Assalamu’alaikum wm.wrt,
Nampaknya kempen PRK di Bagan Pinang semakin menganas. Puak-puak UMNO terpaksa bertindak ala gengstar [samseng jalanan] bagi memenuhi impian maha perdananya mahu menang dengan apa cara sekali pun di sini berbanding di PRK-PRK lalu.
Puak-puak UMNO dajal ini mahukan kemenangan kerana pada perkiraan mereka, mereka akan menang mudah kerana di Bagan Pinang mengandungi undi pos paling ramai, iaitu seramai 4,604 yang mewakili sekitar 33.7 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar sebanyak 13,644 pemilih. Selebihnya ialah pengundi Melayu-Islam 66 peratus, 19.9 peratus India dan 10.5 peratus Cina.
Jadi, berdasarkan perangkaan ini, mereka berharap mereka boleh menang mudah kerana undi pos boleh dimanipulasikan bagi memihak kepada UMNO. Sekiranya mereka kalah juga lagi di sini, di mana lagi muka mereka hendak disorokan. Apa alasan yang hendak mereka diberikan kepada ahli dan penyokong bagi menenangkan hati dan perasaan yang gundah gulana dengan kekalahan 8-0 [tidak ambil kira di Batang Ai, Serawak]. Selama ini rakyat ditipu oleh media yang dihakmilikan oleh UMNO bahawa UMNO itu kuat, bersatu dan gagah perkasa. Sebenarnya UMNO mulai mereput dan ditolak rakyat, menunggu masa untuk menyembah bumi [dengan izin Allah s.w.t].
Perkiraan mereka silap rupa-rupanya dalam PAS mengandungi manusia-manusia yang mempunyai berbagai kepakaran termasuk anggota tentera yang bersara berpangkat tinggi menyertai PAS. Mereka ini berjuang dengan tulus ikhlas [dalam UMNO berjuang untuk perut] menentang UMNO siang-malam bagi membaikpulih system Negara yang telah dirosakkan oleh UMNO.
Dengan kepakaran yang ada itu, mereka merangka strategi dan taktik bagi merungkai undi pos yang menyumbang 33.7 peratus itu. Macam-macam strategi dilakukan memberi tumpuan ke atas undi pos ini. Maka, dipertengahan kempen yang memuncak, mereka dapati melalui risikan, undi pos ini mulai goyang, silap hari bulan mereka akan kalah. Ditambah lagi PAS berusaha melalui Pakatan Rakyat [PKR dan DAP] memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang ramai pengundinya India dan Cina yang merangkumi 30.4 peratus. Sekiranya PAS berjaya menyeimbangkan undi pos dengan undi kaum India-Cina [trend pengundi dua kaum ini memang memihak kepada Pakatan Rakyat, iaitu PAS], maka harapan PAS untuk memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini adalah cerah.
Menyedari hakikat tersebut, ditambah lagi masalah peribadi Isa Samad yang diselaputi dengan rasuah dan berbagai penyelewengan dalam tempoh 22 tahun ia berkuasa yang didedahkan oleh PAS dan rakan sekutunya [PKR dan DAP] dari masa ke semasa menjadikan kedudukan UMNO semakin terancam.
Oleh itu, pendekatan keganasan perlu diambil segera. Menyerang sesiapa sahaja yang didapati cenderung kepada PAS. Tujuan golongan dajal ini ialah untuk menakut-nakutkan pengundi dari mendekatkan diri dengan PAS. Mereka bertindak bersenjata merbahaya menyerang dan menyerbu markas induk Pemuda PAS memukul dan mencederakan beberapa orang pemuda yang ada di situ. Golongan dajal ini juga bertindak menyekat dan memukul orang ramai secara rambang bertujuan menghalang orang ramai dari mendekati ceramah-ceramah PAS bagi mendapatkan makklumat benar mengenai UMNO dan para pemimpinnya yang kaki rasuah.
Mereka akan bertindak mengancam, mengertak dan mengugut secara kekerasan bersenjata sepanjang tempoh kempen yang berbaki ini. Tindakan melampau ini boleh mendatangkan mencederakan pada anggota badan, malah boleh menemui ajal. Mereka sanggup membunuh seperti yang berlaku di Felda Lubuk Merbau, Kedah [Ustaz Osman Talib], di Perlis [YB Haji Tahrim Ali], di Kelantan [Abdul Samad Ghul] dan di Gemenceh, Negri Sembilan [Datuk Taha Talib-Speaker DUN]. Golongan dajal laknatullah ini akan buat apa sahaja kerana dibelakang mereka ada satu kuasa lain yang melindungi segala kejahatan dan kesamsengan mereka itu.
Saya amat kesal kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC II Abd Manan Mohd Hassan seolah-olah menyokong tindakan yang dibuat oleh golongan dajal yang menyerang markas induk DPP dengan mengugut untuk mengambil tindakan ke atas penulis yang menulis berita serangan tersebut. Baca kenyataan yang dibuat oleh Manan kepada Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/news/114573].
Setakat ini, PAS telah membuat 9 laporan polis terhadap kebiadapan golongan bangsat ini. Saya percaya dan penuh yakin bahawa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan tersebut, apatah lagi untuk menangkap mereka yang terlibat, apatah ada dakwaan ia melibatkan anak seorang kenamaan negeri. Setakat jam 1.45 pagi, 10 Oktober 2009 tidak sebarang tangkapan dibuat.
Malah, pihak polis masih mencari alasan mempersalahkan salahuddin Ayob, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian. Pihak polis masih berdalih mengatakan mangsa yang dibelasah oleh dajal-dajal UMNO belum membuat laporan polis dan pihak polis mengwarankan Salahudin ke balai polis untuk diambil kenyataan bersabit dengan penyiaran berita tersebut. Apakah pihak polis sekarang sedang mengambil tindakan terhadap 9 laporan yang dibuat oleh PAS itu, sementara menunggu kedatangan mangsa terlibat. Saya penuh yakin bahawa pihak polis tidak akan membuat sebarang tangkapan, apatah lagi untuk mendakwa dajal-dajal yang terlibat kerana ia akan menjejaskan imej dan sokongan terhadap UMNO dalam PRK itu. Strategi sindrom penafian telah dimainkan oleh para pemimpin UMNO dajal ini dan disiarkan secara meluas oleh media-media celaka UMNO.
Pihak polis sepertimana yang ketahui umum semenjak 1.7.2001 [tarikh pengharaman ceramah umum ditempat awam oleh regim Mahathir Mohamad], PDRM kelihatan bertindak seolah-oleh kerabat UMNO dalam BN. Pihak polis bertindak tanpa peri kemanusian [semacam golongan dajal ini juga] bertindak mengugut, mengancam, memukul, menumbuk, menerajang, membogel, menangkap dan memenjarakan penyokong-penyokong PAS [ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif], disembur dengan air dan air berasid sudah menjadi kebiasaan dalam setiap aktiviti PAS dan BA [kini Pakatan Rakyat], malah pemimpin tertinggi PAS, seperti Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pernah disembur dengan air berasid di Masjid Al-Taqwa, Batu 6, Kuala Teranggau dan MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut merasainya dalam peristewa polis mengamuk di ceramah PAS di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil, Kedah pada 10 Februari 2002 dan di Malau, Jitra juga di Kedah turut melibatkan ramai kecederaan orang ramai kerana polis bertindak ganas. Keganasan polis ini berlaku di seluruh Negara dalam mengekang pergerakan dan aktiviti pembangkang dari mempengaruhi pemikiran rakyat dan akhirnya kekuatan UMNO dajal ini dapat dipulihkan dalam PRU ke-11 tahun 2004.
Para pembaca sekalian, cuba bayangan sekiranya serangan itu dilakukan oleh pemuda PAS. Pastinya seluruh Negara riuh rendah. Media celaka ini akan memainkan isu tersebut 24 jam untujk mengambarkan bahawa para anggota parti PAS adalah ganas dan bertentangan dengan ajaran Islam. UMNO dajal ini akan mendabik bahawa dialah yang lebih Islamik dan bersih. Malah, peristewa ini akan disebarkan ke seluruh dunia untuk memalukan PAS yang berjuang atas landasan Islam.
Medai massa milik UMNO dajal ini akan menyerang PAS semahu-mahunya untuk membentuk pendapat umum bahawa PAS itu ganas. Isu pembohongan Ketua Putera yang mendakwa dia dipukul dijadikan isu untuk memburukkan PAS, apatah lagi isu serangan seperti ini, lagi naik minyaklah UMNO dajal ini. Tidak sampai 24 jam kumpulan penyerang dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah dalam tempoh 48 jam, iaitu dalam masa berkempen masih berjalan dengan tujuan menarik perhatian umum dan khususnya pengundi di sini supaya menolak PAS kerana PAS parti menaja keganasan dan pengundi dikehendaki memilih UMNO yang kononnya ia bersih lagi suci dari sebarang noda dan dosa.
Masih ingat lagilah kita terhadap peristewa 8 September 2007, di Batu Buruk, di Kuala Terangganu. Seorang pegawai polis telah melepasan tembakan dengan menggunakan peluru hidup dan berjaya mencedera-parahkankan dua penyokong PAS. Pihak polis mengunakan tv, radio, suratkhabar milik UMNO dajal ini mengugut dan mengancam akan menangkap dan menghukum orang-orang yang terlibat dalam peristewa itu. Dan akhirnya, Tidak sampai 24 jam, keseluruhan orang yang disyaki terlibat dapat ditangkap dan ada yang menyerah diri kepada polis.
Dua penyokong PAS yang cedera ini didakwa sendiri oleh Abdul Ghani Patail, Peguam Negara [dalam masa yang sama beliau tidak menghiraukan kes bunuh wanita Mongolia yang sedang diperbicarakan, Attantuya Sharibu dan perbicaraan di mahkamah antarabangsa mengenai tuntutan bertindih Malaysi-Singgapura terhadap Batu Puteh]. Ghani telah berjaya mempengaruhi dan menyakinkan mahkamah supaya dua penyokong PAS yang cedera ini tidak dibenarkan diikat jamin dan merekoklah mereka dalam penjara. Manakala pegawai polis yang melepaskan tembakan tersenyum lebar dan dibebaskan tanpa sebarang tuduhan kerana telah berjasa kepada UMNO dajal laknatullah ini.
Persoalannya, apakah kita wajar selama-lamanya akan mengambil pendekatan defensive semata-mata untuk menjaga nama baik, walaupun kedudukan kita sebenarnya dalam keadaan yang tidak bersalah. Sedangkan mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan pasukan polis dan institusi-institusi kerajaan [seperti mahkamah] bertindak melanggar undang-undang secara terbuka seperti kes di Perak. Saya rasa pendekatan itu sudah ketinggalan zaman. Pendekatan itu suai ketika kita lemah dan tidak bersenjata. Sekarang melalui Pakatan Rakyat kita ada kekuatannya tersendiri, malah boleh bersaing dengan kekuatan yang dimiliki oleh UMNO dajal itu.
Saya tidak rela lagi melihat para pemimpin dan para penyokong [ahli] dalam Pakatan Rakyat dihina dan dijadikan seperti anjing dan babi di hutan. Disepak terajang ikut suka hati, dibogelkan, disembor dengan air berasid, dipukul sehingga luka parah sehingga terpaksa dirawat di hospital. Ditangkap dan dipenjarakan. Sampailah masanya supaya kita mula bertindak secara ofensif. Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa. Itulah semangat kepahlawanan sejati. Berapa ramai orang-orang kita terkorban angkara UMNO dajal ini mahu terus berkuasa, tetapi kita tidak pernah mengambil tindakan serangan balas. Kita ikut sahaja kemahuan si dajal ini. Kepala kita senantiasa diketuk, tetapi kita masih mesra alam sebab itulah UMNO dajal ini naik minyak. Sekurang-kurangnya marilah kita menjadi rakyat Palestin, walaupun rakyat Palestin serba kekurangan dalam berbagai hal, namun mereka tetap menyerang balas tentera Israel yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan.
Pandangan ini bukan hasutan, tetapi ia satu reality yang kita perlu membuat perubahan dari pendekatan defensive kepada ofensif dengan menggunakan berbagai kaedah, bukan bermakna dalam bentuk kekerasan semata-mata, tetapi ada kaedah lain lagi yang boleh dicuba menentang UMNO dajal ini secukupnya.
“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
penipu rakyat = pakatan rakyat.
ReplyDeleteUndilah Barisan Nasional demi keamanan dan kebajikan sejagat
umno pengkhianat bangsa Melayu
ReplyDelete