Thursday, February 7, 2008

PILIHAN RAYA UMUM KE-12 :MELAYU OH MELAYU-SIRI 1









Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,

Hampir pasti parlimen akan dibubarkan dalam bulan Febuari ini, iaitu selepas perayaan tahun baru Cina. Gambaran ini dapat dilihat melalui media milik UMNO saban hari menjalankan kempen tidak rasmi dan mencurahkan pelbagai propaganda murahan ke ketengah-tengah masyarakat yang kebanyakannya masih lagi hidup dalam keadaan ‘buta dan pekak’ maklumat’ daripada sumber ke dua.

Cukup memualkan ulasan demi ulasan yang diberikan mengambarkan kepada kita bahawa kerajaan pimpinan UMNO begitu gelabah menghadapi PRU ke-12 ini. Tindakan UMNO itu masih memahami bahawa rakyat Malaysia sebahagian besarnya masih lagi bercawat dan tinggal dalam hutan tebal. Spekulasi ini hampir menjadi kenyataan apabila diberitakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertuan Agong.

Seperkara lagi, Abdullah telah melengkapkan lawatan kerja seluruh negeri di semanjung dan Sabah untuk meninjau kelengkapan jentera pilihan raya dan berakhir di Kepala Batas, Pulau Pinang, kawasan parlimen yang diwakilinya. Timbalannya juga, Najib Tun Razak sudah selesai menjalankan tugas yang sama hanya menunggu tiupan wisel daripada Abdullah sahaja.

Pembubaran parlimen bermakna Abdullah yakin bahawa UMNO akan kembali berkuasa semula sepertimana yang dinyatakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dalam satu sidang akhbar dua minggu lepas. Hal ini menyebabkan Khir TOYO, MB Selangor, yakin 100% UMNO akan menang hanya menunggu hari untuk diistiharkan secara rasmi oleh SPR yang menjadi rakan ikrab UMNO/BN.

Tidak menjadi satu keajaiban bagi rakyat Malaysia untuk menilai sikap seorang MB yang berlagak angkoh dan sombong mendahalui takdir daripada Allah s.a.w. Sikap seperti ini pernah ditunjukkan oleh sejarah yang menceritakan perihal Firaun lanatullah. Jadi, Khir mempunyai sikap Firaun hidup subur dalam dirinya. Penindas yang dilakukan oleh beliau terhadap rakyat miskin melebihi daripada tindakan yahudi terhadap bangsa Palestin. Khir juga adalah ‘iblis’ yang menjelmakan dirinya sebagai seorang manusia. Perbuatanya mencegah orang yang mahu mengamalkan amal makrof-nahi mungkar adalah perjuangan iblis lanatullah. Nasib baik, kebanyakan rakyat seluruhnya mudah faham berkaitan ajaran yang terkandung dalam mazhab Islam Hadhari mengajar manusia menjadi jahat, angkoh, sombong, melaksanakan amal makrof dan pada masa yang sama tidak mencegah kemungkaran, sebaliknya mengalakkan mungkar berlaku di mana-mana.


Islam Hadhari juga mengajar orang Melayu agar jahil terhadap agama Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.w.a. Ajaran Islam yang ada had dan ada harinya itu mencampuradukkan yang haram dan halal bagi membina satu tamadun caca merba yang boleh meruntuhkan bangsa dan agama. Faktor ini pun sudah cukup untuk menghumban UMNO ke dalam longkang.Tetapi, sayangnya tidak ramai orang Melayu yang sedar dalam perkara ini. Percayalah wahai bangsa ku, sekiranya UMNO diberi mandat sekali lagi untuk memerintah semula, maka jawapannya ialah kehidupan rakyat lebih parah daripada sebelumnya. Mereka akan naik toncang dan lebih ganas lagi merebut kekayaan negara dan rakyat akan menjadi hamba buat selama-lamanya.

Sepertimana biasa, setiap kali tibanya pilihan raya umum [PRU] atau pilihan raya kecil, saya akan menulis berkaitan berbagai isu yang menyentuh kezaliman pemerintah, kerakusan para pemimpin membaham harta rakyat, perbuatan rasuah dikalangan para pemimpin, penyalahgunaan kuasa, skandal yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan lain-lain isu yang menyentuh kepentingan bangsa dan agama Islam. Dalam PRU ke-12 ini, saya akan terus menulis menelanjangkan kejahatan, kezaliman, keganasan dan berbagai isu-isu semasa yang timbul yang dilakukan oleh UMNO dan para pemimpinya selama ini.

Tujuan saya adalah iklas untuk menyedarkan bangsa Melayu bahawa sudah cukup tempoh mereka menjadi hamba-abdi kepada UMNO selama ini. Itu pun bergantung kepada orang Melayu yang mahu sedar, tetapi yang lain yang tidak mahu sedar-sedar, apa daya kita kerana semuanya itu adalah dengan kehendak Allah s.a.w.jua. Nabi sendiri tidak berupaya mengIslamkan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak berjasa kepada perjuangan Baginda.

Penulisan [disamping turun padang] adalah merupakan wadah terbaik bagi saya untuk sama-sama berjuang menentang berbagai kemungkaran [kebathilan] yang dilakukan oleh UMNO dan mengembalikan yang empunya haq. Saya takut ditanya oleh Allah s.a.w di padang masyar kelak, apa yang saya telah lakukan di dunia ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa Islam, bangsa dan negara akan hancur di bawah pemerintahan UMNO.

Saya yang tahu serba sedikit tentang kezaliman dan kejahatan UMNO, wajib bangun menentang kemungkaran tersebut. Setiap orang Islam wajib menentang sebarang kemungkaran yang berlaku dihadapan matanya. Penentangan itu perlu dilakukan mengikut keupayaan masing-masing. Ada kuasa hendaklah dilakukan melalui kuasa yang ada, kalau gagah perkasa [semacam Omar Al-Khatab] hendaklah dilakukan melalui tindakan-tindakan, secara lisan [berdakwah] dan selemah-lemah iman pesan Nabi memadai buat penentangan di dalam hati, tidak redha apa yang dilakukan oleh UMNO.

Baik, mari kita sama-sama merenung sejenak. Cuba kita sama-sama berfikir apa yang UMNO telah lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam setelah 50 negara merdeka dan hampir 60 tahun UMNO diberi kuasa untuk memerintah. Kita tidak boleh berbangga dengan kemudahan awam yang disediakan oleh UMNO dan begitu juga pembangunan negara yang kita capai setakat ini. Semua itu mesti dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang berkuasa. Perbelanjaan pembangunan menggunak duit yang kutip daripada rakyat melalui berbagai jenis yang dikenakan ke bahu rakyat.

Kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Apakah yang kita dapat hasil daripada pembangunan negara seperti yang dilaung-laungkan oleh Abdullah dan kuncu-kuncunya itu. Sebenarnya bangsa Melayu tidak dapat apa-apa pun, hanya sebilangan kecil orang Melayu yang dapat menikmatinya. Manakala kedudukan agama Islam berada dalam kedudukan yang amat goyah sekali, sering kali dihina dan dipertikaikan oleh rakyat Malaysia di kalangan yang bukan Islam.


50 tahun merdeka, orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak masih lagi merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia. Perkara ini diakui sendiri oleh Najib dan para pemimpin UMNO lainya bagi menentang hujah-hujah dibangkitkan oleh pemimpin kaum India melalui Hindraf yang mendakwa kaum India di Malaysia terpinggir dan termiskin. Apa yang pemimpin buat selama ini? Tidur atau asyik mengampu dan mengejar kekayaan diri sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Mohd Said Yusuf [MP Jasin], Zakaria Mat Deris [ADUN Pelabuhan Klang], Taib Mahmod, Musa Aman,Khir Toyo, Mohammad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Khalil Yaakob, Rahim Tamby Chik dan ramai lagi para pemimpin UMNO yang belot dari matlamat asal untuk membela nasib rakyat.


Orang Melayu masih lagi mengungguli paras kemiskinan iaitu pada paras 8.3 peratus, kaum India mencatatkan sebanyak 2.9 peratus dan kaum Cina mencatat 0.6 peratus. Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru [DEB] gagal mancapai sasaranya 30 peratus ekuti milik orang Melayu kerana perbuatan kianat para pemimpin UMNO yang kurop dan tidak beramanah. Berakhirnya DEB pada tahun 1990, orang Melayu hanya memiliki ekuiti sebanyak 18.9 peratus.


The Star pernah menyiarkan laporan senarai 40 individu yang terkaya dalam negara sebagaimana yang diterbitkan oleh majalah Forbes Asia tahun lalu. Daripada 40 orang terkaya itu, hanya 9 orang Melayu yang boleh dikategorikan sebagai orang terkaya di Malaysia. Demikianlah rekod pencapaian UMNO, parti Melayu terbesar dalam negara, yang berjuang kononnya untuk memartabatkan ketuanan Melayu, memajukan ekonomi bumiputera dan lain-lain yang hebat-hebat belaka. Tetapi pencapaiannya setelah hampir 50 tahun berkuasa hanya 22.0 peratus orang Melayu yang duduk dalam senarai rakyat Malaysia yang terkaya.


Oleh kerana itu, tindakan kira-kira 100 ribu rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu professional [70 peratus daripada 100 ribu] menyerahkan kerakyatan negara ini untuk menetap di negara lain adalah sebagai satu protes serius rakyat terhadap kerajaan pimpinan UMNO yang kurop. Antara tahun 1996 hingga April 2007, sebanyak 106,000 rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka.Daripada bilangan itu, 79,199 atau 70 peratus adalah Melayu, 25,107 Cina, 1,347 India dan 350 kaum-kaum lain.


Renunglah fakta :

1. Agihan 70 peratus ekuiti untuk bukan Melayu tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin UMNO kerana menerima komisyen untuk kayakan diri sendiri.



2. 99 peratus premis perniagaan di bandaraya atau perbandaran seluruh negara adalah hak milik bukan Melayu yang tapaknya asalnya ialah tanah milik atau rezab Melayu.


3. Penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu semenjak zaman Inggeris lagi tidak pernah dipersoalkan oleh pemimpin UMNO yang kurop kerana mereka ada sher sama.


4. Penghantaran memorandum oleh 10 menteri bukan Melayu untuk mencampuri urusan agama Islam merupakan satu penghinaan kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. Pemimpin UMNO tidur sedikit pun tidak terdetik di hati mereka ianya merupakan satu bentuk penghinaan yang pernah dilakukan oleh orang bukan Islam rakyat dalam negara ini.



5. Menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin senang-senang mendapat pinjaman RM9 juta. Siapa yang bagi pinjaman tersebut, sampai kini rakyat Malaysia tidak diberitahu.

6. UMNO hendak mengadaikan negara ini untuk melaksanakan pembangunan apa yang disebut sebagai koridor yang bernilai RM712 billion.

7. Sebenarnya kita dipimpin oleh orang gila dan dikelilingi orang yang berpolitik untuk mencari makan. Mereka semua tidak beguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka pengkianat. Pengkianat wajar dihapuskan di muka bumi Allah sebelum ianya menjadi semakin parah.

Sekian, untuk kali ini. Siri kedua saya akan membicarakan pula perkara asas mengenai isu ketuanan Melayu.InsyaAllah.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

1 comment:

  1. UMNO memang hancur, tetapi kita lai hancur. Selagi Anwar masih ada dalam pakatan kita, sampai bila-bila pun kita takkan dapat mengalahkan UMNO.

    Dengan adanya Anwar dalam pakatan kita, kita macam kena cucuk hidung, kena dengar apa sahaja permintaannya.

    Akhir sekali, ramai calon kita, anak-anak muda kita tak dapat diketengahkan untuk jadi calon Pilihan raya. Sebab dah bagi pada PKR, Parti Keparat Rakyat.

    Dia hentam UMNO, dalam masa yang sama, dia tekan PAS. Sampai bila kita nak duduk dan perhambakan diri untuk Anwar.

    Fikirkanlah.... Membangun Bersama Islam, bukan membangun bersama KAKI JUBUR, Anwar Ibrahim

    ReplyDelete