Sunday, April 18, 2010

GOLONGAN CELAKA PENGHALANG PERCAMBAHAN ILMU DALAM MASYARAKAT

Mutakhir ini muncul golongan paling CELAKA di Malaysia bagi menggantikan peranan para iblis. Golongan ini muncul dengan pelbagai jenama yang menjuruskan perjuangan kononnya untuk mendaulatkan Islam dan memertabatkan bangsa Melayu, tetapi mendiamkan diri apabila UMNO sedikit demi sedikit semenjak negara mencapai kemerdekaan telah memusnahkan kesucian Islam dan menghakis ketuanan Melayu. Sehinggakan Melayu dan Islam terpinggir di tanah airnya sendiri. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempertahankan UMNO menerusi NGO yang peranannya amat penting dalam dunia hari ini.

Golongan babi dan barua ini berusaha merasuk anak adam supaya menjauhi amalan mencintai ilmu melalui pembacan, penulisan, perbincangan, perbahasan, bertukar-tukar pandangan, berseminar dan berforum. Mereka menghalang dengan menggunakan kaedah menutup mulut dari bercakap dan mengikat tangan daripada terus menulis melalui penggunaan kuasa polis dan mahkamah, kecuali setiap penulisan atau perbincangan yang menjurus memuji dan memuja UMNO [kerajaan] dan istana.

Sayangnya dalam masa yang sama golongan babi dan barua ini menyepikan diri apabila UMNO [kerajaan] bertindak zalim terhadap rakyat dengan menggunakan pelbagai cara, cara langsung dan tidak langsung yang meningkatkan kos belanja hidup yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat seharian. Golongan babi dan barua ini juga berdiam diri apabila kerajaan yang dipimpin oleh UMNO mengalakkan berbagai wadah maksiat dengan alasan pembangunan ekonomi negara. Manakala para pemimpinnya pula melakukan berbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa serta mengadaikan amanah yang diberikan oleh rakyat. UMNO melalui kerajaan pimpinannya melaksanakan dasar amal makrof, tetapi tidak berusaha untuk menghalang nahi mungkar. Golongan ini hanya memerhati sahaja, tetapi kalau pihak lain bukan main, lagaknya macam akulah pembela agama, bangsa dan negara, orang lain tidak terlibat langsung.

Terbaru, golongan babi dan barua ini cuba
menghalang bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis bahan-bahan yang bermutu lagi ilmiah [bukan tulisan berbentuk pujian dan membodek] untuk membuka minda rakyat. Tulisan Dr. Asri dalam Malaysiakini yang berjudul 'Cabaran Gerakan Pembaharuan' telah dibuat laporan polis oleh golongan IBLIS ini. Tulisan Dr.Asri tidak mempunyai cacat celanya sebagai bahan ilmiah untuk diperbincangkan di tengah-tegah masyarakat.

Jadi apa yang mereka mahu?

Mereka mahukan rakyat berterusan dibelenggu [sudah 52 tahun] di bawah UMNO yang kita semua tahu yang UMNO itu amat anti kepada perkembangan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat demi survival politiknya yang semakin hari semakin hampir menemui ajalnya. Mereka mahukan rakyat kekal dalam kebodohan, buta huruf tidak mengenal alif, baa, taa bagi memudahkan UMNO mempergunakan rakyat seperti ini bagi mengekalkan kuasa. Orang cerdik, celik huruf dan rakyat bermaklumat sangat merbahaya kepada UMNO.

Golongan babi dan barua ini mudah untuk menyekat aliran keilmuan ke dalam kehidupan masyarakat dengan membuat satu kesimpulan yang mudah tanpa perlu berhujah secara akademik atau cara orang berilmu, iaitu dengan mengunakan pendekatan yang digunakan oleh pihak polis untuk menahan seseorang dalam ISA, iaitu dengan mengunakan alasan yang sudah expire “demi menjaga keselamatan dan kenteteraman awam” seseorang itu ditahan tanpa diadili oleh mahkamah UMNO.

Golongan babi dan barua ini menggunakan kaedah yang serupa, iaitu semua bentuk tulisan, perbincangan, pendapat atau apa saja yang berbentuk pandangan atau pendapat yang tidak selari dengan kehendak UMNO disimpulkan sebagai “mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu [kadang-kadang membawa maksud hak keistemewaan Melayu”.

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat menentang golongan babi dan barua ini yang senang-senang bertindak menutup mulut dan pandangan rakyat yang bencikan pemerntah yang ada, yang penuhi dengan berbagai penyelewengan dan rasuah yang ddapat ditutup dengan rapi kerana adanya kuasa dalam tangan UMNO

“UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment