Monday, November 15, 2010

BERWASPADA KEPADA "KONONNYA KUASA KETIGA"

Parti Keadilan Rakyat membuka lembaran sejarah baru apabila memberi hak kepada anggotanya untuk mengundi dan memilih pimpinan pusat partinya secara langsung. Tanpa diduga, pemilihan ini terjerat dengan pertikaian sebermulanya, dan kemudian pula berlegar pada Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang meletak jawatan sebagai bantahan terhadap kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang menangkap Raja Petra Kamaruddin bersama dua tahanan yang lain di bawah ISA pada tahun 2008.


Zaid Ibrahim (gambar kiri) menyertai PKR selepas dipecat dari UMNO, lantas dilantik sebagai ahli dalam Biro Politik PKR, dan koordinat
or Pakatan Rakyat. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menjadi pemimpin baru pembangkang dalam masa yang singkat. Namun demikian, belumpun genap dua tahun, Zaid Ibrahim kini menjadi bom yang menunggu waktu untuk meletup, dan mungkin bintang PKR yang hanya bersinar untuk sekelip mata.


PKR dilabel sebagai parti yang terdiri daripada anggota dengan bermacam ragam dan latar belakang - bekas ahli UMNO, aktivis gerakan sosial, anggota ABIM, dan kemudian ahli Parti Rakyat Malaysia yang terbubar partinya u
ntuk tujuan percantuman. Buat sementara ini kita tidak mendalami pertikaian sama ada label "bermacam ragam" ini diwujudkan media tradisonal untuk menyahut propaganda Barisan Nasional - agar parti berbilang kaum ini ditonjolkan bahawa ia akan berakhir dengan pecah berkecai kerana matlamat yang berbeza. Namun demikian, sememangnya PKR mempunyai ciri-ciri ini, pada tahap tertentu - iaitu oportunis akan datang mengambil kesempatan, dan akan meninggalkan parti setelah kemahuannya tidak tercapai.
Fenomena ini semakin ketara selepas 8 Mac 2008, iaitu Pilihan Raya Umum ke-12, tycoon dan politikus yang melepasi zaman "kegemilangan" dirinya berpusu-pusu memasuki PKR - bayangkan Lee Chong Meng (gambar kanan) pun mahu menyertai PKR.


Seandainya dikaji puncanya - PKR yang nyawa-nyawa ikan selepas PRU tahun 2004 bangkit sebagai parti pembangkang terbesar setelah PRU tahun 2008 - bukan sahaja menguasai negeri Selangor yang kaya dengan sumber, di samping menuai hasil di Pulau Pinang, Perak, Ked
ah dan Kelantan bersama dua rakan parti, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. PR khususnya PKR kelihatan semakin gah untuk menawan Putrajaya dan menggantikan Barisan Nasional, berada pada titik yang paling dekat jaraknya dengan tampuk kuasa, jika dibandingkan masa-masa sebelum ini.


Menyedari kebangkitan sebuah "government-in-waiting", elit yang tidak mempunyai sokongan akar umbi tetapi mahu mendekati tampuk kuasa, melihat peluangnya dalam PKR. Malah, tycoon yang gagal lagi mendapat habuan dari sistem kroni-kapitalisme BN, akan melihat PKR sebagai wadah pelaburan yang mungkin membawa pulangan lumayan pada masa depan. Malah, seandainya dibandingkan dengan PAS dan DAP, PKR yang hanya berusia 11 tahun, sememangnya mempunyai potensi dan ruang yang lebih besar untuk diterokai.


Terlalu awal untuk "Kuasa Ketiga"


Namun demikian, parti politik sememangnya medan pergelutan kepentingan dan dan persaingan garis politik yang berbeza. Mereka yang berkecimpung dalam politik bukan sahaja perlu berdepan dengan persaingan dari musuh parti, malah perlu berhadapan dengan persaingan yang dari pelbagai sekta atau aliran yang wujud dalam parti. Ini satu kelumrahan dalam politik parti, dan PKR juga tidak terkecuali daripada kelumrahan ini.


Sejak penubuhannya diasaskan, PKR telah mengharungi zaman di mana pimpinan tertingginya meninggalkan parti, malah pengkhianatan terhadap perjuangan parti. Bahkan, untuk menghalalkan keputusan diri meninggalkan parti atau menyerang parti, sesetengah daripadanya sentiasa berkumpul dan menggelar diri mereka sebagai "kuasa ketiga".


Walaupun parti komponen PR menuai hasilnya yang lumayan ketika PRU ke-12 pada tahun 2008, namun ia jelas masih jauh dari Putrajaya. Malah, ia kekal sebagai tanda soal sama ada kemenangan ini teruji sebagai barisan alternatif yang ampuh dari sistemnya dan boleh saling ganti dengan Barisan Nasional. Ia hanya diketahui dalam PRU ke-13 dan ke-14. Pada peringkat di mana UMNO-BN masih mendominasi segala-galanya, sementara Pakatan Rakyat belum matang, adalah terlalu awal untuk membentuk "kuasa ketiga".


Walaupun namanya "terlalu awal", namun usaha untuk membentuk "kuasa ketiga" ini tidak boleh diperlekehkan. Sekurang-kurangnya untuk Pakatan Rakyat dan mereka yang mahu melihat agar Pakatan Rakyat berjaya mengimbangi Barisan Nasional, mereka harus berwaspada terhadap "kuasa ketiga" ini. Pertamanya, mereka yang dengan sewenang-wenangnya menggelar diri sebagai "kuasa ketiga", melawan Pakatan Rakyat dengan cara sebagaimana mereka melawan Barisan Nasional; keduanya, walaupun mereka menyasarkan PKR, tetapi tamparannya terkena juga pada Pakatan Rakyat.


Mereka yang gagal dipenuhi kemahuan mereka dalam parti, dan keluar sebagai "kuasa ketiga", termasuk juga mereka yang dilihat sebagai "orang yang suci". Namun, tidak kira apa juga keadaannya, sebelum sistem dua parti terbina, kuasa yang bangkit sebagai "pembangkang", kelihatan bertentangan dengan BN tetapi pada masa yang sama menyerang Pakatan Rakyat, hanya akan memecah-belahkan kuasa pembangkang untuk mengimbangi BN - lantas menjadi penghalang dan bukan pemangkin ke arah sistem dua parti. Ia berakhir dengan BN mendapat manfaatnya ketika "kuasa ketiga" bergelut dengan PR, malah pengembangan dan pendominasian BN tidak tersekat.


Sumber :
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11266

1 comment:

  1. https://docs.google.com/leaf?id=0B8aKW_WWUlgTZWExMzM0MTctYzIwMS00NTE4LTk1NTUtM2RmYmM2MzUwZTVh&hl=en

    https://docs.google.com/leaf?id=0B8aKW_WWUlgTMTkzMDIxNzAtYzE2MS00Y2U1LTgwZTAtZDUwNmQwNjA0NDM1&hl=en

    https://docs.google.com/leaf?id=0B8aKW_WWUlgTMjY1Y2E4ZTAtYjIyNC00OTEyLWJjYzMtZDQyNDdmMTJkY2Vi&hl=en

    ReplyDelete