Thursday, February 12, 2009

SULTAN AZLAN SHAH BODOH?

DiPetik daripada : http://telaahpolitik.blogspot.com/

(Artikel ini merujuk kepada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau)

Sultan Perak sebelum ini iaitu almarhum Sultan Idris sememangnya dikenali sebagai Sultan yang tegas dan berani sehingga baginda adalah salah seorang Sultan yang menentang Dr Mahathir ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983. Selain baginda ialah besannya Sultan Johor sekarang. Kedua-dua mereka jugalah yang mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri lebih awal berpandukan Hisab ketika Yang Di Pertuan Agung tidak mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri. Kesan tindakan baginda, hisab hari ini menjadi satu kaedah untuk menentukan puasa dan hari raya. Meskipun banyak diperkatakan tentang peribadinya, Sultan Idris dilihat sangat bijak dalam bertindak contohnya dalam satu kes berkaitan dengan Menteri Besar Perak Allahyarham Haji Ghazali Jawi (bapa Tajul Rosli).

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar kali pertama, iaitu pada tahun 1960 beliau telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah. Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah adalah masih Raja Di Hilir Perak. Dalam kes perlantikan beliau kali kedua, Perhubungan UMNO Negeri Perak telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa dan memihak kepada Sultan Idris, manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali dan menentang baginda Sultan.

Kalangan pimpinan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin ialah anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad. Mereka di sebelah Haji Ghazali pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, antaranya Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud Untoi, Ismail Abdul Rauf, Abdul Malik Ahmad dan Haji Wan Mohamed Wan Teh. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera. Sehubungan dengan itu, Tun Razak telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali. Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya untuk memujuk Sultan Idris.

Pada satu malam beliau telah berkata kepada baginda, bahawa Tun Razak memohon baginda melantik Haji Ghazali ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak. Pada 4 September 1974, Haji Ghazali telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil penulis (Mokhtar Petah) mengadap baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan penulis dengan baginda itu, penulis telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun. “Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata penulis kepada Baginda.
Penulis kemudian melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian penulis telah memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Perak, dan baginda telah setuju. Setelah cukup tempoh dua tahun, Haji Ghazali memegang jawatan Menteri Besar dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai. Haji Ghazali dan beberapa orang pimpinan UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun”. Semenjak itu, krisis antara UMNO dengan Sultan Idris telah berlarutan, sehingga tahun 1977.

Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali tidak meletakkan jawatannya, baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (Exco) Negeri Perak. Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala. Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977.

Sekiranya dilihat tindakan Sultan Idris ini jauh lebih bijak daripada Sultan Azlan, kerana beliau tidak berkenan dengan Menteri Besar disebabkan alasan Menteri Besar itu pernah terlibat dengan rasuah. Manakala Sultan Azlan pula berkenan kepada Menteri Besar yang disokong oleh wakil-wakil rakyat yang telah menipu rakyat dan dikhuatiri terlibat dengan rasuah. Walaupun alasan Sultan Idris kuat dan dari segi ketegasan baginda lebih tegas dari Sultan Azlan, tetapi dalam hal memecat Menteri Besar, baginda menyedari bahawa baginda tiada kuasa. Sultan Azlan juga pernah berhadapan dengan Dr Mahathir dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan imuniti Raja-raja, tetapi baginda mengambil sikap mendiamkan diri. Sebaliknya dalam hal memecat Menteri Besar Perak baru-baru ini, baginda telah terlajak bertindak tidak seperti Sultan Idris. Semoga almarhum dicucuri rahmat dari Allah swt.
BEBASKAN RAKYAT DARIPADA BELENGGU UMNO

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

9 comments:

  1. Semua orang akan mati bila ajalnya tiba.
    Tapi hidup ini...menjadi boneka siapa?
    Adakah kita boneka orang baik? atau boneka orang jahat?

    Habis ajal, semua akan di kumpul untuk berdepan terus dengan Allah untuk menjawab apa yang kita BUAT selama hidup.

    Lwn tetap lwn...

    ReplyDelete
  2. asyik korang jer betul...
    org lain salah....
    Allah Maha Besar....

    ReplyDelete
  3. Its not right to ridicule Sultan..Like it or not he is the head of religion for Malaysian states and we have to duly respect that. Secondly, calling someone stupid is highly unislamic and not acceptable. So in a nutshell...please respect the Sultan as he is the head of state and also religion..Thank You.

    ReplyDelete
  4. Kalau bodoh , bodohlah. Head of Agama, tapi tak buat kerja2 agama; asyek fikir buat harta sahaja

    ReplyDelete
  5. Mana kau tau dia x buat kerja agama.... heiii.... TAK NAMPAK JGN CAKAP....

    Baginda satu2nya Sultan kat Msia yg ada PhD....walaupun kalangan bngsawan....tetap belajar smpai universiti....tak mengharap
    tuah duduk istana je....

    Internet ni....mmg utk org mcm kau mengata org lain....kan
    Aku rasa kau mmg org yg bermasalah....sbb tu posting kau...memalukan utk dibaca....

    Org Islam yg mengata Saudaranya sendiri....

    Esok kat akhirat....kena pujilah kau psl berani mengata raja fikir nak buat harta je....

    Aku berani kata....kau pun memang tak bagus agama....psl kalau bagus ...kau tak kan tergamak mengata org islam lain....sultan plak tu....

    ENGKAU MEMANG LOW CLASS!!

    ReplyDelete
  6. Kalau bodoh, bodohlah.
    Ko sapa nak ckp org lain bodoh.

    Ni la manusia. Malay who hate to see his own kind of rich and famous.

    He's king? Oh no.... he won't do anything about the religion, he's busy thinking on how to make more and more money only. I hate king. So bodo.

    Example of problematic and uneducated malay towards higher rank people, be it his own RACE!

    ReplyDelete
  7. Di Malaysia ni...ada golongan yg BIADAP!
    Dema tak tau peranan RAJA2 MELAYU!
    Dema dah dihasut oleh puak2 Anwarbrahim
    +DAP/PAS!
    Dah mula KURANG AJAR...
    Kalo jumpa Keling dgn MELAYU BIADAP,
    Pukul Melayu jenis ini dulu.....

    ReplyDelete
  8. Bubarkan semua sultan dari malaysia....tengok negeri lain satu negara satu jer sultan atau raja nya....buat pe nak bebanyak sultan.....buat perabih boreh jer

    ReplyDelete
  9. klu pelabur cina atau pelabur asing kaw tim sama sultan... rakyat bleh buat apa tengok jer ke....air lior meleleh....klu menteri besar kena kaw tim....tau le rakyat nak buat apa.....kita pakat2 jatuhkan dia masa pilihanraya nti....tp klu sultan mcm mn nak buat

    ReplyDelete