Friday, May 27, 2011

5 LETUPAN KUAT GEGARKAN TRIPOLI

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi ini dengan kawasan sasaran jet pejuang NATO masih tertumpu di kediaman Muammar Gaddafi.

Lintasan pesawat pejuang boleh kedengaran di kawasan letupan pertama sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan, sebelum dissusuli empat letupan bom dalam beberapa minit.

Serangan NATO juga mensasarkan kampung Gaddafi, di Daerah Al-Aziziya district pada malam kelmarin dan lewat malam tadi menyebabkan tiha orang awam terbunuh manakala lebih 150 cedera. - AFP

ULASAN :

Peringatan Kepada regim UMNO.

Perkara seumpama ini bukan mustahil akan berlaku di Malaysia satu hari nanti apabila regim UMNO yang berkuasa terus menerus menekan dan menzalimi rakyat. Apabila rakyat bangkit untuk menuntut keadilan, hak itu dinafikan dan hak demokrasi untuk rakyat untuk bersuara disempitkan dan dimatikan untuk mengekalkan status quo UMNO memerintah.

Rakyat tempat hilang hak mengadu. Seluruh system negera berpihak kepada regim yang memerintah, kehidupan rakyat terus ditekan dan dizalimi,rakyat lemah untuk menentang pemerintah yang gagah perkasa, maka jalan keluar yang ada ialah meminta bantuan dari luar.

Campur tangan asing, walaupun pahit dan akan memberi kesan yang buruk terhadap politik Negara,rakyat tidak mempunyai pilihan lain bagi menumbangkan regim yang beraja di mata, bersultan di hati kerana rakyat sudah segala-galanya. Rakyat tidak mempunyai kuasa dan kudrat untuk menentang regim yang kurop dan zalim itu yang menguasai segala jentera dan senjata untuk memusnahkan rakyat yang menentangnya.

Campur tangan asing bukanlah asing bagi sejarah ketamadunan Melayu. Kejatuhan kerajaan Temasik (Singapura lama) adalah kerana kerajaan yang diperintah oleh Raja Iskandar Zulkarnain melakukan berbagai kezaliman terhadap rakyat. Raja Iskandar telah melanggari perjanjian di antara Raja dengan Demang Lebar Daun sehinggalah sampai ke satu tahap yang melampau batas-batas agama, maruah,harga diri seseorang dan sudah hilang prinsip-prinsip keperimanusian.

Fitnah memfinah menjadi budaya. Golongan yang kuat dan berkuasa menekan golongan lemah dan tidak berkuasa. Anak gadis Sang Rajuna Tapa difitnah berzina dan ianya disula dihadapan khalayak ramai.Hukuman dan tindakan Raja ini sangat menghina dan memalukan seluruh keluarga Sang Rajuna Tapa yang merupakan salah seorang pembesar Temasik.

Majapahit sebuah Negara yang bercita-cita besar untuk menguasai Temasik yang kaya-kaya telah mempergunakan Sang Rajuna Tapa (berpaling tadah kerana tidak tahan lagi dengan kezaliman Raja yang menghukum anaknya (dan juga rakyat turut tersika) yang tidak berdosa bertindak membuka pintu kota bagi membantu Majahit menyerang dan menawan Temasik. Akhirnya Temasik jatuh ke tangan Majapahit dan raja sempat menyelamatkan diri dan melarikan diri.

Wujudnya watak Hang Jebat dalam catatan sejarah Melayu adalah gambaran kerakusan dan kezaliman Sultan (pemerintahan) yang memeritah ikut nafsu setan yang bersarang di jiwa yang kotor yang tidak berpegang kepada ajaran agama dalam system bernegara. Percaturan politik dalaman (dendam kesumat dan semangat PHD) beransur-ansur melemahkan system pemerintah Kesultanan Melayu Melaka yang mashyor ke seluruh nusantara dan dunia.

Kemuncaknya, apabila datang fitnah terhadap Bendahara Tun Perak yang kononnya dikatakan Bendahara bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk merampas kuasa (mengulingkan pemerintahan Sultan). Sultan Mahmod yang mendengar berita itu terus mengeluarkan perintah (sultan memang menanti waktu dan ketika yang baik kerana baginda berdendam dengan Bendahara kerana tidak menyembahkan anak perempuan Bendahra, Tun Fatimah kepada Sultan untuk dijadikan isteri kerana kebetulan sultan ketika itu tidak ada isteri) menghapuskan seluruh keluarga Bendahara Tun Perak yang tidak berdosa dan tidak ada niat langsung untuk menderhaka kepada sultan, kecuali Tun Fatimah tidak dibunuh, malah diangkat sebagai permaisuri pula.

Akhirnya, system pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir dan dengan mudah Portugis menyerang dan menawan Melaka serta menyahkan sultan dan kerabatnya keluar dari Melaka merantau di negeri orang sehingga kini Melaka tidak beraja.

Sejarah tidak pernah penipu manusia, tetapi manusia yang menipu dirinya sendiri. Banyak ayat-ayat dalam al-Quran mengkisahkan kezaliman pemerintah tamadun terdahulu supaya manusia hari ini mengambil aktibar, tetapi regim UMNO yang berkuasa hari ini gagal menjadikannya sebagai sempadan dan teladan.

Tidak mustahil ada sebelingan kecil rakyat dalam negera ini cuba memohon bantuan asing bagi menghentikan kezaliman UMNO. UMNO akan hancur dan Negara ini dikuasai oleh bangsa asing. Sejarah akan berputar kembali kerana kealpaan kita. Melayu akan hilang, walaupun Hang Tuah pernah berkata ‘Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia’.

Untuk selamat, jalan terbaik nyahkan UMNO dalam PRU ke-13 nanti.

No comments:

Post a Comment