Saturday, January 22, 2011

LEBIH BAIK ROSMAH SAJA JADI PM

Oleh :Ahmad Lutfi Othman


Kolumnis terkemuka, A Kadir Jasin mengulas beberapa respons dalam blognya, mengenai pembabitan aktif isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, terutama dalam lawatan terbaru ke Asia Barat (kunjungan empat hari ke Oman). Rosmah ke sana bukannya kerana mengiringi Najib Razak. Ini bukan kali pertama Rosmah bertindak atas kapasitinya sebagai "First Lady", yang sebenarnya tiada diperuntukkan dalam sistem pemerintahan di negara kita.

Melalui blognya, kadirjasin.blogspot.com, terdapat pembahas yang mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Menurut Kadir, seorang bekas menteri kanan yang diketahui cukup akrab dengan Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Selepas memperincikan kemunculan begitu ramai isteri sebagai pengganti suami dalam lanskap politik dunia, Kadir sempat mengusik: "Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya."Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau.

Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan."Saya turut bersetuju andaikata Rosmah berhasrat untuk terlibat aktif dalam politik, termasuk bertanding dalam pilihan raya umum dan bersedia menggantikan Najib nanti.

Situasi menjadi lebih keliru jika benar beliau sekarang bertindak di sebalik tabir dalam proses pembuatan dasar dan juga penganugerahan projek-projek. Keadaan hampir menyamai era Abdullah Ahmad Badawi apabila menantunya, Khairy Jamaluddin dikatakan menentukan keputusan-keputusan penting negara.

Biar rakyat membuat penilaian, sama ada seorang wanita bersedia dipilih rakyat sebagai Perdana Menteri, daripada membiarkannya menjadi dalang yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, 'kan? Apatah lagi lawatan glamournya itu menghanguskan wang rakyat yang begitu banyak.

Bayangkan saja kos penginapannya di sebuah hotel di Dubai didakwa mencecah RM140,000 semalam!Lebih daripada itu, Rosmah cukup licik mempergunakan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri, sehingga banyak pihak rimas dengan "kuasanya" yang melampaui batas. Segalanya mahu disentuh Rosmah, kadang-kadang mengalahkan menteri yang mengetuai potfolio tertentu.


KOMEN :


Saya sangat bersetuju. Rosmah ganti Najib sebagai PM Malaysia ke-7 selepas PRU ke-12 nanti. Pada ketika itu, Najib hanya layak sebagai tukang angkut bag Rosmah. Lebih baik lagi hanya tinggal di Seri Perdana sahaja menjaga anak-cucu, di samping menonton dan membaca. Urusan Negara serahkan kepada Rosmah. Relexkan.


Amat malang nasib rakyat di Negara ini. Dapat PM Pak Lah, Khairy jadi hantu raya. Dapat Najib kena ‘Queen Control’ .


Persoalannya di sini “bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri” tanpa mengiringi Najib sebagai PM yang sah pada ketika ini.


New Straits Times pada 12.11.2010 menyatakan i:

“NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.

However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

"TOLAKLAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment