Saturday, January 22, 2011

UMNO DERHAKA LAGI

TARMIZI MOHD JAM


Kengganan dan sikap berbelit-belit Umno Selangor untuk tidak mahu menyokong usul pindaaan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang akan dibongkar dalam Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" Rabu, 26 Januari ini.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam, ceramah rakyat ini akan disampaikan oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha yang juga Adun Tamn Medan, bersama penganalisa politik terkenal, Ahmad Subky Abdul Latif (bekas Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Ann Wan Seng (bekas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat). Program bermula jam 9.30 malam di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.

Mengulas isu ini, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari terkejut dengan jaminan BN Selangor, Adun-adun mereka akan hadir ke sidang Dun 24 Januari ini, tetapi tidak akan mennyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan.

Sebelum ini, BN mencanangkan akan memboikot sidang tersebut tetapi apa yang melucukan kenyataan Timbalan Pengerusi Umno negeri, Dato' Noh Omar, yang jelas tidak faham dan mengelirukan. Katanya, Noh mempertikaikan pindaan yang kononnya menunjukkan perkongsian kuasa antara Sultan dan Menteri itu mengengkari janji Pakatan Rakyat sendiri.

"Noh kena faham apa yang dikatakan pindaan itu sebenarnya mengembalikan peruntukan yang asal. Ertinya Noh tak baca peruntukan asal sebelum ia dipinda oleh Mike Tyson (Muhamad Muhd Taib) pada 1993 (yang memadam kuasa Sultan terus). Yang kedua Noh dan Umno tak faham konsep raja berperlembagaan di mana dalam proses perlantikan SUK ini tak siapa ada kuasa mutlak, baik Sultan maupun Menteri Besar," tegasnya.

Dalam peruntukan asal - yang hendak dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah Sultan bertindak sebagai agen semak dan imbang yakni menerima cadangan suruhanjaya tentang calon SUK dan dalam masa yang sama mendengar nasihat Menteri Besar dalam isu itu. Jelas Aziz lagi, semua ada bahagian dan peranan serta proses ini baik untuk menjaga dan mempertahankan kedudukan berkecuali dan profesional perkhidmatan awam.

"Ini yang Noh tak faham atau sengaja tak mahu faham. Noh masih tak mahu mengaku yang Umno mencuri kuasa Sultan tanpa pengetahuan raja kerana hendak membodek Tun Mahathir yang ketika itu meminda peruntukan imuniti Raja-raja Melayu. Umno tersepit. Kini cuba mengelak dari isu pokok yang sebenar yang mendedahkan tembelang mereka," ujar beliau.

Menurut Aziz, nasihat Menteri Besar penting kerana ia prinsip pokok demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. "Soalnya apakah Agong tidak perlu menerima nasihat Perdana Menteri? Jelas Umno tidak konsisten dan tidak faham perlembagaan. Undang-undang negeri dan Persekutuan prinsipnya sama. Nampaknya Umno tidak mahu Menteri Besar memainkan peranan hanya kerana ia tidak lagi menguasai Selangor. Ini pelik," tegas pensyarah kanan di UIAM itu.

Katanya, sikap dolak dalik dan memilih-milih undang-undang ini juga kelihatan dalam isu kerusi Dun Pelabuhan Kelang; seperti di Dun Kota Siputeh, Umno jelas takut menghadapi tindakan rakyat yang melihat sikap malas Adun mereka.


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment