Tuesday, April 20, 2010

POLITIK HISHAMUDDIN SEMAKIN MATANG

Nampaknya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein semakin matang dalam berpolitik, tidak seperti ketika beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu. Semasa beliau menjadai Ketua Pemuda, beliau telah menunjukkan perangai yang tidak eluk dipertontonkan di khalayak ramai tambahan pula beliau seorang menteri karbinet. Di beberapa tempat, di hari penamaan calon contohnya di Machap dan di Ijok, beliau bersama-sama dengan Naib Ketua Pemuda ketika itu Khairy Jamaluddin terloncat-loncat seperti rasuk hantu dan seperti kera kena belancan kata orang Melayu. Saya naik malu dibuatnya. Sepatutnya perlakuan begitu dibuat oleh pemuda UMNO, bukan beliau.


Tetapi, sekarang sejak ia menjawat Naib Presiden UMNO dan menteri kanan dalam karbinet sepupunya, gaya politik beliau semakin matang dan tidak cepat melatah.
Kenyataan beliau tentang penyebaran gambar-gambar beliau yang menunjukkan yang beliau tidak berakhlak dijawabnya dengan tenang dan tidak mengelabah dan beliau mengakui itu adalah menjadi asam garam berpolitik dan ia tidak akan mengugat keselamatan Negara.


Persoalannya, bagaimana kita hentikan trend sebegini. Ia semakin berkembang selari dengan arus perkembangan teknologi IT. Sayangnya, kita berpolitik sudah berdekad lamanya, tetapi ia semakin mundur dan tidak menunjukkan kematangan dalam berpoltik. Kita sudah tidak mengenal apa itu akhlak dan maruah seseorang kerana hendak mengejar kemenangan kita sanggup berbuat apa sahaja hatta lagak seorang samseng kaki pukul. Orang baik-baik gambarnya disuperimposekan menjadi macam-macam sehingga menjejaskan maruah dan imej peribadi seseorang serta memalukannya.


Sebab itu dalam blog saya, saya membela beliau dengan berkata itu dulu, kini tiada lagi, sudah taubat nasuha. Membela beliau bukan bererti saya menyokong UMNO. Politik semakin kotor dan kembali zaman batu. Semua ini adalah salah UMNO yang menjadi kerajaan tidak mengambil langkah untuk meningkatkan ilmu berpolitik di kalangan rakyat kerana UMNO sendiri mengamalkan konsep politik ‘rimba’.


Sepatutnya kita berbahas dan berkempen menonjolkan kelemahan dan kekurangan lawan bagi membolehkan rakyat berfikir yang mana sepatutnya mereka memilih, bukan kita berlumba-lumba untuk membuat gambar-gambar untuk meruntuhkan akhlak seseorang dan bukan kita berlumba-lumba menyerang kisah peribadi calon, bertindak angkuh, sombong dan samseng. UMNO telah gagal dalam usia 52 tahun memerintah Malaysaia, gagal untuk meningkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia medan memilih wakil bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. UMNO sepatutnya berjaya menyekat dan memberi tauladan yang tidak menyerang peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara seperti yang dilakukan kini


Politik begini tidak membantu memperkembangkan erti demokrasi dan konsep kenapa pilihan raya perlu diadakan. Jadi, kita perlu berusaha lebih gigih lagi untuk memberi pendidikan dan menambah kematangan berpolitik di kalangan rakyat.


Oleh itu :
”UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

No comments:

Post a Comment