Thursday, January 6, 2011

PERPECAHAN UMAT ISLAM ZAMAN KHALIFAH ALI

EDIDI YANG DIEDIT SEMULA:

Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirulmukminin Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy‘ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan.” [8/147].


UMNO sekali lagi bersunguh-sungguh untuk mengadakan kerjasama dengan PAS. Kali ini UMNO berjaya membawa Yang DiPertuan Agong mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS TGNA bersama-sama dengan Presien PAS TGHA. UMNO pula diwakili oleh Presiden dan Timbalan Presiden (Najib dan Mahyuddin). Sambil makan-makan, mereka mengadakan perbincangan. Butir-butir perbincangan tersebut disembunyikan daripada pengetahuan umum. Rakyat masih lagi menunggu butir-butir perbincangan tersebut.


Yang pastinya isu diperbincangkan ialah isu basi sering di war-war oleh UMNO selama ini. Isu yang hendak menyelamatkan UMNO dari kehilangan kuasa dan mungkin ada beberapa pemimpin UMNO yang akan merengkok dalam penjara termasuk Najib. Isu perpaduan Melayu dan survival Islam tidak boleh diguna pakai dalam soal kerjasama PAS-UMNO kerana 53 tahun UMNO memerintah Melayu dan Islam semakin terpinggir dalam arus perdana pembangunan negara.


Motif UMNO hanya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Sekiranya UMNO berjaya menarik PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan duduk bersama UMNO dalam BN, maka sudah tentu PKR dan DAP dalam Pakatan akan menjadi lemah dan seterusnya tidak berupaya menentang UMNO/BN (yang ada di dalamnya PAS). Agenda UMNO seterusnya, selepas menguburkan Pakatan Rakyat (DAP akan terus hidup dan nasib PKR?) dan Anwar Ibrahim, giliran PAS pula akan disembelih hidup-hidup. Kenangan lama kerjasama PAS-UMNO dalam BN (1970 hingga 1978) akan berulang.


Saya merayu kepada kepimpinan PAS berhati-hati dalam menjalin perhubungan dengan UMNO. Strategi UMNO amat lecek dan tidak boleh dikesan dengan mata kasar. Janganlah PAS masuk perangkap UMNO sekali lagi. Umat Islam dilarang oleh Nabi supaya tidak dipatok oleh ular dua kali pada lubang yang sama. Kelalaian dan kelemahan kita akan dipergunakan oleh UMNO untuk melemahkan organisasi PAS keseluruhannya. Strategi Israeil untuk terus menjajah Palestain dan menguasai Timur Tengah patut diambil kira.


Mukadimah saya dimulakan madah Umar bin al-Khattab r.a.kepada Abu Musa al-Asy‘ari r.a. Renungkan. Dasar UMNO jauh menyimpang dari apa yang diperkatakan oleh Umar. Lihatlah disekeliling kehidupan rakyat Malaysia kini. Kenaikan harga minyak, barangan dan perkhidmatan memberi kesan buruk terhadap kehidupan seharian rakyat kerana ketidakanbijaksanaan UMNO memerintah. Amalan boros, rasuah, menyelewenangan dan menyalahgunaan kuasa terus berlaku yang mengakibatkan negara dan rakyat menanggung kesannya.


Marilah kita renung sejarah ini. Sewaktu berlakunya peperangan di antara tentera-tentera Saidina Ali dengan tentera-tentera Muawiyah, keadaan umat Islam sudah berpecah tetapi masih dalam peringkat yang boleh diselamatkan. Saidina Ali sebagai Khalifah yang haq telah memerangi tentera-tentera Muawiyah yang memberontak. Apabila kemenangan jelas kepada tentera-tentera Ali, Muawiyah yang hampir berasa tenteranya akan kalah, telah melakukan helah dengan mengangkat al-Quran di hujung tombaknya dan menyeru kepada perpaduan.


Saidina Ali yang menyedari helah Muawiyah meminta tenteranya meneruskan peperangan tetapi sebilangan tentera Ali mula keliru dan mendesak Saidina Ali menghentikan peperangan walaupun ada juga yang menyokong tindakan Saidina Ali. Saidina Ali tidak mampu lagi menahan desakan tentera-tenteranya yang seperti akan membentuk perpecahan yang lebih besar, terpaksa mengarahkan tenteranya menghentikan peperangan. Lantaran itu satu pertemuan untuk merangka perdamaian telah dilangsungkan. Tentera Muawiyah telah diwakili oleh Amru Al-As, seorang anak muda yang pintar dan licik dan Ali telah diwakili oleh Abu Musa al-Asyaari, seorang tua yang alim dan lurus orangnya.


Apabila pertemuan dilangsungkan, mereka membincangkan tentang formula untuk perpaduan. Amru telah mencadangkan supaya kedua-dua pihak mengumumkan dahulu perletakan jawatan khalifah supaya dapat dipilih semula seorang khalifah yang baru yang boleh diterima oleh semua umat Islam sama ada penyokong Saidina Ali ataupun Muawiyah. Abu Musa al-Asyaari bersetuju dan meminta Amru mengumumkan perletakan jawatan Muawiyah. Amru telah mengatakan bahawa dia menghormati Abu Musa yang lebih tua dan lebih elok sekiranya Abu Musalah yang mengumumkan dahulu perletakan jawatan Saidina Ali.


Sebagai seorang tua yang cintakan perdamaian dan tidak mempunyai buruk sangka sesama Islam, Abu Musa dengan secara rasmi telah mengumumkan perletakan jawatan Saidina Ali sebagai khalifah. Sebaik sahaja Abu Musa mengumumkan perletakan jawatan Ali, Amrupun mengisytiharkan bahawa segala perpecahan telah dapat diselesaikan memandangkan Ali telah meletakkan jawatannya dan tidak wujud lagi masalah dua orang khalifah yang bertentangan. Amru dengan rasmi telah mengumumkan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan adalah khalifah yang sah. Begitulah bagaimana permulaaan perpecahan yang amat dahsyat di kalangan umat Islam bermula apabila pihak yang tidak berpuashati dengan perlantikan Muawiyah telah menyalahkan Saidina Ali dan menghalalkan darah kedua-dua Ali dan Muawiyah dan membentuk kumpulan Khawarij.


Sementara penyokong-penyokong Muawiyah berpesta dengan kemenangan dan kebijaksanaan pemimpin mereka, penyokong-penyokong saidina Ali yang setia telah melahirkan golongan Syiah yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Muawiyah yang telah merampas haq Allah iaitu jawatan khalifah yang disandang oleh Saidina Ali. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada fakta sejarah yang berlaku. Pertamanya, TGNA dan TGHA perlu berhati-hati ketika berhadapan dengan UMNO. UMNO sebuah parti sekular yang mengutamakan matlamat menghalalkan cara. Dalam kamus perjuangan UMNO tiada ada halal-haram-dosa-pahala. Prinsip UMNO-bujur lalu melintang patah.UMNO membaham semua yang lalu dihadapannya. Dasar UMNO seakan-akan dasar yang amalkan oleh Yahudi. TGNA dan TGHA perlu berwaspada tentang hala tuju selanjutnya.

Kedua, apa-apa keputusan pertemuan itu, berserahlah kepada Allah Taala dan wajar mendapat persetujuan ahli-ahli melalui muktamar khas. Dan dipihak pemimpin kita pula, berhatilah-hatilah dengan tipu muslihat musuh jangan sampai terpedaya kerana pihak musuh akan menggunakan apa saja termasuk menjual agama untuk kepentingan mereka. Ingat UMNO sebuah parti yang prakmatik yang dianggotai oleh orang-orang yang opportunist. UMNO parti perosak semacam dedalu.

"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment