Saturday, November 20, 2010

PENGORBANAN BESAR UMNO KEPADA SINGAPURA

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962


Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.


Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen


Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura


Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061


Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.


PERJANJIAN AIR 1990


Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.


Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061


ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA


Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.


Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.


Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura


Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun


PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS


Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.


Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.


PULAU BATU PUTIH


Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.


Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850


Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.


ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)


Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.


Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.


ISU PULAU PISANG


Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.
Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.


ISU PENAMBAKAN LAUT


Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.


Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.


Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.


ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR


Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor


Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.


ISU JAMBATAN BENGKOK


Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.


Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)


KOMEN :

SIAPA PENGKIANAT SIAPA? DAN SIAPA PENGKIANAT?


"UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

IMEJ PASUKAN POLIS TERCEMAR LAGI

Oleh : Tun Telanai


Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
membebaskan 15 orang, termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Mohamad Sabu, Ahli Jawatakuasa Pusat PAS atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH) pada 10 November 2007 lalu, pada pandangan saya, ia menambah mencemarkan lagi imej pasukan polis yang terpalit dengan berbagai tuduhan liar daripada pihak awam.


Saya amat sedih dengan keputusan itu kerana ia terbukti benar sebagaimana persepsi orang ramai selama ini bahawa pasukan polis yang kita hormat dan sanjung yang menjaga keamanan dan keselamatan rakyat telah benar-benar menjadi ‘kuda tunggangan dan alat’ UMNO. Sama seperti SPRM, SPR termasuk system kehakiman. Persepsi sebegini sukar untuk dihapuskan dibenak sebahagian besar rakyat terutama golongan muda, melainkan institusi-institusi ya
ng saya sebut itu dapat menunjukkan bukti yang menyakinkan rakyat yang ia memainkan peranan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. Setakat ini peranan mereka gagal menyakinkan rakyat. Krisis keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi terbabit masih berterusan.


Berdasarkan kes ini, ia menimbulkan berbagai tafsiran, kenapa pihak Peguam Negara dan pasukan polis amat lambat mengambil tindakan. Selepas tiga bulan peristewa tersebut berlaku baharulah tindakan diambil menangkap dan mendakwa orang yang disyaki terlibat. Ia seolah-olah ada ‘sesuatu’ yang berlaku di belakang tabir.
Amat memalukan apabila Hakim Jagjit Singh menyatakan dalam keputusannya bahawa pihak pendakwa gagal mengwujudkan prima facie terhadap kes ini dan menyatakan: "Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid ". Hakim ini lebih bijak tentang kebebasan beragama berbanding pemimpin UMNO yang menguasai pasukan polis yang berakal bebal.


Perhimpunan Bersih 2007 diadakan bagi
tujuan menyedarkan betapa perlunya mereformasikan system pilihan raya di Negara ini supaya ia berjalan secara adil dan saksama kepada semua parti yang masuk bertanding dalam pilihan raya, tetapi pasukan polis bertindak lebih kuah dari sudu sehinggakan peristewa tersebut tersebar seluruh dunia dan mencemarkan imej Negara. Sampai kini, SPR gagal melaksanakan tugasnya secara adil dan saksama seperti yang dituntut oleh BERSIH. Ia wujud dalam banyak aspek pengurusan pilihan raya terutama SPR membiarkan UMNO menyalahgunaan jentera kerajaan untuk berkempen, mendiamkan diri apabila UMNO meluluskan projek-projek ‘mee segera’ bernilai jutaan bagi memancing undi dan membenarkan UMNO penggunakan media secara melampau dan tidak beretika.


Saya amat bimbang kerana kesabaran rakyat ada hadnya. Rakyat mana yang boleh menahan sabar apabila UMNO melakukan penipuan secara terang-terangan di hadapan rakyat seperti di Galas baru-baru ini (mengguna kemudahan dan jentera kerajaan meraih undi orang asli). Rakyat yang tidak puas hati akan bangkit menentang UMNO seperti yang berlaku pada
Suharto dan Marcos yang melakukan penipuan besar-besaran dalam pilihan raya. Mereka menang besar setiap kali pilihan raya diadakan dan akhirnya mereka digulingkan oleh rakyat melalui jalan raya. Nampaknya UMNO tidak mahu mengambil pengajaran dari kejatuhan mereka berdua. UMNO memulakan langkah menipu dan memanipulasikan pengurusan pilihan raya demi mempertahankan kuasa.


Amaran untuk UMNO. Awas rakyat sekarang bukan bodoh. Mereka boleh mengakses berbagai maklumat dari berbagai saluran bukan lagi bergantung semata-mata dari media-media berwajah ‘syaitan’ laknatullah. Institusi-institusi yang terbabit perlu ingat dan berwaspada jangan biarkan UMNO berterusan melakukan penipuan, nanti buruk padahnya kepada Negara ini. Rakyat yang tertindas akan membangun bangit menentang pemerintah yang rakus dan zalim.


Mari kita imbas kembali dan lihat gambar-gambar ini sebagai
kenangan yang berlaku pada 10 November 2007 lalu.


Dalam pada itu, Mohamad Sabu masih ada
satu kes lagi yang sedang dalam perbicaraan. Beliau dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu pada petang 9 Disember 2007. Kes ini sudah beberapa kali ditangguhkan dan hakim silih berganti untuk mengadili kes ini. Ia akan dibicarakan semula pada 29 dan 30 hb ini. Apa persepsi rakyat terhadap peristewa penangkapan Mohamad Sabu di Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan. Mohamad Sabu diperlakukan seperti penjenayah amat merbahaya seolah-olah setanding dengan Botak Chin, Batongkali, Kalimuthu, Ismail Kerbau atau adakah Mohamad Sabu ini dari Kumpulan Mafia yang patut diperlakukan seperti itu.


Cara penangkapannya tidak sepadan dengan tuduhan yang beliau hadapi iaitu menghalang tugas Superitenden Mohd Nasir Salleh. Mohamad Sabu bukan penjenayah. Beliau tidak pernah merompak harta rakyat seperti yang dilakukan oleh ramai para pemimpin UMNO. Beliau tidak pernah mengsonglap duit Negara. Beliau juga tidak merogol dan merampas isteri orang. Apatah untuk membunuh, meletup dan membakar manusia lain yang tidak berdosa. Beliau adalah seorang penjuang, pernah menjadi wakil rakyat, memperjuangkan nasib rakyat, agama, bangsa dan Negara.


Kesalahan Mohamad Sabu kerana perjuangan beliau disalurkan melalui PAS yang merupakan sebuah parti pembangkang yang sah (berdaftar) yang kuat menentang dasar-dasar UMNO, bukan melalui saluran UMNO yang sudah tentu tidak menjadi kesalahan. Kritikan Mohamad Sabu bukan untuk memusnahkan Negara ini. Cuma untuk UMNO supaya UMNO dapat membuat muhasabah diri, memperbaiki kelemahan yang ada dan memperbetulkan perjuangan dan membela kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan golongan pemimpin dan kroni-kroninya. Tujuannya sama, tetapi pendekatan yang diambilnya berbeza dengan UMNO. Salahkah?


Kita lihat pula dua kes ini. Sila pembaca buat perbandingkan. Satu kes melibatkan 31 orang penyokong HINDRAF yang ditangkap ketika merusuh di Batu Caves, Selangor dituduh dengan cubaan untuk membunuh, melakukan khianat dan berhimpun secara haram. Tetapi kemudian, Abdul Ghani Patail
menarik balik kes dan mengugur kes tersebut tersebut. Apa ini, tuduhan dan dakwaan boleh dimain-mainkan. Ikut suka hati. Rakyat kata pendakwaan terpilih , pandai marah pula. Siapa yang arah kes tersebut digugurkan. Ketika itu PM ialah Abdullah Ahmad Badawi.


Kes kedua pula melibatkan insiden Batu Buruk yang berlaku pada malam 8 September 2007. Sangat menghairankan apabila tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk cubaan membunuh (cubaan mencederakan) seorang pegawai polis, sedangkan pegawai polis itu yang melepaskan tembakan dan mencederakan mereka berdua. Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan semua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan untuk diikat jamin.


Menurut rekod kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup dalam kejadian tersebut. Pegawai yang melepaskan tembakan itu tidak dikenakan sebarang tindakan, malah ia diagung-agungkan sebagai pahlawan. Dalam kes ini, Peguam Negara yang (Abdul Ghani Patail) sendiri bertindak sebagai pendakwa dalam kes yang disebut di di peringkat Mahkamah Sesyen ini. Beliau sanggup menjatuhkan darjatnya sebaga Peguam Negara demi memuaskan hati sebilangan para pemimpin UMNO yang kurop.


Banyak lagi peristewa-peristewa yang dilakukan oleh institusi-institusi yang disebutkan itu melakukan kerja-kerja yang menampakkan ciri-ciri ketidakadilan berlaku, ianya lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dari kepentingan menegakkan konsep keadilan itu sendiri seperti yang diajar oleh Islam. Peristewa-peristewa yang disebutkan di atas adalah sekadar contoh sahaja, terdapat beribu lagi peristewa atau kes-kes seperti itu telah, sedang dan akan berlaku yang pada persepsi rakyat menunjukkan bahawa tiada ada harapan rakyat untuk mendapat keadilan sewajarnya, sekira ianya melibatkan kepentingan politik UMNO, tambah-tambah lagi ketika ini yang mana UMNO sedang berusaha keras untuk menang besar (seperti Galas dan Batu Sapi) dan menumpaskan Pakatan Rakyat dalam gelanggang yang senget dalam PRU ke-13 nanti.


Kesimpulannya, tanpa UMNO pentadbiran Negara ini dapat diperbaiki dan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dapat ditegakkan. Semua fungsi institusi-institusi disebut itu dapat dipulihkan kembali dan berperanan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Sekiranya UMNO masih terus berkuasa, rakyat dan Negara menuju ke lembah kehancuran.


“TIADA UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Thursday, November 18, 2010

INI PEMIMPIN UMNO MEMBELA BANGSA DAN AGAMA

Mohd Khir Toyo bekas MB Selangor telah membayar cukai pintu yang tertunggak senayak RM11,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setelah diberikan notis untuk menyelesaikan cukai taksiran banglo mewahnya yang dianggarkan bernilai jutaan RM24 juta ringgit di Shah Alam, tetapi khir kata rumahnya bernilai 3.5 juta ringgit sahaja.


Seterusnya ikut kisah Khir di
sini


Dalam pada itu Mahathir turut memberi
komen atas kemewahan dan kekayaan yang dimiliki oleh Khir Toyo. Khir Toyo amat cekap mencipta kekayaan tidak sampai satu dekad memerintah beliau dapat mengumpul kekayan melimpah ruah. Berbanding dengan Nik Aziz yang memerintah 20 tahun, masih tetap dengan rumah kayu beratap zing lamanya. Nik Aziz tidak cekap dan tidak secerdik Khir Toyo untuk membaham harta rakyat semahu-mahunya ketika berkuasa.


Aduan sudah dibuat kepada SPRM untuk menyiasat kekayaan luar biasa Khir ini, tetapi sebagaimana yang kita semua maklumi bukan menjadi agenda utama SPRM untuk menyiasat Khir dan para pemimpin UMNO lain-lainnya. Tumpuan SPRM hanya untuk para pemimpin Pakatan Rakyat, orang lain (pemimpin UMNO dan BN) dibiarkan walaupun aduan rasmi berserta bukti disertakan kerana ia tidak anggap rasuah. Kalau pimpinan Pakatan dianggap rasuah hatta member zakat-fitra kepada orang ramai (yang berhak), memadai berita tersiar di media tanpa menunggu aduan rasmi dibuat, masing-masing berebut-berebut untuk menyiasat tanpa mengira waktu dan hari. Itulah keadilan namanya.


Pemimpin jenis ini amat sesuai untuk orang Melayu yang buta mata hati. Jadi lembu pawah UMNO.

Lihat ini adalah kediaman mewah rakyat marhain :


"UMNO TIADA, RAKYAT LEBIH SEJAHTERA"

AWAS: PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BUKAN ISLAM

WAJAH MOHAMAD SABU BOLEH BERTUKAR
KEPADA WAJAH-WAJAH PEMIMPIN PR BUKAN
ISLAM

PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

Beliau menambah, isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir.

"Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, saya yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.

Ini tidak, katanya media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar.

Justeru itu, ujarnya mereka sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan.

"Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan," tegasnya.

Sementara itu, semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya.

Menurutnya, Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil.

"Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan.

KOMEN :

AWAS : Para pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam dari PKR dan DAP wajar berhati-hati. Gambar-gambar yang disiarkan dalam media bagi menunjukkan upacara penyembelihan sempena sambutan aidil adha akan bertukar wajah dengan wajah anda. Anda perlu penyimpan gambar-gambar tersebut kerana 'BABI-BABI' dalam UMNO suka menyondol.

Jangan lupa kes Lim Guan Eng bertukar wajah dengan Mohamad Nizar.

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Monday, November 15, 2010

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.


Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.


Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:


“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".


Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.


Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:


"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.


Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.


Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.


Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan


"SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"
MAAF ZAHIR DAN BATHIN
SUMBER : http://www.shiar-islam.com/doc68.htm

DRAMA TRAGIS POLITIK NEGARA: PRK GALAS DAN BATU SAPI

Tidak perlu disebut lagi, semua telah tahu, UMNO/BN sedang berseronok dengan kemenangan mereka di Galas dan di Batu Sapi. Oleh itu, biarkan mereka. Biarkan mereka dibuai keseronokan, sedangkan yang bermaklumat di kalangan mereka sendiri sedar bahawa tiada yang perlu dibanggakan dengan kemenangan tersebut.Ini kerana, kemenangan di Galas adalah hasil dari kejayaan BN mengerahkan pengundi orang asli khususnya untuk keluar beramai-ramai mengundi calon BN.

Maka sememangnya itulah apa yang dilakukan oleh pihak orang asli. Untuk PRK kali ini, hampir 90% dari orang asli keluar mengundi. Apa tidaknya, mereka dijamu dan dilayani sepanjang tempoh pilihan raya siang dan malam. Pihak ATM dikerahkan ke tempat-tempat mereka dan dianjurkan bermacam-macam kegiatan untuk menghiburkan orang asli. Di antara kegiatan yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan karaoke dan sebagainya. Dari lebih kurang 1,600 pengundi orang asli, hanya 300 yang mengundi calon PAS. Ini bererti hampir 1,300 orang asli mengundi calon BN. Sedangkan majoriti BN hanya 1,190.Kesimpulannya, kemenangan BN di Galas adalah hasil undi orang asli.

Namun persoalannya adakah mampu BN melayan dan menghibur mereka sebegini rupa pada Pilihan Raya Umum yang akan datang? Sudah pasti tidak; dan pada masa itu, insyaAllah dengan bantuan 300 pengundi orang asli yang istiqamah ini, kita akan mampu menyampaikan penerangan kita kepada mereka secara lebih berkesan. Pihak ATM pada masa itu di mana pula? Mereka akan dikerah pemimpin BN untuk ‘berkhidmat’ di kawasan mereka pula, kerana takut kalah. Galas akan dilupakan dan dengan itu akan kembali pada kita.Di Batu Sapi pula, keadaannya berbeza. Orang asli tiada tetapi yang ada hanyalah orang Melayu.

Kebanyakan mereka dari keturunan Bajau dan Bugis. Mereka merupakan golongan yang daif dan bergantung kepada pembesar-pembesar BN. Ada yang saya temui bekerja di kilang papan dengan gaji hanya RM 7 sehari! Anak anak mereka tidak ke sekolah kerana mereka tidak mampu. Mereka hidup di kampung air. Rumah rumah papan yang dibina atas tiang di dalam kawasan air, samada laut ataupun sungai. Tiada geran untuk rumah-rumah ini, ianya boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Kedai runcit di kampung air ini menjual beras dalam plaktik kecil berharga RM 1, minyak masak dalam plastik lagi kecil berharga 50 sen. Hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Pembangunan Kampung Melayu yang di banggakan UMNO/BN


Golongan inilah yang menjadi sasaran UMNO yang datang dengan ‘bantuan’ dan wang. Mereka datang mendengar ceramah yang dianjurkan PR tetapi pulang dalam keadan kecewa kerana tiada buah tangan untuk mereka bawa pulang. Mereka gembira apabila mendapatnya dari pimpinan BN. Bagi mereka pemimpin BN ‘kaya’ dan mampu menolong mereka.

Pemimpin PR miskin maka tiada makna menyokong PR!Sedangkan hakikatnya, kemiskinan mereka hasil dari dasar-dasar BN yang menghimpit mereka. 45 tahun berlalu dan golongan ini tetap dengan kedaifan mereka. Hanya pemimpin BN terus bertambah kaya. Dan duit yang diagihkan pula bukan dari kocek kocek UMNO/BN, tetapi dari sumber negara. Wang di saku pemimpin mereka tetap bertambah dan tidak berkurangan!Tiada kedengaran seruan ‘hidup Melayu’ atau ‘ketuanan Melayu’ di Batu Sapi.

UMNO turun berkempen untuk calon BN, Linda dari PBS. Siap mengadakan solat hajat di Masjid Karamunting sepertimana yang disiarkan di RTM 1. Hmm… kemana pergi si YB yang galak berkokok tempohari?Linda yang tidak boleh bercakap bahasa melayu dipilih oleh Melayu Batu Sapi untuk mewakili mereka di Parlimen. Syabas diucapkan pada UMNO. Kemenangan Linda hasil kegigihan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayu (UMNO).

Orang Melayu diwakili oleh seorang yang tidak mampu bercakap Melayu. Bagaimana mereka mengadu hal? Bagaimana dia mampu memahami keperitan hidup orang Melayu di kampung air? Bagaimana dia hendak berucap di Parlimen?

Maka kemiskinan golongan Melayu ini akan berterusan, sepertimana ianya berterusan selama 45 tahun di bawah UMNO/BN. Melalui Galas dan Batu Sapi; UMNO telah mengenal pasti formula kemenangan. Tumpu pada golongan miskin dan terdesak, yang tidak mampu menimba ilmu pelajaran. Lagi ramai yang begitu, maka lagi kuatlah sokongan untuk UMNO. Bila Melayu menjadi pandai dan berdikari, sokongan terhadap UMNO akan turut terjejas. Sepertimana yang terjadi di bandar-bandar di semenajung Malaysia. Maka kekalkan Melayu miskin dan tidak berpelajaran seperti di Batu Sapi.

Jadikan mereka seperti orang asli di Galas. Atau jadikan mereka orang-orang yang boleh disogok dan dibeli. Inilah arah tuju yang ingin UMNO bawa untuk bangsa Melayu.Drama tragis politik Negara, Melayu memusnahkan Melayu. Melayu miskin bukan kerana DAP, Melayu miskin kerana UMNO.

BERWASPADA KEPADA "KONONNYA KUASA KETIGA"

Parti Keadilan Rakyat membuka lembaran sejarah baru apabila memberi hak kepada anggotanya untuk mengundi dan memilih pimpinan pusat partinya secara langsung. Tanpa diduga, pemilihan ini terjerat dengan pertikaian sebermulanya, dan kemudian pula berlegar pada Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang meletak jawatan sebagai bantahan terhadap kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang menangkap Raja Petra Kamaruddin bersama dua tahanan yang lain di bawah ISA pada tahun 2008.


Zaid Ibrahim (gambar kiri) menyertai PKR selepas dipecat dari UMNO, lantas dilantik sebagai ahli dalam Biro Politik PKR, dan koordinat
or Pakatan Rakyat. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menjadi pemimpin baru pembangkang dalam masa yang singkat. Namun demikian, belumpun genap dua tahun, Zaid Ibrahim kini menjadi bom yang menunggu waktu untuk meletup, dan mungkin bintang PKR yang hanya bersinar untuk sekelip mata.


PKR dilabel sebagai parti yang terdiri daripada anggota dengan bermacam ragam dan latar belakang - bekas ahli UMNO, aktivis gerakan sosial, anggota ABIM, dan kemudian ahli Parti Rakyat Malaysia yang terbubar partinya u
ntuk tujuan percantuman. Buat sementara ini kita tidak mendalami pertikaian sama ada label "bermacam ragam" ini diwujudkan media tradisonal untuk menyahut propaganda Barisan Nasional - agar parti berbilang kaum ini ditonjolkan bahawa ia akan berakhir dengan pecah berkecai kerana matlamat yang berbeza. Namun demikian, sememangnya PKR mempunyai ciri-ciri ini, pada tahap tertentu - iaitu oportunis akan datang mengambil kesempatan, dan akan meninggalkan parti setelah kemahuannya tidak tercapai.
Fenomena ini semakin ketara selepas 8 Mac 2008, iaitu Pilihan Raya Umum ke-12, tycoon dan politikus yang melepasi zaman "kegemilangan" dirinya berpusu-pusu memasuki PKR - bayangkan Lee Chong Meng (gambar kanan) pun mahu menyertai PKR.


Seandainya dikaji puncanya - PKR yang nyawa-nyawa ikan selepas PRU tahun 2004 bangkit sebagai parti pembangkang terbesar setelah PRU tahun 2008 - bukan sahaja menguasai negeri Selangor yang kaya dengan sumber, di samping menuai hasil di Pulau Pinang, Perak, Ked
ah dan Kelantan bersama dua rakan parti, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. PR khususnya PKR kelihatan semakin gah untuk menawan Putrajaya dan menggantikan Barisan Nasional, berada pada titik yang paling dekat jaraknya dengan tampuk kuasa, jika dibandingkan masa-masa sebelum ini.


Menyedari kebangkitan sebuah "government-in-waiting", elit yang tidak mempunyai sokongan akar umbi tetapi mahu mendekati tampuk kuasa, melihat peluangnya dalam PKR. Malah, tycoon yang gagal lagi mendapat habuan dari sistem kroni-kapitalisme BN, akan melihat PKR sebagai wadah pelaburan yang mungkin membawa pulangan lumayan pada masa depan. Malah, seandainya dibandingkan dengan PAS dan DAP, PKR yang hanya berusia 11 tahun, sememangnya mempunyai potensi dan ruang yang lebih besar untuk diterokai.


Terlalu awal untuk "Kuasa Ketiga"


Namun demikian, parti politik sememangnya medan pergelutan kepentingan dan dan persaingan garis politik yang berbeza. Mereka yang berkecimpung dalam politik bukan sahaja perlu berdepan dengan persaingan dari musuh parti, malah perlu berhadapan dengan persaingan yang dari pelbagai sekta atau aliran yang wujud dalam parti. Ini satu kelumrahan dalam politik parti, dan PKR juga tidak terkecuali daripada kelumrahan ini.


Sejak penubuhannya diasaskan, PKR telah mengharungi zaman di mana pimpinan tertingginya meninggalkan parti, malah pengkhianatan terhadap perjuangan parti. Bahkan, untuk menghalalkan keputusan diri meninggalkan parti atau menyerang parti, sesetengah daripadanya sentiasa berkumpul dan menggelar diri mereka sebagai "kuasa ketiga".


Walaupun parti komponen PR menuai hasilnya yang lumayan ketika PRU ke-12 pada tahun 2008, namun ia jelas masih jauh dari Putrajaya. Malah, ia kekal sebagai tanda soal sama ada kemenangan ini teruji sebagai barisan alternatif yang ampuh dari sistemnya dan boleh saling ganti dengan Barisan Nasional. Ia hanya diketahui dalam PRU ke-13 dan ke-14. Pada peringkat di mana UMNO-BN masih mendominasi segala-galanya, sementara Pakatan Rakyat belum matang, adalah terlalu awal untuk membentuk "kuasa ketiga".


Walaupun namanya "terlalu awal", namun usaha untuk membentuk "kuasa ketiga" ini tidak boleh diperlekehkan. Sekurang-kurangnya untuk Pakatan Rakyat dan mereka yang mahu melihat agar Pakatan Rakyat berjaya mengimbangi Barisan Nasional, mereka harus berwaspada terhadap "kuasa ketiga" ini. Pertamanya, mereka yang dengan sewenang-wenangnya menggelar diri sebagai "kuasa ketiga", melawan Pakatan Rakyat dengan cara sebagaimana mereka melawan Barisan Nasional; keduanya, walaupun mereka menyasarkan PKR, tetapi tamparannya terkena juga pada Pakatan Rakyat.


Mereka yang gagal dipenuhi kemahuan mereka dalam parti, dan keluar sebagai "kuasa ketiga", termasuk juga mereka yang dilihat sebagai "orang yang suci". Namun, tidak kira apa juga keadaannya, sebelum sistem dua parti terbina, kuasa yang bangkit sebagai "pembangkang", kelihatan bertentangan dengan BN tetapi pada masa yang sama menyerang Pakatan Rakyat, hanya akan memecah-belahkan kuasa pembangkang untuk mengimbangi BN - lantas menjadi penghalang dan bukan pemangkin ke arah sistem dua parti. Ia berakhir dengan BN mendapat manfaatnya ketika "kuasa ketiga" bergelut dengan PR, malah pengembangan dan pendominasian BN tidak tersekat.


Sumber :
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11266

ZAIB IBRAHIM BAKAL PENERIMA HADIAH NOBEL?

DURI busuk yang bernama Zaid Ibrahim kini sudah tercabut dari daging bernama PKR, khususnya Anwar Ibrahim. Saya tidak mahu mengatakan Zaid adalah alat ataupun perkakas kepada Umno dengan tindak tanduknya. Saya tidak fikir begitu.

Orang yang cerdik dan kaya macam Zaid tidak mungkin sedia untuk berbuat demikian menjadikan dirinya perkakas.Apabila Zaid keluar PKR (apakah dia pernah menjadi ahli secara rasmi), maka habislah cerita. Beliau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan PKR dan juga Anwar.

Beliau boleh mengulas dan mengkritik atas kapasitinya sebagai seorang ahli politik yang profesional yang maha hebat di negara ini.Kalau Zaid masih lagi membalun PKR statusnya samalah dengan dua tiga orang wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti berkenaan kerana baru berbau akan kebusukan Anwar. Sebelum ini mereka memeluk dan mencium Anwar tetapi selepas keluar baru merasai tangan mereka berbau tatkala memegang atau bersalam dengan Anwar.

PKR dan Anwar atau sesiapa saja tidak perlu mendengar apa-apa kritikan dan pandangan dari Zaid lagi. PKR boleh biarkan begitu saja pandangan Zaid. Lainlah kalau dia masih 'ahli' PKR dengan memegang berbagai jawatan itu PKR perlu mendengarnya kalaupun tidak mahu bertindak atas pandangan dan kritikan itu.Ke mana Zaid selepas ini?

Beliau memberi tahu yang tidak ada mana-mana parti yang inginkan beliau. Umno katanya tidak sudi memandangnya. Begitu juga Pas. Tetapi kalau kena cara Pas boleh menerima Zaid. Kalau Inchek Ibrahim Ali, Pas boleh menerimanya apakah dosa dan busuknya dengan Zaid. Kalau silap dan kekurangan Zaid hanya 'mabuk' saja. Tetapi apakah Inchek Ibrhaim tidak mabuk, rasanya mabuk Inchek Ibrahim lebih teruk dari Zaid!Seburuk Zaid dia tidak menghentam Nik Aziz.

Dia tidak mengatakan huduh kepada Nik Aziz. Apakah itu tektik untuk menarik Nik Aziz. Sebelum inipun dia jual bangunan Umno Kota Bharu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan. Apakah itu sebahagian daripada tektik dan pelaboran Zaid ke dalam Pas? Begitu juga bila Zaid cadangkan beberapa nama pemimpin Pas yang relevanan untuk jadi penyelaras Pakatan, apakh itu tektik atau Zaid akan bersama mereka? Semacam ada kerja mahu mengait buah di dahan lembut oleh Zaid.Tertakdir kalau Pas meneriam Zaid tidak mustahil juga masalah sama akan berlaku.

Kalau Zaid menyertai Pas, dan Pas tidak mengikut kehendaknya, misalnya menghalang dia hendak jadi presiden, pasti Zaid akan meratah Pas dan Nik Aziz sekali macam dia ratah dan makan mentah PKR dan Anwar. Kalau tidak percaya Pas boleh cuba beri peluang kepadanya.Saya secara peribadi suka dan gembira campur bahagia kalau Zaid tidak menyertai mana-mana parti politik. Lebih afdal kalau beliau tubuh parti politik sendiri. Kita mahu tengok sejauh mana sambutan partinya nanti. Zaid boleh jadi presiden yang lebih baik dari Najib, Anwar ataupun Abdul Hadi.

Atas keyakinan bahawa Zaid mulia, suci dan bersih tentu partinya itu akan mendapat sambutan hangat dalam masa terdekat.Mungkin ahli Pas, Umno dan PKR yang kecewa dengan parti masing-masing boleh menyertai parti Zaid. Parti Zaid mungkin sesuai dengan naluri mereka. Orang hebat seperti Zaid, orang bersih sepertinya dan orang suci, mesti akan mendapat sokongan. Anwar Ibrahim pun akan tenggelam. Begitu juga Abdul Hadi Awang juga akan tenggelam dalam kehebatan dan keagungan Zaid.Zaid boleh membawa partinya bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

Kalau menang dan tidak cukup kerusi untuk tubuh kerajaan, Zaid boleh bergabung dengan Umno. Tentu mudah bagi Umno dan Zaid untuk bergabung di antara satu sama lain kerana mereka pernah duduk dalam kloni yang sama.Marilah kita mengucapkan selamat berjuang dalam wadah baru kepada Zaid Ibrahim. Semoga beliau akan memjana demokrasi yang sihat dan subur. Demokrasi yang benar-benar adil dan tidak korup yang diharapkan oleh segenap ahli politik dunia.

Mudah-mudahan juga dunia akan mengiktiraf Zaid sebagai tokoh demokrasi tulen dan seterus penerima hadiah novel kerana berjuang untuk melahirkan demorkasi tulen dalam negara Malaysia.Harapnya selepas ini Zaid akan terus dikenang dan mendapat liputan meluas dari akhbar. Rumahnya akan dikerumini para media massa yang ingin mendengar bual dan cakap Zaid. Dan selepas ini juga kita berharap nama Anwar tidak akan disebut-sebut lagi. Nama Abdul Hadi tidak diingat lagi. Semuanya akan teralih kepada tokoh baru yang hebat dan suci bersih, Zaid bin Ibrahim. Selamat!


Sumber :
http://msomelayu.blogspot.com/

Saturday, November 13, 2010

APA KATA PEMIMPIN KITA

PAS PERLU MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI


PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.


"Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita.


"Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini.
Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.


Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.


"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.


Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.


Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.


"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.


Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.


Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat.


Seterusnya baca di
sini


PERSEPSI 'MELAYU LEMAH' MAINAN POLITIK UMNO


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.


Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.
"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.


"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.


Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini.
Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.


Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.


Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat.


"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.


Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.


Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu


Seterusnya di
sini


"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Friday, November 12, 2010

MOHD NOOR IDRIS BUTA SEJARAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD DAN PARA SAHABAT-SIRI 2 (AKHIR )

Oleh : Tun Telanai
Siri pertama saya menulis latabelakang Mohd Nor Idris yang mengambil sikap menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, MB Kelantan yang juga Murshidul Am PAS. Mohd Nor Idris mengambarkan Nik Aziz sebagai ‘syaitan’ kerana berkawan dengan DAP (dan PKR?) yang konon katanya cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan UMNO dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia. Kesimpulan dari artikel tersebut secara jelas menunjukkan bahawa Mohd Nor Idris sesorang manusia bebal dan buta sejarah dan beliau sendiri tidak sedar sejarah membuktkan bahawa UMNO sebenarnya merupakan ‘syaitan’ dan pengkianat kepada bangsa dan agama.


Tidak sesiapa boleh menyangkal dakwaan bahawa PAS adalah sebuah parti Islam terbesar di Negara ini yang ahlinya mencecah lebih daripada 1 juta orang dan bersedia mengambil alih
tanggungjawab daripada UMNO untuk membela bangsa dan agama bila-bila masa dari sekarang. Keahliannya 100% terdiri daripada orang-orang Islam, walau pun UMNO yang mendakwa keahliannya lebih daripada 3 juta orang, tetapi UMNO bukan sebuah parti Islam kerana dalam UMNO terdiri ramai ahli di kalangan orang bukan Islam. Oleh itu jangan terkejut, jika di majlis-majlis anjuran UMNO atur caranya tidak selaras dengan dengan Islam dan kemungkinan terdapat hidangkan arak, tuak dan samsu serta daging babi sebagai menu utama kerana ia untuk orang bukan Islam.


Adalah mengarut mengatakan UMNO itu parti Islam. Dalam UMNO, tiada ada sedikit pun perasaan dan semangat persaudaraan sesama Islam. UMNO bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menentang kehendak nafsu serakahnya. Kita ambil contoh mudah, UMNO mendera kerajaan (merampas royalty minyak dan melengah-lengahkan pemberian grant tahunan) dan rakyat Kelantan lebih 20 tahun. Kalau UM
NO membawa dasar Islam dan semangat Islam kenapa perlu berkata masalah air Kelantan boleh diselesai jika BN perintah. Ini bermakna UMNO sekarang mampu untuk menyelesaikan masalah air Kelantan, tetapi ia tidak mahu berbuat berbuat sedemikian kerana ia mempunyai niat jahat dan mahu melakukan penindasan terhadap rakyat Kelantan sesama bangsa dan seagama. Biadap dan kurang ajarnya para pemimpin UMNO, sepatutnya UMNO berusaha membantu menyelesaikan masalah air yang dihadapi Kelantan kerana Kelantan berada dalam system federalisme yang mana kerajaan dan rakyat Kelantan juga turut menyumbang berbagai jenis cukai kepada kerajaan pusat. Bukan dengan mengeluarkan ugutan dan ancaman semacam itu dan memaksa rakyat Kelantan memilih UMNO sekiranya berhendakkan air bersih. Begitulah rendahnya moral dan akhlak para pemimpin UMNO. Islamkah UMNO dengan sikap yang sedemikian?


Berkawan dengan
DAP bukan satu beban malah berupaya meningkatkan semangat perjuangan yang lebih kental menentang UMNO yang memerintah secara zalim dan menindas rakyat. Apa yang lebih penting di sini ialah keupayaan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada rakyat keburukan dan kelemahan kepimpinan UMNO (BN) memerintah Negara. Pakatan Rakyat perlu berusaha mencari kaedah terbaik mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat benar mengenai kebobrokan kerajaan pimpinan UMNO kepada seluruh rakyat, walaupun pada ketika yang sama UMNO berusaha keras membendong sebarang maklumat dari pihak Pakatan tidak sampai ke pengetahuan rakyat melalui kuasa yang ada padanya. Disamping itu, Pakatan juga perlu berusaha meruntuhkan tembok yang dibina oleh UMNO untuk membelenggu pemikiran, jasad dan rohani rakyat.


Mohd Nor Idris marahkan Nik Aziz berkawan dengan DAP yang bukan Islam kerana beliau kurang peka (atau buat tidak tahu) tentang sejarah Islam. Bagaimana seorang yang menerima pendidikan Islam secara langsung boleh lupa mengenai perjuangan Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Rasulullah berdakwah di samping
dibantu oleh umat Islam, Baginda juga dibantu oleh orang yang bukan Islam. Contoh, persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah khususnya bantuan yang diberikan oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah adalah golongan yang bukan Islam yang banyak membantu Nabi menjayakan misi dakwahNya sehingga banyak orang kafir Quarish Makkah memeluk Islam. Selepas Perjanjian Hudaibiyah, terbentuklah satu gerakan yang persefahaman yang lebih tersusun dan lebih berstrategi menentang kezaliman kaum Quarish pimpinan Abu Jahal yang menentang dakwah Rasulullah.


Ditinjau politik di Malaysia kini, persefahaman yang terjalin di antara bukan Melayu khususnya dengan DAP dan PKR (multi racial) menyumbang ke arah penyatuan pemikiran dan tindakan menentang kezaliman UMNO memerintah. Kesan daripada persefahaman ini mengwujudkan gabungan politik yang lebih mantab dinamakan sebagai Pakatan Rakyat (dulu Barisan Alternatif) mengakibatkan UMNO (BN) kalah teruk dalam PRU ke-12 lalu. Prinsip satu V satu ini membawa UMNO berada dalam ketakutan kerana sokongan kaum bukan Melayu telah beralih arah menyokong Pakatan. UMNO terlalu dibayangi ketakutan akan tumbangnya kerajaan UMNO/BN. Oleh itu, strategi UMNO, ia mesti memecahkan persefahaman yang ada dalam Pakatan dengan apa cara sekali pun termasuk memperalatan institusi-institusi agama (seperti institusi Mufti dan Ulama) untuk menyelamatkan diri dalam PRU ke-13 nanti, maka ditimbulkan isu-isu berkaitan KeMelayuan seperti isu perpaduan Melayu (PAS + UMNO), isu hak dan keistemewaan Melayu, agama Islam seperti yang dibangkit oleh Mohd Nor Idris itu.


Motifnya satu, iaitu untuk menakut-nakutkan orang Melayu beragama Islam bahawa apabila Pakatan menang, yang menang ialah DAP yang mewakili kaum Cina. DAP akan menjadikan PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan. Kaum Cina akan menguasai politik di Malaysia dan orang Melayu akan menjadi seperti orang Melayu di Singapura. Dakyah ini adalah mainan politik UMNO dulu, kini dan selama-lamanya yang tidak pernah lekang dari unsur-unsur perkauman dan agama yang menjadi senjata utamanya. UMNO percaya dengan memainkan isu-isu ketuanan Melayu dan Islam, ia boleh menarik sokongan orang Melayu-Islam kepadanya dan menjadikan PAS sebagai kambing hitam (syaitan kata Mohd Nor Idris) berbahaya kepada orang Melayu dan mengancam survival Islam sendiri.


Kaedah ini mungkin berjaya kerana UMNO menguasai segala saluran maklumat dan dibantu dengan kedudukan kewangan yang kukuh sebagaimana ia berjaya mengelirukan pandangan awam berhubung persaingan sengit dalam perebutan jawatan dalam PKR sekarang dan mengelirukan pandangan rakyat terhadap kerajaan PAS Kedah yang kononnya tidak mengambil berat dan tidak buat apa-apa tentang kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir. Islamkah UMNO dengan sedikit bantuan diberi kepada mangsa-mangsa banjir terus mendabik dada (mempergunakan segala saluran media), mempolitikkan isu banjir yang menggambarkan seolah-olah ia adalah jaguh rakyat, senantiasa membela nasib rakyat, tetapi dalam masa yang sama menafikan peranan orang lain yang sama-sama turut membantu mangsa banjir. Sekali lagi UMNO bertindak kurang ajar dan biadap. UMNO perlu diajar.


Ajaran Islam tidak menyuruh umatnya berlagak sombong, ego, takbur dan bangga diri kerana dialah yang banyak membantu dan menolong orang dalam kesusahan sehingga Islam menganjur umatnya : Kalau tangan sebalah kanan memberi, jangan biarkan tangan sebelah kiri mengetahuinya. Berbuatlah kebaikan dengan ikhlas kerana Allah swt, bukan kerana manusia untuk mengejar kuasa politik dan menguasai kekayaan duniawi. Amalan UMNO selama ini jauh dari ajaran Islam sebenar. Itu pun Mohd Nor Idris mengatakan UMNO melaksanakan dasar Islam. Sewelkah mnausia ini?


Apa yang dibincangkan di atas adalah perancangan dan strategi UMNO. Kita juga mempunyai perancangan dan strategi yang sama, tetapi perancangan dan strategi Allah swt lebih hebat. Siapa yang boleh menjangkakan yang Mohd Khir Toyo boleh kena denggi (disyaki) akibat gigitan seekor nyamuk kerana Khir Toyo tinggal dalam sebuah rumah banglo bernilai jutaan ringgit. Rakyat marhain orang kampung yang membina rumah kedudukannya di tepi sungai, di tepi-tepi longkang, di tepi tong sampah sarap yang berbau busuk-hanyir dan dipinggir hutan tebal, lebih selamat dengan kehendak Allah jua. Sama dengan nasib Najib yang tinggal di Seri Perdana yang kos pembinaannya sahaja berjumlah RM11,831 juta dan kini akan diubahsuai lagi dengan kos RM65 juta. Begitu hebat dan gagah Najib yang ada kausa di tangan, tetapi beliau tidak berjaya mengelak dari ditimpa musibah terkena demam campak yang teruk menunjukkan betapa marhainnya kita disisi Allah swt.


Sebagai makluman, pemimpin nombor 1 negara tidak pernah ambil pusing tentang kebajikan rakyat. Apa yang dihulurkannya bukan ada keikhasan kerana ia bermatlamatkan politik. Cakap lain, perbuatan lain. Disuruhnya rakyat berjimat-cermat, tetapi dia sendiri membazir harta rakyat. Dulu di era Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, mengambil tempat Mahathir, Seri Perdana juga diubahsuai menelan belanja sebanyak RM15.81 juta. Sayang, Mohd Nor Idris tidak sedikit pun menyentuh isu ini, mungkin ia suka dan membela syaitan-syaitan yang berada dalam UMNO yang membazir duit rakyat setiap masa (rujuk laporan 2009, pastinya tiada ada sesiapa yang akan didakwa). Mungkin juga, Mohd Nor Idris lebih suka rakyat berada terus dalam kemiskinan papa kedana bagi memudahkan UMNO memanipulasikan keadaan agar UMNO terus berkuasa, asalkan beliau dan para pemmpin UMNO hidup dikelilingi kemewahan tanpa ada sebarang gangguan dan halangan.


Teringat saya perancangan Allah swt terhadap perjuangan Nabi Muhammad saw. Nabi berjuang bukan tinggal dalam istana yang mewah dan serba lengkap seperti yang dinikmati oleh Najib, Khir Toyo dan para pemimpin UMNO lainnya. Dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad saw sendiri, ada dua peristiwa penting yang berkaitan dengan gua (melambangkan kesederhanaan, ketakwaan dan zuhud seseorang pemimpin terhadap rakyat yang dipimpinnya). Pertama, Nabi mula menerima wahyunya dan diangkat menjadi Rasul adalah di Gua Hira’. Kedua, Nabi terselamat daripada buruan musuh yang ingin membunuhnya ketika baginda bersembunyi dalam sebuah gua juga ketika hendak berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kedua-dua peristiwa ini penting sekali kerana sekali lagi gua (kesederhanaan, ketakwaan dan zuhud) memainkan peranan yang penting membantu kebenaran menentang kejahatan.


Sepatutnya baginda boleh mendapat apa sahaja yang dihajati daripada Allah (lebih daripada Mohd Nor Idris dan para pemimpin UMNO nikmati sekarang), kerana baginda kekasih Allah. Namun, Allah yang Maha Kaya itu tidak memberi segala kemewahan dan kemudahan itu kepada baginda. Di Makkah, baginda dihina oleh kaum keluarga dan anak bangsanya sendiri, walaupun baginda dari golongan bangsawan . Baginda dipulau dan diancam kebuluran. Baginda dilontar batu dan diugut untuk dibunuh. Baginda terpaksa berjalan kaki berpuluh-puluh batu untuk berhijrah. Baginda terpaksa bertempur dalam peperangan Badar. Kepimpinan baginda dicabar apabila golongan munafik (seperti golongan yang diwakili oleh Mohd Nor Idris dan kuncu-kuncunya) keluar beramai-ramai meninggalkannya di saat menghadapi peperangan Uhud. Semua pengajaran ini penting untuk kita renung dan ambil iktibar. Allah tidak memberi jalan singkat kepada kemenangan, sebaliknya ia mesti dilalui dengan kesusahan dan ketabahan. Begitu juga nasib sekumpulan pemuda yang menentang pemimpin yang zalim di zaman dahulu. Mereka menjadi buruan dan terpaksa berselindung di sebuah gua. Kisah ini bukan sahaja menceritakan yang kumpulan pemuda itu selamat, tetapi pemerintah (kini di Malaysia adalah UMNO) yang zalim itu jatuh juga.


Mohd Nor Idris terlupa bahawa Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra juga pernah berintraksi dengan kabilah Ibn Daghnah untuk meminta perlindungan ketika di Mekah dan ianya terbatal apabila kabilah tersebut mensyaratkan supaya Abu Bakar tidak membaca al-Quran secara terang- terangan. Ketika hijrah Rasulullah saw baginda ditunjuk jalan oleh Abdullah bin Uraiqit yang bukan Islam. Kabilah-kabilah Arab seperti Kabilah Huza’ah juga bukan Islam turut berkerjasama dengan Nabi saw. Kabilah Bani Huza’ah adalah kabilah Arab Makkah yang memilih untuk bergabung dengan Nabi saw kerana mereka mengenali Nabi saw sejak kecil lagi sebagai seorang yang amanah.


Selepas peristiwa perjanjian Hudaibiyyah, di Makkah juga terdapat satu lagi kabilah iaitu Bani Bakar yang bergabung dengan musyrikin Quraish dan menyimpan dendam untuk menyerang Bani Huza’ah. Bani Bakar dengan bantuan musyrikin Quraish bertindak menyerang Bani Huza’ah. Serangan yang dilakukan pada waktu malam itu telah mengorbankan 20 orang keluarga Bani Huza’ah. Peristiwa ini juga merupakan pencabulan kepada perjanjian damai Hudaibiyah yang telah termeterai sebelumnya.


Ekoran dari peristiwa tersebut, Bani Huza’ah telah menghantar 40 orang untuk mengadap Rasulullah saw mengadu tentang serangan tersebut. Baginda berasa sangat sedih dan bertindak membantu Bani Huza’ah yang dizalimi oleh Bani Bakar itu dengan bertindak memerangi kota Makkah, walaupun pada ketika itu Bani Huza'ah tidak memeluk Islam bahkan penduduk Makkah yang membantu dan menyerang mereka adalah sebangsa dan sekabilah dengan Rasulullah saw. Sayang, Mohd Nor Idris terus memekak dan membutakan mata mengenai sejarah (demi sedikit habuan dunia) perjuangan Nabi ini untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam membina Malaysia lebih maju tanpa rasuah, tanpa pembaziran, tanpa menyalahgunaan kedudukan dan kuasa untuk kepentingan peribadi dan mampu mempunyai lebih ramai para pemimpin yang zuhud tidak mencintai dunia secara melampau dan sayangkan rakyat melebihi sayangkan diri sendiri, keluarga dan kroni seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.


Kesimpulannya, Mohd Nor Idris manusia sewel. Tidak dapat mengenal yang mana kaca, yang mana intan. Mohd Nor Idris juga mengajar orang Melayu menjadi kurafat. Percayalah UMNO tiada, rakyat dan Negara akan terus sejahtera, aman dan makmor dengan izin Allah. Adanya UMNO pun bangsa dan agama sudah pun musnah dibuatnya. Jangan biarkan UMNO terus memerintah, nanti Melayu tinggal gusi dan lidah seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Jangan biarkan UMNO terus menjual Negara ini ke tangan Negara lain seperti isu Batu Putih, penyerahan blok L dan M kepada Brunai sebagai pertukaran dengan Limbang dan penyerahan rezab KTMB di Tanjung Pagar ke Singapura


Kunjungi
blog saya untuk bertukar-tukar pandangan bersatu menentang UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan Negara.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Saturday, November 6, 2010

MOHD NOOR IDRIS BUTA SEJARAH-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai


Mohd Nor Idris yang memaki hamun MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kempen PRK Galas lalu adalah bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an dan pernah menjadi anggota PAS dan sering-kali memberikan ceramah atas pentas PAS. Semasa bersama PAS, isi ceramahnya sering memaki hamun UMNO dan pernah fatwa mengkafirkan UMNO. Dengan takdir Allah swt, beliau kemudiannya keluar dari PAS dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Oleh sebab kumpulan Islah yang ditubuhkannya itu tidak dapat menarik perhatian rakyat, maka kumpulan ini hilang lenyap dari arus politik negara terkubur tanpa nisan. Bagi meneruskan kegiatan politik gilanya itu, beliau telah menyertai UMNO dan beliau diberi tugas untuk menyerang PAS dan peribadi pemimpinnya (bukan dasar-dasarnya). Apa yang diludahkannya dulu terhadap UMNO, dijilatnya kembali.


Perjuangan politik Mohd Nor Idrus caca-merba. Tiada haluan. Tiada ada matlamat perjuangan yang jelas. Perjuangannya lebih kepada nafsu serakahnya yang tidak pernah pu
as mengencam dan memaki hamun manusia lain yang tidak sebulu dengannya dari dahulu sampai sekarang. Kedudukannya dalam politik tidak akan sampai ke mana, hanya sekadar sebagai ayam sabung UMNO. Sebagai orang yang ada sedikit pengetahuan agama (orang yang tidak menerima pendidikan Islam secara langsung, bolehlah dimaafkan), beliau tidak sepatutnya menyebut Nik Aziz sebagai syaitan kerana menjalin hubungan dan berkerjasama rapat dengan DAP (PKR?) [dengan PSM46 dulu pun dia tentang] dan cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan UMNO dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.


Kenyataan Mohd Nor Idris sebenarnya tidak tepat (lebih kepada emosi) dan beliau sendiri terlupa sejarah atau tidak membaca sejarah. Mohd Nor Idris buta sejarah. Sama ada sejarah perjuangan Nabi Muhammad saw atau pun sejarah Negara ini sendiri. Benarlah kata Mahathir bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’. Siapakah sebenarnya syaitan, UMNO atau PAS (Nik Abdul Aziz Nik Mat) atau beliau sendiri?


Jawabannya: UMNO (y
ang beliau berada di dalamnya) adalah SYAITAN sebenar. Apa dalilnya. Banyak dalil dan fakta yang boleh diketengahkan untuk di bawa perbincangan bagi menunjukkan bahawa UMNO adalah SYAITAN sebenar seperti yang beliau sebutkan terhadap PAS (Nik Aziz), malah terbukti UMNOlah pengkianat bangsa dan agama sehingga kaum bukan Melayu sejak Negara ini mencapai kemerdekaan naik minyak meminta yang bukan-bukan mengakibatkan bangsa Melayu terpaksa (dipaksa) banyak berkorban dan kehilangan hak istemewaannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Pemimpin Melayu yang ditunjangi oleh UMNO sanggup berkompromi dengan kaum bukan Melayu sehingga sanggup menjual maruah bangsa dan agama sendiri atas dasar perpaduan kaum kononnya.


Apabila berlaku tsunami politik dalam PRU ke-12 tahun 2008 lalu, ramai merasai bahawa kuasa politik orang bukan Melayu khususnya kaum Cina mulai menguasai politik Negara ini secara dominan dan dalam masa yang sama kuasa politik orang Melayu sendiri semakin mengecil dan mulai menggelusur turun. Maka, baharulah para pemimpin UMNO (termasuk beliau) mulai tersedar mainan politik kaum bukan Melayu. Tidak ada sebuah parti politik dalam dunia ini yang berjuang atas kapasiti memperjuangkan nasib bangsa dan agamanya, hak bangsanya semakin hari semakin hilang dan agamanya dihina dan diperlecehkan, melainkan parti UMNO.


Lihat apa yang diperjuangkan oleh parti-parti bukan Melayu dalam Negara ini untuk bangsanya, mereka dengan mudah mencapai apa yang menjadi matlamat perjuangan bangsa mereka baik dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan, social dan sebagainya. Amat malang bagi umat Melayu, hasil percaturan politik para pemimpin UMNO yang ‘bangang @ stupid’ mengakibatkan hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis. Perjuangan para pemimpin UMNO adalah untuk mengisi tembolok sendiri bukan kepentingan bangsa dan agama.


Bukankah pemimpin UMNO sendiri (bukan PAS) yang bertindak terlalu memberi muka kepada kaum bukan Melayu bagi meraih keuntungan politik jangka pendik (bodoh dan tiada wawasan masa depan untuk bangsa dan agamanya) memenuhi segala apa yang dituntut sehingga Singapura pun turut hilang dari kekuasaan dari tangan bangsa Melayu. Islam tidak boleh dilaksanakan (hanya sekadar amalan fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja dibolehkan) dalam semua sector dengan alasan Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat majmuk, apatah lagi untuk menjadikan Islam sebagai ‘Ad-Din’ dalam kehidupan masyarakat Islam dalam Negara ini, jauh api dari panggang selagi UMNO kekal berkuasa. Adakah itu dapat dikatakan kerajaan UMNO kerajaan Islam? Banyaknya masjid yang besar lagi indah dan cantik, lambang dan symbol memenuhi serata alam bukan bermakna Islam menjadi teras dalam pemerintahan kerana banyak Negara bukan Islam pun mempunyai imej yang disebut itu.


Mohd Nor Idris ini benak dan ‘buta sejarah’, tidak ada dalam mana-mana sejarah dunia yang menuntut kemerdekaan tidak ada sehebat yang pernah dikorbankan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu (TM). Kemerdekaan yang dinikmati kini sebenarnya pernah ditentang oleh sebahagian pejuang-pejuang kemerdekaan. Hanya UMNO, MCA dan MIC yang menubuhkan Parti Perikatan yang beria-ia mahu kemerdekaan dianugerahkan kepada mereka. Malah, pengasas UMNO sendiri, Dato’ Onn Jaafar ketika sambutan kemerdekaan diadakan, beliau hanya duduk di anjung rumahnya sambil mendengar radio yang membuat siaran kemerdekaan. Dato’ Onn Jaafar dalam kempennya pada pilihan raya 1955, menegaskan bahawa TM belum bersedia untuk menerima kemerdekaan lagi, tetapi ditentang oleh para pemimpin UMNO yang mahukan kemerdekaan diberi segera.


Dato’ Onn Jaafar menentang diberi kemerdekaan awal kerana masalah kerakyatan yang belum diselesaikan. Syarat kemerdekaan 1957 ialah menerima taraf kerakyatan kaum pendatang asing sebagai kerakyatan dengan syarat-syarat yang amat longgar. Berdasarkan sejarah kependudukan di TM orang Melayu pernah menjadi kaum minority pada thaun 1934. Annual Report Federated Malay Studies 1934, penduduk Melayu di Negeri-negeri Bersekutu ialah 627,461, manakala kaum Cina 643,977, kaum India 322,089 dan lain-lain kaum 28,201. Ini tidak termasuk jumlah penduduk di Pulau Pinang dan di Singapura yang dipenuhi dengan penduduk kaum Cina.


Perangkaan ini berterusan sampai ke tahun 1941, di mana kaum Melayu Cuma 44 peratus daripada jumlah penduduk Semenanjung TM berbanding kaum Cina 40.5 peratus dan kaum India 14 peratus. Berdasarkan banci 1947, kaum Melayu cuma 2,427,834 (49.5%), Cina 1,884,534 (38.4%), India 530,638 (10.8%) dan lain-lain 65,080 (1.3%). Jus soli 1946 akan menyebabkan 83% kaum Cina dan 75% kaum India akan menjadi warganegara Malayan Union, sedangkan dalam persekutuan 1948, hanya 28.9% sahaja yang layak menjadi warganegara persekutuan, tetapi dengan Jus Soli 1957 di bawah Suruhanjaya Lord Reid, sebahagian besar kaum Cina dan India yang berkerja di lombong-lombong dan di estet-estet berjaya menjadi warganegara persekutuan.


Pada 15 Ogos 1957, laporan Reid telah dipersetujui oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Wakil tunggal PAS iaitu Haji Ahmad Hussein menentang cadangan tersebut, tetapi suaranya tidak mengubah suara majority parti Perikatan. Penerimaan Jus Soli 1957 telah menenggelamkan kuasa undi orang Melayu yang meliputi 84% pada tahun 1955 menjadi 56.8% pada tahun 1959 dan angka tersebut terus menerus mengecil sampailah sekarang. Senario tersebut dilihat membahayakan survival orang Melayu. Oleh sebab itu, Dato’ Onn Jaafar, Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob dan lain-lain pejuang Melayu yang prihati terhadap masa depan bangsa dan agama bangkit menentang cadangan tersebut, tetapi mereka gagal kerana UMNO menggunakan kuasa yang ada (dibantu oleh pihak British) seperti yang ia amalkan sekarang dan berjaya mematikan gerakan penentangan tersebut. Mengapa kesilapan UMNO mempergadaikan nasib bangsa dan agama ini tidak disentuh oleh Mohd Nor Idris, adakah beliau buta sejarah Negara?


Ditinjau penguasaan kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum 1959 menampakkan UMNO amat tidak bermaya mempertahankan penguasaan orang Melayu dalam Parlimen. Itu pun diambil kira semua Ahli Parlimen (MP) berbangsa Melayu, tidak kira sama ada daripada UMNO atau bukan UMNO, termasuk MP daripada PAS, DAP atau lain-lainnya. Perangkaan berdasarkan Melayu dan bukan Melayu serta peratus penguasaan Melayu dalam Dewan Rakyat adalah seperti berikut: Kemerosotan ini wujud bukan kerana kerusi itu terlepas daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang. la wujud apabila UMNO tidak berupaya menolak tekanan parti bukan Melayu lain dalam BN terhadap pengagihan kerusi. Hasilnya, UMNO menyerahkan kerusi yang asalnya ditandingi oleh calon Melayu kepada parti kerabat BN bukan Melayu. Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum 1990 sahaja, sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri majoriti pengundi Melayu diserahkan oleh UMNO kepada parti kerabatnya untuk ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu (juga bukan Islam). Jumlah itu termasuklah 13 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN, dan tidak termasuk kerusi-kerusi seumpama itu yang sudahpun ditandingi calon bukan Melayu dari BN sebelum itu. Kenapa tidak ada bantahan dari Mohd Nor Idris?


Di antara kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC dalam Pilihan Raya Umum 1990 ialah Padang Serai (55.2% Melayu), Alor Setar (54.8%), Lipis (53.2%), Pontian (52.2%), Kapar (60.0%), Ampang Jaya (68.5%), Selandar (50.8%) dan Telok Kemang (51.3%). Malah, strategi persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 yang dilakukan oleh SPR (dirancang oleh UMNO) adalah suatu perbuatan khianat kepada orang Melayu apabila tidak menambah bilangan kerusi di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperi di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, sebaliknya menambah bilangan kerusi di negeri atau kawasan bukan Melayu menyebabkan bilangan kerusi Melayu tidak bertambah berbanding kerusi bukan Melayu dan tidak Islam yang meningkat dengan banyaknya. Akibatnya jumlah kerusi dimiliki bukan Islam meningkat dan mengukuhkan kedudukan politik mereka sehingga berani membuat tuntutan-tuntutan yang melukakan perasaan bangsa Melayu yang Islam. Ia adalah pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu dan Islam. Mengapa isu ini juga tidak disebut oleh Mohd Nor Idris?


Dalam pada itu, UMNO setiap detik menyerang dan berusaha menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan sejak dari tahun 1990 hingga kini.
Berbillion ringgit digunakan untuk menjatuhkan PAS yang diperintah oleh 100% orang Islam dan 99% rakyatnya juga terdiri daripada orang Islam. UMNO mengkianati pemerintahan orang Islam di Kelantan yang kebetulannya PAS yang memerintah. Pelbagai bantuan disekat melalui berbagai kaedah untuk menjatuhkan kerajaan PAS dan mendera rakyat Kelantan yang mengundi PAS. Begitu juga di Terangganu ketika PAS memerintah (1999 hingga 2004) dan kini di Kedah, UMNO dengan pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan dua buah kerajaan yang diterajui oleh orang Islam. Celakalah Mohd Nor Idris yang tidak menimbulkan isu ini bagi membuat perbandingan secara adil dan saksama. Samalah seperti syaitan dan dajal yang tugas utamanya untuk menyesatkan anak-cucu Nabi Adam. Beliau hanya menuding jari menyalahkan PAS. Satu jari dituding ke arah PAS (Nik Aziz), empat lagi jarinya mengala ke arah diri sendiri dan UMNO.


Jadi, siapakah sebenar SYAITAN?


Bersambung siri ke 2/-


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Thursday, November 4, 2010

INI DIA DAJAL AKHIR ZAMAN


Anda tenguk orang ini macam mana? Apa pandangan kasyaf anda semua.


Pada kasyaf saya nampak orang ini betul-betul macam “BABI HUTAN” sedang bertengek bersetubuh dengan babi hutan betina.Disamping itu, bila dia angat tangan tingggi-tinggi, kasyaf saya kelihatan beliau macam atau seolah-olah ketua segala iblis-syaitan. Muka macam “DAJAL”. Muka huduh macam siput babi. Bagaikan anjing kurap di tepi jalan.Hina-dana. Kasihan dia. Pada kasyaf saya macam itu.

JAUHI LAH BINATANG BERUPA MANUSIA INI SANGAT MEMBAHAYAKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL.


Kata orang sedap, tidak mahu cerminkan diri.

PAS KENA MAIN LAGI

UMNO – 2010 (5324) 2008 (3753) + 1571
PAS – 2010 (4134) 2008 (4399) - 265


Kalau dilihat, undi PAS cuma berkurang sebanyak -265 sahaja. Namun, undi Barisan Nasional NAIK sebanyak 1571. Kenaikkan undi BN yang begitu mendadak ini juga kita lihat berlaku di Hulu Selangor.

Bagi saya, ia adalah keputusan yang SANGAT menghairankan. Maklumat lain yang saya dapat, kenaikan mendadak adalah juga disebabkan oleh kenaikan mendadak penduduk orang asli dari 4 pos mengundi.

Tidak hairanlah SPR tidak mahu mengira undi orang asli di tempat pembuangan undi dan mahukan undi2 tersebut diangkut ke Dewan Gua Musang.Kegagalan jentera PAS adalah menghalang penipuan Barisan Nasional ini. Hikmah kekalahan ini adalah supaya PAS seluruh Malaysia muhasabah dan memperdalamkan serta menguatkan jentera serta kerja keras memenangi undi bukan Melayu.

Kalau kita gagal menghalang penipuan UMNO, kita akan kalah pilihanraya. Jangan patah hati dengan kekalahan yang datang dari penipuan UMNO ini.Inilah cara tradisi BN hendak menang pilihanraya, yakni melalui keputusan2 yang sangat menghairankan.


Sumber : Malaysiawaves

Pakatan Rakyat kena kaji dan perhatian betul-betul dalam most mortem nanti. Apa silap mata yang UMNO gunakan.