Thursday, July 24, 2008

LUAHAN RASA AHLI PAS AKAR UMBI

Kami Sayangkan PAS Bersama Pakatan Rakyat
Petikan daripada Laman Marhaen :
http://www.marhaen.org/v1/mar_b_media_pas_johor176.html

Dalam seminggu dua ini hebohlah pasal muzakarah PAS-Umno yang digembar-gemburkan oleh media semasa dan alternatif. Isu muzakarah ini sebenarnya bukan baru bahkan PAS adalah parti yang sangat terbuka untuk berbincang dalam semua isu asalkan asasnya adalah Islam. Yang dikatakan melayu itu kerana majoriti melayu itu sendiri adalah beragama Islam biarpun fahaman politik masing-masing sangat berbeza dibandingkan dengan idelogi Islam yang dianuti oleh ahli PAS dan penyokong PAS itu sendiri.



Kecohnya isu ini kerana media yang condong kepada kerajaan BN memainkan isu dan memanipulasikan fakta, hinggakan orang bukan Islam terutamanya penyokong PKR dan DAP menyangkakan PAS dan Umno akan bergabung. Terbaru! heboh dengan sebaran sms yang menghentam kepimpinan PAS yang berjumpa dengan Umno, tidak payahlah saya senaraikan namanya disini kerana ramai yang sudah maklum yang nyatanya media kerajaan BN mengatakan pimpinan PAS ini adalah decision maker kepada parti PAS.



Nyatalah banyak yang mengambil peluang dan kesempatan untuk mengkucar-kacirkan kesepakatan parti-parti Pakatan Rakyat sehinggakan wujud kebimbangan gabungan Pakatan Rakyat akan berpecah tidak lama lagi. Kebijaksanaan adalah barang yang tercicir manapun berada mesti diambil. Persoalannya sekarang begitu mudah kita semua termakan dengan hasutan dan umpan UmnoBN mana mungkin kita semua bersedia untuk disengat dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Antara sms yang tersebar ialah:


"Perjumpaan Cikgu PA dengan Mat Said di Terengganu untuk membeli kereta Mercedes baru untuk Exco adalah perpaduan taik kucing" "Tuan Guru Hj Abd Hadi akan dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sekiranya PAS bergabung dengan BN" "Ahli PAS akan berdemontrasi depan Pejabat Agung PAS untuk menyokong pendirian Tuan Guru Nik Abd Aziz tentang hentikan muzakarah"


Masalahnya sekarang kita perlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya pimpinan pusat dalam menangani fitnah yang tersebar ini. Ahli dan penyokong PAS tidak ada masalah yang masalahnya sekarang ramai dikalangan bukan Islam semakin kecewa dengan perkembangan terbaru ini, walhal ini semua fitnah terancang mereka yang jahil.


Dalam sidang media terbaru selepas pertemuan dan perbincangan ringkas pimpinan PAS Pusat di Kota Bharu, pimpinan atasan PAS menegaskan "tidak pernah berbangkit parti itu hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno", malah bersedia kekal dalam Pakatan Rakyat. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi dan Tuan Guru Dr Harun Din dilaporkan sepakat menyatakan PAS tetap komited dengan kerjasamanya bersama PKR dan DAP.



Dengan ini semua wajib faham dengan pendirian PAS. Kami semua ahli PAS tidak bertaklid buta kepada sesuatu perkhabaran itu mungkin sahaja ia disebarkan oleh puak Umno dan ghuluw(pelampau) yang memainkan wala ahli PAS kepada pimpinan selagi mana kita semua berjuang untuk memenangkan Islam.



“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

No comments:

Post a Comment