Tuesday, February 5, 2008

PIMPINAN HAPRAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

Oleh : KAMAL AMIR MENULIS
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2244/46/


Assalamu’alaikum wm.wrt,


MAKA berbondong-bondonglah para pengampu dan pembodek nombor wahid kalangan sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis pelancaran Bakti dan OKU di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang Jumaat lalu.


Sebelum terpekik terlolong Abdullah mengapai upaya menghimpun yakin rakyat melalui pengumuman ratusan juta ringgit peruntukan yang ditaburkan sebagai memancing hati marhain, isteri kesayangannya bekas janda adik ipar yang dikahwini setengah tahun lalu diberikan kesempatan menyampaikan ucapan dengan penuh bergaya, lagak seorang “wanita pertama”.


Begitu juga pengampu terhebat Shahrizat Abdul Jalil turut berucap dalam “loghat” mamak Penang penuh lintang pukang hinggakan maksud serta intipati ucapannya hambar yang teramat sukar difahami apakah maksud sebenar mahu diluahkan olehnya menerusi program tersebut yang tentunya “membalun” jutaan wang rakyat.


Disaat menyampaikan ucapan tersebut terdengar suara azan dari masjid berhampiran tempat persamian majlis Bakti dan OKU dilaungkan oleh muazim. Hairan dan terperanjat juga melihat imam besar Islam Hadhari masih duduk tersenyum simpul di sisi isterinya di atas pentas.


Seharusnya sebagai imam mazhab Islam Hadhari Abdullah seharusnya bersegera ke masjid untuk bersolat asar dan berjamaah, sebaliknya dia terus berada di situ dengan tersengeh-sengeh tanpa menghiraukan seruan muazim agar bersegera menunaikan solat berjemaah. Mungkin waktu itu Dollah “datang bulan” agaknya.


Dan sebaik sahaja namanya dijemput menyampaikan wahyunya Abdullah terus melangkah dengan penuh bersemangat lagak seorang wira untuk melakukan satu lagi pembohongan kepada khalayak. (Saya menyatakan pembohongan kerana sejak dua minggu lalu setiap kali berucap pasti ada pembohongan diselitkan olehnya untuk mempertahankan imej seorang pemimpin maksum)


Alangkah terperanjatnya hati ini bila mendapati isi ucapannya bukan sekadar lebih banyak bohong dari benarnya tetapi dia juga turut mempersendakan isteri kalangan memanda wazirnya supaya mereka berdiri seorang demi seorang lagak seorang ketua pasukan pengakap sekolah di sesi suai kenal.


Tidak pernah sebelum ini seorang perdana menteri bersikap sedemikian kerana lazimnya di mana-mana majlis, ucapan Perdana Menteri amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata kerana pasti ada berita gembira diumumkan. Malangnya di majlis tersebut Dollah sekadar mengulangi kenyataan bohongnya satu persatu, kalau ada pun hanyalah kelulusan sejumlah 80 juta diperuntukkan sebagai wang ehsan membantu Orang Kurang Upaya OKU yang seharusnya digunakan dari tabung wang zakat.


Maka teringatlah saya bagaimana ucapannya semasa melancarkan Koridor pembangunan Sabah apabila dia mengumumkan sejumlah 115 bilion ringgit diperuntukkan untuk pembangunan negeri bawah bayu dan akhirnya secara simbolis Musa Aman menghadiahkan sebatang tongkat berwarna hitam.


Kalau Khir Toyo menghadiahkan penyapu buruk kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ulu Langat sebagai tanda tidak puas hatinya terhadap prestasi jabatan tersebut, apakah tindakan Musa Aman menghadiahkan tongkat kepada Abdullah sebagai satu pernyataan betapa tua serta tidak berdaya lagi Abdullah hingga terpaksa berjalan bertongkat? Fikir-fikirkanlah.


Bercakap tentang pengumuman Abdullah berhubung pembangunan Koridor yang dijelmakan olehnya setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri ada baiknya kita menghitung betapa besarnya wang rakyat akan “disamun” olehnya bersama kalangan orang keliling serta puak-puak keroninya.


1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua 3 bilion


Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion


Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya? Untuk sifir mudah ia ditulis sebegini: RM 712,000,000,000.00 dan jika dilihat terdapat sebelas angka kosong di belakang angka 712. Sekiranya dikumpulkan wang kertas bernilai satu ratus ringgit ia mampu dijadikan jambatan kertas antara setiap kontinen di alam maya. Begitulah hebatnya jumlah angka mat jenin yang dijelmakan oleh Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan serakah kerakusannya membelanja wang rakyat.


Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dahulu, untuk tempoh 22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah tiga ratus lima puluh bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 bilion… alahai Dollah oh Dollah!!!


Dalam kesempatan ini ada baiknya kita singkap pembaziran yang dilakukan era pemerintahan rejim Abdullah Ahmad Badawi di mana wang rakyat dibelasah semahu mungkin oleh kalangan kroni dan orang kelilingnya.

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS 8,390,000.00
3. Kompelks Brickendonbury di London 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah 200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok 257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000x1,800,000 tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) 6,750,000,000.00


Begitulah banyaknya wang rakyat disamun dan dibazirkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi tanpa sedikitpun memikirkan persoalan jerih marhain hidup penuh penderitaan dalam kesempitan harga barangan di pasaran terus mencanak setiap hari.


Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan raya ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai dilaksanakan olehnya berserta para sidang wazir yang disifatkan oleh Hishammuddin sebagai gandingan paling cocok.


Masih mampukah rakyat untuk merelakan kehidupan mereka berada dalam situasi penuh derita menghadapi hari-hari mendatang dengan meletakkan harapan kepada pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang masih terlena dalam menjaring mimpi bulan madunya dengan Jeanne janda anak dua yang dikahwini olehnya yang juga merupakan bekas isteri adik iparnya sendiri?


Bolehkah rakyat percaya gandingan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai gandingan paling cocok? Bagaimana pula dengan Khairy Jamaluddin yang masih meneruskan impiannya menjaring mimpi menjadi calon Perdana Menteri di usia 40 tahun?


Mantan Menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan beliau sendiri tidak mengerti sifir apakah yang digunakan oleh Abdullah semasa membelanjakan wang rakyat sejumlah hampir satu trilion ringgit.


Pertama sekali menurut Tengku Razaleigh, seandainya benar termampu dibangunkan Bandar baru di Wilayah Pembangunan Iskandar. Sabah, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan beberapa buah Bandar lagi, siapakah yang bakal menyewa atau membeli bangunan tersebut?


Apabila bangunan yang dibina tidak berpenghuni, bagaimana pula pembayaran balik kos pembangunan tersebut? Di mana pula dana harus digunakan untuk menampung kos sebegitu banyak?


Sedangkan persoalan pokok kehidupan rakyat semakin sukar kesan kenaikan harga barangan yang tidak mampu dikekang secara bijak. Kos kehidupan semakin meningkat di mana pendapatan tidak seimbang dengan keperluan harian.Masalah pengangguran masih belum diselesaikan ke tahap sifar. Bagaimana mungkin kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membawa kebahagiaan kepada rakyat jelata?


Sewaktu diajukan pertanyaan berhubung impian kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membina rumah-rumah untuk masyarakat pengantin remaja, beliau menyatakan ia satu usaha yang baik tetapi kenapa harus disyaratkan setiap pasangan mesti mempunyai pendapatan sejumlah tiga ribu ringgit sebulan?


“Kalaulah wang sebanyak itu disyaratkan, bagaimana pula rakyat kebanyakan yang semakin sukar menambah pendapatan mereka? Seharusnya perancangan berhubung persoalan perumahan rakyat dijadikan agenda terpenting disamping menstabilkan harga barangan makanan serta keperluan hidup ditambah pula pelbagai perancangan untuk menambahkan pendapatan.


“Dalam sifir ekonomi, seharusnya pendapatan mesti paling tidak seimbang dengan perbelanjaan, apabila rakyat mampu menjana pendapatan yang lebih barulah kebahagiaan akan menjelma” ujar mantan Menteri Kewangan itu lagi

Ulasan :

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh suadara Kamil Amir. Abdullah seorang kaki temberang dan pembohong di dunia. Saya hairan bagaimana seorang yang kelihatan wara’ boleh melakukan kerja-kerja yang tidak masuk akal itu. Kos pembanguan yang disasarkan oleh Abdullah mencapai jumlah yang sangat besar sebanyak RM712 billion.


Ia merupakan satu kos yang amat mahal dan tidak mampu ditanggung oleh pendapatan negara yang bergantung kepada hasil minyak dan pengeksportan hasil-hasil pertanian. Import makanan sahaja, negara perlu berbelanja sebanayak RM12 billion setiap tahun. Manakala hasil daripada sektor perkilangan semakin menurun, banyak kilang-kilang ditutup kerana pelabur-pelabur lari ke nagara lain kerana kosnya lebih murah seperti Cina yang kos buruhnya lebih murah dan pasaran yang lebih besar berbanding Malaysia.


Ekonomi Malaysia hanya berkembang sekitar 4.5 – 5.0% dan IMF mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada kadar 5.0% - 5.8%. Defisit belanjawan semakin membesar dari tahun ke tahun, tidak seperti dalam tahun 90an banyak kali kita mencapai belanjawan seimbang. Hutang awam [Kerajaan Persekutuan] terus meningkat daripada RM146 bilion [44% daripada KDNK] kepada RM165 juta [46%] sekarang ini. Akibatnya, sebanyak 14-15% daripada belanjawan tahun negara pergi kepada pembayaran hutang dan bunga. Hutang luar negara meningkat setiap tahun sejak tahun pasca krisis [1998: RM134 bilion] menjadi RM156 bilion sekarang. Abdullah hanya cakap besar menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 6%, hakikatnya kita tidak ada duit untuk berbelanja. Ekonomi lembab.


Di mana Abdullah hendak korek duit sebanyak itu? Hasil negara tidak mencukupi untuk membiayai projek-projek pembangunan impiannya itu secara borong atau serentak. Bunos kakitangan kerajaan tidak mampu, apalagi projek-projek pembanguan tersebut. Beliau hanya cakap kosong untuk menunjukkan yang beliau lebih cekap memerintah daripada Mahathir, disamping untuk memperbodohkan rakyat ketika diambang PRU ke-12 ini. Mahathir dulu dilakukannya satu demi satu, tidak serentak seperti Abdullah. Koridor sana, koridor sini, akhirnya rakyat tidak ada bilik, tidur di koridor sahaja.


Impian seorang yang gila.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
”PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.

2 comments:

  1. Sungguh pandai kamu bercakap. Bijak sekali kamu mempamirkan jenis hati kamu. Kalau begitu kamu sajalah memerentah Malaysia.

    ReplyDelete
  2. PAS, DAP KEADILAN DAN BN. keempat2 parti tujuan nya sama untuk memerintah dan menjahanamkan rakyat MALAYSIA oleh yg demikian saya menyeru marilah kita menubuhkan satu parti baru diatas nama 'PARTI PEMBEBASAN MALAYSIA'. parti yg akan memastikan kehidupan anda terjamin PEMBEBASAN bkn bermaksud kita dijajah oleh bangsa asing tapi kita dijajah oleh pemimpin yg pentingkan dir, tamakkan harta, pentingkan kuasa dan sanggup mengkaburi mata kita dengan menggunakan AGAMA ISLAM sebagai kunci nya. mari kita tegakkan kembali agama islam mari kita bersatu menetang anasir jahat ini. kita perlukan kemajuan, pembangunan dan infrastruktur yg baik tetapi tidak membebankan rakyat dan disamping itu menjaga nilai2 islam yg sebenar dan nilai2 tradisional. mari kita bangkit menentang cabaran dan dugaan.semoga kita peroleh kejayaan.

    ReplyDelete