Thursday, October 8, 2009

PENYELEWENGAN ISA SAMAD_22 TAHUN BERKUASA

Usaha Isa mengkayakan kroni, PAS dedah milikan tanah pantai PD

BAGAN PINANG, 8 Okt - PAS hari ini membuktikan dakwaan mereka berkaitan penyelewengan yang dilakukan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad adalah benar.


Pengarah Pilihanraya PAS Bagan Pinang, dalam sidang media hariannya tadi membawa bukti satu grant tanah tanah yang dipercayai dimiliki kenalan rapat calon BN itu melalui sumber-sumber yang diperolehinya.


"Di tangan saya ini, adalah satu grant tanah pantai, yang membuktikan bahawa kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa sah menerima rasuah," jelasnya.

Menurutnya, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri.

Namun apa yang berlaku sebaliknya. Setelah diselidiki ternyata tanah-tanah disepanjang pantai Port Dickson dimiliki dan apa yang lebih mengejutkan pemiliknya adalah kroni-kroni terdekat Isa Samad.

"Apakah dengan adanya geran ini, diluluskan pada zaman Isa menjadi Menteri Besar menandakan bahawa berlaku penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri?" soal Salahuddin.

Dari geran tersebut, empat tanah dengan pemiliknya berjaya didedahkan, ianya adalah :

i. Lott tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi – rujukkan foto yang ada.

ii. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

iii. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hajjah Rohani (Ketua Wanita Bahagian) serta beberapa ajk wanita bahagian.

iv. Lot tanah Costa Rica Hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (Ajk Bahagian) dan Paiman.

Daripada pendedahan tersebut, Isa Samad layak menerima ISA IKON RASUAH seperti mana yang PAS war-warkan semalam.Dalam pada itu, Salahuddin mencabar Isa samad menafikan segala dakwaan tersebut bersama bukti sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.

"Saya pulangkan kepada Tuan Puan untuk memberikan perhitungan," tambah Salahuddin mengajak pengundi Bagan Pinang menolak calon BN itu pada pilihan raya nanti.


Tahniah PKR dan peneroka Felda Sendayan, LBJ

BAGAN PINANG, 8 Okt - PAS melalui Naib Presidennya, Salahuddin AYub mengucapkan tahniah kepada jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjaya meyakinkan rakyat dari Felda Sendayan dan Felda Lyndon B. Johnson (LBJ) untuk menolak calon BN, Tan Sri Samad dalam pilihanraya kecil ini.


Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution lewat petang semalam menjelaskan, kalau tidak ada pilihanraya kecil Bagan Pinang, rakyat Malaysia tentu tidak tahu bahawa Isa (calon Umno) pernah merompak tanah peneroka di kedua-dua Felda tersebut sejak sedekad yang lalu, ketika beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menurutnya, rakyat dari Felda Sendayan dan Felda Lyndon B. Johnson (LBJ) mahu bekas Menteri Besar 22 tahun itu kalah dalam pilihanraya kecil N31 kelak kerana mereka berasa tertipu oleh janji pembangunan palsu Isa; sehingga mereka hilang tanah dan kampung halaman yang diteroka sejak 1960an lalu.

Dalam satu sidang media bersama peneroka Felda terbabit, beliau mendedahkan pembangunan palsu yang dijanjikan Isa walaupun setelah merompak 5 ribu ekar tanah daripada 514 peneroka tersebut.

PKR turut membuktikan beberapa pemimpin Umno negeri yang dikenal pasti terlibat dalam skandal tersebut, tetapi akhirnya Polis dan SPRM mengambil sikap berputeh mata sahaja.

Felda Sendayan yang dibuka padan 1962 itu sanggup dirompak Isa secara terhormat menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) kerana tanah tersebut hampir dengan Sepang dan mempunyai taksiran nilai yang tinggi.Namun, akhirnya tanah yang menjadi nyawa rakyat menyambung rezeki telah menjadi milik beberapa pemimpin Umno negeri, yang dipercayai kroni-kroni Isa.

Bersama pendedahan tersebut, PAS mengucapkan tahniah atas kerja keras PKR dan jenteranya berjaya menemukan tentimonial peneroka yang pastinya rakyat di Bagan Pinang tidak mengetahui 'kerja sebenar' Isa selama 22 tahun ini.

Bukan sahaja peneroka Felda Sendayan dan Felda LBJ ini sahaja yang mengalami nasib ini, masih banyak banyak lagi Felda lain diseluruh negara terkena nasib yang sama, pihak PAS dan Pakatan Rakyat hanya menunggu masa untuk mendedahkan segala kerja pimpinan BN ini.Ianya termasuk melaporkan skandal rasuah tersebut kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (dulu dikenali sebagai Badan Pencegah rasuah – BPR) yang bersekongkol mengkayakan kroni BN ini.


Pendedahan peneroka Felda 'wajah sebenar' calon BN


BAGAN PINANG, 8 OKt - Parti Keadilan Rakyat bersama jenteranya di pilihan raya Bagan Pinang lewat petang semalam berjaya mendedahkan Wajah sebenar perasuah yang terpalit pada peribadi Isa dan kepimpinan Umno negeri lebih jelas, jika ditanya sendiri kepada penduduk kedua-dua Felda tersebut.


Testimonial Pertama Saparudin Mohd Yasin (70), Peneroka Felda Sendayan Generasi Pertama menjelaskan, lebih 80 keluarga sebenarnya tidak bersetuju dengan rundingan tertutup antara broker tanah dan JKKK yang juga pemimpin Umno tempatan.Namun, tanah rakyat tetap dirampas secara profesional.“Saya kata mereka rampas tanah kami di Felda. Kalau kami tak beri (jual), tetapi mereka tetap ambil (membeli secara paksaan), itu rompak namanya…perompak itu Umno.”“Umno (kerajaan) sanggup rampas tanah kami, guna Akta Pengambilan Tanah…dua ekar tanah kita dijual dengan harga RM3 sekaki, tapi kerajaan paksa kita beli semula tanah itu RM4 sekaki.”

“Bila Mohamad Hassan jadi Menteri Besar, dia tawar pakej yang lebih baik… (seperti) tanah dibeli dalam lot-lot tertentu. Apabila kita pergi lihat sendiri tanah lot-lot itu, ada yang di paya, ada di hutan dan ada di atas jalan. Tanah asalnya sudah tidak ada, sebab Mohamad dan Isa telah rompak.”Beliau mengatakan bahawa 2 ekar tanahnya sudah dbelikan semula denan harga RM34, 000, tetapi belaiu dihalang mengutip hasil pertanian di tanah Felda mllik keluarganya sendiri.

Testimonial kedua Thinshem (54), seorang peneroka Felda Sendayan berbangsa India mendakwa Isa sendiri turun memaksa penduduk di Feldanya menjualkan tanah, pada tahun 1996.“Berpuluh tahun tanah jadi milik rakyat, satu sen pun tarif harga tanah naik. Tetapi, apabila PKNNS mengambil tanah itu, tiba-tiba sahaja ianya menjadi begitu mahal.”

“Selama 10 tahun tersebut juga, rakyat tidak mendapat apa-apa hasil. Semuanya dikaut oleh pemaju.”Beliau juga sanggup berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – Adakah Felda itu untuk manfaat rakyat atau kroni-kroni Umno?

[Saparudin (berbaju puteh) dan Thinshem (berbaju batik) masing-masing memegag dokumen rasuah dan pembangunan palsu.Tegasnya lagi, lebih 40 tahun rakyat Felda tidak sukar mendapatkan semula tanah Felda, tetapi warga asing dan penduduk luar senang sahaja memiliki tanah tersebut kerana ada wang dan boleh melakukan rasuah.

Testimonial ketiga Hj. Mokhtar Maidin (82) dari Felda LBJ pula menyifatkan Isa dan Mohamad Hassan sebagai pengkhianat rakyat.Beliau yang juga bekas pemimpin Umno tempatan berasa kecewa dengan sikap rasuah dan pentingkan diri beberapa kroni-kroni Isa.

Beliau juga menasihatkan rakyat di Bagan Pinang agar menolak Isa kerana Isa seorang perasuah serta banyak menjual tanah-tanah milikan rakyat kepada kroni-kroni Umno.Beliau yang baru sahaja menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru orang-orang Melayu meninggalkan Umno; kerana parti itu mengutamakan kroni dari kepentingan rakyat.Berdasarkan beberapa testimonial rakyat malang di Felda Sendayan dan LBJ, sudah tentu menggamit perhatian pengundi Bagan Pinang untuk tidak lagi mengundi Isa.

Jika Isa sewaktu di gigi kekuasaan Menteri Besar dahulu pun, sanggup mengkhianati harapan dan tanah rakyat, tidak mustahil selepas terpilih menjadi Adun Bagan Pinang atau mungkin Menteri Besar kelak; menjadikan Isa kembali rakus mengamalkan kronisme dan rasuah sebagaimana sebelum ini.

Ditanya sama ada beliau mendapat duit raya Felda baru-baru ini, Mokhtar menjelaskan bahawa duit raya Idulfitri yang diumumkan Perdana Menteri tersebut suatu pembohongan belaka.Suara rakyat kedua-dua Felda sudah kedengaran mengkritik peribadi Isa yang dipalitkan rasuah; pengundi N31 diseru menolak Isa kerana rasuah demi memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat kian berubah bersama Pakatan Rakyat.Melalui pendedahan PKR dan peneroka-peneroka yang jelas nyata dianiaya ini, PAS menyerahkan kepada rakyat di Bagan Pinang ini menilai siapakah pemimpin yang mereka mahukan, sama ada pemimpin yang membela rakyat atau mencekik duit rakyat


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

No comments:

Post a Comment