Monday, February 7, 2011

ADAKAH KITA PERLU MENYERTAI PILIHAN RAYA KECIL?

Dakwaan Zaid Tsabit mengatakan Zulkifli Sulung memburukkan Naib Presiden PAS dan yang juga Pesuruhanjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah tidak benar. Jawaban Zulkifli dalam laman tranungkite online adalah tepat.


Saya pernah mengulas isu ini dalam
blog saya ketika ramai orang bercakap yang UMNO akan menang besar dalam PRK DUN Tenang, ketika itu belum lagi tiba hari mengundi.


Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Zul itu memang kita boleh lakukan. Kata Zul kita ada 3 option (pilihan), iaitu PAS masuk bertanding, bagi kepada PKR atau boikot. Bagi saya kita hanya ada 2 option sahaja, iaitu masuk bertanding atau boikot.


Dari segi pendekatan politik kita perlu masuk bertanding. PRK adalah peluang terbaik kita untuk berlatih menghadapi PRU ke-13 nanti. Disinilah kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan persiapan jentera pilihan raya kita.Melalui PRK ini juga kita dapat bongkar lebih banyak lagikecurangan UMNO memerintah.


Dulu di Tenang dan kini di Merlimau, Melaka. Ia menjadi tumpuan rakyat seluruh Negara dan dunia mahu tahu apa yang Mohd Ali Rustam dan UMNO akan lakukan di Merlimau pula. Di Tenang seluruh rakyat (kecuali lembu-lembu dan manusia berfikiran JAHILLIAH) sudah sedar bahawa UMNO adalah hipokrit dalam mempertahankan kesucian Islam. UMNO biarkan MCA, khususnya Presidennya Chua Soi Lek menghina Islam semahu-mahunya.


Para pemimpin UMNO berseronok bertepuk tangan gembira kerana orang bukan Melayu menghina, memperleceh dan mengkeji hukum dan peraturan yang diamalkan oleh Islam. Mereka juga turut tumpang konon-kononnya memperlecehkan PAS, tetapi sebenarnya mereka menghina Islam. Menghina Islam bermakna mereka terlibat menghina Allah dan RasulNya.


Jadi, rakyat sudah faham bahawa UMNO hanya memperalatkan Islam demi kepentingan politiknya. UMNO menjadikan Islam sebagai perkakasnya untuk terus mengekalkan kuasa. Oleh sebab itulah Islam di bawah UMNO, semakin kecut dan tidak berkembang maju. Yang berkembang ialah masalah social orang Melayu yang dikatakan Islam itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Kadar jenayah yang meningkat, pergaualan bebas muda-mudi, pebuatan zina, minum arak, berjudi, buang anak, penagih dadah, rompak-mencuri dan berbagai lagi perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh orang Melayu yang dikatakan Islam.


Pegangan Islam di kalangan Melayu yang dikatakan Islam semakin longgar kerana UMNO tidak menjadikan Islam sebagai pegangan, sebaliknya Islam dijadikan hiasan semata-mata. Di Tenang PAS sudah menang, walaupun kalah dari segi pungutan undi. Menang menelanjang perangai para pemimpin UMNO umpama Iblis dan masih ramai orang Melayu di Johor khususnya di Felda-felda dibelenggu dengan fikiran JAHILLIAH.


Disamping itu, kita dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama jitu di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.Kita sudah lihat kerjasama itu yang ditunjukkan di Tenang, umpamanya DAP berhempas-pulas mematah hujah MCA yang disokong oleh UMNO membetulkan persepsi bukan Islam terhadap ajaran Islam sehingga orang Cina boleh menerima Normala Sudirman tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrimnya.


1000 tahun lagi pun kalau beginilah perangai UMNO, orang bukan Islam terus buta terhadap Islam.


Kini, tiba pula kita berjuang di Merlimau. Apakah bentuk rupa paras UMNO akan muncul di sini. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Kalah-menang, bukan perkiraannya. Lawan tetap Lawan. Telanjang UMNO dan Ali Rustam secukup-cukupnya. Saya percaya DAP mempunyai banyak bahan dan kisah-kisah yang lebih menarik untuk rakyat dan dunia tahu betapa buruknya pemerintahan di bawah UMNO.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

2 comments:

  1. Penginapan PRK DUN MERLIMAU MELAKA:3 BUAH RUMAH Family@Home & 1 HOSTEL Hubungi 0123736548

    http://jasinhomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete