawapannya UMNO

Siapakah yang bertanggungjawab 54 tahun orang Melayu-Islam masih tertinggal jauh ke belakang bersaing dengan orang bukan Melayu dalam berbagai sector social?
Jawapannya adalah UMNO


Siapakah yang menghakisan kedudukan kuasa politik orang Melayu-Islam dalam Negara ini?
Jawapannya juga ialah UMNO

Siapakah yang menjadi perompak harta rakyat (khazanah Negara), membazir duit rakyat, membolot kekayaan negara, menyeleweng dan menyalahgunaan kuasa, mengamalkan rasuah, menerima komisyen dan menjadi broker membaham harta rakyat atas nama pembangunan?

Jawapannya ialah para pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya.

Ekonomi merudum dan rakyat terseksa dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah angkara jahat UMNO.

Tetapi, sayang seribu kali sayang, ada Melayu yang bermindakan udang yang dibelancankan oleh dakyah UMNO percaya yang perjuangan UMNO adalah benar dan diredhai oleh Allah swt. Lain-lain parti umpamanya PAS adalah pengkianat Melayu-Islam.

Benarkan kenyataan itu?

Ya. UMNO tetap menang dan boleh menubuhkan kerajaan dari dulu sampailah sekarang. Ia tetap mengenggam kuasa. Kuasa itu adalah pemberian nikmat Allah kepada UMNO (sebenarnya UMNO tidak layak seperti yang dibincangkan di atas-banyak kezaliman yang telah dilakukannya ke atas rakyat) yang mana pemberian itu (pada pendapat saya) tidak diredhaiNya, tetapi UMNO tetap juga menang dan masih kekal berkuasa. Pemberian itu hanyalah istidraj.

Rasullulah s.a.w.bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah swt.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia (UMNO) yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka (terus melakukan kezaliman dan penindasan).

UMNO dan para penganutnya tidak sedar, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.Dalilnya sekarang,lihatlah betapa peritnya UMNO kehilangan sokongan bukan Melayu. Dulu bukan hebat UMNO memperondak-perandakan kawasan undi Melayu, disiang-siangnya, dibelah-bagi mengencilkan pengaruh Melayu. Negeri-negeri majority Melayu dinafikan hak untuk menambah kerusi. Sekarang rasalah, natijah berlakukan kezaliman terhadap Melayu-Islam.

Rasullulah saw bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Begitulah dengan UMNO. Jika Allah hendak hancurkan UMNO. Allah swt memberikan kuasa kepadaNya. Dengan kuasa yang ada padanya, kita telah saksikan di depan mata kita sendiri apa yang UMNO telah dan sedang lakukan. Rakyat pada umumnya telah boleh membuat penilaian, kecuali golongan yang masih lali dengan dogengan UMNO seperti yang disebutkan di atas.

Firaun, nikmatnya tidak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tetapi dengan nikmat itulah yang Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Najib, UMNO dan barua-baruanya tidak pernah mahu menginsafi peristewa-peristewa yang disebutkan itu.

Tidak semua Melayu mahu berfikir kenapa wujudnya watak Hang Jebat yang dicatatkan dalam sejarah ketamadunan Melayu silam.

Kini, UMNO telah menghampiri hari-hari akhirnya.

2 comments:

  1. cari yang benar..







    -------------------------------------------------------------
    PRU ke-13 Dan Pengkhianatan - Undi BN Undi HARAM. Pemimpin BN Pemimpin SETAN. Rakyat perlu bersedia dengan kehancuran dan kemusnahan generasi muda dan generasi baru
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete