Saturday, October 10, 2009

ANALISIS PRK BAGAN PINANG

Bagan Pinang: Mood rakyat jelas menolak Mohd Isa
Wan Nik Yussof Ngah [Harakahdaily.net.]


Tinjauan rambang pelbagai pihak mendapati umumnya bersetuju bahawa mood rakyat semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah menyebelahi PAS. Faktor mood sudah cukup mengatakan PAS boleh bertarung dan boleh menang!


Semuga Tuhan Yang Esa menyuntik kesedaran kepada pengundi Bagan Pinang agar bersama-sama dengan mood rakyat di serata Semenanjung yang telah merasmikan pihak Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat di semua pilihan raya kecil.


Berikut adalah analisis daripada beberapa tinjauan online atau undian SMS yang mengutip mood rakyat tersebut.


Undian onlne


Beberapa kutipan pendapat yang dibuat melalui laman sesawang akhbar online tentang senario pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, sebahagian besar memberi sokongan kepada isu-isu yang menyebelahi PAS/Pakatan Rakyat.


Berpandukan respon pembaca akhbar online yang sebahagian besar mereka adalah penjenguk laman sesawang (mungkin mereka sebahagian profsional, blogger atau penggemar internet) dari pelbagai lapisan social pembaca, menyatakan mood mereka (tentang sesuatu isu pilihan raya kecil Bagan Pinang) adalah menyebelahi pihak Pakatan Rakyat.


Di antara isu itu adalah Bagan Pinang adalah DUN kuat pengaruh BN, penilaian terhadap populariti Tan Sri Isa Samad dan hubungan populariti calon BN dengan peluang kemenangan.


Oleh itu, undian para pembaca laman MyStar online dan the Malaysian Insider adalah antara sample yang boleh dibaca. Berikut adalah keputusan undian tersebut.


Undian MyStar online 20 September 2009, atas persoalan: Apakah peluang BN untuk menang di pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang lebih besar kerana ia adalah kubu kuat Umno? Jawapannya yang bersetuju (Ya) = 12.9% dan tidak bersetuju (Tidak) = 87.1%.


Undian MyStar online 1 Oktober 2009, atas persoalan: Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? Jawapannya yang menyokong (Ya) = 9.7% dan tidak menyokong (Tidak) = 90.3%.


Kemudian undian MyStar online pada 9 Oktober 2009 atas persoalan yang sama: Adakah pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon beri peluang kemenangan BN di DUN Bagan Pinang? Jawapannya yang menyokong (Ya) = 3.8% dan tidak menyokong (Tidak) = 96.2%.


Melalui laman akhbar online The Malaysian Insider pula, atas isu popularity Tan Sri Isa Samad lagi: Do you think Tan Sri Isa Samad's popularity in Bagan Pinang makes the by-election result a foregone conclusion? Jawapan pembaca laman berkenaan pada 6 Oktober 2009 adalah 63.8% yang memandang popularity Isa tidak menjamin kemenangan BN. Undian pada 7 Oktober pula menunjukkan pandangan atas persoalan yang sama adalah meningkat kepada 64.0%.


Respon SmS


Namun, hasil kajian respon SMS pula mendapati agak berbeza bacaan pandangan individu respondan dibandingan dengan pembaca laman online di atas. Walaupun keputusannya penerimaan respondan SmS ke atas isu 'memperkenal calon PAS: Zulkefly Mohamad Omar' kepada pengundi (melalui telefon bimbit) didapati agak rendah menyatakan sikap berpihak kepada mana-mana parti ? setuju/tidak setuju dengan calon PAS ? sebahagian mereka mengambil sikap tidak menyatakan sikap bersetuju dengan calon PAS.


Kajian SMS oleh Unit IT pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dilakukan antara 1-4 Oktober mendapati serami 223 orang respon SMS itu jelas menyembunyikan sikap mereka melalui jawapan yang bernada berkecuali/tidak menjelaskan persetujuan sebenar kepada calon PAS yang dipilih bertanding.


Sehubungan dengan nilaian kajian tersebut, ternyata pada permulaan tempoh kempen pandangan pihak luar (mood pembaca laman online) adalah jelas menolak pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon yang patut dipilih. Sementara jawapan melalui SMS kalangan pengundi Bagan Pinang sendiri, apabila PAS menamakan Zulkefly dan BN pula Tan Sri Isa, ia telah membuka sikap tidak berpihak kepada 52 peratus respondan.


Jika keputusan kajian SMS ini dijadikan bandingan atas sikap keseluruhan pengundi di Bagan Pinang, maka faktor calon hanya menjadi nilaian penting kepada 48% pengundi sementara 52% lagi pengundi masih bergantung kepada isu-isu lain (ekonomi, pembangunan, kesejahteraan dan integriti parti) yang bertanding.


Petunjuk Tuhan


Maka, atas keputusan itu, sesungguhnya Tuhan Yang Esa pasti memberi petunjuk kebenaran kepada para pengundi Bagan Pinang di dalam memilih calon dan parti yang mengikut selera masing-masing. Tunggulah esok hari mengundi, keputusannya dijangka akan membuktikan segala analisis pra-pilihan raya kecil.
Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat _
br
Pemuda Umno jadi 'Beruk' Demokrasi!Mujahid Yusofr


Selama 5 hari berkempen di Bagan Pinang banyak pengalaman baru yang ditempuh, kalau di Permatang Pasir keadaannya agak berbeza kerana kita mempertahankan kerusi kita, tetapi di Bagan Pinang kali ini kita berada dalam keadaan menyerang untuk merampas kerusi dari BN.


Dalam dua-dua keadaan pihak masing-masing berada dalam keadaan tertekan untuk merampas dan untuk mengekalkan kemenangan. Dalam pemerhatian saya hari pertama hingga ketiga kempen keadaan, masih tenang dan terkawal, namun setelah masuk hari ke 4 hingga sekarang suasana sudah mula nampak berbeza. Khususnya bagi Umno, jentera mereka dan ahli mereka dilihat begitu terdesak dengan asakan kempen PAS dan Pakatan yang mengambil pendekatan ?touching? melalui ziarah rumah ke rumah.


Ceramah PAS sememangnya ditujukan kepada penduduk setempat, sebab itu kehadiran tidak begitu ramai kecuali ceramah besar yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Tetapi pendekatan PAS setelah beberapa hari berkempen memperlihatkan keberkesanan dari sudut risalah PAS dapat sampai kepada pengundi.


Saya mengatakan Umno terdesak kerana masuk hari ke 4 gerak kempen PAS diganggu oleh Pemuda Umno dengan cara yang ?ganas? malah beberapa petugas PAS telah dicederakan dalam dua insiden yang saya sendiri berada berada semasa kejadian.


Insiden provokosi dari Pemuda Umno bermula di UPU Bagan Pinang khusus di taman Abdul Samad. Taman ini dikatakan kubu kuat Umno di manapada 7/10 semasa ahli Parlimen PAS mengadakan program angkat di UPU tersebut, kami telah dihalang untuk mengadakan majlis Hi tea dan sebelumnya dihalang untuk mengadakan program klinik perubatan Islam.


Dalam insiden pukul 3.00 petang itu kononnya penduduk setempat tidak setuju PAS mengadakan program di atas kawasan yang didakwa milik ?yayasan? 2 Kanopi yang disediakan diminta untuk ditanggalkan. Provokosi Pemuda Umno sebelumnya menyaksikan dua petugas kita dibelasah kononnya menyerang Pemuda Umno, sedangkan maklumat yang saya dapat ialah Pemuda Umno dengan begitu biadap menghemburkan kata-kata kesat sambil memukul kepala seorang pemuda PAS tempatan.


Marah dengan sikap biadap Pemuda Umno dia memarahi mereka dan kerana itu budak PAS ini dipukul. Sejurus itu dia memanggil abangnya untuk membela. Apabila abang budak PAS ini datang dia terus mencabar siap yang telah ?sekeh? kepala adik dia dan memukul, lalu abang budak PAS ini menumbuk Pemuda Umno yang bilangan mereka seramai 100 orang lebih. Pembaca boleh bayangkan bagaimana kemudiannya abang budak PAS ini dibelasah sehingga di bawa lari dia lintang pukang oleh petugas PAS.
Saya kebetulan ada di situ, mengejar budak Umno yang tak puas hati mengejar untuk belasah terus budak PAS untuk setel masalah. Saya merayu kepada Pemuda Umno sudahlah dari terus membelasah budak ini dan saya bagi jaminan akan setel masalah ini. Sampai di tempat hi tea lebih kurang 300 meter dari aksi kejar mengejar, gerombolan Pemuda Umno semakin ramai sehingga mencecah 200 orang lebih. Wakil rakyat Pas yang ada selain saya ialah Datuk Kamarudin Jaafar, Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Khalid Samad dan ustazah Zailah.


Suasana tegang


Kami dikelilingi oleh Pemuda Umno dengan maki hamun ejekan dan ada yang memijak gambar Tok Guru sambil berteriak ?sini bukan Kelantan, sini NS jangan buat samseng, baliklah!? Unit Kawalan dari PAS Kelantan sampai, tetapi bilangan mereka hanya sekitar 10 orang, jadi semua orang PAS termasuk kami hanya sekitar 30 orang sahaja. Biadabnya Pemuda Umno sambil maki hamun mereka cuba merobohkan kanopi kami.


Saya memberitahu kepada mereka biarkan kami adakan program, kalau mereka tak suka jangan ganggu majlis kami, tapi mereka mendakwa tanah ini, tuannya tidak mengizinkan, apabila ditanya siapa tuannya mereka kata yayasan. Entah Yayasan apa saya pun tidak tahu. Kami bercadang untuk kekal disitu walaupun kanopi kami mahu dirobohkan, tetapi kehadiran pemuda Umno yang saya lihat sudah tidak dapat dikawal lagi dikhuatiri boleh menimbulkan keadaan yang tidak diingini.

Saya sempat memberitahu Pemuda Umno yang mata mereka nampak merah menyala malah ada yang betul-betul dilihat tidak terkawal lagi dengan maki hamun dan hemburan kata-kata nista kepada PAS, "Inikan pilihanraya kecil, biasalah setiap parti buat program, sepatutnya kita biarkan program parti lain berjalan kalau kita rasa ini kubu kuat kita dan kita tak perlu bimbang". Kata-kata saya hanya disambut dengan ejeken dan sorakan menghina, lalu Dr Hatta menarik tangan saya dan membisik "eloklah kita beredar, ini macam tak boleh control dah" Kami pun meninggalkan tempat itu dan kemudian beredar sambil diejek dan dan diboo oleh Pemuda Umno.


Kami mengambil keputusan untuk teruskan program dengan ziarah rumah ke rumah dan Alhamdulillah mendapat sambutan menggalakkan malah ada yang simpati dengan insiden yang berlaku.


Pada hari Khamis esoknya kami meneruskan ziarah bersama Yb Zailah dan terbukti bahawa insiden di padang itu sebagai provokosi Umno supaya menghalang kami menziarahi pengundi, tetapi dari ziarah yang kami lakukan hampir 80% pengundi di Taman kononnya ?kaw? Umno sebenarnya menyantuni kedatangan kami dan ramai yang bersetuju untuk menyokong calon PAS sambil berbisik:
(Gambar:Calon PAS dan Umno di Bagan Pinang)
"Yb fahamlah keadaan di sini, mereka ini tak boleh tengok kami sokong PAS, tapi jangan risau kami boleh beri undi kali ini, kami pun dah bosan."


Apabila diberitahu insiden provokosi Umno tempoh hari mereka terus bersimpati dengan Pas. Agak memeranjatkan kami kerana menyangka cara provokosi dibuat membayangkan PAS tak ada peluang hatta menziarahi pengundi, tetapi respons yang kami terima cukup berbeza.


Rumusannya, Umno semacam terdesak apabila melihat asakan kempen Pas yang menyantuni pengundi dengan cara yang merayu simpati, dan tema kempen yang paling digeruni oleh Umno ialah ?tolak calon rasuah? Pengundi India dan Cina lebih terbuka sokongannya kepada PAS dan itu juga menekankan gerak kerja Umno yang terdesak untuk meraih undi Melayu dan undi sandaran mereka iaitu undi Pos dari tentera dan polis di mana bilangannya hampir 4000 lebih.

Ada orang bertanya kepada saya bagaimanakah peluang? Saya menjawab, sukar dan tugasnya mendaki, namun tiada yang mustahil, khususnya Umno kini terdesak dan Najib pun akur menang sikit pun jadilah. Oleh itu diharapkan dengan tekanan yang ada kepada Umno dan simpati orang Melayu yang meluat dengan sikap biadab Pemuda Umno, satu kejutan boleh berlaku.


Selamat mengundi kepada pengundi N31! Bagi Pemuda Umno janganlah jadi Beruk Demokrasi kerana hodoh perangai kamu di depan pengundi!

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJEHTERA"

"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEBGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

No comments:

Post a Comment