Friday, November 12, 2010

MOHD NOOR IDRIS BUTA SEJARAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD DAN PARA SAHABAT-SIRI 2 (AKHIR )

Oleh : Tun Telanai
Siri pertama saya menulis latabelakang Mohd Nor Idris yang mengambil sikap menyerang Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, MB Kelantan yang juga Murshidul Am PAS. Mohd Nor Idris mengambarkan Nik Aziz sebagai ‘syaitan’ kerana berkawan dengan DAP (dan PKR?) yang konon katanya cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan UMNO dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia. Kesimpulan dari artikel tersebut secara jelas menunjukkan bahawa Mohd Nor Idris sesorang manusia bebal dan buta sejarah dan beliau sendiri tidak sedar sejarah membuktkan bahawa UMNO sebenarnya merupakan ‘syaitan’ dan pengkianat kepada bangsa dan agama.


Tidak sesiapa boleh menyangkal dakwaan bahawa PAS adalah sebuah parti Islam terbesar di Negara ini yang ahlinya mencecah lebih daripada 1 juta orang dan bersedia mengambil alih
tanggungjawab daripada UMNO untuk membela bangsa dan agama bila-bila masa dari sekarang. Keahliannya 100% terdiri daripada orang-orang Islam, walau pun UMNO yang mendakwa keahliannya lebih daripada 3 juta orang, tetapi UMNO bukan sebuah parti Islam kerana dalam UMNO terdiri ramai ahli di kalangan orang bukan Islam. Oleh itu jangan terkejut, jika di majlis-majlis anjuran UMNO atur caranya tidak selaras dengan dengan Islam dan kemungkinan terdapat hidangkan arak, tuak dan samsu serta daging babi sebagai menu utama kerana ia untuk orang bukan Islam.


Adalah mengarut mengatakan UMNO itu parti Islam. Dalam UMNO, tiada ada sedikit pun perasaan dan semangat persaudaraan sesama Islam. UMNO bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menentang kehendak nafsu serakahnya. Kita ambil contoh mudah, UMNO mendera kerajaan (merampas royalty minyak dan melengah-lengahkan pemberian grant tahunan) dan rakyat Kelantan lebih 20 tahun. Kalau UM
NO membawa dasar Islam dan semangat Islam kenapa perlu berkata masalah air Kelantan boleh diselesai jika BN perintah. Ini bermakna UMNO sekarang mampu untuk menyelesaikan masalah air Kelantan, tetapi ia tidak mahu berbuat berbuat sedemikian kerana ia mempunyai niat jahat dan mahu melakukan penindasan terhadap rakyat Kelantan sesama bangsa dan seagama. Biadap dan kurang ajarnya para pemimpin UMNO, sepatutnya UMNO berusaha membantu menyelesaikan masalah air yang dihadapi Kelantan kerana Kelantan berada dalam system federalisme yang mana kerajaan dan rakyat Kelantan juga turut menyumbang berbagai jenis cukai kepada kerajaan pusat. Bukan dengan mengeluarkan ugutan dan ancaman semacam itu dan memaksa rakyat Kelantan memilih UMNO sekiranya berhendakkan air bersih. Begitulah rendahnya moral dan akhlak para pemimpin UMNO. Islamkah UMNO dengan sikap yang sedemikian?


Berkawan dengan
DAP bukan satu beban malah berupaya meningkatkan semangat perjuangan yang lebih kental menentang UMNO yang memerintah secara zalim dan menindas rakyat. Apa yang lebih penting di sini ialah keupayaan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada rakyat keburukan dan kelemahan kepimpinan UMNO (BN) memerintah Negara. Pakatan Rakyat perlu berusaha mencari kaedah terbaik mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat benar mengenai kebobrokan kerajaan pimpinan UMNO kepada seluruh rakyat, walaupun pada ketika yang sama UMNO berusaha keras membendong sebarang maklumat dari pihak Pakatan tidak sampai ke pengetahuan rakyat melalui kuasa yang ada padanya. Disamping itu, Pakatan juga perlu berusaha meruntuhkan tembok yang dibina oleh UMNO untuk membelenggu pemikiran, jasad dan rohani rakyat.


Mohd Nor Idris marahkan Nik Aziz berkawan dengan DAP yang bukan Islam kerana beliau kurang peka (atau buat tidak tahu) tentang sejarah Islam. Bagaimana seorang yang menerima pendidikan Islam secara langsung boleh lupa mengenai perjuangan Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Rasulullah berdakwah di samping
dibantu oleh umat Islam, Baginda juga dibantu oleh orang yang bukan Islam. Contoh, persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah khususnya bantuan yang diberikan oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah adalah golongan yang bukan Islam yang banyak membantu Nabi menjayakan misi dakwahNya sehingga banyak orang kafir Quarish Makkah memeluk Islam. Selepas Perjanjian Hudaibiyah, terbentuklah satu gerakan yang persefahaman yang lebih tersusun dan lebih berstrategi menentang kezaliman kaum Quarish pimpinan Abu Jahal yang menentang dakwah Rasulullah.


Ditinjau politik di Malaysia kini, persefahaman yang terjalin di antara bukan Melayu khususnya dengan DAP dan PKR (multi racial) menyumbang ke arah penyatuan pemikiran dan tindakan menentang kezaliman UMNO memerintah. Kesan daripada persefahaman ini mengwujudkan gabungan politik yang lebih mantab dinamakan sebagai Pakatan Rakyat (dulu Barisan Alternatif) mengakibatkan UMNO (BN) kalah teruk dalam PRU ke-12 lalu. Prinsip satu V satu ini membawa UMNO berada dalam ketakutan kerana sokongan kaum bukan Melayu telah beralih arah menyokong Pakatan. UMNO terlalu dibayangi ketakutan akan tumbangnya kerajaan UMNO/BN. Oleh itu, strategi UMNO, ia mesti memecahkan persefahaman yang ada dalam Pakatan dengan apa cara sekali pun termasuk memperalatan institusi-institusi agama (seperti institusi Mufti dan Ulama) untuk menyelamatkan diri dalam PRU ke-13 nanti, maka ditimbulkan isu-isu berkaitan KeMelayuan seperti isu perpaduan Melayu (PAS + UMNO), isu hak dan keistemewaan Melayu, agama Islam seperti yang dibangkit oleh Mohd Nor Idris itu.


Motifnya satu, iaitu untuk menakut-nakutkan orang Melayu beragama Islam bahawa apabila Pakatan menang, yang menang ialah DAP yang mewakili kaum Cina. DAP akan menjadikan PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan. Kaum Cina akan menguasai politik di Malaysia dan orang Melayu akan menjadi seperti orang Melayu di Singapura. Dakyah ini adalah mainan politik UMNO dulu, kini dan selama-lamanya yang tidak pernah lekang dari unsur-unsur perkauman dan agama yang menjadi senjata utamanya. UMNO percaya dengan memainkan isu-isu ketuanan Melayu dan Islam, ia boleh menarik sokongan orang Melayu-Islam kepadanya dan menjadikan PAS sebagai kambing hitam (syaitan kata Mohd Nor Idris) berbahaya kepada orang Melayu dan mengancam survival Islam sendiri.


Kaedah ini mungkin berjaya kerana UMNO menguasai segala saluran maklumat dan dibantu dengan kedudukan kewangan yang kukuh sebagaimana ia berjaya mengelirukan pandangan awam berhubung persaingan sengit dalam perebutan jawatan dalam PKR sekarang dan mengelirukan pandangan rakyat terhadap kerajaan PAS Kedah yang kononnya tidak mengambil berat dan tidak buat apa-apa tentang kebajikan rakyat yang menjadi mangsa banjir. Islamkah UMNO dengan sedikit bantuan diberi kepada mangsa-mangsa banjir terus mendabik dada (mempergunakan segala saluran media), mempolitikkan isu banjir yang menggambarkan seolah-olah ia adalah jaguh rakyat, senantiasa membela nasib rakyat, tetapi dalam masa yang sama menafikan peranan orang lain yang sama-sama turut membantu mangsa banjir. Sekali lagi UMNO bertindak kurang ajar dan biadap. UMNO perlu diajar.


Ajaran Islam tidak menyuruh umatnya berlagak sombong, ego, takbur dan bangga diri kerana dialah yang banyak membantu dan menolong orang dalam kesusahan sehingga Islam menganjur umatnya : Kalau tangan sebalah kanan memberi, jangan biarkan tangan sebelah kiri mengetahuinya. Berbuatlah kebaikan dengan ikhlas kerana Allah swt, bukan kerana manusia untuk mengejar kuasa politik dan menguasai kekayaan duniawi. Amalan UMNO selama ini jauh dari ajaran Islam sebenar. Itu pun Mohd Nor Idris mengatakan UMNO melaksanakan dasar Islam. Sewelkah mnausia ini?


Apa yang dibincangkan di atas adalah perancangan dan strategi UMNO. Kita juga mempunyai perancangan dan strategi yang sama, tetapi perancangan dan strategi Allah swt lebih hebat. Siapa yang boleh menjangkakan yang Mohd Khir Toyo boleh kena denggi (disyaki) akibat gigitan seekor nyamuk kerana Khir Toyo tinggal dalam sebuah rumah banglo bernilai jutaan ringgit. Rakyat marhain orang kampung yang membina rumah kedudukannya di tepi sungai, di tepi-tepi longkang, di tepi tong sampah sarap yang berbau busuk-hanyir dan dipinggir hutan tebal, lebih selamat dengan kehendak Allah jua. Sama dengan nasib Najib yang tinggal di Seri Perdana yang kos pembinaannya sahaja berjumlah RM11,831 juta dan kini akan diubahsuai lagi dengan kos RM65 juta. Begitu hebat dan gagah Najib yang ada kausa di tangan, tetapi beliau tidak berjaya mengelak dari ditimpa musibah terkena demam campak yang teruk menunjukkan betapa marhainnya kita disisi Allah swt.


Sebagai makluman, pemimpin nombor 1 negara tidak pernah ambil pusing tentang kebajikan rakyat. Apa yang dihulurkannya bukan ada keikhasan kerana ia bermatlamatkan politik. Cakap lain, perbuatan lain. Disuruhnya rakyat berjimat-cermat, tetapi dia sendiri membazir harta rakyat. Dulu di era Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, mengambil tempat Mahathir, Seri Perdana juga diubahsuai menelan belanja sebanyak RM15.81 juta. Sayang, Mohd Nor Idris tidak sedikit pun menyentuh isu ini, mungkin ia suka dan membela syaitan-syaitan yang berada dalam UMNO yang membazir duit rakyat setiap masa (rujuk laporan 2009, pastinya tiada ada sesiapa yang akan didakwa). Mungkin juga, Mohd Nor Idris lebih suka rakyat berada terus dalam kemiskinan papa kedana bagi memudahkan UMNO memanipulasikan keadaan agar UMNO terus berkuasa, asalkan beliau dan para pemmpin UMNO hidup dikelilingi kemewahan tanpa ada sebarang gangguan dan halangan.


Teringat saya perancangan Allah swt terhadap perjuangan Nabi Muhammad saw. Nabi berjuang bukan tinggal dalam istana yang mewah dan serba lengkap seperti yang dinikmati oleh Najib, Khir Toyo dan para pemimpin UMNO lainnya. Dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad saw sendiri, ada dua peristiwa penting yang berkaitan dengan gua (melambangkan kesederhanaan, ketakwaan dan zuhud seseorang pemimpin terhadap rakyat yang dipimpinnya). Pertama, Nabi mula menerima wahyunya dan diangkat menjadi Rasul adalah di Gua Hira’. Kedua, Nabi terselamat daripada buruan musuh yang ingin membunuhnya ketika baginda bersembunyi dalam sebuah gua juga ketika hendak berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kedua-dua peristiwa ini penting sekali kerana sekali lagi gua (kesederhanaan, ketakwaan dan zuhud) memainkan peranan yang penting membantu kebenaran menentang kejahatan.


Sepatutnya baginda boleh mendapat apa sahaja yang dihajati daripada Allah (lebih daripada Mohd Nor Idris dan para pemimpin UMNO nikmati sekarang), kerana baginda kekasih Allah. Namun, Allah yang Maha Kaya itu tidak memberi segala kemewahan dan kemudahan itu kepada baginda. Di Makkah, baginda dihina oleh kaum keluarga dan anak bangsanya sendiri, walaupun baginda dari golongan bangsawan . Baginda dipulau dan diancam kebuluran. Baginda dilontar batu dan diugut untuk dibunuh. Baginda terpaksa berjalan kaki berpuluh-puluh batu untuk berhijrah. Baginda terpaksa bertempur dalam peperangan Badar. Kepimpinan baginda dicabar apabila golongan munafik (seperti golongan yang diwakili oleh Mohd Nor Idris dan kuncu-kuncunya) keluar beramai-ramai meninggalkannya di saat menghadapi peperangan Uhud. Semua pengajaran ini penting untuk kita renung dan ambil iktibar. Allah tidak memberi jalan singkat kepada kemenangan, sebaliknya ia mesti dilalui dengan kesusahan dan ketabahan. Begitu juga nasib sekumpulan pemuda yang menentang pemimpin yang zalim di zaman dahulu. Mereka menjadi buruan dan terpaksa berselindung di sebuah gua. Kisah ini bukan sahaja menceritakan yang kumpulan pemuda itu selamat, tetapi pemerintah (kini di Malaysia adalah UMNO) yang zalim itu jatuh juga.


Mohd Nor Idris terlupa bahawa Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra juga pernah berintraksi dengan kabilah Ibn Daghnah untuk meminta perlindungan ketika di Mekah dan ianya terbatal apabila kabilah tersebut mensyaratkan supaya Abu Bakar tidak membaca al-Quran secara terang- terangan. Ketika hijrah Rasulullah saw baginda ditunjuk jalan oleh Abdullah bin Uraiqit yang bukan Islam. Kabilah-kabilah Arab seperti Kabilah Huza’ah juga bukan Islam turut berkerjasama dengan Nabi saw. Kabilah Bani Huza’ah adalah kabilah Arab Makkah yang memilih untuk bergabung dengan Nabi saw kerana mereka mengenali Nabi saw sejak kecil lagi sebagai seorang yang amanah.


Selepas peristiwa perjanjian Hudaibiyyah, di Makkah juga terdapat satu lagi kabilah iaitu Bani Bakar yang bergabung dengan musyrikin Quraish dan menyimpan dendam untuk menyerang Bani Huza’ah. Bani Bakar dengan bantuan musyrikin Quraish bertindak menyerang Bani Huza’ah. Serangan yang dilakukan pada waktu malam itu telah mengorbankan 20 orang keluarga Bani Huza’ah. Peristiwa ini juga merupakan pencabulan kepada perjanjian damai Hudaibiyah yang telah termeterai sebelumnya.


Ekoran dari peristiwa tersebut, Bani Huza’ah telah menghantar 40 orang untuk mengadap Rasulullah saw mengadu tentang serangan tersebut. Baginda berasa sangat sedih dan bertindak membantu Bani Huza’ah yang dizalimi oleh Bani Bakar itu dengan bertindak memerangi kota Makkah, walaupun pada ketika itu Bani Huza'ah tidak memeluk Islam bahkan penduduk Makkah yang membantu dan menyerang mereka adalah sebangsa dan sekabilah dengan Rasulullah saw. Sayang, Mohd Nor Idris terus memekak dan membutakan mata mengenai sejarah (demi sedikit habuan dunia) perjuangan Nabi ini untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam membina Malaysia lebih maju tanpa rasuah, tanpa pembaziran, tanpa menyalahgunaan kedudukan dan kuasa untuk kepentingan peribadi dan mampu mempunyai lebih ramai para pemimpin yang zuhud tidak mencintai dunia secara melampau dan sayangkan rakyat melebihi sayangkan diri sendiri, keluarga dan kroni seperti yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.


Kesimpulannya, Mohd Nor Idris manusia sewel. Tidak dapat mengenal yang mana kaca, yang mana intan. Mohd Nor Idris juga mengajar orang Melayu menjadi kurafat. Percayalah UMNO tiada, rakyat dan Negara akan terus sejahtera, aman dan makmor dengan izin Allah. Adanya UMNO pun bangsa dan agama sudah pun musnah dibuatnya. Jangan biarkan UMNO terus memerintah, nanti Melayu tinggal gusi dan lidah seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Jangan biarkan UMNO terus menjual Negara ini ke tangan Negara lain seperti isu Batu Putih, penyerahan blok L dan M kepada Brunai sebagai pertukaran dengan Limbang dan penyerahan rezab KTMB di Tanjung Pagar ke Singapura


Kunjungi
blog saya untuk bertukar-tukar pandangan bersatu menentang UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan Negara.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

3 comments:

  1. supo hanjing bongok.dok pade sekor diri.gilo ko apo..nyalok nk upoh..dunio akhir zame.nk wat lagu mano nate nih.

    ReplyDelete
  2. melihat gelagat mohd noor idris itu saya terimgat akan Firman Allah dalam Surah Al Khafi ayat 103 &104 Yang bemaksud : KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD)" MAHUKAN, KAMI KHABARKAN KEPADA KAMU AKAN ORANG2 YANG RUGI SERUGI2NYA AMAL2 PERBUATANNYA? "(IA ITU) ORANG2 YANG TELAH SIA2 AMAL DAN USAHANYA DALAM KEHIDUPAN DUNIA INI, SEDANGKAN MEREKA MENYANGKA BAHAWA MEREKA SENTIASA BETUL DAN BAIK PADA APA SAJA YANG MEREKA LAKUKAN"

    ReplyDelete
  3. sama je....pas ke umno ke...

    ReplyDelete