Sunday, January 9, 2011

SOLAT HAJAT PENUH SESAK DI STADIUM MALAWATI


Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din. Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.


Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.


Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.


Saksikan gambar-gambar para pejuang kebenaran menentang kezalman UMNO:




KOMEN :


Para pejuang kebenaran dan keadilan yang menentang kezaliman dan kerakusan UMNO yang menjadikan Malaysia ini harta mak bapak mereka mengabdikan diri kepada Allah swt memohon perlindungan dan kesejahteraan untuk rakyat dan Negara ini. Disamping itu, memohon petunjuk semoga UMNO cepat-cepat dihancurkan seperti IA menghancurkan tentera Abrahah yang ingin menakluki Kota Mekah.


Berdoa ialah ubat mujarab bagi setiap mukmin yang ditimpa kezaliman yang dilakukan oleh UMNO, disamping itu seluruh pejuang perlu mempertingkatkan usaha dengan berbagai cara dan kaedah bagi membolehkan UMNO dikuburkan dalam PRU ke-13 nanti.


Berlainan sikap UMNO celaka laknatullah. UMNO hanya bergantung harap kepada pasukan polis untuk memanjangkan hayatnya di samping lain-lain organisasi. Ketahuilah tiada ada satu badan atau organisasi yang hebat dan kuat sebagaimana pun tidak mampu mempertahankan survival UMNO untuk selama-lamanya, sekiranya Ia adalah kehendak Allah, maka UMNO akan hancur sehancurnya.


Buktinya, Marcos, Suharto, Shah Iran, Saddam Hussein dan lain-lainnya dihancurkan oleh Allah swt kerana kezaliman, ketidakadilan dan rakus dengan kuasa sebagaimana UMNO amalkan dulu,kini dan selama-lamanya.

"TOLAKLAH DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT"

1 comment: