Saturday, September 25, 2010

ZAINUDDIN MAIDIN (ZAM): SEORANG OPORTUNIST DAN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA-SIRI 3 (AKHIR)

Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt



ZAINUDDIN MAIDIN ANTI PERKEMBANGAN ISLAM?



Zainuddin Maidin ketika diwawancara dalam UMNO On-line.com, kemudian disiarkan oleh Malaysiakini.com mendakwa bahawa perpaduan UMNO dengan PAS (mustahil akan berlaku) tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya kekuatan tiga parti UMNO (tunggak kerajaan dan pengasas BN), MCA dan MIC adalah perpaduan yang sebenar (hakiki) yang akan membawa rakyat Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (pandangan penulis: termasuk ke syurga di akhirat nanti). Yang penting kata beliau ketiga-tiga parti itu perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru untuk menjamin masa depan negara. Mengakhiri wawancara tersebut, beliau sekali lagi menuduh PAS adalah musuh sebenar rakyat Malaysia (fahaman penulis).


Semenjak dari dahulu lagi beliau berprangsaka buruk terhadap PAS. Bencinya terhadap PAS tidak terhitung sehinggakan beliau sanggup memberi komen dan memerli PAS soal remeh isu bersongkok dengan berkopiah dalam ucapan aidil fitri tahun 2007. Berulang kali beliau menuduh PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik, tetapi beliau sendiri terlupa bahawa UMNOlah yang sebenarnya yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam kosmistik, penuh berpura-puraan.


Sepanjang UMNO memerintah, orang bukan Islam semakin buta tentang Islam. Orang bukan Islam tidak didedahkan tentang kebaikan Islam, sebaliknya UMNO menimbulkan perkara-perkara yang mengelirukan persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan perkara-perkara yang boleh menakutkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam.


Contoh : Apabila Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan (AMT PKR), ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (Setiausaha DAP Perak), memetik ayat suci al-Quran dalam ucapan mereka, berduyun-duyun fanatik UMNO membuat laporan polis kononnya mereka menghina Islam, sedangkan kebanyakan para pemimpin UMNO (termasuk Zainuddin Maidin) jahil tentang Islam kerana mereka tidak mengaji tentang Islam yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat kelak.


Mereka pinggirkan Islam dalam sektor kehidupan bermasyarakat, berpolitik dan berekonomian. Mereka hanya faham Islam setakat sembahyang, puasa, zakat (amat dititikberatkan kerana ia mampu memperkayakan orang yang terlibat dalam pengurusan zakat, tetapi penerima zakat berterusan berada dalam kemiskinan) dan haji sahaja.


Demikian juga apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerap bercakap mahu meniru kebaikan Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka juga turut membuat bising kerana mereka juga jahil tentang sejarah keagungan pemerintah Islam yang zuhud, tinggi nilai ketaqwaannya, adil, amanah dan senantiasa takut kepada Allah swt. Tidak seperti para pemimpin UMNO seperti binatang membaham semua benda yang ada di sekeliling tanpa mengambil kira halal-haram. Harta rakyat dijadikan harta pusaka, difaraidkan sesama mereka yang berkuasa, rakyat dinafikan haq untuk sama-sama menikmati kekayaan negara.


UMNO kerap memberi gambaran Islam yang tidak benar kepada orang bukan Islam. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah , UMNO dan juak-juaknya riuh seluruh pelusuk negara kerana ia menghina kesucian Islam kononnya. Kita pun tidak faham bila masa pula UMNO membela kesucian Islam. Dr.Mahathir Mohamad sering berucap menghina sunnah Nabi Muhammad dan hukum Allah swt (termasuk Najib Tun Razak sendiri), UMNO tidak ambil pusing untuk membela Nabi saw dan hukum Allah. Menghina hukum Allah dan sunnah Nabi bererti menghina Allah swt sendiri.


Apabila Adun Sri Andalas (PKR),
Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Serdang (DAP), Teo Nie Ching turun ke surau Surau Al-Huda, Kajang dan Ahli Parlimen Selayang (PKR), William Leong Jee Keen mengunjungi pula Masjid at-Taqwa, di Selayang Baru dengan tujuan untuk menghulurkan sumbangan, mereka mendapat kecaman, cacian dan kutukan daripada berbagai pihak dalam UMNO dan media (termasuk MAIS dan JAIS yang menjadi kuda tungangan UMNO) kononnya ia mencemarkan kesucian Islam, sedangkan hukum Islam tidak mengharamkan bukan Islam memasuki masjid atau surau atas niat yang baik.


Mengunjungi dan mengimarahkan masjid atau surau bukan budaya para pemimpin UMNO, apatah lagi untuk mengharapkan mereka menadah kitab mengaji bagi memperdalamkan lagi ilmu Islam, sebaliknya para pemimpin UMNO menjadikan lounge hotel-hotel sebagai budaya baru untuk bersembang-sembang sambil minum-minum (ada setengahnya mabuk-mabuk seperti JJ) berbincang soal-soal politik dan perniagaan (soal duniawi). Tetapi, apabila terdapat bukan Islam masuk masjid atau surau bercakap mengenai kebaikan dan keadilan yang dibawa oleh Islam, maka mereka terkejut beruk dan mereka terasa diri mereka dicabar, diperleceh dan dihina kerana mereka selama ini yang mengaku Islam lalai dan lupakan masjid atau surau untuk dijadikan pusat menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarkatan kerana mereka hanya datang seminggu atau setahun sekali ke masjid.


Dalam pada itu, UMNO menyebarluaskan doktrin bahawa sekiranya Islam memerintah negara akan menjadi mundur, ekonomi tidak berkembang. Ini katanya akan menjejaskan peluang-peluang perniagaan, perdagangan dan sebagainya yang rakyat menikmatinya selama ini. Manakala, golongan wanita pula akan menjadi warga kelas ke dua, didiskriminasikan dalam berbagai sektor kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, terkurung, tertindas dan hanya menjadi alat memuaskan hawa nafsu lelaki sahaja.


Sejak merdeka UMNO memerintah, UMNO tidak pernah berusaha mengajar rakan-rakan bukan Islamnya dalam komponen Barisan Nasional (BN) (ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya) akan kandungan Islam dan isi al-Quran. Ini kerana UMNO tidak mengamalkan semua hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran itu. UMNO adalah parti perkauman nasionalis yang memperjuangkan kepentingan Melayu (bukan kepentingan Islam), digabungkan dengan parti perkauman juga seperti MCA dan MIC yang masing-masing memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Matlamat gabungan parti-parti perkauman ini yang dulunya dikenali Perikatan dan selepas 1969 sebagai Barisan Nasional adalah untuk mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun.


UMNO sengaja tidak mendedahkan kandungan ajaran Islam sepenuhnya demi kepentingan politiknya. Sekiranya bukan Islam memahami ajaran Islam sebenar secara automatiknya ‘Umno akan bungkus’.Apabila orang bukan Islam tahu akan ajaran Islam yang asas seperti tidak boleh berlaku zalim, tidak boleh melakukan rasuah, tidak boleh memfaraidkan harta rakya sesama sendiri, tidak boleh melonggokkan kekayaan melimpah ruah di kalangan elit politik berkuasa, tidak boleh menindas orang berlainan bangsa dan agama, apatah lagi sesama bangsa dan seagama, tentunya mereka akan menolak UMNO yang mengamalkan politik perkauman kerana Islam menyuruh berlaku adil dan membuat kebaikan kepada semua manusia.


Kini, kita amat bersyukur selepas stunami politik berlaku dalam PRU ke-12 lalu, orang bukan Islam sudah mulai belajar akan kandungan Islam termasuk daripada al-Quran. Itulah sebabnya pemimpin seperti Gobalakrisnan kerap mengucapkan ayat 54 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Mereka (orang jahat) membuat perancangan jahat, Allah juga membuat perancangan dan Allah-lah sebaik-baik membuat perancangan.” Nga Kor Ming pula memetik Ayat 90 Surah An-Nahl yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan membuat kebajikan…”Apabila pemimpin Umno mendengar orang bukan Islam memetik ayat-ayat Quran ini dalam ceramah-ceramah umum yang dihadiri beribu manusia, maka mereka menjadi takut, panik dan menggigil ketakutan. Tentulah orang Islam sejati yang biasa membaca dan berusaha untuk mengikuti perintah Allah, bersikap biasa saja tetapi mereka yang menyeleweng, berlaku jahat, tidak berlaku adil dan menyembunyikan makna ayat-ayat ini akan ketakutan, bukan takut kepada Yang Maha Kuasa sebaliknya takut akan kehilangan kuasa.


Dasar dan amalan inilah yang dipertahankan oleh Zainuddin Maidin yang menjadi juru cakap UMNO
semenjak ia bertugas di Utusan Melayu lagi. Alhamdulillah, berita terbaru yang kita dengar mengatakan ada krisis besar sedang berlaku di Utusan, kita doakan semoga akhbar Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang acap kali membakar api perkauman, penghasut dan menyiarkan berita berunsur fitnah akan cepat dikuburkan kerana tidak siapa yang sudi menatap dan ingin membacanya lagi.


Zainuddin Maidin amat anti kepada pergerakan Islam (harakah Islamiah), beliau hanya mahukan Islam itu setakat mengerjakan ibadah khusus sahaja yang melibat individu dengan tuhannya. Islam lain. Politik lain. Islam tidak boleh dicampur dengan politik. Apatah lagi keinginan masyarakat Islam yang hendak memertabatkan Islam menjadi ad-din dalam kehidupan muslim di dalam semua sektor dalam negara ini, tentu ia akan ditentang habis-habisan. Beliau telah pun menggunakan kuasa yang ada padanya ketika baliau menjadi Menteri Penerangan dulu. RTM dan media (cetak dan elektronik) di bawah kawalan UMNO diperalatkan habis-habisan untuk menentang kebangkitan Islam dalam negara ini.


Beliau cukup senang Islam yang dibawa oleh UMNO. Pendekatan UMNO tentang Islam tidak menyeluruh sepertimana yang diajar oleh Nabi Muhammad saw. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat, dipotong-potongnya sehingga Islam tidak menjadi agama yang suci lagi sepertimana yang diperturunkan oleh Allah swt kepada Rasullullah saw. Islam dicampur adukkan dengan perkara-perkara mungkar yang ditengah oleh Allah.


Dalam tulisan beliau dalam Mingguan Malaysia (MM) 15 November 1987 dalam ruangan pojok-pojok Awang Selamat, beliau mengkritik hebat Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam yang ideanya di bawa oleh Anwar Ibrahim dan dilaksanakan diera Dr.Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4. Kecenderungan masyarakat Melayu ketika itu (termasuk anak-anak orang Melayu yang sedang menuntut di universiti-uiversiti tempatan) memperdalamkan ilmu-ilmu Islam melalui berbagai saluran berkembang meluas dalam masyarakat sangat membimbangkan beliau. Beliau berpendapat perkembangan tersebut sangat bahaya kepada masyakarat Melayu dalam arus pembangunan negara dan trend sedemikian perlu disekat. Bertolak dari itu, perkembangan Islam di kampus-kampus, di pejabat, masjid, surau dan di mana sah dikekangkan melalui berbagai peraturan dan undang-undang dan akhirnya perkembangan Islam ditempat-tempat yang disebut itu semakin malap.


Zainuddin Maidin cukup anti kepada wanita berpakaian yang menutup aurat. Dalam tulisannya pada 15 Januari 1989 dalam ruangan yang sama, beliau membidas wanita yang menutup kepala dan memakai mini telekong yang menyebabkan berlakunya kekurangan wanita Islam melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan (maksudnya bersosial) dan mengkritik orang Melayu yang lebihkan masa ke masjid atau surau sehingga terlupakan untuk melibatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan, bersukan dan sebagainya. Semuanya ini mengikut pendapat beliau akan merugikan bangsa dan menyebabkan orang Melayu akan ketinggalan ke belakang.


Di Utusan Malaysia Zainuddin Maidin meneruskan kegiatan melawan arus perdana kesedaran Islam vs Sekularisme dengan meletakkan penulis-penulis upahan seperti penulis kelahiran Selatan Thailand bernama Astora Jabat @ Asae Toramae yang tergamak mem’fatwa’kan memakai tudung tidak lagi relevan dengan zaman semata-mata untuk membela cara pemakaian anak isteri pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Beliau percaya sekiranya orang Melayu kuat beragama, mereka akan tetap berada dalam kemiskinan kerana agama sebagai batu penghalang untuk membawa orang Melayu keluar dari kepompong dan beliau juga mengkritik golongan tabligh yang berpakaian kotor dan membawa periuk belanga ke sana-sini seperti orang bangsat menjatuhkan maruah Islam dan menodai kesucian Islam.


Tulisan beliau selanjutnya pada 26 Februari 1989 mengkritik hebat kejayaan Ayatollah Khomeini menyahkan Shah Iran dari tahta kekuasaan dan mengelar Khomeini sebagai orang tua nyanyuk yang mana di tangannya berjaya menjatuhkan jet Amerika Pan Am yang membunuh 270 penumpang. Sebelum itu, Amerika menembak jatuh jet penumpang Iran di ruang udara selat Hormuz pada Julai 1988 bersama-sama penumpang seramai 290 orang. Beliau menyalahkan para pemimpin Iran mengelar Amerika sebagai negara syaitan, tetapi syaitan sebenar katanya ialah orang Islam sendiri kerana revolusi Iran (dan lain-lain negara Islam seperti Algeria, Libya, dan Afghanistan) mengambarkan agama Islam sebagai satu ajaran bercirikan bom, senapang dan pembunuhan berdasarkan persepsi barat.


Selepas revolusi itu, menurut pandangan beliau berlakulah suatu keruntuhan Islam yang paling besar dalam sejarah Islam. Beliau juga turut menyokong Salman Rushdie yang menulis buku The Sanati Verses dan membantah Khomeini menawarkan hadiah pembunuhan Rushdie yang mengambarkan Islam sebagai agama yang kejam dan dahagakan darah.


Beliau juga turut menempelak PAS kerana meniru kejayaan revolusi Iran dan cuba melaksanakannya di Malaysia dengan menuduh PAS memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan politik. Mengunakan hadis dan ayat-ayat Quran untuk menakutkan manusia yang menentang mereka (PAS) dan sekiranya mereka berkuasa (ditujukan kepada para pemimpin PAS) mereka lebih dashat apa yang regim UMNO lakukan sekarang ini.


Beliau sanggup membariskan Haji Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Yang DiPertua dan kini sebagai Presiden PAS (MM, 24 Jun 1990) menyamakan dengan diktator Romania, Nicolae Ceausescu yang pernah mempengaruhi gereja supaya mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan dasar dan peraturan yang digubal oleh kerajaan Nicolae Ceausescu ketika itu adalah sama dengan apa yang pernah dibuat dalam ucapan oleh Haji Hadi mengkafirkan orang bukan PAS. Sifat orang fanatik agama apa pun sama sahaja katanya.


Perkataan yang paling keji yang pernah diucap oleh Zainuddin Maidin ialah beliau menyamakan Islam dengan candu. Kenyataan beliau yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood terhadap masyarakat. Beliau menuduh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang juga menggunakan agama sebagai “candu” mempengaruhi fikiran rakyat Kelantan dan Terangganu menerima PAS (bukan UMNO) untuk menjadi pemerintah dan menyukarkan UMNO untuk mengambil balik kuasa khususnya di Kelantan.


Ketika kenyataan itu di buat masyarakat Malaysia khususnya masyakarat Melayu sangat ketagih menonton filem-filem Bollywood yang disiarkan oleh kebanyakan saluran tv kita, masing-masing bersaing hebat untuk mendapat rating yang paling tinggi dan mendapat laba yang menguntungkan hasil daripada pengiklanan. Trend ini sangat membahayakan kerana filem-filem Bollywood yang disiarkan membawa kesan buruk terhadap remaja. Oleh itu, timbul bantahan dari orang ramai dan NGO-NGO supaya pihak berkuasa di tv mengurangkan siaran filem-filem tersebut sehingga memaksa pihak mufti mengeluarkan fatwa mengharamkannya (seperti sure heboh Tv3).


Pengharaman ini menimbulkan kemarahan Zainuddin Maidin. Dalam satu kenyataan amat menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk : “Two fears behind Bollywwood film row”. Manusia celaka ini memberitahu Straits Times, Singapura: ‘In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that’s the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them”.


Adalah jelas dari kenyataan Zainuddin Maidin itu bahawa ‘religion’ yang beliau maksudkan itu adalah agama Islam. Dan amalan agama Islam yang kuat diamalkan ialah di kalangan orang-orang Kelantan dan Terengganu. Pemikiran Zainuddin Maidin ini sangat membahayakan kerana beliau merupakan orang kedua di dunia yang mengatakan agama adalah candu. Orang pertama mengatakan agama adalah candu ialah Karl Marx. Karl Marx adalah bapa ideologi komunis. Pemikiran Zainuddin Maidin adalah sama dengan pemikiran Karl Marx menganggap agama adalah candu yang mesti dimusnahkan dengan apa cara sekali pun supaya masyarakat tidak bersandarkan kepada agama dalam menjalani kehidupan bernegara. Jadi, secara jelas beliau menganuti fahaman komunis bersamaan dengan Karl Marx (bapa ideologi komunis ) menganggap agama itu candu yang mesti dipisahkan dari kehidupan manusia, apatah lagi untuk dijadikan dasar negara sekiranya sesebuah negara itu ingin menjadi negara maju.


Beliau sepatutnya sudah lama ditangkap dan disumbat dalam penjara kerana beliau membawa fahaman komunis ketengah-tengah masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah orang Melayu beragama Islam menganut fahaman sunnah wal jama’ah bermazhab imam Shafei. Beliau ketika itu sangat membahayakan ketenteraman dan keselamatan awam yang boleh mencetusan ‘perang saudara’ (pergaduhan sebangsa dan seagama), tetapi Mahathir melindunginya kerana di antara Mahathir dan beliau merupakan golongan sekapal dan anti kemajuan Islam hakiki khususnya yang dibawa oleh PAS untuk semua rakyat Malaysia yang boleh memberi ancaman terhadap UMNO.


Tulisan-tulisan golongan sekular seperti Dr Farish A.Noor, Akbar Ali dan golongan anti hadis seperti Kassim Ahmad terus diberi tempat di akhbar-akhbar perdana. Zainuddin Maidin juga tergamak memberi penghormatan kepada Dr Farish A.Noor untuk mengendalikan program ‘Point of View’ di RTM dalam masa ulama-ulama giat mengkritik golongan yang menghina Nabi Muhammad saw. Tindakan beliau itu boleh dibaca sebagai sengaja mencabar dan menaikkan kemarahan golongan ulama.


Beliau yang begitu berang dengan institusi ulama membuat kenyataan di dalam akhbar menuduh mufti gagal melaksanakan tugas membela agama dari dipolitikkan oleh pihak tertentu. Namun mulut Zainuddin Maidin tertutup tutup rapat apabila ditangkis oleh beberapa ulama dengan jawaban sinis kerana yang menjadi halangan ialah kerana wujudnya pihak tertentu yang mengacau dan menghalang kerja-kerja mufti dan ulama.


Halangan-halangan ini contohnya ialah di dalam isu halal haram Amanah Saham Nasiona (ASN). Disebabkan begitu banyak kekeliruan di dalam masyarakat maka Majlis Fatwa pada masa itu telah berjumpa dengan pihak PNB berkenaan isu ini. Memandangkan majoriti ahli Majlis Fatwa merasakan perlaksanaan ASN adalah tidak mengikut syariat, maka Mahathir telah mengeluarkan arahan melarang sebarang hukum dikeluarkan mengenai ASN oleh Majlis Fatwa. Bagi menjawab komen Zainuddin Maidin itu maka institusi ulama membuat kesimpulan bahawa yang menggagalkan tugas mufti-mufti sebenarnya adalah kerajaan BN sendiri.


Mufti Perak Harussani Zakaria (sekarang Haru Sana Haru Sini, dulu kain, kini lain) pula menyentuh bagaimana usaha-usaha mufti untuk memperbetulkan masyarakat dikritik hebat oleh media-media seperti Utusan Malaysia melalui penulis-penulis yang memperjuangkan sekularisme. Ceramah beliau di Masjid Jame’ Ampangan, Seremban Negeri Sembilan pada 7 Jun 2002 menyebut “….mereka ini cukup kuat hentam ulama’….terutama sekali Astora Jabat….ketika saya kritik isu bollywood saya dihentam teruk….Akhbar Ali kata Mufti-Mufti ni tak berfikiran jauh sebab serban mereka tebal sangat tak boleh masuk oksigen dalam kepala…..saya (selaku Pengerusi Lembaga Penapis Buku-Buku Islam) telah memanggil mereka ini untuk memberi nasihat tapi tak semua yang hadir….”


Ulasan-ulasan mufti-mufti negeri yang berlawanan dengan kehendak pemerintah di’black-out’ oleh RTM, sebaliknya dipilih-pilih, di’edit’ dan diputar belit supaya nampak menyokong bulat-bulat dasar-dasar UMNO. Zainuddin Maidin bermusuh secara peribadi dengan institusi ulama di negara ini. Kerana itulah pendekatan ZAM nampaknya lebih banyak menyerang dan menyakiti ulama melalui media-media yang dipengaruhi oleh beliau terutamanya RTM dan Utusan Malaysia.


Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya tuliskan berkenaan manusia yang bernama ZAINUDDIN MAIDIN ini. Banyak lagi gerakan anti Islamnya yang saya tidak masukkan dalam tulisan kerana ia terlalu panjang untuk dibaca, saya harap ada penulis lain akan bertindak berbuat sedemikian. Segala tindakan, ucapan, tulisan dan pemikiran beliau menjurus mengekang kebangkitan Islam yang hakiki dan matlamat akhirnya untuk menghancurkan PAS. Pada beliau, Islam yang betul ialah Islam yang dibawa oleh UMNO yang mencampur-adukan yang halal dan haram dalam satu kawah.Walau pun begitu, segala usahanya itu gagal kerana Allah swt tidak mengizinkan.


PAS terus hidup dan semakin berkembang dalam arus politik dalam negara ini. Kini, masyarakat bukan Islam sudah tidak takut lagi kepada Islam. Mereka mulai faham apa itu Islam dan apa yang ada dalam kandungan hukum hudud yang sering dimain-mainkan dan diputarbelitkan oleh UMNO untuk menakut-nakutkan bukan Islam. Hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak melibatkan yang bukan Islam. Ia seperti amalan-amalan yang dilakukan oleh orang Islam selama ini tidak akan menggangu-gugat kehidupan bukan Islam. Ia hanya tohmahan UMNO untuk menjaga kepentingan politiknya sahaja. Oleh itu, semakin ramai rakyat bukan Islam mendekati PAS dan boleh menerima PAS sebagai pengganti UMNO yang semakin hari semakin tua dan insyaAllah akan menemui ajalnya dalam sedikit waktu lagi. UMNO semakin ngeri melihat perkembangan ini. Insya Allah PAS dalam Pakatan Rakyat berupaya mengganti UMNO memerintah negara ini dengan adil dan saksama.


”UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment