Friday, April 23, 2010

TIDAK MUSTAHIL UMNO BOLEH DITUMBANGKAN

Oleh : Tun Telanai


Semenjak zaman berzaman, setiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah swt.manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan yang memegang tampuk kekuasaan dan terlalu angkuh dan sombong dengan kekuasaan yang dimilikinya, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah swt yang menciptanya.


Nabi Ibrahim as terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa as terpaksa berdepan dengan Firaun yang kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia. Dan Nabi Muhammad saw terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya. Dan kita di Malaysia, terpaksa berdepan dengan para IBLIS dalam UMNO yang seiras curak pemerintahannya mempunyai cirri-ciri pemerintahan Namrud, Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.


Demikianlah sunnahtullah yang berlaku. Sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para iblis-syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.


Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para iblis-syaitan yang menjadi penguasa itu, namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka [dengan izin Allah], sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira banyaknya. [Catatan: Istilah iblis-syaitan ini sangat popular digunakan oleh bekas PM terhadap bekas PM yang sering menganggu pentadbirannya sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan melalui satu konspirasi politik yang jahat].



Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran telah berjaya tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran–Shah Reza Phalavi. Manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran d mana masih segar diingatan kita bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan tersebut.


Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut.


Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya. Kematiannya menerima kehinaan daripada Allah swt dan sampai sekarang keturunannya merempat di Negara asing.


Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 di mana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta.


Walaupun Tragedi Black September 1978 itu telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran pada 1979 dahulu.


Itu kisah rakyat Iran kira-kira 30 tahun lebih lalu. Dan jiran yang berhampiran dengan kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun. Suharto memerintah Indonesia dari tahun 1966 hingga 1998, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi mengekalkan kekuasaannya.


Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada Suharto. Beribu-ribu rakyat Indonesia yang terkorban menentang regim beliau yang memegang tampok kekuasaan. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan [disokong oleh pasukan tentera dan polis serta institusi-institusi Negara] demi memastikan kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.


Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1998. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar semangat rakyat.


Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti di mana inilah titik tolak yang telah memaksa si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun. Akhirnya Allah swt menurunkan bala yang setimpal dengan dosanya terhadap rakyat Indonesia yang tidak berdosa yang berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran serta untuk mencari kehidupan yang lebih baik untuk seluruh rakyat Indonesia. Beliau diserang angin ahmar menyebabkan beliau lumpuh tidak sedarkan diri dan hanya dibantu dengan bantuan pernafasan untuk terus hidup sehinggalah beliau menghempuskan nafas terakhirnya pada 27 Januari 2008 lalu.


Saya percaya regim UMNO tidaklah terlalu kebal untuk ditumbangkan. UMNO dapat ditumbangkan apabila rakyat majoritinya sedar akan sandiwara UMNO selama ini dan rakyat sanggup pula bertindak sepertimana yang telah dilakukan oleh rakyat Iran dan rakyat Indonesia. Untuk kegoyahan kekuasaan UMNO dalam Negara ini seperti mana Shah Iran dan Suharto, rakyat Malaysia seluruhnya perlu bangkit bersama menentang regim UMNO yang zalim dan telah lari dari perjuangan asalnya untuk membela nasib rakyat, tetapi sebaliknya mereka berjuang mencari kekuasaan, kedudukan dan kekayaan-kemewahan diri sendiri.


Bagi mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajahan British dan penjajahan UMNO terhadap rakyat amat jauh bezanya. Penjajahan British walaupun kejam dan zalim terhadap rakyat yang menentangnya [yang tidak pro kepada amalan dan budaya Inggeris], namun British memberi sedikit ruang kepada rakyat untuk berkarya dan berdemontrasi menentang penjajahannya.


Kita dapat saksikan seluruh orang Melayu bangkit menentang British menuntut dimansohkan gagasan ‘Malayan Union’ yang menarik kuasa eksekutif Raja-raja Melayu. Orang Melayu dari berbagai fahaman bersatu menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan melalui penulisan dan demontrasi. Setelah sekelian banyak ulama dan tokoh-tokoh [wira] Melayu dikorbankan, akhirnya British terpaksa menyerah kalah tidak tahan dengan kebangkitan orang Melayu bertali arus bergerak dari seluruh pelusuk Negara yang digerakkan oleh tokoh-tokoh yang cintakan agama dan bangsa. Akhirnya, Inggeris menyerah kalah dan memberi kemerdekaan percuma kepada UMNO [pihak lain yang berkorban jiwa raga, tetapi UMNO menerimanya dalam tinta emas].


Berbeza dengan regim UMNO yang berkuasa sekarang. UMNO menutup semua ruang dan saluran untuk menyuarakan pandangan kedua. UMNO mengubal berbagai undang-undang dan menggunakan institusi-institusi kerajaan tertentu bagi menyekat amalan demokrasi, memberhentikan dan mengekang gerakan parti pembangkang untuk menyuarakan pandangan agar rakyat faham dan bijak dalam membuat pemilihan kepimpinan Negara yang akan menentukan arah tuju Negara masa depan.


Kerajaan [UMNO/BN] dan pembangkang [Pakatan Rakyat] mempunyai cita-cita yang sama dan mempunyai matlamat yang sama untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, tetapi masing-masing mengambil pendekatan berbeza.. UMNO memonopoli seluruh jentera Negara dan rangkaian media massa serta mengawal semua maklumat melalui tindakan menghalang dan menyekat [melalui undang-undang] dan menyaring maklumat yang hendak sampaikan kepada rakyat. Rakyat hanya menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja, iaitu UMNO [kerajaan] menyebabkan rakyat menjadi bodoh. Dengan kebodohan tersebut, mereka tersalah memilih pemimpin. Mereka memilih pemimpin yang korup yang menjadikan negera ini berada di ambang kemusnahan.


UMNO mengawal media sepertimana Adoft Hitler mengawal media di zaman Nazi berkuasa di German dulu. Hitler melantik Paul Joseph Geobbels sebagai menteri propaganda. Disamping itu, Hitler juga mengubal berbagai undang-undang dan peraturan untuk menyekat perkembangan media massa bebas yang boleh memberi ancaman terhadap parti dan kedudukannya. Geobbles sebagai menteri propaganda mengubal satu undang-undang yang mensyaratkan semua yang hendak diterbitkan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan wajib diluluskan oleh kerajaan Nazi di bawah Kementerian Propaganda.


Di Malaysia, kita juga mempunyai berbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal kebebasan media seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, OSA, Akta Hasutan 1948 dan kini kebebasan menulis dalam internet pun mula disekat. Tujuan undang-undang ini digubal bagi membolehkan UMNO menguasai dan monopoli keseluruhan media massa di Malaysia. Monopoli ini memudahkan UMNO untuk memutarbelitkan fakta untuk mencipta pembohongan, fitnah dan sebagainya. UMNO percaya pembohongan yang diulang-ulang akan berupaya mempengaruhi fikiran rakyat dan akan dapat membentuk kepercayaan rakyat terhadap sandiwara yang dimainkannya kerana rakyat dibuta dan ditulikan.


Bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat melalui pengorbanan rakyat itu sendiri. Kesabaran rakyat ada hadnya. Selagi rakyat boleh bersabar melihat tindak-tanduk UMNO yang rakus untuk mengekalkan kuasa [halal-haram tidak dihiraukan, tunjuk kekuatan dan samseng serta mempergunakan institusi-institusi kerajaan untuk menang], selagi rakyat masih boleh terima UMNO mengamalkan melempar batu sembunyi tangan, rakyat masih boleh terima sindrom penafian hanya menyalah orang lain dan merompak harta rakyat sewenang-wenangnya, UMNO akan selamat.


Tetapi sekiranya rakyat hilang sabar, buruk padahnya untuk UMNO. UMNO dinasihatkan supaya berpada-padalah jangan terlalu melampau dalam tindakan. Arus air yang kuat yang turun dari bukit akan memecahkan segala benteng-benteng yang dibina, tidak boleh disekat dan ditahan lagi. Diakui memang liat untuk menjatuhkan UMNO kerana UMNO menerima sokongan dari segenap penjuru alam, tetapi jangan lupa kuasa Allah swt. UMNO merancang, tetapi perancangan Allah swt lebih hebat daripada UMNO.


Lihatlah apa yang UMNO telah lakukan terhadap kita selama ini. Pancutan air kimia, gas pemedih mata, disepak, diterajang dan disumbat ke dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi dan protes terhadap UMNO [baca:kerajaan]. Kita diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi dan yang berjuang menegakkan keadilan, kebenaran, kebajikan rakyat dan untuj mereformasikan system pentadbiran Negara yang lebih jujur tanpa koruption.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan regim UMNO dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya ? Maaf, saya sama sekali tidak mahu meremehkan perjuangan kita sedang saya sendiri adalah sebahagian dari anda semua. Tetapi mahu mengajak supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar.


Semangat jihad yang ditunjukkan oleh Tok Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharalela, Mat Salleh dan ramai lagi termasuk para alim ulama di tanah air ini yang mati ditangan British perlu dihidupkan kembali. Meniupkan semangat perjuangan di kalangan anak-anak muda menentang UMNO melalui wadah yang sah dari segi undang-undang adalah perlu dimulakan dari sekarang. Hari kita menanam, 10 atau 20 tahun lagi kita akan dapat menuaikannya.


“UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

Wednesday, April 21, 2010

SEBAHAGIAN BESAR PARA PEMIMPIN UMNO 3 KAKI :

UMNO merupakan sebuah IBLIS dan DAJAL. Parti yang paling tidak demoktarik di dunia dan parti yang sering bertindak zalim terhadap rakyat yang tidak selari dengan kehendak pemimpinya yang korup. UMNO setanding dengan dari segi kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oelh Israrel terhadap rakyat Palestin.

Berdasarkan situasi itulah para pemimpinnya hidup dipenuhi dengan amalan durjana dan sering melakukan maksiat. Sebahagian besar para pemimpinnya jahil tentang agama. Dalam kempen di Hulu Selangor menuduh Zaid Ibrahim sebagai kaki botol, tetapi
UMNO dikalangan pemimpinya sendiri kebanyaKkannya mengamalkan 3 kaki, iaitu kaki botol, kaki judi dan kaki betina. 3K ini telah menjadi darah dikalangan para pemimpin parti IBLIS dan DAJAL ini sepertimana amalan rasuah, menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dan pecah amanah rakyat telah menjadi budaya untuk mencari kekayaan peribadi dan kemewahan hidup, tanpa memperdulikan nasib rakyat yang miskin papa kedana.

Jadi, para pengundi di Hulu Selangor perlu pilih Zaid Ibrahim untuk memenangkan rakyat dan humbankan UMNO ke neraka jahanam.

Mengakhiri, tulisan ini marilah kita bertanya khabar tentang DR. JAMALUDDIN JARJIS dan OSO SUKAM. Apa buat sekarang Dato’?

“UMNO MAMPUS, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Tuesday, April 20, 2010

POLITIK HISHAMUDDIN SEMAKIN MATANG

Nampaknya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein semakin matang dalam berpolitik, tidak seperti ketika beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu. Semasa beliau menjadai Ketua Pemuda, beliau telah menunjukkan perangai yang tidak eluk dipertontonkan di khalayak ramai tambahan pula beliau seorang menteri karbinet. Di beberapa tempat, di hari penamaan calon contohnya di Machap dan di Ijok, beliau bersama-sama dengan Naib Ketua Pemuda ketika itu Khairy Jamaluddin terloncat-loncat seperti rasuk hantu dan seperti kera kena belancan kata orang Melayu. Saya naik malu dibuatnya. Sepatutnya perlakuan begitu dibuat oleh pemuda UMNO, bukan beliau.


Tetapi, sekarang sejak ia menjawat Naib Presiden UMNO dan menteri kanan dalam karbinet sepupunya, gaya politik beliau semakin matang dan tidak cepat melatah.
Kenyataan beliau tentang penyebaran gambar-gambar beliau yang menunjukkan yang beliau tidak berakhlak dijawabnya dengan tenang dan tidak mengelabah dan beliau mengakui itu adalah menjadi asam garam berpolitik dan ia tidak akan mengugat keselamatan Negara.


Persoalannya, bagaimana kita hentikan trend sebegini. Ia semakin berkembang selari dengan arus perkembangan teknologi IT. Sayangnya, kita berpolitik sudah berdekad lamanya, tetapi ia semakin mundur dan tidak menunjukkan kematangan dalam berpoltik. Kita sudah tidak mengenal apa itu akhlak dan maruah seseorang kerana hendak mengejar kemenangan kita sanggup berbuat apa sahaja hatta lagak seorang samseng kaki pukul. Orang baik-baik gambarnya disuperimposekan menjadi macam-macam sehingga menjejaskan maruah dan imej peribadi seseorang serta memalukannya.


Sebab itu dalam blog saya, saya membela beliau dengan berkata itu dulu, kini tiada lagi, sudah taubat nasuha. Membela beliau bukan bererti saya menyokong UMNO. Politik semakin kotor dan kembali zaman batu. Semua ini adalah salah UMNO yang menjadi kerajaan tidak mengambil langkah untuk meningkatkan ilmu berpolitik di kalangan rakyat kerana UMNO sendiri mengamalkan konsep politik ‘rimba’.


Sepatutnya kita berbahas dan berkempen menonjolkan kelemahan dan kekurangan lawan bagi membolehkan rakyat berfikir yang mana sepatutnya mereka memilih, bukan kita berlumba-lumba untuk membuat gambar-gambar untuk meruntuhkan akhlak seseorang dan bukan kita berlumba-lumba menyerang kisah peribadi calon, bertindak angkuh, sombong dan samseng. UMNO telah gagal dalam usia 52 tahun memerintah Malaysaia, gagal untuk meningkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia medan memilih wakil bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. UMNO sepatutnya berjaya menyekat dan memberi tauladan yang tidak menyerang peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara seperti yang dilakukan kini


Politik begini tidak membantu memperkembangkan erti demokrasi dan konsep kenapa pilihan raya perlu diadakan. Jadi, kita perlu berusaha lebih gigih lagi untuk memberi pendidikan dan menambah kematangan berpolitik di kalangan rakyat.


Oleh itu :
”UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

Sunday, April 18, 2010

INI YANG AKAN BERLAKU DI HULU SELANGOR NANTI




Penduduk-penduduk di parlimen Hulu Selangor amat beruntung dengan kembalinya Dr. zainal Abidin Ahmad kepada penciptaNya. Duit terbang bagaikan daun getah gugur di musim kemarau.


"UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA"

DULU DAN KINI





Itu dulu, kini tiadalah lagi.
Sudah taubat nasuha

"UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA"

GOLONGAN CELAKA PENGHALANG PERCAMBAHAN ILMU DALAM MASYARAKAT

Mutakhir ini muncul golongan paling CELAKA di Malaysia bagi menggantikan peranan para iblis. Golongan ini muncul dengan pelbagai jenama yang menjuruskan perjuangan kononnya untuk mendaulatkan Islam dan memertabatkan bangsa Melayu, tetapi mendiamkan diri apabila UMNO sedikit demi sedikit semenjak negara mencapai kemerdekaan telah memusnahkan kesucian Islam dan menghakis ketuanan Melayu. Sehinggakan Melayu dan Islam terpinggir di tanah airnya sendiri. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempertahankan UMNO menerusi NGO yang peranannya amat penting dalam dunia hari ini.

Golongan babi dan barua ini berusaha merasuk anak adam supaya menjauhi amalan mencintai ilmu melalui pembacan, penulisan, perbincangan, perbahasan, bertukar-tukar pandangan, berseminar dan berforum. Mereka menghalang dengan menggunakan kaedah menutup mulut dari bercakap dan mengikat tangan daripada terus menulis melalui penggunaan kuasa polis dan mahkamah, kecuali setiap penulisan atau perbincangan yang menjurus memuji dan memuja UMNO [kerajaan] dan istana.

Sayangnya dalam masa yang sama golongan babi dan barua ini menyepikan diri apabila UMNO [kerajaan] bertindak zalim terhadap rakyat dengan menggunakan pelbagai cara, cara langsung dan tidak langsung yang meningkatkan kos belanja hidup yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat seharian. Golongan babi dan barua ini juga berdiam diri apabila kerajaan yang dipimpin oleh UMNO mengalakkan berbagai wadah maksiat dengan alasan pembangunan ekonomi negara. Manakala para pemimpinnya pula melakukan berbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa serta mengadaikan amanah yang diberikan oleh rakyat. UMNO melalui kerajaan pimpinannya melaksanakan dasar amal makrof, tetapi tidak berusaha untuk menghalang nahi mungkar. Golongan ini hanya memerhati sahaja, tetapi kalau pihak lain bukan main, lagaknya macam akulah pembela agama, bangsa dan negara, orang lain tidak terlibat langsung.

Terbaru, golongan babi dan barua ini cuba
menghalang bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis bahan-bahan yang bermutu lagi ilmiah [bukan tulisan berbentuk pujian dan membodek] untuk membuka minda rakyat. Tulisan Dr. Asri dalam Malaysiakini yang berjudul 'Cabaran Gerakan Pembaharuan' telah dibuat laporan polis oleh golongan IBLIS ini. Tulisan Dr.Asri tidak mempunyai cacat celanya sebagai bahan ilmiah untuk diperbincangkan di tengah-tegah masyarakat.

Jadi apa yang mereka mahu?

Mereka mahukan rakyat berterusan dibelenggu [sudah 52 tahun] di bawah UMNO yang kita semua tahu yang UMNO itu amat anti kepada perkembangan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat demi survival politiknya yang semakin hari semakin hampir menemui ajalnya. Mereka mahukan rakyat kekal dalam kebodohan, buta huruf tidak mengenal alif, baa, taa bagi memudahkan UMNO mempergunakan rakyat seperti ini bagi mengekalkan kuasa. Orang cerdik, celik huruf dan rakyat bermaklumat sangat merbahaya kepada UMNO.

Golongan babi dan barua ini mudah untuk menyekat aliran keilmuan ke dalam kehidupan masyarakat dengan membuat satu kesimpulan yang mudah tanpa perlu berhujah secara akademik atau cara orang berilmu, iaitu dengan mengunakan pendekatan yang digunakan oleh pihak polis untuk menahan seseorang dalam ISA, iaitu dengan mengunakan alasan yang sudah expire “demi menjaga keselamatan dan kenteteraman awam” seseorang itu ditahan tanpa diadili oleh mahkamah UMNO.

Golongan babi dan barua ini menggunakan kaedah yang serupa, iaitu semua bentuk tulisan, perbincangan, pendapat atau apa saja yang berbentuk pandangan atau pendapat yang tidak selari dengan kehendak UMNO disimpulkan sebagai “mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu [kadang-kadang membawa maksud hak keistemewaan Melayu”.

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat menentang golongan babi dan barua ini yang senang-senang bertindak menutup mulut dan pandangan rakyat yang bencikan pemerntah yang ada, yang penuhi dengan berbagai penyelewengan dan rasuah yang ddapat ditutup dengan rapi kerana adanya kuasa dalam tangan UMNO

“UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

Saturday, April 17, 2010

INI YANG KITA MAHU DENGAR

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.


Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.


Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.


Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.


Laporan itu menambah penyiasatan teliti tersebut dilakukan sejak dua tahun lalu oleh hakim penyiasat, Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin yang merangkumi ahli politik kanan Perancis serta penjualan kapal selam dan peralatan ketenteraan lain kepada kerajaan di seluruh


Bacaan seterusnya di
sini


KOMEN


Isu pembunuhan
Attantuya Shaariibuu akan juga turut di bawa ke mahkamah antarabangsa. Bapa beliau pernah berkata kes pembunuhan anaknya yang diadili di mahkamah Malaysia, beliau tidak berpuas hati dan cuba membawanya ke arena antarabangsa. Bila lagi.


Kes pembunuhan Attantuya Shaariibu dirasakan
tidak adil kerana orang yang tidak bersalah dikenakan hukuman dan orang yang terlibat merancang dan mengarahkan pembunuhan tersebut terlepas bebas.


Yang pastinya [pada pandangan umum] Inspector Azilah Hadri, 32 and Corporal Sirul Azhar Umar, 36
tidak bersalah. Mereka hanya melaksanakan tugas yang diarahkan. Mereka adalah pegawai polis yang tidak ada apa-apa kepentingan dengan Attantuya.Siapakah yang mengarahkannya.


“UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

ORANG MELAYU DI HULU SELANGOR JANGAN JADI ORANG GILA

Orang Melayu di Hulu Selangor dihendaki cerdik ketika berpolitik. Jangan jadi bodoh. Berpolitiklah cara orang bukan Melayu berpolitik khususnya kaum Cina berpolitik. Mereka cerdik. Mereka dapat apa yang mereka idamkan. Tapi orang Melayu berpolitik semakin hari, semakin terhakis hak keistemwaan orang Melayu. Orang Melayu kini merana dalam tanah air sendiri kerana orang Melayu memiliki pemimpin yang korup.

Pemimpin Melayu tidak membela keseluruhan orang Melayu. Mereka masuk politik bukan untuk membela nasib rakyat, tetapi menjadikan politik sebagai platform mencipta kekayaan dan kemewahan peribadi. Nama-nama seperti Mohamad Mohd Taib, Khir Toyo, Rafidah Aziz, Abdul Rahim Tamby Chik, Isa Samad, Zakaria Mat Derus, Mohd Said Yusof [lebih dikenali sebagai tutup sebelah mata] dan ramai lagi pemimpin UMNO yang kaki rasuah yang masih berkhidmat dan yang sudah bersara dari politik yang semua rakyat maklumi.

Bacaa
artikel ini sepenuhnya, bagaimana pemimpin UMNO yang kianat terhadap amanah yang diberi. Mereka sibuk mengejar kemewahan diri sendiri dan kroni masing-masing.

Jadi, memilih MIC bererti memilih UMNO. Memilih UMNO bermakna anda semua mengali lubang untuk anda sendiri yang akan memasukinya.

“TIADA UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

KITA HARAPKAN KEMENANGAN DI HULU SELANGOR

Seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran serta mahukan negara ini ditadbir secara tulus dan yang bencikan kezaliman, penindasan yang berterusan dan para pemimpin yang angkoh, sombong, bongkak dan sibuk memunggah kekayaan negara untuk mengembungkan perut masing-masing, sudah pasti pengundi di Hulu Selangor akan memilih Zaid Ibrahim sebagai wakil mereka ke parlimen.

Hanya orang gila dan orang tidak berakal sahaja akan memilih MIC. Memilih MIC bererti memilih UMNO. UMNO sudah banyak melakukan kerosakkan di bumi Malaysia ini.

Kita amat berharap supaya keadaan
seperti ini akan berterusan sampai hari pembuangan undi. Dalam pilihan raya kecil ini nampaknya UMNO akan memainkan peranan yang amat penting. Pihak Pakatan Rakyat perlu waspada selalu dan leka sesaat pun. Strategi UMNO untuk menang, kita sudah tahu. Seluruh jentera UMNO di bumi, di langit, di udara dan di lautan akan dikerahkan untuk memusnahkan Pakatan.

Akhirnya, sekiranya mereka nampak hampir-hampir hendak kalah, mereka akan gunakan kaki samseng yang diupah untuk menakut-nakutkan pengundi. Jadikan peristewa-peristewa yang dilakukan oleh UMNO di Indera Kayangan di Perlis, Macap di Melaka, di Ijok di Selangor dan di Bagan Pinang di Negeri Sembilan sebagai panduan dan tauladan.

Jangan bagi muka kepada UMNO untuk bermaharajalela sewenang-wenangnya. Pakatan perlu ada pasukan petugas yang kuat dan gagah untuk menentang gerombalan samseng UMNO.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Friday, April 16, 2010

UMNO WAJAR DIHAPUSKAN ?

Oleh : Tun Telanai


Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah syakhsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah generasi Al-Quran.


Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah s.w.t untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain, ia dinamakan sebagai khalifah. Namun begitu, tidak semua mampu mentadbir dirinya dan orang lain dengan baik mengikut landasan Islam yang sebenarnya.


Lebih penting daripada itu pemimpin adalah sebagai idola dan pentazkirah kepada yang dipimpin atau pengikut. Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat dan lunas-lunas Islam yang tulin. Ciri-ciri pentazkirah pun harus ada pada seorang ketua bahkan ciri-ciri seorang ulama.

Persoalan yang wajar ditanya oleh orang Melayu di Hulu Selangor kepada para pemimpin UMNO yang kini giat berkempen membantu MIC ialah :


1.Apa kelebihan orang Melayu selama 52 tahun UMNO menjadi tunggak Kerajaan?
Adakah status orang Melayu terpelihara dan hak-hak orang Melayu mendapat jaminan?



2.Adakah pembangunan orang Melayu, UMNO sebagai parti Melayu dan Islam sebagai agama resmi semakin mantap atau menjadi kuda tungganga UMNO atau sebaliknya?


3.Apakah dasar jangkapanjang yang dirancang oleh UMNO asal telah dipelihara dan dilaksanakan dengan jayanya; sebaliknya telah diselewengkan oleh para pemimpin UMNO yang bersikap self fish.


4.Apakah kemajuan orang-orang Melayu dibidang perniagaan, usahawan, pertanian dan perindustrian terpelihara selari dengan DEB dan kini diganti dengan Model Ekonomi Baru (MEB)?


5.Lihat dan perhatikan siapa yang mendapat faedah-orang Melayu atau cuma anak-anak, suku sakat, kroni? Anak Dr Mahathir dan adik Najib menjadi orang terkaya di Asia. Bagainmana pula kedudukan rakyat marhain yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu. Kedudukan orang Melayu tidak banyak berubah, yang paling banyak berubah ialah elit-elit politik dalam UMNO.


"UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJATERA"

RAKYAT MALAYSIA LEBIH SELESA TANPA BN

Oleh : Tun Telanai

Hari ini adalah hari penamaan calon P094-Hulu Selangor. Pilihan raya kecil menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah P Kamalanathan (BN), Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah. SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat] telah menetapkan 25 hb ini sebagai hari pembuangan undi.

Lihat
adegan-adegan hari penamaan calon di Dewan Hulu Selangor

Persoalannya : Kenapa pilih hari Ahad, hari cuti mingguan, sebelum ini (kecuali di Bagan Pinang, Negeri Sembilan) di sembilan pilihan raya kecil 2008 dan 2009 diadakan di waktu kerja.

Jawapannya : Ia adalah strategi UMNO/BN untuk menang dengan membawa ramai penyokong terutama Puteri dan Pemuda untuk berkumpul menyanyi, mengejek, menghina, melakukan provakasi, perayu undi dan untuk melakonkan watak-watak lucah yang menghairahkan terutama Puteri UMNO. Puteri UMNO yang berumur belasan tahun akan melakonkan watak-watak lucah seperti di Bagan Pinang. Mungkin kali ini mereka akan ‘berbogel’ sebagai daya tarikan untuk memangkah calon BN. Kita tunggu dan lihat Puteri dan Pemudanya yang tidak berakhlak ini berkempen dan perayu undi pada 25 hb nanti.

Walau pun MIC yang bertanding, tetapi sebenarnya UMNO yang masuk bertanding bukan MIC. MIC sebagai alat UMNO bagi kawasan tersebut. Sekiranya BN ditakdirkan kalah, UMNO yang paling teruk menerima bahananya. Kalau tengok kepada bendera,kain rentang, benner, risalah-risalah dan sebagainya termasuk para pemimpin dan penyokong, yang paling ramai ialah UMNO.

Kalah MIC bererti UMNO juga kalah. Imej UMNO akan menjadi bertambah buruk dengan pelbagai isu yang melingkarinya yang tidak berupaya untuknya merungkaikan satu persatu. Setakat ini, UMNO hanya menjalankan strategi mempertahankan diri. Badan lain bertindak bagi pihak UMNO. Mereka adalah PDRM, SPR, SPRM, mahkamah, parlimen dan institusi-institusi kerajaan lain yang senantiasa berjuang untuk mengekalkan kuasa UMNO yang jahat.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Wednesday, April 7, 2010

JAWAPLAH NAZRI A.AZIZ

TERBARU: Anwar mendedahkan penglibatan syarikat Israel melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.


Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.


Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.


"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.


Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.


Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.


"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.


"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.


Seterusnya baca
disini

KOMEN:

Nazri jawablah dakwaan Anwar itu.
Kerajaan patut mengeluarkan satu kenyatan bertulis supaya seluruh rakyat dapat membaca dan membuat penilaiannya.

Jangan asyik-asyik hendak dihadapkan ke Jawatankuasa Parlimen sahaja. Jangan penakut. Beri hujah balik dengan bukti-bukti sekali yang Malaysia tidak terlibat.

Itu bukan cara anak jantan yang ada bu_u_ h yang panjang dan besar untuk digunakan menusuk puk_ perempuan sahaja.

Cukuplah guna polis dan mahkamah hendak menutup mulut rakyat, demi mengelak pekong yang amat busuk berada dalam UMNO/BN.

Orang berzina pun boleh jadi presiden sedikit hari lagi dilantik menjadi menteri pula. Moral sudah punah hendak diangkat menjadi pemimpin lagi
Hai..UMNO..UMNO

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI KEZALIMAN UMNO"

Monday, April 5, 2010

SIAPAKAH PEMENANGNYA?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menyerahkan notis kepada speaker Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.


ahli parlimen Batu Tian Chua hari ini menyerahkan notis kepada speaker untuk mengemukakan usul bagi mendesak kerajaan persekutuan menamatkan perkhidmatan Apco."Saya mohon mencadangkan bahawa parlimen Malaysia mendesak kerajaan segerakan membatal perjanjian Apco Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara," kata Tian dalam notis tersebut."

Penglibatan Apco secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada perdana menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis," tambahnya


Seterusnya baca
disini


Pendedahan Anwar Ibrahim di Parlimen mengenai penglibatan Israel melalui
APCO terhadap keselamatan Malaysia. Dasar APCO ialah un tuk mengisraelkan Malaysia.


KOMEN:


Kita sudah tahu pemenangnya. Modus operandinya amat mudah. Seluruh rakyat Malaysia sudah memahaminya. Itulah kaedah yang digunapakai semenjak dari dahulu lagi oleh UMNO untuk memusnahkan musuh politiknya.Tetapi apakan daya kita. Kita tidak ada kuasa dan kita menghadapi berbagai kekurangan. Yang penting tidak ada pembelaan terhadap orang yang dikenakan tindakan oleh pihak polis dan mahkamah. Keluarga mangsa akan jadi susah dan menderita.


Sebab itu rakyat kita menjadi lemah jiwa dan lemah semangat dan faktor kita senantiasa berada dalam zon selesa menyebabkan kita sukar untuk berpindah ke zon susah [perjuangan memerlukan ketahanan jiwa dan mental kerana ia bakal ditimpa dengan berbagai mala petaka], tidak seperti rakyat Thailand yang mudah digerakkan untuk berhimpun berdemontrasi yang dihadri berpuluh ribu orang mendesak PMnya letak jawatan dan mengadakan PR baru


Lagi pun, Malaysia mengamalkan ‘jungle law’.Siapa kuat, dialah Raja. Kekuatan itu ada pada UMNO yang menjadi pemerintah. Dengan kuasa ia menguasai seluruh institusi Negara.


Dalam kes ini, usul Nazri A.Aziz akan diterima oleh speaker dan dibahaskan di parlimen. Manakala usul yhang dibawa oleh Tian Chua akan dikencing dan dijambankan oleh speaker.


Bahas demi bahan [hanya sebagai formality membuang masa dan fikiran sahaja] akhirnya Anwar Ibrahim akan dihukum gantung mungkin Anwar tidak akan berpeluang ke parlimen sehingga menjelang PRU ke-13. Ia akan berlaku selari dengan hukuman bakal ditentukan oleh mahkamah.


Oleh itu, Lim Kit Siang perlu bersiap sedia dari sekarang untuk mengambilalih tempat Anwar. PAS tidak boleh diharap kerana adanya Haji Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali dang eng Terangganu yang sangat mencintai UMNO.


Politik di Malaysia, apabila ketua sesuatu parti kerap kali membuat kenyataan tentang sesuatu perkara, maka perkara yang dia nafikan itu sebenarnya yang betul. Contoh, UMNO tentang perletakkan jawatan Musa Hitam [dalam akhir tahun 80an dan Anwar, berkali-kali Dr.Mahathir ketika itu sebagai PM dan Presiden UMNO menafikan perletakan jawatan Musa, malah mereka berlakon berpeluk-pelukan dalam perhimpunan agung UMNO dan Mahathir juga menafikan penyingkiran Anwar dalam kerajaan. Realitihnya kita sudah tahu dan sejarah telah mencatatkannya.


Begitu juga dengan Haji Hadi, berpuluh kali beliau menafikan akan berkerjasama dengan UMNO. Bacaannya memang PAS mahu mengadakan pakatan politik dengan UMNO hanya bergantung pada satu masa yang sesuai. Bila? Tunggu dan lihat masa akan sampai jua.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
" SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI KEZALIMAN UMNO”