Thursday, February 12, 2009

'TAHNIAH' NAJIB KERANA TUMBANGKAN PERAK

Oleh: Mohd Basir Abdullah
DiPetik daripada Harakahdaily:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19213&Itemid=56

Tahniah dato' seri kerana telah berjaya menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat (PR) negeri Perak. Seterusnya dato' seri tentu sedang giat memporak perandakan negeri lain dibawah PR yang hanya menunggu masa dan nasib. Satu demi satu kejayaan ini tentunya akan meningkatkan dan memuaskan nafsu syaitan yang sedia ada dalam diri dato' seri.

Jangan sekali dato' seri fikir kejayaan ini akan dilihat dan diterima dengan senang oleh orang Melayu dan lain lain. Demi kepuasan nafsu dato' seri dan mereka yang bersubahat dengan dato' seri termasuk semua ahli Umno tahniah sekali lagi.

Tunggulah. Anda semua akan menerima padah tidak lama lagi. Dato' seri telah sekali lagi buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin Umno adalah kejam dan zalim. Saya lebih tua dari dato' seri. Saya nyatakan ini semua berdasarkan sejarah UMNO selama 51 tahun.

Jikalau disemak balik kepada kebaikan arwah TUN ABDUL RAZAK ayahanda dato' seri, nyata sekali dari segi kredibiliti, dato' seri jauh ketinggalan. Dari sejarah dato' seri, ini tidak menghairankan saya, kerana dari dulu lagi dato' seri banyak melakukan kesilapan.

'Kejayaan' yang tersebut tadi hanya menjelmakan kejahatan yang ada dalam diri dato' seri. Sikap tidak adil dan kejam dato' seri serta konco-konco dato' seri telah memburukkan keadaan negara ini.

Kejayaan yang dicapai adalah melalui pengaruh wang dan kononnya kemajuan. Dengan kejayaan ini dan dengan kuasa yang ada di negeri Perak, dato' seri telah dapat mengukuhkan kembali cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri negara ini yang pada awalnya berada di ambang kehancuran.

Melayu jenis apakah dato' seri dan anda-anda yang terlibat semua? Keadaan negara yang berleluasa dengan judi, pelacuran, dadah, arak dan lain lain maksiat yang akan membawa negara ke tahap jahanam, tidak pernah dato' seri dan anda sekelian ambil peduli.

Yang dato' seri dan anda sekelian tahu adalah asyik berpolitik, menjatuhkan sesiapa saja yang cuba menyekat kuasa syaitan dato' seri dan anda sekelian. Tentunya semua termasuk rakyat yang tak berdosa akan menerima padah kelakuan buruk dato' seri dan anda sekelian tidak lama lagi.

Saya percaya Tuhan Yang Maha Esa sedang melihat dengan teliti perkembangan menyedihkan dalam negara ini. Janganlah terlalu ghairah sangat menggunakan kuasa yang diberikan pengundi dan ahli ahli perniagaan. Insaflah dan perbetulkan keadaan negara Islam ini sebelum Tuhan bertindak dengan kemarahanNya. Bagi Tuhan, ia perkara mudah.

Jangan pandang ringan apa yang saya katakan. Kawallah diri dan kembali ke pangkal jalan yang betul. Bertindaklah dengan kebenaran untuk kebaikan. Untuk pengetahuan dato' seri, nenek moyang kita telah berjuang habis-habisan untuk bebaskan negara ini daripada pemerintahan Majapahit dan penjajah penjajah seterusnya.

Tentunya mereka menangis melihat keadaan negara ketika ini. Dato' seri kenanglah jasa-jasa mereka yang membebaskan kita dari kekejaman penjajah. Selama ini Umno hanya membawa negara ini ke tahap yang boleh kita sebut Malaya sial. Saya sebut ini atas dasar cinta saya kepada Melayu Islam negara ini dan negara mereka Malaya.

Hari demi hari aktiviti dato' seri dan Umnu hanya menuju kemusnahan negara yang diperolehi melalui perjuangan dan gigih dan pengorbanan nenek moyang kita bangsa Melayu. Tidakkah dato' seri malu dan takut akibat keterlaluan ini? Apakah yang dato' seri dan seluruh Umno banggakan sangat dengan pencapaian yang telah diperolehi?

1. Judi - Orang melayu menjadi mangsa. Ada cabutan hari-hari. Satu minggu tujuh hari, manakala cabutan ada sepuluh kali.
2. Dadah - Orang Melayu adalah penagih paling ramai dan yang untung ialah bukan Melayu.
3. Arak - ketagihan arak kalangan Melayu meningkat. Arak dijual bebas di mana mana.
4. Penyakit - Ramai orang Melayu berpenyakit kerana tidak mampu mendapat rawatan yang baik serta akibat pencemaran kemajuan adalah kepunyaan bukan Melayu.
5. Perniagaan - Pengusaan bukan Melayu bertambah kukuh. Bangsa Melayu meminta sedekah dan tagih simpati.
6. Ketuanan/Kedudukan - Politik melayu semakin rapuh dalam keadaan terumbang-ambing. Mereka terpaksa menagih sokongan bukan Melayu. BN / UMNO bagaikan penternak dan rakyat sebagai ternakan.

Aset negara telah habis dibolot dan dibazirkan untuk kepentingan golongan tertentu dan sebagai penyelamat kuasa. Kepada bangsa Melayu marilah kita selamatkan negara ini dari cengkaman Umno yang sedang membawanya ke arah jahanam. Sedarlah semua sebelum kita dikejutkan dengan kemurkaan Tuhan.

Andai apa yang sedang berlaku dibiarkan, kita dan generasi kita akan datang akan menerima padah. Negara kita terselamat dari penjajah yang kejam hasil perjuangan nenek moyang kita.
MERDEKAKAN RAKYAT DARIPADA BELENGGU UMNO
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

4 comments:

  1. Awak mengaku yang awak telah tua pun. Saya nampak awak cukup bersemangat kalau membicarakan bab melayu dan islam. Oleh kerana itu awak sepatutnya dapat melihat perbezaan dan persamaan, keburukukan dan kebaikan antara bn dan pakatan yang telah dipamerkan kepada kita semua. Apakah awak merasakan pemerentahan pr khususnya diperak lebih melayu dan lebih islam dari umno. Saya rasa awak bukan saja tua, tetapi telah nyanyuk pun.

    ReplyDelete
  2. Satelah membaca tulisan tuan ini, saya dapat membuat kesipulan bahawa tuan sangat bencikan umno dan seluroh ahlinya. Kerana kebencian yang total itu telah membutakan tuan dalam semua pekara yang lain. Kenapa tuan tidak pernah mempersalahkan mereka yang tidak setia kepada parti. Bukan saja umno semua parti memang kemaruk untuk berkuasa. Apabila peluang datang semua parti akan menyambarnya. Begitu lah juga dengan umno. Peluang datang cekup sajalah. Yang orang pkr bekejar sampai ketaiwan dulu kerana apa? Yang karpal suroh anuar bertaubat tu kenapa? Saya boleh bersetuju dengan tuan sekiranya penulisan tuan ini berkait dengan pas. Tapi tulisan tuan ini tidak begitu. Saya pun bukan lah suka sangat dengan umno dan kerenah pemimpinnya. Tapi kalau dibanding dengan dap dan pkr, dua-dua ini lebih teruk lagi. Dap terang-terang cakap menolak hudud. Orang seperti anuar kaki bontot pun tuan boleh menyanjungnya sebagai pemimpin. Untuk pengetahuan tuan, kalau lah anuar tak buat perkara ini dah lama dah dia bersumpah. Dia tak kona sana sininya. Orang yang semacam inilah kalau berjaya jadi pemimpin akan hancurlah umat dibawahnya. Orang seperti tuan yang mempunyai kemahiran menulis sepatutnya boleh melihat perkara ini dengan jelas sekali. Tapi sayang kebencian yang bersarang didada telah menggelapkan pandangan tuan. Hatta sultan pun tuan anggap bodoh. Bila nizar lulus tanah utk kg baru 999 tahun, tuan tak anggap bodoh pun. Sebenarnya perkara-perkara yang seperti itulah yang menyebabkan sultan pun mengambil tindakan yang mungkin agak nekad juga. Kerana tidak mahu perkara seumpama ini terjadilah tuanku melantik nizar jadi mb dulu, walau pun tuan sendiri tau bukan nizar yang sepatutnya jadi mb. Tapi nak buat macamana nizar dah lupa asalusul, ini akibatnya. Betul lah kata mahathir melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,blog yang menarik,semoga Allah istiqomah kita dalam apa juga urusan..jemput muzakarah di blog saya..dan sila add blog saya..tq

    ReplyDelete
  4. kita mesti sembah sultan walaupun dia zalim, kalau kita dehaka nanti kena pancung, kena bersabar kerana suatu hari nanti sultan akan mati juga. sultan pun manusia biasa juga, dijadilkn dari tanah juga, bukan dari emas, cuma nama dan pangkat je yg ada pada dia, nama dan pangkat kedudukan bukanya boleh angkut masuk sekali dalam kubur untuk dibawa ke syurga.

    ReplyDelete