Friday, January 7, 2011

MASA DEPAN UMNO

Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?


Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.


UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.


Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.


Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.


Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.


Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?


Sumber :
Sakmongkol AK47


KOMEN :


Saya tertarik tulisan sudara Sakmongkol AK47 yang menyebut UMNO perlu membayar untuk menarik sokongan. Tanpa bayaran atau imbuhan, segala aktiviti UMNO tidak dapat dilaksanakan. Saya hendak tambah sedikit. Sudah lama UMNO ini MAMPUS dijilat API NERAKA JAHANAM sekiranya ia tidak berkuasa. Dengan kuasa itulah dapat bertahan dengan memperalatkan seluruh organisasi pentadbiran Negara. PDRM paling ke hadapan dalam mempertahankan kuasa UMNO. Diikuti dengan system keadilan yang bobrok yang dipenuhi oleh hakim-hakim dan para peguam yang boleh dijualbeli (seolah-olah bagaikan pelacur-pelacur murahan di lorong-lorong gelap) yang mementingan kedudukan, pangkat dan harta. Kemudian dibantu oleh SPRM, SPR dan Jabatan/Agensi kerajaan yang berlaitan langsung dengan UMNO. Terkini, yang paling mengerikan Parlimen turut menjadi kandang sarkis (Parlimen Kanggaro) yang memperlihatkan syaitan jelmaan manusia mengetuai persidangan.


Analisis Sakmongkol AK47 menempelak UMNO, dalam PRU ke-12 lalu (dan lain-lain pilihan raya sama ada kecil dan besar) wang dihulur, tetapi minda rakyat telah berubah (sebahagian rakyat yang ‘buta’ hati kecilnya masih menyokong UMNO) untuk menyokong golongan yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Akibat tindak tanduk UMNO itulah yang mengwujudkan ‘politik wang’ dalam organisasi UMNO setiap peringkat sampai ke peringkat JKKK turut terlibat dalam amalan haram ini. POLITIK WANG ADALAH SATU CARA HIDUP DAN BUDAYA BARU MELAYU UMNO.


Saya sebenarnya tidak hairan langsung mengenai adanya politik wang dalam UMNO tetapi marah kerana pemimpin UMNO yang menjadi pemimpin negara berlakon, seolah-olah dirinya bersih daripada amalan rasuah keji itu. Alasan saya mungkin bodoh, tetapi perhatikanlah: Pertama: Dasar perjuangan UMNO ialah memartabatkan bangsa Melayu ke satu tempat unggul sebagaimana bangsa-bangsa termaju di dunia. Ukuran keunggulan Melayu itu diukur dengan pemilikan harta benda atau wang. Justeru, semakin banyak bangsa Melayu memiliki wang, maka bangsa Melayu dianggap semakin berjaya. Lalu, jangan hairan dengan permainan wang dalam UMNO kerana itu sudah way of life mereka.


Kedua: Dalam pemilihan UMNO (sekarang ditangguhkan selama 18 bulan untuk hadapi PRU ke-13) dulu, kini dan selama-lamanya menggambarkan amalan politik wang adalah rasuah terkeji. Beri duit, belanja minum, buat kenduri, ajak buat lawatan termasuk beri gula-gula adalah politik wang atau rasuah. Apa yang dikatakan HARAM dalam pemilihan UMNO itu adalah satu amalan MULIA dalam pilihan raya demi mengalahkan parti seteru UMNO? Apakah pembinaan projek segera, hadiah-hadiah, pemberian wang kepada warga tua dan seribu macam pemberian segera semasa kempen pilihan raya itu bukan politik wang atau rasuah keji dan hina.


Jadi, UMNO menghadapi masa depan yang menghampiri waktu senja. Tanpa sokongan dan dokongan institusi yang saya sebutkan itu, nescaya sudah lama UMNO menyembah bumi dan hilang lenyap dalam arus politik dalam Negara ini.


Marilah sama-sama : “TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment