Sunday, June 29, 2008

FITNAH DATANG KERANA KEALPAAN

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Sekali lagi Saudara Anwar Ibrahim didatangi bala oleh Allah s.w.t. 10 tahun peristewa terkutuk itu berlalu, maruah Anwar yang tercemar dulu, kini kembali dibersihkan melalui penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2004 dan masyarakat mulai melupai peristewa tersebut, tiba-tiba rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi. Anwar sekali lagi dituduh melakukan liwat. Kalau dulu dengan orang tua, tetapi pada kali ini, beliau dituduh melakukannya dengan seorang pemuda berusia 23 tahun bernama Mohd Saiful Bukhari bin Azlan.

Melalui sumber yang layak dipercayai, pemuda ini dikatakan pernah bertugas sebagai pembantu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Saiful merupakan bekas MPP UNITEN yang gagal dalam pelajaranya. Kegagalan ini berpunca kerana ia malas belajar, suka berpoya-poya, berlagak, bergaya dan asyik bermain politik di dalam dan di luar kampus.

Saiful mempunya publik relation [hubungan awam] yang baik menyebabkan banyak pihak yang menyenanginya terutama tokoh-tokoh politik tertentu yang mahu mempergunakannya dan beliau juga bijak mempergunakan ruang yang ada bagi meraih keuntungan peribadi daripada taukeh politiknya itu. Oleh itu, untuk terus hidup dan mencipta kerjaya [mencari peluang kerja berprestej] yang beliau sedar yang beliau tidak ada pelajaran, maka beliau berusaha mendampingi orang besar-besar khususnya para pimpin UMNO yang berkuasa.

Sungguh menghairan. Bagaimana seorang pemuda yang tidak ada kelulusan dan tidak pernah memberi apa-apa sumbangan terhadap parti, tiba-tiba beliau boleh diterima dan dilantik sebagai Pembantu Anwar dan dibenarkan berkhidmat di Pejabat PKR. Apakah keistemewaan yang ada padanya kerana dengan senang mendapat tempat dalam PKR ?

Kes Anwar kali ini pada pengamatan saya mempunyai persamaan dengan kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu. Modus operandinya adalah sama. Semuanya bermula di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Ianya melibatkan orang-orang yang rapat dengan Najib Tun Razak dan pernah berkerja untuk Najib.

Saiful pernah berkerja di Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebagai Pembantu kepada Najib. Menjelang PRU ke-12 lalu, Saiful berhenti kerja di pejabat TPM dan menawarkan diri dengan sukarela berkhidmat dengan PKR khususnya dengan Anwar. Kalau difikirkan secara mendalam tentu Saiful mempunyai agendanya tersendiri. Tidak semudah itu ia boleh berhenti berkerja di pejabat TPM dan sanggop berkerja dengan PKR secara sukarela. Sayang seribu kali sayang orang-orang dalam PKR gagal menciumi jejak Saiful sehinggalah kes ini terbongkar kerana mereka leka berpolitik untuk mengambilalih kuasa daripada UMNO.

Begitu juga, Razak Baginda adalah kenalan rapat Najib dan merupakan think-thank untuk Najib. Cuma yang bezanya, pembunuhan Altantuya melibatkan wang komisen bernilai berjuta ringgit, termasuk komisen yang sepatutnya diberi kepada Altantuya habis digunakan dalam kempen pilihan raya tahun 2004. Bagi menutup kes ini daripada terbocor, maka Altantuya perlu ditamatkan riwayatnya. Abdul Razak dituduh bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas [UTK], Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, yang dituduh membunuh Altantuya. Berdasarkan undang-undang yang ada, Abdul Razak tidak ada kuasa untuk mengarahkan dua pegawai polis ini untuk menjalankan bagi pihaknya, apatah lagi untuk melakukan pembunuhan dan mengebom Altantuya. Abdul Razak siapa untuk megeluarkan arahan yang sangat merbahaya kepada dirinya. Jadi, siapa yang mengeluarkan arahan tersebut?

Saya melihat kes Anwar kali ini berdasarkan kepada perspektif etika dalam Islam khususnya untuk mengelak daripada difitnahkan. Saya melihat dalam PKR soal ini kurang diberi perhatian. Tidak ada sebuah Jawatankuasa ataupun garis panduan yang dibentuk untuk melihat, memerhati, memantau dan memberi nasihat agar perjalanan PKR khususnya para pemimpinnya mengikut lunas-lunas akhlak dan moral sepertimana yang terkandung dan dipraktikan oleh PAS.

Jadi, para pemimpin PKR bergerak mengikut emosi dan nafsu tanpa ada teguran dan nasihat. Oleh itu, macam-macam perkara timbul sebelum, semasa dan selepas PRU ke-12 lalu. Contohnya, dalam pilihan raya kecil di Ijok, isu Anwar menari di pentas ceramah dimanipulasikan oleh media UMNO semahu-mahunya. Begitu juga di Macap, Melaka. Berlaku perkara-perkara yang melanggar etika kemanusiaan.
Dalam politik yang diamalkan di Malaysia kini iaitu berasaskan politik menghalalkan cara, maka kepimpinan PKR [dan lain-lain parti] perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi sistem politik yang kita amalkan sekarang ini [walaupun bukan politik berwadahkan Islam], tetapi Islam menetapkan kita mesti berpolitik dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.


Allah s.w.t telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:


"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."


Harta benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah s.w.t sekiranya di urus dan dijaga dengan baik dan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Seandainya harta benda dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik seperti yang dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang muslim dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah s.w.t. dan boleh berlaku kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai muslim [merujuk kes perebutan kuasa dan jawatan, Yahya Shaari, pegawai khas MB Selangor dan Rosli Ibrahim dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad [KDEB]]


Rasulullah s.a.w mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:


"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."


Kesimpulnya, Anwar terjebak kali ini kerana kealpaan untuk menjaga batas-batas akhlak dan moral dalam Islam. Saya tidak kata Anwar terlibat, tetapi pihak dalam PKR kurang memberi perhatian dalam soal mengelak fitnah. Sangat terdedah dan memudahkan pihak UMNO untuk memanipulasikan isu.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Terima kasih. Wallahua'lam

APAKAH JENIS MANUSIA INI?

Oleh Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,






Tahniah buat Mohamad Ezam bin Mohd Nooor kerana telah diterima kembali sebagai ahli UMNO, walaupun tidak sampai sebulan permohonan beliau kemukakan memalui Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Mei lalu di bangunan Parlimen. Rujuk link ini : [ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm ]


Sesungguhnya Ezam seorang manusia yang luar biasa di kaca mata para pemimpin UMNU khususnya bagi Abdullah dan Majlis Kerja Tertinggi [MKT] UMNO yang bermesyuarat pada hari Khamis, 26 Jun lepas. Berbanding individu lain, yang sama ragam dengan Ezam menghadapi laluan sukar untuk diterima kembali menjadi UMNO.


Kemasukan semula ke dalam UMNO oleh orang yang pernah melakukan penderhakaan ke atas UMNO dan para pemimpinnya akan melalui beberapa proses tertentu. Bukan secara otomatik mereka akan diterima kembali menjadi ahli UMNO. MKT akan bersidang bagi menentukan kedudukan seseorang itu sama ada ia kan diterima menjadi ahli UMNO semula atau pun dibiarkan bergantung tidak bertali yang makan masa yang lama. Berlainan pula dengan Ezam. Beliau diterima dengan kadar yang segera. Apa muslihat UMNO dalam hal ini?


Berdasarkan hakikat itulah agaknya, Ezam sebelum itu terpaksa melakukan sesuatu bagi menarik perhatian para pemimpin UMNO bagi menyokong permohonannya itu. Satu langkah yang dikira berkesan ialah menyerang kepimpinan PKR khususnya Anwar Ibrahim. Serangan yang dilakukan oleh Ezam terhadap Anwar bertujuan mencuit perasaan kepimpinan UMNO yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas PRU ke-12.


Ezam terpaksa melakukannya bagi menunjukkan kejaguhannya menentang Anwar dan PKR yang menang besar dalam PRU lalu. Kemenangan tersebut mengakibatkan buat pertama kali dalam sejarah UMNO, UMNO hilang majoriti 2/3nya di Parlimen. Gelagat Ezam akan bertambah hebat lagi dalam kempen pilihan raya kecil Sanglang, Perlis nanti. Ia akan bermati-matian akan turun berkempen di pilihan raya kecil di Sanglang untuk memenangkan UMNO sepertima ia pernah lakukan terhadap UMNO sebelum ini. Menyerang UMNO habis-habisan dengan sumpah pemudanya untuk menegakan sebuah pentadbiran yang bersih di dalam negara ini, konon-kononnya. Ezam tidak akan melepas peluang terbaiknya di Sanglang bagi menunjukkan taat setianya kepada UMNO khususnya kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang dirundung itu malang kerana sanggop menerimanya kembali ke dalam UMNO. Bersiap sedialah para pemimpin Pakatan Rakyat [PR] bagi menghadapi Ezam di Sanglang nanti.


Saya pada mulanya malas untuk mengulas kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO. Parti yang paling ia benci di dunia ini pada ketika beliau bersama kepimpinan pembangkang. Apa yang tidak beliau katakan kepada UMNO semasa beliau berjuang dalam era reformasi, kemudian berjuang dalam parti KeADILan [sekarang PKR] dan dalam GERAK.


Semua kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya bersifat menghina, mengkeji dan memperlecehkan dengan perkataan-perkataan yang penuh kesat dan keji, seolah-olah UMNO itu sebuah parti bertaraf bernajis besar [macam seekur babi hutan] yang tidak boleh dipegang dan disentoh apatah lagi untuk memasuki ke dalamnya. Apa yang diperkatakannya dulu, walaupun kata-kata itu terlalu hanyir dan berbau busuk, kini beliau terpaksa menelannya balik demi kepentingan peribadi.


Saya paksakan tangan ini menaip kerana manusia Ezam ini saya dapati beliau benar-benar seorang manusia yang hipokrit. Seorang manusia ‘munafik’ dalam istilah Islamnya. Saya tidak tahan dengan serangan berani matinya terhadap Anwar Ibrahim di suatu majlis ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ Dewan Tunku Abdul Rahman,Kuala Terengganu 19 Jun lepas. Dalam majlis anjuran UMNO Terangganu itu, beliau bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa dia akan melakukan apa sahaja cara untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kepentingan agama, bangsa dan negara atas prinsipnya sebagai seorang muslim konon-kononnya.


Bukan setakat di Terangganu sahaja, sekali Ezam menyerang Anwar bertubi-tubi di satu program anjuran Umno bahagian Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 26 Jun lepas [
http://www.malaysiakini.com/news/85084]. Ezam mengelar Anwar sebagai pengkianat terhadap bangsa Melayu. Setakat hari ini, Ezam hanya menghala muncung senapangnya ke arah Anwar dan PKR. Ia belum lagi menghala muncung senapang ke arah parti-parti lain dalam PR khususnya PAS. Saya percaya dan yakin, demi untuk UMNO, muncung senapangnya nanti pasti akan menghala ke arah PAS pula. Kita akan tunggu dan lihat ketika beliau yang pastinya akan turun berkempen membantu UMNO di Sanglang nanti.


Adakah mungkin Ezam akan mengatakan Islam yang diperjuangan oleh PAS yang dibawa oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyeleweng daripada Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Mohammad s.a.w?


Mungkinkah beliau akan berkata Islam sebenar ialah yang Islam yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi yang dikenali sebagai ‘Islam Hadhari’ sepertmana yang dipertahan oleh Mashitah Ibrahim dan lain-lain ulama dalam UMNO?


Politik serba kemungkinan akan berlaku. Bacaan politik tidak ada satu sifir yang tetap, tidak sepeti sifir matematik yang dipelajari oleh anak-anak kita di sekolah. Ikut bacaan politik semasa kita, berasaskan perjuangan yang dibawa dan dilaung-laungkan oleh beliau semenjak tahun 1998 hingga 2007, tidak sesiapa pun yang boleh menjangkakan bahawa Ezam sanggop turun bergelomang dengan najis yang masih lagi melekat kukuh dibatang tubuh UMNO itu. Walaupun, kita menyedari bahawa selepas beliau dibebaskan daripada hukuman dua tahun dalam tahanan ISA dan dua tahun hukuman penjara kerana melanggar undang-undang OSA berkaitan tuduhan rasuah terhadap Rafidah Aziz, kita mulai diberitahu bahawa beliau sedang berjinak-jinak dengan para pemimpin kanan UMNO. Berita-berita tersebut seringkali dinafikannya dan akhirnya apa yang dinafikanya dulu, kini menjadi kenyataan. Beliau kembali menjilat ‘buntut’ UMNO.


Satu sikap buruk Ezam ialah beliau sering bersumpah. Semasa beliau memimpin Pemuda dalam PKR [sebelum itu KeADILan], beliau membentuk satu barisan pemuda yang diberi nama ‘Gagasan Pemuda’ beruniform dan bertopi lembik ala-tentera. Bergerak seluruh negara, bersumpah dipentas-pentas ceramah menentang UMNO habis-habisan dan mengembalikan politik bersih, tanpa rasuah, ada intergriti dan berbagai-bagai slogan yang dicipta untuk menarik perhatian rakyat menyokong perjuangan parti yang ia merupakan sebahagian daripada kepimpinanya. Gagasan ini mati dipertengahan jalan apabila beliau dengan beberapa rakan pemudanya seperti Loman Adam, Roslan Kassim, Abdul Ghani Harun, Tian Chua dan lain-lainnya ditahan di bawah ISA kerana didakwa menyimpan senjata merbahaya untuk menumbangkang kerajaan secara kerasan.


Jadi, sumpah yang hamburkan dimerata tempat yang ia berceramah sekarang adalah merupakan permainan politiknya semata-mata. Berapa banyak Ezam telah bersumpah semenjak beliau bergelomang dengan gerakan reformasi dalam negara ini. Tidak terbilang banyaknya. Usahlah risau sangat akan sumpah-sumpahnya itu. Apa yang kita harapkan semoga sumpahnya itu memakan dirinya balik. Akhirnya ia terbuang dan mengakhiri usia tua dalam keadaan kehinaan sepertimana yang diterima oleh Dr.Mahathir Mohmad sekarang dan lain-lain pemimpin yang bertindak rakus dan zalim terhadap rakyat. Terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat.


Melalui tulisan ini, sukacita saya hendak memetik balik beberapa kenyataan yang beliau pernah keluarkan dalam satu temu ramah dengan Malaysia Today [Zulkifi Mohamed] sebaik sahaja beliau mengistiyarkan diri keluar daripada PKR, melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor dan Ketua Bahagian Shah Alam pada 18 Februari 2007 :


Kenyataan 1 :


MT: Sebab sebenar saudara letak jawatan?Hendak tumpukan kepada GERAK tiada sebab lain?


[GERAK [Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi] ditubuhkan olehnya untuk memulihkan sistem demokrasi dalam negera ini dan menentang amalan rasuah]MT: Itu alasan atas kertas, apa sebab sebenarnya?Sebab itulah, hendak tumpukan kepada GERAK.


Ulasan :


Sebenar Ezam berbohong. Sebenarnya ia sedang mencari ruang dan tapak untuk kembali kepada UMNO sepertimana ia lakukannya sekarang. Oleh itu, langkah pertama, ia perlu letak jawatan dalam semua jawatan dalam PKR. Kedua, beliau menjadikan GERAK sebagai platform untuk menghubungkan beliau secara perbadi dengan pucuk pimpinan UMNO khususnya Abdullah Ahmad Badawi. Jadi, tidak hairanlah pada tahun 2007, beliau telah datang sendiri ke pejabat Abdullah menyerah satu dokumen yang didakwanya amalan rasuah yang melibatkan seorang menteri. Sampai sekarang dokumen rasuah itu tidak didedahkan kepada umum.


Kenyataan 2 :

MT: Maksud ‘trend’ yang bagaimana?


Trend perebutan.Malah, kalau saudara melihat bukti yang saya sebutkan, iaitu kedudukan Anwar Ibrahim. Tidak ada seorangpun pemimpin parti yang bincang, fikir, sehinggalah saya masuk dalam temurapat, tiga hari sebelum mesyuarat bahagian bermula. Maknanya, sebelum itu tidak ada seorangpun pemimpin pusat yang fikirkan mana nak letak Anwar Ibrahim, nak calon dia ka, tak nak calon dia ka, nak letak dia ka - tidak berfikir. Sebabnya, bagi saya, fokusnya lain. Ia bukannya berfokus kepada agenda besar. Agenda besar kita ialah Anwar Ibrahim.


MT: Jadinya, yang cadangkan usul tentang kedudukan Anwar ialah saudara?

Ya, dalam temurapat. Pada 27 dan 28 Januari di Kuala Lumpur. Persoalannya, mengapa pimpinan parti tidak pernah fikirkan perkara ini. Saya tidak ada dalam pimpinan lagi. Nasib baik ada temurapat, bayangkan jika tidak ada temurapat itu dan saya tidak dipanggil. Maknanya, isu Anwar Ibrahim ini habis macam itulah. Sebab dalam temurapat itu pemimpin tidak pernah fikirkan soal Anwar Ibrahim. Masalahnya mereka hanya memikirkan kedudukan masing-masing.


Ulasan :



Jadi, sekarang kenapa pula bermati-matian menentang Anwar sedangkan dalam temu ramah tersebut ia mengaku yang beliau yang yang mencadangkan Anwar diberi kedudukan yang sewajarnhya. Kalau beliau seorang jujur dan ikhlas dalam perjuangan, beliau akan menggunakan platform parti untuk mengeluar pandangan siniskal bagi kemajuan parti, bukan bertindak meninggalkan parti dan menghentam parti dari luar. Sikap yang ditunjukkan ini merupakan satu sikap yang ada pada orang yang tidak bermoral dan tidak berakhlak.


Sekiranya Ezam bermoral dan berakhlak tinggi, ia tidak dapat dipengaruhi oleh faktor luaran [umpan pangkat, kedudukan dan duit oleh UMNO] untuk memburukkan kawan dan parti yang sama-sama kita tubuhkan. Tindakan Ezam sekarang ini melanggari syariah Islamiah kerana persolannya : Adakah UMNO sekarang ini lebih bersih berbanding parti-parti yang bergabung dalam PR yang ia perlu keluar dan mengkritik parti-parti lain selain daripada UMNO? Adakah sekarang ini Abdullah lebih mulia [tidak rasuah, tidak membazir duit rakyat, jaga kepentingan Melayu dan agama, tidak amalkan kronisme dan nepotisme serta tidak lagi amalkan pergaulan bebas boleh pelok sesiapa yang ia mahu] daripada Anwar, Nik Aziz dan Haji Hadi serta Lim Guan Eng.


Membuat
kenyataan memburukkan Anwar dan parti dan segala macam lagi selepas ini adalah sesuatu yang serius dan amat mendukacitakan. Memang, sebagai sebuah parti yang demokratik, ahli parti boleh mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai sesuatu yang terjadi. Bertindak dari luar dalam parti lawan, itu bukanlah cara seorang ahli politik yang matang. Di sini kita dapat lihat bahawa perjuangan Ezam selama ini adalah berasaskan kepentingan peribadi.


Dalam temu ramah itu juga, Ezam benci kepada perbutan jawatan dalam parti. Persolannya, adakah UMNO telah memenuhi kehendak beliau supaya dalam parti tidak ada perbutan jawatan. Dalam sejarah UMNO, perebutan jawatan adalah budaya UMNO sehinggakan setiap calon yang hendak bertanding dalam heiraki politik UMNO terpaksa megeluarkan belanjaan jutaan ringgit. Isa Samad adalah contoh terbaik dalam soal ini. Sebab itu, MKT UMNO terima Ezam sebagai ahli, tetapi bersyarat yang Ezam tidak boleh bertanding dalam sebarang jawatan dalam UMNO pada tahun ini. Ini membawa maksud MKT telah sedar bahawa Ezam kembali kepada UMNO membawa agenda peribadi.


Sila rujuk link ini untuk menilai hati budi Ezam sepenuhnya :
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?blogid=4&archive=2007-02


Kini, sah Mohamd Ezam bin Mohd Noor kembali kepangkuan UMNO. Kita hendak melihat bolehkah Ezam dalam UMNO bercakap mengenai soal moral, agama dan undang-undang. Siapa yang bermoral dan yang tidak bermoral. Pemimpin dari parti mana yang banyak terlibat rasuah, skandal seks, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, penggunaan harta awam, melacurkan institusi-institusi Negara untuk kepentingan parti, merompak khazanah Negara dan membahagi-bahagikannya sesama kroni seperti dalam filem P.Ramlee “ Ali Baba Bujang Lapok”. Siapa tidak kenal dengan Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Khalil Yaakob, Daim Zainuddin, Adnan Yaakob, Khir Toyo, Ali Rustam, Isa Samad, Nazri Aziz, Osu Sukam Azalina Othman Said, Taib Mahmod, Musa Aman, Ali Abdul Hassan Sulaiman dan ramai lagi.


Bermoralkah sebuah kerajaan yang melakukan rasuah politik, menggunakan kuasa mempengaruhi dan memperalatkan seluruh jentera-jentera kerajaan, melakukan berbagai penyelewengan dan penipuan untuk menang dalam pilihan raya dan mengekalkan kuasa, tetapi dalam masa yang sama kita menafikan hak-hak itu terhadap lawan kita? Bermoralkah mengamalkan dasar ‘matlamat menghalalkan cara’? Bermoralkah apabila bercakap lain, berbuat lain-cakap tidak serupa bikin?


Bermoralkah kita apabila kita menghentam orang habis-habisan melalui berbagai saluran media dan jentera-jentera yang kita miliki, tetapi kita tidak benarkan dan menyekat orang yang kita serang itu untuk mempertahankan diri. Kita menafikan haknya untuk menikmati apa yang kita menikmati?


Bermoralkah kita apabila kita menggunakan proses undang-undang yang direka-cipta khusus untuk menghancurkan musuh kita tanpa kita mengikut dasar undang-undang ‘role of law’ tetapi kita laksanakan kaedah ‘role by law’?


Golongan mana dan parti mana yang melanggar undang-undang yang digubalnya sendiri. Siapakah yang menggunakan institusi-institusi pendidikan untuk kepentingan politik, sedangkan undang-undang tidak membenarkannya? Golongan mana dan parti mana yang melanggar undang-undang AUKU? Siapa makan siapa dalam mengejar kuasa, kedudukan dan kekayaan.


Sebagai kesimpulannya, rakyat yang bernaung dan memberi sokongan kepada PK janganlan terpengaruh dengan ilusi dan sandiwara Ezam selepas ini khususnya dalam kempen pilihan raya di Sanglang Perlis yang berlangsung tidak lama lagi itu. Ezam seorang manusia ‘munafik’.


Ezam memenuhi ciri-ciri seorang munafik sepertima sebuah hadis riwayat
Abdullah bin Amru ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah bersabda: “Ada empat sifat yang bila dimiliki maka pemiliknya adalah munafik murni. Dan barang siapa yang memiliki salah satu di antara empat tersebut, itu bererti ia telah menyimpan satu tabiat munafik sampai ia tinggalkan. Apabila berbicara ia berbohong, apabila bersepakat ia berkhianat, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila bertikai ia berbuat curang “
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 88


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Terima kasih. Wallahua'lam

Thursday, June 26, 2008

Kenapa Kepimpinan Agama Kurang Berjaya?

Oleh : Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Perlis [http://drmaza.com/?p=13]

Ada yang bertanya mengapakah artikel saya banyak menumpukan soal dalaman umat? Kenapa tidak tumpukan serangan kepada pihak luar? Saya katakan yang di luar kelihatan kuat kerana kita lemah. Jika kita kuat maka di luar itu tentunya lemah. Jika tidak mampu melemahkan yang di luar, maka kita kuatkan dalaman kita. Maka mengkritik dari dalam mungkin ubat yang berkesan untuk era ini.


RAMAI yang bertanya saya; falsafah dan teori kepimpinan Islam yang disebut dalam al-Quran dan al-Sunah begitu hebat. Namun mengapakah pengurusan agama dalam negara ini kelihatan ketinggalan jika dibandingkan dengan pengurusan lain.


Kata mereka: Peruntukan kerajaan untuk memajukan agama amat besar. Berbagai-bagai jabatan dan badan ditubuhkan dengan mendapat bajet yang bukan sembarangan. Dari pengarah sehingga pegawai biasa, saban tahun naik gaji. Kereta dan kerusi pun kelihatan mewah-mewah.


Agenda melancong sambil bertugas, atau bertugas sambil melancong – saya tidak pasti – kelihatan sibuk. Dengan peruntukan yang sedemikian besar, sepatutnya banyak persoalan umat Islam dapat diselesaikan. Juga mampu menjadikan kita umat yang paling gemilang dalam banyak aspek.


Malangnya, masalah umat Islam makin bertambah. Bermula dari persoalan minda fikir yang tidak bergerak ke hadapan menjunjung kedaulatan Islam sehingga kepada kelemahan soal hidup berserta dengan nilai diri. Bermula dari hak-hak isteri dan suami yang gagal dilangsaikan di mahkamah syariah secara membanggakan sehingga kepada urusan zakat yang mengecewakan.


Bermula dari mat rempit yang kurang berjaya dipulihkan atas pendekatan agama sehingga kepada kes-kes murtad yang tidak dapat dikembalikan kepada kekuatan dakwah islamiah secara hikmah dan hujah. Kelemahan itu nampaknya bermula dari jabatan ‘yang besar’ sehingga ke institusi masjid secara umumnya. Lebih mendukacitakan lagi, kebanyakan tokoh agama yang mendapat bajet pengurusan dari kerajaan ini gagal menjadi ikon masyarakat.


Mereka bukan sahaja tidak dapat menjadi idola, bahkan majoriti mereka tidak dikenali umat. Suara bernas mereka tidak tampil memberikan cadangan penyelesaian kepada isu-isu semasa. Ketajaman minda agama mereka tidak dapat dirasai dalam banyak perkembangan. Umat pun dalam banyak hal terlupa nama mereka untuk dijemput membicarakan masalah semasa.


Jika tidak kerana peruntukan yang dikendalikan mereka, mungkin sukar untuk didapati majlis yang menampilkan mereka. Ada pula yang dipenjarakan oleh bilik hawa dingin atau kapal terbang kelas pertama.
Mereka kelihatan selesa dengan tali leher dan suit yang lawa. Umat terus menderita dengan masalah yang bertimpa berkaitan krisis kefahaman agama, pemikiran Islam yang dicabar dan kehidupan umat yang tidak mencerminkan ketinggian tamadun Islam itu sendiri. Bahkan dalam banyak hal, aktivis dakwah yang tidak mendapat peruntukan kerajaan atau kedudukan khas lebih menonjol menyumbang.


Apakah ini menunjukkan Islam sudah tidak relevan? Saya katakan tidak! Islam sentiasa relevan, agama sepanjang zaman. Kebaikannya melimpahi semua kaum dan puak. Rahmatnya dirasai semua manusia sekalipun berbeza-beza warna dan agama.


Namun banyak pihak yang tersilap dalam falsafah atau teori kepimpinan dalam Islam. Ada yang menyanggahi bahawa apabila seseorang itu bergelar ustaz, atau belajar agama dengan sendiri bererti dia berkelayakan memimpin atau menguruskan semua urusan umat. Hal ini salah!


Kepimpinan bukan berkait soal kebaikan peribadi atau serban yang dipakai tetapi sangat berkait dengan kemampuan atau kemahiran dalam bidang yang dipimpin.

*Relevan

Dalam hadis daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?” Baginda menepuk bahuku dan bersabda: Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).


Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim.


Ini menjelaskan bahawa Rasulullah tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayakan tidak wujud sepenuhnya.


Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah kepimpinan dan politik berhajat ciri-ciri yang lebih dari itu, bukan sekadar warak dan soleh sahaja. Justeru itu, tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siasah seperti al-Khulafa al-Rasyidun.


Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik dan pentadbiran. Kita tersilap jika menyerahkan tanggungjawab tanpa menilai tuntutan zaman berkaitan jawatan berkenaan semata-mata hanya mereka bergelar ‘ustaz’ atau lulusan agama. Jika diserahkan jawatan kepada seseorang berlatar agama tetapi berminda 50-an sedangkan jawatan itu menuntut penyelesaian persoalan semasa, tentu kita akan gagal.


Sarjana Islam yang agung Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan soal kelayakan kepimpinan ini dengan begitu menarik. Para sarjana Islam seperti Ibn Taimiyyah telah pun mendahului tajuk ratusan tahun sebelum munculnya penulis-penulis Barat yang dikagumi oleh sesetengah pihak.


Secara umum, kepimpinan memerlukan dua ciri, al-Quwwah dan al-Amanah. Al- Quwwah iaitu kekuatan atau kemampuan berkaitan jawatan yang dipimpin. Al-Amanah ialah nilai amanah dalam diri.
Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi Islah al-Ra‘iy wa al-Ra‘iyyah: “Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.”

Ini seperti yang Allah firmankan (maksudnya): Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah. Kata Raja Mesir kepada Yusuf (maksudnya): “Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai (surah Yusuf: 54). Firman Allah dalam menyifatkan Jibrail (maksudnya): (Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibrail). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai ‘arsy. Yang ditaati lagi dipercayai (surah al-Takwir: 19-21).


Kata Ibn Taimiyyah lagi: “Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai-bagai jenis peperangan… al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia.


Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya): Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir). (al-Maidah: 44).


Saya katakan pada zaman ini al-Quwwah dalam pengurusan agama dalam kerajaan bukan sahaja merujuk kepada sijilnya tetapi ketajaman mindanya menyelesaikan masalah umat berlandaskan manhaj Islami.


Entah berapa ramai yang mempunyai sijil tetapi fikirannya kontang. Dalam keadaan Islam yang tertekan oleh berbagai- bagai tuntutan keadaan dan masa, kepimpinan Islam mesti berkemampuan membela Islam serasi dengan tuntutan masyarakat hari ini. Kemampuan memperkenalkan Islam kepada masyarakat yang begitu rencam ini secara segar dan berketerampilan sangat dituntut bagi setiap yang menduduki jabatan atau badan yang berkaitan dengan Islam.


Jangan hanya tahu menghabiskan bajet, tapi kesannya tidak kelihatan melainkan setakat reka bentuk astaka baru atau menu jamuan yang baru atau tambahan nilai acara-acara anugerah semata. Peruntukan kerajaan yang besar mestilah memperlihatkan kesan yang besar bagi umat yang menghadapi pelbagai persoalan.


Di universiti, ahli akademik dalam melaksanakan kajian atau menulis artikel dinilai sudut ‘impak’ atau kesan bahan itu kepada masyarakat apabila didedahkan. Artikel yang hambar, tidak mendapat perhatian tidak ada nilai yang besar. Namun sesuatu kajian atau artikel yang mendapat perhatian dan menggerakkan masyarakat dianggap bernilai sekalipun dikritik.


Demikian juga semua gerakan perubahan – sekalipun dikritik oleh yang berkepentingan – namun kita mesti melihat positifnya terhadap umat secara menyeluruh dan jangka masa panjang. Bukan untuk menjaga keselesaan segelintir manusia sahaja.


*Kemampuannya


Kepimpinan Islam di era ini mesti diukur kemampuannya memberikan impak kepada perubahan masyarakat Islam ke arah yang lebih bertamadun dan berkemampuan. Pengukuran kesan terhadap perubahan umat sepatutnya menjadi piawaian kita dalam memilih kepimpinan agama.


Hasrat masyarakat terhadap institusi- institusi agama kerajaan amat besar. Namun realitinya, anda berikanlah penilaian. Maka kejumudan dan keterikatan dengan sesuatu anggapan agama tanpa dalil yang kukuh atau tradisi tanpa hujah mesti dilenyapkan dalam peta pemikiran tokoh-tokoh yang ingin memimpin urusan agama.


Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua jenis peribadi, satu, padanya ada kekuatan atau kemampuan tetapi kurang amanah sementara seorang lagi soleh atau sangat amanah tetapi lemah atau tidak berkemampuan. Siapakah yang patut dipilih?


Dalam hal ini maka para ulama al-siyasah asy-syar’iyyah menyatakan hendaklah dilihat kepada kedudukan jawatan dan dinilai siapakah yang paling mampu memberi manfaat dan paling kurang mudaratnya.


Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang soleh atau peribadinya tidak baik.


Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan, hendaklah didahulukan yang amanah walaupun lemah pengurusan.


Di atas sebab ini maka Rasulullah memilih Khalid bin al-Walid mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabat yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Bahkan Rasulullah pernah menegur dan membantah beberapa tindakan Khalid yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda.


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut dalam kitab yang sama: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaan dan paling kurang mudaratnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani – walaupun padanya ada kejahatan – diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.”


Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi soleh tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: “Yang kuat dan jahat. Ini kerana kekuatannya untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri. Adapun yang soleh tetapi lemah maka kesolehannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam.” Maka berperang bersama yang kuat dan jahat. Rasulullah juga pernah bersabda: Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan lelaki yang jahat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Maka soal kepimpinan yang mampu menyelesaikan masalah umat Islam hendaklah dilihat secara lebih luas berasaskan ciri al-Quwwah dan al-Amanah. Bukan soal sijil, serban atau songkok, tetapi soal kesan yang mampu mencorakkan umat.


Penilaian semula terhadap beberapa soal pentadbiran agama mungkin boleh menjadi pemangkin perubahan.


Ada yang bertanya mengapakah artikel saya banyak menumpukan soal dalaman umat? Kenapa tidak tumpukan serangan kepada pihak luar? Saya katakan yang di luar kelihatan kuat kerana kita lemah.

Jika kita kuat maka di luar itu tentunya lemah. Jika tidak mampu melemahkan yang di luar, maka kita kuatkan dalaman kita. Maka mengkritik dari dalam mungkin ubat yang berkesan untuk era ini.

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

KENAIKAN HARGA PETROL: SEJAUHMANA RAKYAT FAHAM?

Oleh : Dr Rahmat Ghazali

Rata-rata rakyat marhaen yang membina komposisi terbesar warganegara serta komposisi pengundi tahu bahawa negara memiliki Petronas. Rakyat tahu bahawa Petronas memberikan sumbangan terbesar kepada budget negara; 65% keuntungan Petronas diambil oleh kerajaan dan jumlah itu menyumbang kira-kira 35% daripada keseluruhan budget tahunan negara (sebagaimana dinyatakan oleh Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 17 Jun).

Menggunakan logika matematik maka rakyat melihat bahawa kenaikan harga petrol juga menguntungkan negara; maka dengan itu mengapa harga petrol di negara ini harus meningkat sekiranya keuntungan yang diperoleh juga meningkat?

Lalu rakyat mencari justifikasi dengan melihat negara Venezuela, sedangkan rakyat tidak arif tentang berapa tong petrol sehari yang dikeluarkan oleh negara itu dan berapa tong pula dikeluarkan oleh negara kita (Petronas; 700 ribu tong sehari dan Venezuela; 4 juta tong sehari).

Isu kedua, rakyat juga tidak dapat menerima kenaikan harga petrol yang mendadak yang dibuat oleh kerajaan; mengapa harus naik 40% mendadak untuk petrol dan 63% untuk diesel? Mengapa kenaikan itu tidak dilakukan perlahan-lahan supaya keperitan kenaikan petrol itu tidak dirasakan secara mendadak juga. Dalam sukan tinju, ia seperti satu pukulan TKO yang membunuh.

Ketiganya, sebelum tarikh 5 Jun (tarikh kenaikan harga petrol) pihak kepimpinan tertinggi negara telah meuar-urakan bahawa harga petrol tidak akan naik sehingga menjelang Ogos, tetapi esok-lusa setelah janji sedemikian diumumkan, media massa mengejutkan rakyat dengan berita sedemikian.

Rakyat seperti dipukul dua tiga kali dengan pukulan yang amat kuat: pertama kenaikan harga petrol yang tinggi, kedua kenaikan yang diumumkan secara mengejut dan ketiga rantaian implikasi yang amat menakutkan – inflasi, meningkatnya harga barangan dan makanan dan rakyat mula merasakan bahang kemiskinan. Semuanya ini datang bertubi-tubi dengan kenaikan harga minyak masak, kenaikan harga beras, tak lama lagi tarif elektrik dan kita pasti ia akan merebak kepada bahan makanan yang lain sama ada secara sedar dan tidak disedari; gula, tepung, ikan, sayur, roti, dan susu.

Malah pada setakat rencana ini ditulis, semua harga barang makanan yang disebut itu sudah pun mula naik. Pada petang kenaikan harga petrol diumumkan dan melarat ke sebelah malamnya, saya lihat ramai yang berpusu-pusu ke kiosk petrol untuk mengisi minyak; tindakan sedemikian hanyalah tindakan singkat yang hanya dapat menyelamatkan dua tiga puluh ringgit sahaja. Bagaimana dengan impak kenaikan harga minyak itu pada hari-hari mendatang.

Sedihnya, daripada pemerhatian saya dan rakan-rakan akademik yang lain, pembeli petrol di kiosk itu seringkali memaki hamun dan menyumpah seranah pihak yang mereka tanggapi sebagai bertanggungjawab menaikkan harga petrol itu. Siapa yang dimaki hamun itu?

Entah saya pun tidak tahu, tetapi sekadar dapat meneka siapa yang mereka sumpah seranahkan itu. Malangnya ada di kalangan Menteri yang menambahkan lagi keresahan rakyat apabila dengan terang-terangan mengumumkan bahawa harga petrol akan naik lagi sebelum menjelangnya akhir tahun; mungkin melonjak sehingga tiga ringgit seliter. Apa yang harus dibuat?

Jelaskan kepada rakyat bahawa kenaikan harga petrol adalah fenomena global? Rakyat akan fahamkah? Malah rakyat akan bertanya pula mengapa kita harus tunduk kepada fenomena global sedangkan negara kita dilihat sebagai negara pengeluar minyak juga?

Dalam dilema sedemikian, pihak berhaluan kiri mula membuat janji bahawa jika kerajaan negara ini jatuh ke tangan pembangkang nescaya harga petrol akan diturunkan. Pelbagai rasional dikemukakan oleh golongan sedemikian dan juga pihak pembangkang.

Rakyat marhaen sememangnya suka kepada janji-janji manis yang boleh melenakan tidur mereka walaupun pada siang harinya mereka masih melalui hidup dalam keperitan. Maka dengan janji sedemikian mereka mula melihat justifikasi yang muluk-muluk untuk memberi merit kepada pihak pembangkang dan kontradiknya ia merupakan demerit kepada pihak kerajaan.

Dari perspektif lain, pilihanraya kecil Sanglang, Perlis, pasti akan berlangsung tidak lama lagi setelah pihak mahkamah menerima petisyen parti PAS terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Mac lalu. Isu yang pastinya dipergunakan ialah isu kenaikan harga minyak.

Malah sejak semalam dan tersebar dalam media massa pagi ini, heboh pula mengenai komponen parti Barisan Nasional (BN) di Sabah yang dijangkakan akan keluar dari perikatan BN, akan mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan tertinggi negara di parlimen. Apakah rakyat yang kecewa dengan kenaikan harga minyak, dengan inflasi, dengan kemiskinan golongan masyarakat kampung dan kota akan berdiri teguh untuk menyokong kerajaan dalam isu ini?

Kadangkala kita boleh membayangkan perasaan dan antisipasi rakyat terhadap isu terbaru ini. Segalanya lebih terasak lagi dengan wujudnya golongan oportunis yang suka melihat perubahan sosiopolitikal di negara ini meskipun perubahan yang dijanjikan itu seringkali kabur dan kelabu.

Walaupun media arus perdana secara tradisinya seringkali menggunakan kuasa pengampang untuk memperlihatkan senario isu sosiopolitikal negara sedemikian dari sudut pandangan yang membina, namun hari ini saya perhatikan keadaan sudah berubah. Kisah-kisah dan sudut pandangan pihak pembangkang juga termuat dan terselit di sana-sini dalam media arus perdana; malah seperti ada agenda tertentu.

Desakan-desakan supaya kepimpinan tertinggi negara mengundur diri juga tidak lagi disorokkan, malah ditambah dengan asakan daripada akhbar tabloid dan akhbar-akhbar berhaluan kiri. Senario sedemikian saya fikir telah membuka ruang kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara yang agak signifikan di negara kita sejak akhir-akhir ini berbanding dengan era Tun Mahathir dahulu. Namun persoalannya, apakah implikasinya kepada rakyat, dan negara?

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN: APAKAH YANG TERSIRAT?

Oleh: Dr Rahmat Ghazali



Saya amat meminati Tun Dr Mahathir Mohamad kerana karisma, intelektual dan keberanian beliau yang kental. Namun saya tidak melihat beliau sebagai manusia yang sempurna; beliau juga melakukan kesilapan seperti manusia kerdil yang lain.



Boleh dikatakan semua rakyat tahu bahawa Tun Mahathirlah yang memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pewaris kerusi Perdana Menteri. Baca sahaja komentar media, dalam dan luar negara, masing-masing menyebut frasa ‘pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Mahathir sebagai PM’ apabila merujuk kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (misalnya Reuters menulis: “Mahathir Mohamad, who handpicked Abdullah as his successor in 2003…”).



Namun apakah Tun Mahathir juga yang wajar dan berkuasa memaksa Abdullah meletakkan jawatan? Jika ada kesilapan, maka di hujung justifikasinya ialah orang yang melantik Abdullah itulah yang harus dipersalahkan. Namun tidak ada siapa yang berani menuding jari mengatakan Tun telah melakukan kesilapan besar ketika mengumumkan pelantikan Abdullah sebagai penggantinya pada tahun 2003 dahulu.



Malah apabila BN memenangi Pilihan Raya 2004 dengan cemerlang, ramai yang mengatakan pilihan Tun itu adalah tepat dan Tun sendiri amat bangga. Terlanjur di situ ramai pemerhati politik yang mengatakan bahawa kemenangan BN pada Pilihan Raya 2004 adalah ‘Abdullah’s factor’, namun ada juga yang meneropongnya sebagai ‘Mahathir’s factor’. Kemenangan itu adalah ‘Mahathir’s factor’ kerana katanya ramai rakyat yang sudah bosan dengan Tun.



Ramai saintis politik melihat Tun sebagai diktator (sila baca Vorys 1975; Munro-Kua 1996; Heryanto dan Mandal 2003, Human Rights Watch 1998, Asian Human Rights Commission 1999 dan Human Rights Watch 1999). Ramai yang melihat apa yang telah berlaku pada Tun Hussein Onn, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Badawi sendiri, Anwar Ibrahim, dan kali ini giliran Abdullah lagi sekali walaupun beliau sudah diangkatnya menjadi PM, sebagai sikap autoritarian pemimpin tertinggi negara ketika itu.



Malah di kalangan penggiat media ramai juga yang diminta meletakkan jawatan: lihat sahaja Kadir Jasin, Johan Jaafar, Nazri Abdullah dan ramai lagi yang tak perlu disebut. Pada zaman Tun ramai ahli akademik di IPTA menutup rapat mulut mereka dalam hal komentar dan kritikan terhadap kepimpinan negara. Lebih malang lagi dalam isu Pindaan Perlembagaan, institusi Raja juga telah dibisukan.



Kita tahu bahawa Tun Mahathir amat berpengaruh dan beliau amat berani untuk berkata apa sahaja yang beliau suka sama ada secara langsung atau secara sarkastik; bukan itu sahaja malah beliau akan bertindak keras jika arahannya tidak dipatuhi. Dengan itu juga terdapat media yang melihat Tun Mahathir seperti doktor bedah (misalnya kata The Star Dr Mahathir likened the radical action to “removing gangrene” to ensure survival); dia akan bedah, potong dan buang apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa, tetapi kadangkala dia terlupa apa yang dipotong itu menjadi penentu kepada kesinambungan nyawa.



Ramai doktor bedah yang telah membunuh pesakit kerana kesilapan mereka dengan niat asalnya mahu menyelamatkan nyawa.Tun Mahathir pernah riuh dan gamat menyalahkan George Soros ketika negara dilanda bencana ekonomi 1997-1998. Namun kemudiannya dalam pertemuan beliau dengan George Soros, pendiriannya berubah, seperti tersirat kata-kata mohon maaf beliau kepada Soros.



Suatu ketika beliau mahu Dato Seri Najib mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah dan akhir-akhir ini beliau tidak lagi mencadangkan Najib. Kalau bukan Najib siapa? Dirinya sendiri atau anaknya? Bila ditanya wartawan, Tun sendiri tidak tahu siapa atau dia tahu tetapi malu untuk berkata. Sebenarnya apa yang ingin saya katakan ialah Tun Mahathir bukan sempurna, dia juga terdedah kepada kesilapan. Dan pada usia tua sedemikian, dalam sfera politik yang menolak polisinya yang terdahulu, dia dilihat seperti ‘senile’ (tak berani saya hendak terjemahkan dalam bahasa Melayu).



Kerap kali ramai yang melihat senario politik yang ‘huru hara’ dalam konteks hubungan ‘Mahathir-Pak Lah’ ialah sebagai konflik ‘kuli lawan tauke’. Sama sahaja situasinya ketika meletupnya konflik Mahathir-Anwar. Namun ada yang lupa bahawa orang yang dahulunya ‘kuli’, kini dah jadi ‘tauke’ dan mantan ‘tauke’ sudah tiada lagi taring untuk memberi arahan itu dan ini.Jika kita lihat tiada perubahan besar dalam kepimpinan Pak Lah maka kita harus bertanya: ‘perubahan dalam konteks apa?’ Tun Mahathir melihat perubahan dalam persepsi dirinya sendiri.



Perubahan besar yang telah Pak Lah lakukan ialah ‘beliau tidak mahu tunduk pada arahan Tun Mahathir lagi’. Ada beberapa perubahan besar (jika kita tidak mahu mengatakan banyak) yang telah Pak Lah laksanakan. Antaranya ialah kes-kes rasuah dan kegenjotan institusi kehakiman negara yang melibatkan zaman ketika Tun Mahathir sendiri berkuasa. Pak Lah tidak menyekat pihak BPR untuk menyiasat kes-kes elit negara. Lihat sahaja bagaimana Ketua Polis Negara sendiri disiasat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri disiasat.



Kes VK Linggam secara langsung mendedahkan kegenjotan pentadbiran Tun sebagai PM. Dan pada hari ini media di negara ini tidak lagi seperti zaman sebelum Pak Lah. Media arus perdana sendiri sudah berani membuat komentar dan mengkritik kerajaan tanpa gentarkan pengampangnya, malah majalah-majalah yang tertakluk kepada Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sudah bebas menjadikan musuh politik BN sebagai fokus dan memberi ‘positive depiction’ kepada mereka. Itulah ketelusan dalam konteks yang membina.



Walau bagaimanapun apabila berbual dengan intelektual yang condong kepada teologi Islam, terdapat yang mengatakan bahawa senario UMNO hari ini ada hikmahnya dan ada yang melihatnya sebagai balasan Allah terhadap pemimpinnya yang telah menganiayai orang lain; kata mereka lagi “doa orang yang teraniaya itu makbul”. Saya cuba bertanya siapakah yang dianiayai?



Mereka menjawab Anwar Ibrahim, mantan Timbalan PM. Namun mereka juga bersetuju bahawa Anwar sendiri bukanlah manusia sempurna yang bebas daripada dosa. Dia juga telah melakukan banyak kesilapan, cuma dalam konteks ‘penganiayaan ini’ hukuman yang dia terima tidak setimpal dengan dakwaan terhadapnya. Dan saya bertanya lagi siapakah yang sebenarnya yang telah menganiayai Anwar? Mereka menjawab: “Siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir?”



Dan saya cuba bertanya pula bilakah Anwar dibebaskan, siapakah yang memegang tampuk kerusi PM ketika Anwar dibebaskan? Kata mereka, jawablah sendiri.Adakah semuanya ini bukan perubahan besar yang dilakukan oleh Pak Lah? Dan perubahan besar inilah yang dilihat menjadi punca konflik Mahathir-Pak Lah. Jika Tun mahu semua ahli UMNO beramai-ramai meninggalkan UMNO; saya percaya orang yang pertama sekali yang harus mengikut jejak Tun Mahathir ialah anak lelakinya sendiri, jika Tun benar-benar masih berpengaruh. Namun ramai pula rakan-rakan saintis politik mengatakan bahawa “apa hairannya jika Tun meninggalkan UMNO, kerana UMNO yang tulen telah lama berkubur, dikuburkan oleh siapa? Jawablah sendiri.”



Jangan lupa bahawa yang wujud hari ini ialah UMNO ciptaan Tun sendiri – ‘UMNO Baru’ dan itulah nama yang telah digazetkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Dan isu ini jugalah yang dilihat membangkitkan kemelut konflik Mahathir-Hakim Negara pada suatu ketika itu. Pada hari ini isu institusi kehakiman negara berbangkit lagi melalui kes video VK Linggam. Mungkin kerana Tun rasa bersalah, makan Tun mahu keluar daripada UMNO, itulah yang dilihat oleh Karpal Singh (sila baca NST 20 Mei, Karpal said, "In fact, his resignation may well reflect his guilt").



“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN: APAKAH YANG TERSIRAT?

Oleh: Dr Rahmat Ghazali



Saya amat meminati Tun Dr Mahathir Mohamad kerana karisma, intelektual dan keberanian beliau yang kental. Namun saya tidak melihat beliau sebagai manusia yang sempurna; beliau juga melakukan kesilapan seperti manusia kerdil yang lain.



Boleh dikatakan semua rakyat tahu bahawa Tun Mahathirlah yang memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pewaris kerusi Perdana Menteri. Baca sahaja komentar media, dalam dan luar negara, masing-masing menyebut frasa ‘pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Mahathir sebagai PM’ apabila merujuk kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (misalnya Reuters menulis: “Mahathir Mohamad, who handpicked Abdullah as his successor in 2003…”).



Namun apakah Tun Mahathir juga yang wajar dan berkuasa memaksa Abdullah meletakkan jawatan? Jika ada kesilapan, maka di hujung justifikasinya ialah orang yang melantik Abdullah itulah yang harus dipersalahkan. Namun tidak ada siapa yang berani menuding jari mengatakan Tun telah melakukan kesilapan besar ketika mengumumkan pelantikan Abdullah sebagai penggantinya pada tahun 2003 dahulu.



Malah apabila BN memenangi Pilihan Raya 2004 dengan cemerlang, ramai yang mengatakan pilihan Tun itu adalah tepat dan Tun sendiri amat bangga. Terlanjur di situ ramai pemerhati politik yang mengatakan bahawa kemenangan BN pada Pilihan Raya 2004 adalah ‘Abdullah’s factor’, namun ada juga yang meneropongnya sebagai ‘Mahathir’s factor’. Kemenangan itu adalah ‘Mahathir’s factor’ kerana katanya ramai rakyat yang sudah bosan dengan Tun.



Ramai saintis politik melihat Tun sebagai diktator (sila baca Vorys 1975; Munro-Kua 1996; Heryanto dan Mandal 2003, Human Rights Watch 1998, Asian Human Rights Commission 1999 dan Human Rights Watch 1999). Ramai yang melihat apa yang telah berlaku pada Tun Hussein Onn, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Badawi sendiri, Anwar Ibrahim, dan kali ini giliran Abdullah lagi sekali walaupun beliau sudah diangkatnya menjadi PM, sebagai sikap autoritarian pemimpin tertinggi negara ketika itu.



Malah di kalangan penggiat media ramai juga yang diminta meletakkan jawatan: lihat sahaja Kadir Jasin, Johan Jaafar, Nazri Abdullah dan ramai lagi yang tak perlu disebut. Pada zaman Tun ramai ahli akademik di IPTA menutup rapat mulut mereka dalam hal komentar dan kritikan terhadap kepimpinan negara. Lebih malang lagi dalam isu Pindaan Perlembagaan, institusi Raja juga telah dibisukan.



Kita tahu bahawa Tun Mahathir amat berpengaruh dan beliau amat berani untuk berkata apa sahaja yang beliau suka sama ada secara langsung atau secara sarkastik; bukan itu sahaja malah beliau akan bertindak keras jika arahannya tidak dipatuhi. Dengan itu juga terdapat media yang melihat Tun Mahathir seperti doktor bedah (misalnya kata The Star Dr Mahathir likened the radical action to “removing gangrene” to ensure survival); dia akan bedah, potong dan buang apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa, tetapi kadangkala dia terlupa apa yang dipotong itu menjadi penentu kepada kesinambungan nyawa.



Ramai doktor bedah yang telah membunuh pesakit kerana kesilapan mereka dengan niat asalnya mahu menyelamatkan nyawa.Tun Mahathir pernah riuh dan gamat menyalahkan George Soros ketika negara dilanda bencana ekonomi 1997-1998. Namun kemudiannya dalam pertemuan beliau dengan George Soros, pendiriannya berubah, seperti tersirat kata-kata mohon maaf beliau kepada Soros.



Suatu ketika beliau mahu Dato Seri Najib mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah dan akhir-akhir ini beliau tidak lagi mencadangkan Najib. Kalau bukan Najib siapa? Dirinya sendiri atau anaknya? Bila ditanya wartawan, Tun sendiri tidak tahu siapa atau dia tahu tetapi malu untuk berkata. Sebenarnya apa yang ingin saya katakan ialah Tun Mahathir bukan sempurna, dia juga terdedah kepada kesilapan. Dan pada usia tua sedemikian, dalam sfera politik yang menolak polisinya yang terdahulu, dia dilihat seperti ‘senile’ (tak berani saya hendak terjemahkan dalam bahasa Melayu).



Kerap kali ramai yang melihat senario politik yang ‘huru hara’ dalam konteks hubungan ‘Mahathir-Pak Lah’ ialah sebagai konflik ‘kuli lawan tauke’. Sama sahaja situasinya ketika meletupnya konflik Mahathir-Anwar. Namun ada yang lupa bahawa orang yang dahulunya ‘kuli’, kini dah jadi ‘tauke’ dan mantan ‘tauke’ sudah tiada lagi taring untuk memberi arahan itu dan ini.Jika kita lihat tiada perubahan besar dalam kepimpinan Pak Lah maka kita harus bertanya: ‘perubahan dalam konteks apa?’ Tun Mahathir melihat perubahan dalam persepsi dirinya sendiri.



Perubahan besar yang telah Pak Lah lakukan ialah ‘beliau tidak mahu tunduk pada arahan Tun Mahathir lagi’. Ada beberapa perubahan besar (jika kita tidak mahu mengatakan banyak) yang telah Pak Lah laksanakan. Antaranya ialah kes-kes rasuah dan kegenjotan institusi kehakiman negara yang melibatkan zaman ketika Tun Mahathir sendiri berkuasa. Pak Lah tidak menyekat pihak BPR untuk menyiasat kes-kes elit negara. Lihat sahaja bagaimana Ketua Polis Negara sendiri disiasat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri disiasat.



Kes VK Linggam secara langsung mendedahkan kegenjotan pentadbiran Tun sebagai PM. Dan pada hari ini media di negara ini tidak lagi seperti zaman sebelum Pak Lah. Media arus perdana sendiri sudah berani membuat komentar dan mengkritik kerajaan tanpa gentarkan pengampangnya, malah majalah-majalah yang tertakluk kepada Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sudah bebas menjadikan musuh politik BN sebagai fokus dan memberi ‘positive depiction’ kepada mereka. Itulah ketelusan dalam konteks yang membina.



Walau bagaimanapun apabila berbual dengan intelektual yang condong kepada teologi Islam, terdapat yang mengatakan bahawa senario UMNO hari ini ada hikmahnya dan ada yang melihatnya sebagai balasan Allah terhadap pemimpinnya yang telah menganiayai orang lain; kata mereka lagi “doa orang yang teraniaya itu makbul”. Saya cuba bertanya siapakah yang dianiayai?



Mereka menjawab Anwar Ibrahim, mantan Timbalan PM. Namun mereka juga bersetuju bahawa Anwar sendiri bukanlah manusia sempurna yang bebas daripada dosa. Dia juga telah melakukan banyak kesilapan, cuma dalam konteks ‘penganiayaan ini’ hukuman yang dia terima tidak setimpal dengan dakwaan terhadapnya. Dan saya bertanya lagi siapakah yang sebenarnya yang telah menganiayai Anwar? Mereka menjawab: “Siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir?”



Dan saya cuba bertanya pula bilakah Anwar dibebaskan, siapakah yang memegang tampuk kerusi PM ketika Anwar dibebaskan? Kata mereka, jawablah sendiri.Adakah semuanya ini bukan perubahan besar yang dilakukan oleh Pak Lah? Dan perubahan besar inilah yang dilihat menjadi punca konflik Mahathir-Pak Lah. Jika Tun mahu semua ahli UMNO beramai-ramai meninggalkan UMNO; saya percaya orang yang pertama sekali yang harus mengikut jejak Tun Mahathir ialah anak lelakinya sendiri, jika Tun benar-benar masih berpengaruh. Namun ramai pula rakan-rakan saintis politik mengatakan bahawa “apa hairannya jika Tun meninggalkan UMNO, kerana UMNO yang tulen telah lama berkubur, dikuburkan oleh siapa? Jawablah sendiri.”



Jangan lupa bahawa yang wujud hari ini ialah UMNO ciptaan Tun sendiri – ‘UMNO Baru’ dan itulah nama yang telah digazetkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Dan isu ini jugalah yang dilihat membangkitkan kemelut konflik Mahathir-Hakim Negara pada suatu ketika itu. Pada hari ini isu institusi kehakiman negara berbangkit lagi melalui kes video VK Linggam. Mungkin kerana Tun rasa bersalah, makan Tun mahu keluar daripada UMNO, itulah yang dilihat oleh Karpal Singh (sila baca NST 20 Mei, Karpal said, "In fact, his resignation may well reflect his guilt").



“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Monday, June 23, 2008

ABDULLAH DAN NAJIB

Oleh: Tun Dr.Mahathir bin Mohamad

1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.


3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.
5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk bertanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.
10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Wednesday, June 18, 2008

MENCIPTA GERAKAN PEMBAHARUAN INTELEK ASIA

Oleh Mohd. Taib Osman
DiPetik Daripada :http://arissani-rustam.blogspot.com
Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt
,


Rustam A. Sani menganggap konsep kebangkitan semula Asia seperti dalam buku The Asian Rennaisance sebagai tidak mempunyai “empirical validity.” Tidak ada keseragaman maupun aliran, baik dari segi pemikiran tokoh besar Asia mahupun dari segi pencapaian ekonomi dan aspek ketamadunan lain yang boleh mencetuskan suatu “rennaisance Asia.” Daripada perspektif ini, rangkaian ciri yang boleh boleh menjadi panduan atau kesatuan di Asia sebagai pusat satu-satu kebangkitan semula itu, memang tiada kelihatan.


Apa yang diajukan Rustam ada kebenarannya. Memang tidak ada satu aliran yang menyeluruh kerana akar untuk bangkit semula itu memang tidak jelas. Tidak seperti “Renaissance Eropah”, jika “Renaissance Asia” hendak dimodelkan kepada metode yang sama, kerana akarnya dikatakan tradisi Greco-Roman, iaitu penemuan kembali pemikiran terbuka ahli falsafah zaman itu, kekalutan menyelubungi Eropah lebih 1,000 tahun terkongkong oleh pemikiran ahli gereja yang berputik bukan kerana penemuan semula keterbukaan intelek tradisi Hellenistic sahaja, tetapi pengaruh peradaban Islam dari Spanyol serta pertumbuhan segar perdagangan dan penerokaan.


Perkataan “renaissance” sendiri mula digunakan pada 1836, iaitu sebagai menilai kembali apa yang berlaku di Eropah beberapa abad sebelum lahirnya pusat pembaharuan di selatan Itali. Anwar sendiri menyatakan “Renaissance Asia” seperti yang dikonsepsikannya tidak serupa dengan “Renaissance Eropah”, sekurang-kurangnya dalam konteks kebebsan manusia daripada himpitan penindasan agama. “… The Asian Renaissance, however, differs fundamentally from the European in that it has its foundations in religion and traditions – Islam, Confucianism, Buddhism, Hinduism and Christianity being the major ones (hal. 18)”.


Mungkin apa yang hendak dilihat Rustam ialah satu pergerakan, tetapi Anwar lebih menekankan terhadap kebangkitan itu. Dan kesedaran itu mula berputik daripada keyakinan pencapaian ekonomi pesat di Asia. Katanya: As the fresh blossoms of the Asian Renaissance are only beginning to appear, it is crucial that the maturing process is sustained if it is to be brought to fruition (hal. 19).


Bagi Anwar soal kontradiksi Asia serta ketidakseragaman dan lain-lain memang disedarinya, tetapi ciri kebangkitan semula mengatasi segala itu kerana ia berdasarkan visi tumbuhnya “multiculturality”: masyarakat yang memperdanakan kebenaran; cintakan ilmu, keadilan dan keikhsanan; hormat menghormati; bertanggungjawab serta beragama. Pandangan Rustam berbeza daripada Muhammad Abu Bakar, Ketua Program Sains Politik di Fakulti Sastera UM yang terkenal dengan tulisannya, terutama mengenai kebangkitan Islam di Asia Tenggara.


Melihat buku The Asian Renaissance sebagai suatu wawasan pemimpin politik yang tidak terhad kepada Malaysia, tetapi Asia seluruhnya, ia adalah gagasan yang boleh dijadikan “blueprint” perjuangan politik masa depan Asia. Tambah lagi ia datangnya daripada seorang pembuat dasar yang mempunyai penghematan “olympian”, iaitu dapat melihat dari atas yang orang kebanyakan tidak berpeluang berbuat demikian.


Dengan kedudukan strategik itu, menurut Mohamad, Anwar dapat melihat apakah “the economic miracle” yang berlaku itu, yang menjadi asas kebangkitan semula itu, boleh membuahkan sesuatu yang positif mengikut tafsirannya sebagai suatu “renaissance?” Sememangnya begitu, kerana Anwar sendiri berkata: By Asian Renaissance we mean the revival of the arts and sciences under the influence of classical models based on strong moral and religious foundations; a cultural resurgence dominated by a reflowering of art and literature, architecture and music and advancement in science and technology (hal. 18).


Dengan kata-kata lain, bagi Anwar pencapaian ekonomi sebagai dasar memberi keyakinan, tetapi untuk mengisi ketamadunan mengikut wawasannya mestilah diisi dengan higher ideals in life melalui keluhuran agama, ilmu dan moral. Perspektif Muhammad terhadap The Asian Renaissance berbeza daripada Rustam. Baginya buku itu sekadar menyedarkan Asia kepada kekuatan baru dikenalinya melalui economic miracle, tetapi soalnya adakah materialisme yang mungkin timbul akan memusnahkan apa yang luhur daripada tradisi besar Asia?


Anwar sendiri menggesa supaya ada simbiosis berimbang antara dorongan ekonomi dengan keluhuran pada ciri ketamadunan Asia. Saya kira kesangsian Muhammad bukan bercanggah dengan pandangan Anwar, bahkan mengukuhkannya. Dengan adanya kesedaran terhadap kemungkinan itu, apa yang ditakuti Muhammad, mungkin menggalakkan usaha mewujudkan keseimbangan dan simbiosis seperti saranan Anwar.


Memang renaissance di Eropah ada kaitannya dengan kebangkitan nilai niaga, tetapi nilai niaga itu juga menyemarakkan tradisi kesenian dan kebudayaan luhur warisan Eropah. Tetapi gejala yang diperlihatkan di Asia dengan kebangkitan ekonomi tidak begitu: ia lebih menampakkan kedangkalan terhadap keluhuran ciri ketamadunan. Bahkan di negara kita sendiri fenomena ini terserlah. Sejauh manakah ikhlasnya gergasi ekonomi menyokong kegiatan kebudayaan atau tamadun?


Muhammad sempat mencelah kesangsiannya terhadap kemampuan tenaga budaya memperjuangkan kecemerlangannya tanpa dukungan atau sokongan korporat. Beliau merujuak kepada kepada badan budaya seperti Gapena atau Persatuan Linguistik Malaysia sendiri menjalin hubungan simbiotik untuk kegiatan mereka dengan badan korporat yang kaya. Tidakkah ini mengkompromi pertumbuhan budaya luhur, seperti yang disangsikan Muhammad?


Seperti kata Muhammad: “Renaissance di Eropah boleh diibaratkan kuntum bunga yang mengepal dan mengembang sambil disimbah dan dibasahi sinaran matahari pagi; sementara renaissance Anwar diibaratkan putik bunga dalam taman yang tidak berpagar, ketika binatang ternakan baru dibebaskan dari kandangnya, Apakah gejala materialisme akan akan memusnahkan perkembangannya?”


Dasar gagasan Anwar, pada saya, adalah kesedaran harus dipupuk di atas kekuatan ekonomi baru yang dikecap oleh negara di Asia kerana pembangunan ekonomi saja tidak akan membawa Asia ke mercu peradaban manusia seperti yang wujud pada zaman silam. Sebab itu pencapaian ekonomi memerlukan pemupukan the higher ideals of life. Maka itu, seperti kata Muhammad, gagasan The Asian Renaissance adalah “permulaan kepada suatu permulaan. Jika Barat mengambil masa 300 tahun, daripada kurun ke-14 hingga kurun ke-16, untuk menjelmakan renaissancenya, kita mempunyai masa yang masih banyak untuk meneroka dan menempa Renaissance Asia.


Seperti yang saya sendiri bangkitkan dalam majlis itu, sesuatu renaissance tidak dapat dianggap sebagai suatu entiti yang terjelma begitu saja; ia adalah satu proses. Apa yang diutarakan Anwar berdasarkan model yang sudah wujud, iaituRenaissance Eropah yang mengambil masa tiga abad untuk keluar daripada zaman kegelapan hingga berkelopak menjadikannya peradaban agung dan berpengaruh ke seluruh dunia.


Tetapi apa yang ditunjukkan oleh pencapaian peradaban barat tidak sempurna, banyak cacat celanya, terutama dari segi kemanusiaannya, walaupun pencapaian sains dan teknologi begitu penting kepada kehidupan manusia kini. Jika Renaissance Barat adalah sesuatu yang dicetuskan oleh penolakan terhadap gereja, Anwar tegas menyatakan kebangkitan semula Asia mestilah bermula daripada ajaran agama, kerana itulah inti The Asian Man, kerana “at heart (he) is person religious” (hal 19).


Muhammad juga membangkitkan mengenai kontradiksi dan keragaman dunia Asia seperti yang disentuh juga Firdaus dan Rustam, namun Muhammad lebih spesifik apabila dikaitkannya dengan apa yang pernah dibangkitkan oleh Dr Mahathir mengenai perpecahan dan pertelingkahan di Asia, iaitu suatu pertelingkahan politik masa kini. Sebenarnya Dr Mahathir menyangsikan fungsi Asia dalam pertumbuhan dunia abad ke-21, seperti katanya abad ke-21 bukan abad bagi Asia tetapi abad pembangunan seluruh dunia.


Bagi sesetengah teman di UM, apa yang dibangkitkan oeh Dr Mahathir sebagai suatu sanggahan pada gagasan seperti Asian Renaissance Anwar, tetapi saya sependapat dengan Muhammad bahawa ia tidak semestinya benar. Sambil menerima ada benarnya apa yang apa yang dikatakan Dr Mahathir itu, tidak bermakna “segala idealisme yang terungkap dalam Asian Renaissance semestinya salah.”


Pada saya apa yang disangsikan Dr Mahathir terhadap kemampuasn Asia sebagai tenaga berpadu terbit daripada pandangannya yang praktikal dan pragmatik, tetapi gagasan Anwar adalah sesuatu yang mengandungi harapan dan memberi keyakinan kepada Asia mengenali serta yakin kepada potensi yang menunggu untuk disegarkan kembali. Jadi kedua-duanya saling melengkapi, bukannya bertentangan.


Apa yang dipetik Anwar daripada Iqbal (hal.19) sebenarnya boleh dipadankan pada dirinya dengan menulis The Asian Renaissance:


That I may lead home the wandererAnd imbue the idle looker-on with restless impatienceAnd advance hotly on a new questAnd become known as the champion of a new spirit in Asia.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Tuesday, June 17, 2008

BANYAKNYA DUIT RAKYAT MALAYSIA PERGI KE PETROL

Oleh : Tun Telani
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan kerajaan supaya rakyat berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?


Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan subsidi hak rakyat sebagai warga di negara pengeluar petroleum dikorbankan kerana dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) menafikannya. Apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh ubah gaya hidup sebaliknya pemimpin senang lenang. Dimana contoh teladan?Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat ubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar isu minyak dengan harga yang tinggi diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama dengan bekas menteri jaga tol, Datuk Seri S Samy Vellu.Kenyataan Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini.


Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol RM2.70. Mungkin itu juga rakyat kata kerajaan penipu disiar RTM1 dalam program isu semasa.Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini juga turut berperanan menyampaikan mesej kerajaan bahawa rakyat tidak boleh lagi diberi tongkat. Subsidi minyak kena hapus.


Siapa mereka yang beria-ria hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu keatas sebulan. Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global?
Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura tersebut untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.Kalau selama ini rakyat Malaysia berbelanja petrol RM10 sehari untuk berulang alik ke tempat kerja sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30.


Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup pengguna sebulan. Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia hanya RM21,500 (AS$6,244). Lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol.


Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel dibawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 40juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.


Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan dibawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam keadaan bebasan serta kesusahan.Kerajaan tidak ada program meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran yang tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.
Kata para ulama: “Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin.” Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin semakin melebar dibawah kekuasaan BN.


Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu sebaliknya pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter sebaliknya Malaysia naik harga petrol, diesel dan gas.


“Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala,” kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara.Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan kemana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?Perdana Menteri kena jelaskan sebab beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang tidak perlu auditnya dibentangkan di Parlimen.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most sustainable And Ethical Companies’.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

“Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala,” kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara.Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan kemana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?Perdana Menteri kena jelaskan sebab beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang tidak perlu auditnya dibentangkan di Parlimen.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most sustainable And Ethical Companies’.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih