Wednesday, January 12, 2011

AHLI POLITIK DAN KERABAT DIRAJA MALAYSIA SUKA BERJUDI

Saya terjumpa satu keratan akhbar THE SUNDAY STAR keluaran 17.07.2005 memaparkan ruangan eksklusif, isunya layanan permaidani merah oleh kasino enam bintang di London dan Las Vegas terhadap tahi-tahi judi VVIP dari Malaysi.


Menurut akhbar tersebut selain Osu Hj. Sukam terdapat kira-kira 10 orang lagi warga Malaysia yang berhutang dengan kasino-kasino ini antara RM250 ribu sehingga berjuta-juta ringgit Malaysia.


Siapakah tahi-tahi judi kelas pertama dari Malaysia ini?


Menurut akhbar tersebut antara tahi-tahi judi yang besar dari Malaysia termasuklah ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli politik dan kerabat DiRaja.


Malah akhbar tersebut memetik seorang Datuk, ahli perniagaan dari Selangor yang biasa mengunjungi tempat-tempat maksiat ini:


He said the clubs did not forbid Muslims from gambling, which explained why SOME Malaysians could gamble there.


Menurut akhbar ini kelab-kelab ini tidak melarang orang Islam berjudi, kerana itulah SEBAHAGIAN warga Malaysia boleh berjudi di sana.


Selain Osu, siapakah lagi rakyat Malaysia yang beragama Islam yang bernafsu besar, berjudi di sana itu?


Kalau kerabat DiRaja, sahlah orang Islam belaka.


Akhbar itu turut mendedahkan kandungan affidavit Ritz Hotel Casino terhadap Osu Hj Sukam yang difailkan di Mahkamah Tinggi London. Menurut afidavitnya, Osu sebenarnya telah berjudi sebanyak RM156.45 juta, dan kalah di kasino tersebut dalam tempoh 7 bulan dari bulan Februari ke September 2002 sebanyak RM31.17 juta.


Paling sedikit dalam satu hari Osu berjudi dalam kasino tersebut adalah sebanyak RM4.66 juta iaitu pada 15 Februari 2002, itu pun beliau telah hangus RM1.65 juta.


Berjudi di kelab-kelab eksklusif ini adalah atas jemputan sahaja. Ahli-ahli akan diberikan credit limit untuk berjudi dan hanya diminta bayar apabila tewas. Walau bagaimanapun, bagi pelanggan-pelanggan emasnya ia turut memberi pinjaman untuk berjudi sebagaimana yang diterima oleh Osu.


Dengan perkembangan ini, apakah sikap kerajaan Malaysia?

Baru-baru ini Najib meluluskan lessen judi bola sepak kepada Berjaya Group milik Vincent Tan. Ia telah menimbulkan bantahan umat Islam seluruh Negara memaksa Najib menarik balik kelulusan tersebut.Najib (Hishamuddin Husein pun sama) memang suka judi kerana beliau adalah waris kepada Noah Omar yang ada saham di Genting pusat perjudian antarabangsa. Pada pendapat Najib, perjudian adalah satu kaedah untuk menambah pendapatan negara , disamping menjadikan Malaysia hub hiburan terbesar di Asia, boleh bersaing dengan Thailand.

Benar apabila berada di luar Negara, apa sahaja yang dilakukan adalah urusan peribadi, akan tetapi kiranya yang terbabit adalah ahli-ahli politik termasuklah kerabat DiRaja, takkanlah kita nak berdiam diri.


Sekiranya ahli politik kita lihat sebagaimana kes Osu, beliau disuruh melepaskan semua jawatan dalam parti, itupun setelah beliau tewas besar dan kesnya sampai ke pengetahuan umum, bagaimana dengan yang lain, yang senyap-senyap.


Dalam kes kerabat DiRaja (ada khabar mengatakan ada seorang Sultan yang kalah judi terpaksa menalifon Dr Mahathir ketika itu sebagai PM tolong membantu menyelesaikan hutang judi. Ini merupakan satu sebab yang menyababkan Mahathir marah sangat kepada Raja-raja Melayu sehingga membawa kepada krisis 1983 dan 1993).

Kerajaan Malaysia (tidak tahulah sekarang ini masih ada lagi kerabat DiRaja atau Sultan masih berjudi) melalui Majlis Raja-raja Melayu perlu mengambil tindakan. Raja-raja Melayu adalah payung yang mempertahankan agama dan bangsa, oleh itu mana sahaja kerabat hatta kalangan Raja-raja sendiri yang terlibat, maka tindakan serius perlu diambil demi mempertahankan nama baik dan kesucian Islam. Menurut maklumat, salah seorang anak bekas PM Malaysia juga termasuk dalam senarai tahi judi kelas tinggi ini, rasanya tak pernah rakyat bukan Islam jadi PM Malaysia?


INI PULA CERITA OSU SUKAM-MENTERI UMNO


Dalam tempoh lima bulan sahaja pada tahun 2002, bekas Ketua Menteri Sabah Osu Sukam kehilangan 9.027 juta pound (RM63.19juta) di meja judi kasino London Ritz's Hotel.


Bukti ini tercatat pada 'kad trafik kasino'nya yang merekod tarikh transaksi pelanggan di meja tunai dan ringkasan Transaksi Harian Ahli. Ia menunjukkan beliau pergi ke kelab itu hampir setiap hari sepanjang Februari 2002.


Rekod itu juga menunjukkan semasa kali kedua Osu ke kasino itu bermula April hingga September 2002.


Kasino itu cuba mendapatkan semula RM7.1 juta daripada Osu dengan mendaftar penghakiman yang diperolehinya di Mahkamah London tetapi ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Dato’ Ian Chin yang memberi alasan dasar awam dan Osu telah dibenarkan berjudi menggunakan kredit.


Bagaimanapun, mengikut petunjuk Osu bukannya berjudi menggunakan kredit tetapi diberikan kemudahan cek tunai oleh kasino itu.


Beliau hanya mengalami masalah apabila cek yang dikeluarkan kepada kasino itu pada 9 September 2002 berjumlah RM1.7 juta di dapati cek tendang.


Para penjudi di kasino itu dikehendaki menjelaskan hutang mereka dalam bentuk wang tunai tetapi pengecualian diberikan kepada ahli-ahli dan mereka yang diperkenalkan oleh ahli yang semestinya pelanggan premium.


Daripada segi pembayaran semula beliau membayar secara beransur-ansur kepada kasino itu iaitu 60,000 pound, 400,000 pound, 2,000 pound dan 100,000 pound.


Pada keseluruhannya beliau membayar sejumlah 562,000 pound pada tahun 2002.
Notis kemudian dihantar kepada Osu supaya menghadirkan diri di London bagi kes itu tetapi beliau gagal hadir.


Kes itu diteruskan sebagai 'ex-parte' (sebelah pihak) dan Mahkamah Tinggi London membuat keputusan memihak kepada kasino itu pada 4 November 2003.


Berikut keputusan itu, satu permohonan dibuat untuk mendaftar keputusan itu di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 13 September 2004.


Bukti itu menunjukkan Osu datang semula ke kasino itu pada April 2002, berjudi hampir setiap hari bagi minggu terakhir bulan itu. Didapati pada 26 April beliau menjudikan 1.2 juta pound (RM8.4 juta) dan kalah 596 400 pound (RM4.17 juta).


Pada hari berikutnya, Osu berjudi lagi 1.1 juta pound (RM7.7juta) dan kalah 1,098 juta pound (RM7.623 juta).


Pada Mei 2002, Osu pergi ke kasino itu sebanyak enam kali bermula 11 Mei hingga 12 Mei, beliau berjudi 1.5 juta pound (RM10.5 juta) dan kalah 1,499 juta pound (RM 10.493 juta).


Pada 17 Mei, beliau akhirnya memenangi 26 000 pound (RM182,000), tetapi setelah menghabiskan 900,000 pound (RM6.3 juta).


Beliau pergi ke Ritz sekali lagi pada tarikh sambutan Hari kebangsaan Malaysia 31 Ogos dan berjudi setiap hari bermula 1 hingga 16 September.


Pada 7 September beliau berjudi 1.9 juta pound (RM13.3juta) kalah 1.16 juta pound (RM8.127 juta)dan dua hari kemudian Osu kalah jumlah paling besar iaitu 4.683 juta pound (RM32.78 juta) dengan wang judi berjumlah 2.06 juta pound (RM14.42 juta).


Kasino itu juga merekodkan sejumlah besar wang yang diperjudikan oleh Osu dan kekerapan transaksi sebelum September 2002.


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment