Oleh : Dzulfikar Mashoor, Hazayani Zakaria & Nazri Abdullah
Sun Oct 11, 09 9:16:15 am MYT
8pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.
Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.
Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.
Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong. Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.
Selain menang di semua lapan daerah mengundi, BN juga menggandakan jumlah undi, 2,920, atau dua kali ganda berbanding 1,891 undi pada pilihan raya 2008.
Dalam pilihan raya kecil ini, BN mendapat 3,521 undi berbanding 3,080 undi pada 2008. Manakala undi pos yang diperolehi PAS merosot kepada 601 undi berbanding 1,189 undi yang diperolehinya pada pilihanraya umum tahun lalu.
7.15pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222.Kira-kira 300 lagi undi daripada 11,157 undi belum dihitung.
7pm Rasmi, BN mendahului PAS dengan 3,436 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 4,377 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 941 undi.
6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi.Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.
6.52pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 218.Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.
6.40pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 4,702 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 6,705 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,003 undi.Setakat ini, 8,708 daripada 11,157 undi atau 78 peratus undi telah dihitung. Jika trend ini berterusan, BN akan menang dengan majoriti undi lebih besar. Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 2,333 undi.
6.25pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahulu di empat daripada lapan daerah mengundi di DUN Bagan Pinang. Malah BN menang di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum tahun lalu.
Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.
Dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang di Pekan Siliau dengan mendapat 275 undi dan BN 194 undi (majoriti 81 undi); menang di Ladang Atherton dengan mendapat 208 undi dan BN 124 undi (majoriti 84 undi); dan menang di Sua Betong dengan mendapat 290 undi dan BN 244 undi (majoriti 46 undi).
BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).
5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup. Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.
5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.
Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.
4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis."Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar." Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut. "Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.
4.45pm Masa untuk membuang undi bagi menentukan ADUN baru Bagan Pinang tinggal lagi 15 minit sebelum ditutup rasmi.
4.23pm Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratus keluar mengundi mencecah 80 peratus.
3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.
2.53pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi. Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket. Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.
2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.
2.15pm Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini.
1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.
12:30 : Beberapa pusat pembuangan undi semakin lengang menjelang tengahari ini. Di SJK (C) Ladang Sua Betong, suasana lengang sejak jam 11.30 pagi tadi lagi. Sehingga jam 12 tadi SPR memklumkan sebanyak 46.5% sudah keluar mengundi iaitu seramai 4,220. Angka keluar mengundi yang belum mencecah 50 peratus itu dijangka berpunca dari cuaca hujan di sebelah pagi tadi.
11:50 : Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Tmn. Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN. Tiga keping duit RM100 tersebut didakwa mempunyai nombor siri yang sama. Pasukan peguam tersebut bagaimanapun telahpun membuat laporan polis.
11:40 : SPR memaklumkan 35.7% sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. Meraka mensasarkan jumlah peratusan mencecah 80 peratus petang ini.
11:30 : Seorang peraih undi Umno, yang mahu dikenali sebagai Pak Mat Motor yang datang dari Rembau mendakwa dirinya ditipu agen Tan Sri Isa kerana masih belum mendapat bayaran RM 300 seperti dijanjikan.
11:15 : Salahuddin ketika ditemui memberitahu, sehingga kini Polis belum membuat maklum balas berhubung laporannya semalam yang mendakwa wujud sammseng di kalangan Komando Umno.
11:00 : Muhyidin dilihat meninggalkan sekolah tersebut 10 minit kemudian. bg
10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti.
Ketua Penyokong Pakatan, Dr. Hatta Ramli yang juga ada di sini memberitahu, keadaan penyokong kedua-dua parti terkawal biarpunusaha meraih sokongan kian agresif.
10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa
10:30 : Sehingga jam 10 pagi, SPR mengumumkan sebanyak 23.09% atau seramai 2168 orang sudah keluar mengundi.
10:15 : Pengerusi SPR memaklumkan 11.03% telah keluar mengundi iaitu
seramai 1,076 orang sehingga jam 9 pagi tadi.
10:10 : Pergaduhan hampir tercetus apabila satu objek keras dipercayai batu dibaling ke kelompok penyokong pakatan rakyat di Sek. Ren. Panglima Adnan.
" Tanggal sahaja kopiah puteh engkau setan, Zulkefly calon luar, kami nak Isa," antara laungan kedengaran.
9:50 : Perang mulut antara kedua dua penyokong semakin hangat. Mereka masing masing tidak mempedulikan hujan lebat yang kembali turun.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Operasi PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menafikan dakwaan media arus perdana yang mendakwa penyokong PAS memukul pemandu kepada Ketua Polis Port Dickson.
9:40 : Calon Pakatan Rakyat tiba di Sek. Ren. Panglima Adnan. Mengiringi beliau adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa.
Mereka turut bertemu penyokong dan menasihatkan supaya menjaga ketenteraman dan mengelak dari provokasi pihak lawan.
"Kita pun nak menang majoriti besar di Bagan Pinang, tapi kita tolak budaya samseng," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.
9:25 : Hujan mulai reda seketika, pengundi mula memenuhi pusat pusat mengundi.
9:20 : Pengerusi SPR dilihat melawat tempat mengudi
9:00 : SPR menyediakan payung bagi membawa pengundi masuk ke bilik mengundi.
,br>
8:45 : Hujan lebat mulai turun di sini, bagaimanapun penyokong ada yang tidak berganjak dan masih berdiri di tepi jalan mengibar bendera.
8:10 : Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manek Urai, Ustaz Fauzi Abdullah juga kelihatan tiba bersama beberapa pemimpin PAS lain.
8:00 : Salidah Binti Kansan, 65, Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh pegawai SPR untuk membuang undi di sini.
7:40 : Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim dilihat tiba di sini memantau suasana pilihanraya.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Yusuf
7:30 : Kelihatan para penyokong parti masing-masing memenuhi tepi jalan 50 meter dari pintu ke sekolah tersebut. Mereka memakai pakaian parti masing-masing dan membawa bendera saling membalas sorakan. Beberapa anggota keselamatan turut dilihat mengawal keadaan.
7:20 am: Kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya SPR di pusat pembuangan undi Sek. Keb. Panglima Adnan. Sekolah ini juga dijangka menjadi tempat lawatan sulung calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar
Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
Syukur Alhamdulillah,
ReplyDeleteCuma ada 2,528 orang sahaja kaum Khawarrij di Bagan Pinang.