Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Dalam perjalanan pulang ke tempat kerja pada malam Ahad 20 Julai lalu, saya sempat mendengar berita dari siaran radio Klasik Nasional berita jam 11.00 malam. Terkejut beruk saya apabila pembaca berita pada malam itu dalam berita utamanya menyebut bahawa Perdana Menteri [PM] yang juga Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan tiga kali pertemuan dengan tiga pemimpin PAS yang ada autoriti yang boleh membuat keputusan bagi pihak parti.
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Dalam perjalanan pulang ke tempat kerja pada malam Ahad 20 Julai lalu, saya sempat mendengar berita dari siaran radio Klasik Nasional berita jam 11.00 malam. Terkejut beruk saya apabila pembaca berita pada malam itu dalam berita utamanya menyebut bahawa Perdana Menteri [PM] yang juga Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan tiga kali pertemuan dengan tiga pemimpin PAS yang ada autoriti yang boleh membuat keputusan bagi pihak parti.
Siapakah pemimpin tertinggi PAS yang terlibat tidak diberitahu. Hanya Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Abdullah itu menyebut bahawa Menteri Besar Kelantan tidak turut serta dalam pertemuan-pertemuan tersebut. Sepanjang perjalanan itu, dalam kotak fikir saya menojah persoalan siapa pemimpin yang terlibat itu. Kepimpinan PAS tidak perlu main bersembunyi-sembunyi, mereka perlu berterus-terang, jujur dan ikhlas kerana ahli-ahli PAS akan tahu juga akhirnya, pemimpin yang gatal tangan menghulurkan tangan bersalam dengan UMNO http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Tetapi dengan tiba-tiba selepas PM membuat kenyataan, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan kenyataan PM itu melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily.net pada 21 Julai menyebut Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah, sebaik sahaja selesai PRU ke-12 lalu. Jadi, sudah tentu yang menjadi dalang dalam pertemuan-pertemuan tersebut ialah Mustafa Ali dengan restu Presiden PAS sendiri.[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015911&Itemid=85]
Nampaknya politik di Malaysia dilanda ‘sindrom penafian’. Adakah PAS juga sudah menjadi UMNO. Ini baru setakat berunding, sudah mengambil teladan yang buruk daripada amalan yang menjadi sebati dalam UMNO. Pada mulanya, para pemimpin PAS marah kepada media kerana memainkan isu PAS bertemu dengan UMNO. Bukan main hebat marahnya, menuduh macam-macam kepada media. Ketua Penerangan PAS Pusat, bukan main marahnya. Lihat link-link ini tengok gelagat pemimpin tertinggi PAS yang kuat melatah :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15442&Itemid=115
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15407&Itemid=50
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15847&Itemid=50
http://www.malaysiakini.com/news/85968
Persoalannya kenapa ahli-ahli perlu dibohongi?
Tidak bolehkah bercakap benar. Secara berterus-terang, tulus dan ikhlas. Ahli-ahli PAS kebanyakannya sudah matang dan boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Ahli PAS bukan macam ahli-ahli UMNO yang kebanyakannya menjadi pongka dan pak anggok, manusia yes man. Ia berlaku di segenap peringkat kepimpinan daripada Menteri sampai kepada ahli-ahli ceruk-ceruk kampung. Apa yang datang daripada pemimpin semua baik dan tidak boleh dibantah. Ahli-ahli PAS bukan begitu. Kami ada fikiran. Sudahkah PAS mengamalkan matlamat menghalalkan cara seperti yang diamalkan oleh UMNO selama ini yang dikutuk siang-malam?
Minggu lalu juga saya ada menulis mengenai pertemuan ini dan disiarkan oleh Laman Marhae[http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_tun_telanai054.html] dan Laman Tranungkite.net [http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12643] dan diblog saya [http://tuntelanai.blogspot.com/.] Saya tidak bersetuju sekiranya PAS akan berkerjasama dengan UMNO sepertimana ia berkerjasama selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Pembentukan kerajaan Barisan Nasional menganti kerajaan PERIKATAN, yang mana PAS merupakan sebuah parti gabungan dalam BN memerintah negara ketika itu dan ditendang keluar daripada BN tanpa belas ehsan pada tahun 1978.
UMNO merampas kuasa di Kelantan daripada tangan PAS melalui kaedah pengistharan darurat seluruh negeri Kelantan dan kemudian diadakan pilihan raya secara mengejut. Hal ini menyebabkan PAS mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah perjuangan PAS dan amat memalukan kerana disindir dengan berbagai kata nista yang tidak sedap didengar. PAS mengambil masa yang lama untuk kembali seperti yang ada sekarang hasil daripada pergorbanan para pemimpin PAS yang berjuang untuk memartabatkan semuala PAS di persada politik tanah air. Kini, PAS dihormati oleh kawan dan lawan. Parti yang terbesar selepas UMNO [parti caca-merba dari segi keahlian] yang dianggotai oleh 100% orang-orang Islam.
Nampaknya Mustafa Ali [saya ada sebab-sebab tertentu menuduh Mustafa Ali yang mastermain dalam siri-siri pertemuan tersebut] dan rakan-rakan pemimpinan lain cuba menghancurkan heiraki PAS yang sudah dibina kukuh oleh kepimpinan terdahulu. Sekadar bertemu dan berbincang bertukar-tukar fikiran mengenai apa perkara sekali pun tidak ada masalah, bukan sekadar dengan UMNO, malah boleh dengan mana-mana parti untuk kebaikan bersama. Yang ditentang ialah kerjasama dengan UMNO seperti yang saya sebutkan di atas.
Saya percaya sebahagian besar ahli-ahli PAS termasuk Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Musyidul Am sendiri tidak bersetuju PAS berkerjasama dengan UMNO. Beliau mengalami sendiri peristewa 1978 itu. Ibarat luka yang parah telah lama sembuh, tetapi parut luka itu pasti ada buat selama-lamanya. Sila lihat beberapa kenyataan Nik Aziz yang tidak bersetuju PAS berkerjasama dengan UMNO [http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15379&Itemid=50] dan link ini http://www.malaysiakini.com/news/86452 .
Semua orang tahu tidak ada sebab yang rasional bagi PAS mahu berkerjasama dengan UMNO. UMNO sebuah parti yang paling jahat dan zalim. Para pemimpinnya macam pelesit dan syaitan berwajahkan manuasia. Saya tegaskan sekali lagi bahawa tidak ada parti yang zalim sezalim UMNO. UMNO makan bangsanya sendiri. UMNO parti pengkianat bangsa dan agama. NAZI dibawah pemerintahan Adoft Hitler pun tidak memusnahkan bangsa German, bangsanya sendiri, malah ia mengagung-agungkan bangsa German dan sanggup berperang untuk memertabatkan dan memuliakan bangsa German di kaca mata bangsa-bangsa yang ujud di dunia ketika itu. Hitler benci kepada bangsa Yahudi. Bangsa ini dimusnahkan oleh beliau kerana bangsa ini memang jahat dan kejam. Kejahatan Yahudi ini diceritakan oleh al-Quran dan hadith-hadith Nabi s.a.w. Sebaliknya UMNO bermusuhan sesama bangsa dan seagama yang berbeza kefahaman politik dengannya dan memuliakan bangsa-bangsa lain khususnya kaum Cina dan India.
Kedua-dua kaum ini mendapat layanan istemewa daripada UMNO kerana kepentingan politik UMNO yang sempit. Lihat peristewa yang melibatkan 31 penyokong Hindraf diampunkan kesalahannya yang mengancam pasukan polis yang menjalankan tugas. UMNO tidak berbuat apa-apa pun terhadap penternak babi Cina Bukit Beruang dan Paya Mengkuang di Melaka yang bertindak menghalang petugas-petugas awam menjalankan tugas. Penternak-penternak ini bertindak menghalang dan membuat sekatan jalan raya bagi mengelak penguatkuasa awam masuk ke kawasan mereka.
Bandingkan peristewa berdarah di Batu Buruk, di Terangganu. Pasukan polis yang bertindak melakukan sekatan jalan raya di seluruh Kuala Terangganu menghalang ceramah PAS. Presiden PAS pernah ditembak dengan gas pemedih mata. Dua pemuda yang ditembak oleh seorang pegawai polis laknatullah didakwa dan disumbat ke dalam penjara tanpa dibenarkan ikat jamin. Pemuda yang didakwa membakar bendera dicari sampai ke lubang cacing.
Banyak lagi kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh UMNO terhadap para pemimpin PAS. Saya boleh sebut satu persatu kezaliman dan kekejaman UMNO terhadap para pemimpin PAS yang ada dalam simpanan saya yang boleh dijadikan rujukan. Kes melibatkan Dr,Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat dan kini Ahli Parlimen Machang, Kelantan yang diperanjingkan oleh OCPD Termerloh, Pahang masih lagi terperap di mahkamah. Para pemimpin PAS termasuk Allahmarhom Dato’ Mohd Fadzil Noor pernah dibuat seperti anjing kurap seperti yang pernah juga dirasai oleh Musyidul Am PAS ketika berceramah di Kuala Ketil, Kedah pada tahun 2001.
UMNO mempergunakan kuasa yang ada dalam genggamannya memperalatkan Peguam Negara, pasukan polis, sistem kehakiman dan seluruh jentera serta media kerajaan untuk memusnahkan PAS. Tiba-tiba, PAS yang dipimpin oleh beberapa kerat pemimpin yang sudah mulai lupa diri, tanpa rasa malu dan hilang maruah diri menghulurkan tangan bersalaman dengan UMNO laknatullah itu. Kami tidak akan sekali-kali lupa apa yang pernah UMNO lakukan kepada kami seperti yang berlaku di Kampung Malau, Jitra, di Kedah. Dendam kami terhadap UMNO akan dibawa sampai ke akhir hayat. Tidak ada kemaafan kepada UMNO dan para pemimpinnya.
50 tahun UMNO memerintah, apa yang UMNO telah lakukan untuk bangsa dan agamanya. Martabat bangsa Melayu hancur berkecai, tidak ada siapa yang mahu hormat terhadap bangsa ini. Kedudukan ekonomi dan politik bangsa Melayu berada dalam kedudukan yang amat merbahaya, berbanding bangsa lain yang terus maju ke hadapan. Ini disebabkan bangsa Melayu memiliki para pemimpin bersifat ‘lanun dan jembalang hutan’ yang hidupnya merompak harta rakyat dan menghisab darah rakyat sepanjang masa. Semua sektor kehidupan bangsa Melayu diperjudikan oleh para pemimpin UMNO, demi kepentingan peribadi elit-elit politik yang berkuasa dalam UMNO. Golongan Melayu yang tidak dalam kelompok UMNO ditindas, ditekan dan terus dizalimi melalui berbagai kaedah dan cara. Bangsa Melayu golongan ini sangat menderita di bawah pentadbiran UMNO.
UMNO yang menghapuskan hak-hak keistemewaan bangsa Melayu. Tolong buka buku sejarah kembali, siapakah yang menyokong syarat jus soli yang di minta British? Cari semula memorandum PAS kepada Suruhan Jaya Bebas ketika kepimpinan Dr burhanuddin al Helmi tentang syarat British itu untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. UMNO di bawah YBM Allahyarham Tengku Abdul Rahman Putra memandang remeh malah di bakul sampahkan pandangan bangsanya sendiri. Mengapa kini baru kita membangkitkan isu isu perkauman yang cukup sempit ini.
Raja-raja Melayu dibuang gigi, kini hanya tinggal gusi sahaja. Bahasa Melayu layu di gedung-gedung ilmu. Tanah-tanah rezab Melayu telah dipindah milik kepada bukan Melayu angkara pemimpin Melayu yang kurop. Tanah-tanah milik Melayu dirampas dengan pembayaran pampasan yang rendah dan dibangunkan untuk bangsa lain. Biasiswa untuk pelajar Melayu miskin dihapuskan, diganti dengan pinjaman yang membebankan dan kini terpaksa berkongsi dengan bangsa lain pula. Dihapuskan kuata Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi diganti dengan meritrokasi. UiTM dan kolej-kolej MARA telah dibuka kepada bukan Melayu.
DEB yang dicipta untuk membantu bangsa Melayu dihancurkan oleh tangan-tangan para pemimpin UMNO yang rakus. Pencapaian ekonomi orang Melayu masih lemah jika dibandingkan dengan bangsa lain. Hak milik Melayu di bandar-bandar besar zero di bawah pengurusan UMNO. Yang paling kianat yang telah dilakukan oleh UMNO ialah persempadan semula kawasan pilihan raya yang mengecilkan kuasa politik orang Melayu dan menambah kekuatan politik bukan Melayu. Negeri-negeri majoriti Melayu tidak ditambah baik kerusi parlimen mahupun kerusi DUN, berbanding negeri-negeri yang majoritinya bukan Melayu di pantai barat, Serawak dan Sabah, ditambah kerusi berlipat kali ganda. Dibawa masuk ramai-ramai pengundi bukan Melayu ke kawasan-kawasan majoriti Melayu sehingga meyebabkan kini tiada ada lagi sebuah kawasan yang majoriti Melayu melabihi 70 peratus. Jadi, semua ini menjadikan kuasa politik Melayu menjadi bertambah lemah dan tidak mendominasikan disesuatu kawasan lagi.
Dalam PRU ke-12 lalu, sebanyak 29 kerusi parlimen dan DUN yang ditandingi oleh pembangkang Melayu dalam kawasan Melayu dimenangi oleh bukan Melayu yang ditaja oleh UMNO. Jika benar UMNO itu punya semangat kemelayuan mengapakah UMNO tidak memberi undi atau berkempen untuk memenangkan calon Melayu ini. Ini tidak lain melainkan UMNO itu sendiri tidak pernah memperjuangkan ketuanan Melayu melainkan hanya sebagai slogan untuk mencari simpati dan berbohong dan tarus berbohong kepada orang Melayu. Kesimpulannya sekarang siapakah yang mengkhianati melayu sebenarnya? Orang melayu atau UMNO itu sendiri. Jadi, kami ahli-ahli PAS cukup sakit hati dan sangat marah apabila PAS hendak berbaik-baik dan berkerjasama dengan UMNO dan sanggop berbohong dengan ahli-ahlinya sendiri.
50 Tahun UMNO memerintah, agama Islam semakin dipinggirkan dalam kehidupan orang Islam yang berbangsa Melayu. Islam tidak dijadikan ‘ad-Din’ dalam kehidupan umat Islam di negara ini. Orang Islam menjadi semakin keliru tentang Islam, apabila Islam Hadhari diperkenalkan. Islam Hadhari sesat lagi menyesatkan jika ditinjau gaya hidup yang dibawa oleh Imam besarnya. Curak kehidupan Imam besarnya dan keluarganya jauh daripada kehidupan bercurak Islam.
Oleh sebab itu, orang bukan Islam tidak lagi menghormati agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu. Mereka mempertikaikan apabila Islam ingin di bawa ke dalam kehidupan orang Islam dan seterusnya ke tengah-tengah masyarakat Malaysia. Maka, timbullah golongan Islam liberal seperti Sister In Islam, IFC dan berbagai NGO lagi yang sering Islam dihina dan diperlecehkan. UMNO memperalatkan Islam untuk mendapatkan kuasa. Islam diperalatkan, bukan Islam memperalatkan.
Islam dijadikan sebagai barangan dagangan sehinggakan sampai satu tahap Islam sudah tidak dihormati oleh bangsa bukan Islam yang menjadi warga negara Malaysia. Semua ini kerana UMNO. UMNO gagal membela Islam. Islam bagi UMNO hanya amalan individu kepada Allah s.w.t, bukan untuk dijadikan asas pemerintahan negara ini.
Kesimpulannya, tidak ada sebab yang munasabah kenapa PAS mahu berkerjasama dengan UMNO, melainkan PAS telah dapat diperdayakan oleh UMNO demi menyelamatkan survival politiknya sendiri yang menghadapi kemelut yang ia sendiri tidak dapat selesaikan, disamping terdapat setengah-tengah dikalangan para pemimpin PAS yang gilakan pangkat, kedudukan dan kekayaan sepertimana yang menjadi matlamat perjuangan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya tertarik dengan pandangan Tun Telanai dalam isu ini terutamanya pimpinan utama PAS hari ini sudah mula mengorak langkah menjadi seperti parti UMNO. Memang diketahui ramai bahawa Tok Guru Nik Aziz sendiri tidak menyukai dan tidak bersetuju diadakan kerjasama dengan UMNO si parti keparat itu. Tetapi apakan daya... ada manusia yang sanggup membohongi ahli-ahlinya dalam soal yang penting ini. Pada hemat saya, Tok Guru Hj. Hadi bukanlah pemimpin yang boleh membuat keputusan sesuka hati mengikut kemahuannya. Masyarakat hari ini kurang menyenangi PAS disebabkan sikap dan perwatakan Hj. Hadi yang dilihat keras dan kasar berbanding semasa zaman Almarhum Ust. Fadzil Noor yang sentiasa tenang dan dilihat lebih bersifat profesional. Kerana itu, diharapkan PAS tidak mengambil keputusan terburu-buru dalam soal ini kerana pada akhirnya, saya yakin dan percaya PAS sendiri akan menerima nasib yang buruk.
Presiden PAS hanya mendedahkan tentang pertemuan yg pertama selepas PRU12, Bila agaknya dia mahu mendedahkan 2 lagi pertemuan tersebut. Ana yakin kalau betula 3 kali pertemuan telah diadakan sudah hampir pasti org yg sama juga terlibat dari PAS.Meraka ini tak aware lagi kah yg UMNO hanya akan bermuzakarah tentang islam dan org melayu bila dlm kaadan terdesak saja..masa dia senang jangan haraplaa...ana juga tertarik tentang acticel dari Nikabdul..tapi dari bermuzakarah dgn UMNO lebih baik PAS lebihkan bermuzakarah dgn PKR..dan mentarbiahkan DAP..
ReplyDeletemacamana kalu kita nak tukar pucut pimpinan PAS?
ReplyDeletekalu boleh ambo sokong.
Salam..
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan Tun Lanai.Para pemimpin PAS patut mengimbau sejarah sebelum membuat sesuatu keputusan untuk bermuzakarah dgn UMNO parti lahanat.Tambah pula presiden Umno LAHANAT ni mmg suka berbohong dalam terang..Pada pandangan saya pemimpin utama PAS sekarang yg ada masih belum kenal dgn parti UMNO yang suka memecah belah orng melayu.Saya harap para pemimpin PAS tidak mengulangi lagi perkara sebegini.Lebih baik tumpukan perhatian pada PR untuk memartabatkan tanahair kita yang tercinta daripada dijajah oleh oleh parti UMNO lahanat ini...
tahniah palin bernas, ingat kan aku sorang je tak setuju, tp ada juga tak sia2 bula laman ni hari2..
ReplyDeletetakbir, bernas dan padat, cetak dan bg pd mereka yg gila sgt nak bernikah dgn UMNO laknatullah tu...