Wednesday, January 23, 2008

LAPORAN POLIS DSAI TERHADAP PENYALAHGUNAAN KUASA DR.M

Berikut adalah laporan polis yang akan diedarkan oleh Pemuda Keadilan Malaysia dalam sessi Jelajah Semenanjung yang akan bermula pada hari Ahad ini setiap hari hingga 1hb Julai, 2000:


13hb Jun, 2000–Lokap Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur (Polis 55 : 656410)


Saya ingin merujuk kepada keterangan Dato’ Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun, 2000. Kenyataan bersumpah beliau telah tidak dicabar oleh pihak pendakwa. Diantara maklumat utama yang dikemukakan ialah:


a) Bahawa Dato’ Seri Dr Mahathir Muhammad, Perdana Menteri telah memanggil Dato’ Shafie ke Pejabat Perdana Menteri pada bulan Jun 1998 dan memarahi beliau kerana mengeladah pejabat Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan memperolehi wang tunai sebanyak 100,000 ringgit. Seterusnya Dato’ Seri Dr Mahathir telah mengarahkan Dato’ Shafie supaya menghentikan penyiasatan tersebut dengan serta-merta.


b) Dalam pertemuan tersebut juga, Dato’ Seri Dr. Mahatir cuba membuat tuduhan bahawa saya telah mengarahkan BPR memulakan penyiasatan tersebut, tetapi Dato’ Shafie telah menafikan tohmahan itu.


c) Dato’ Shafie melahirkan rasa kecewa (“disillusioned”) terhadap Dr Mahathir kerana sangggup melindungi perlakuan rasuah.


2. Keterangan Dato’ Shafie merupakan tuduhan nyata bersabit penyalahgunaan kuasa, melindungi perasuah serta menghalang perjalanan proses keaedilan. Dan ini adalah kesalahan mengikut Ordinan 22 Akta Darurat 1960 dan Akta Pencegah Rasuah 1997. Sebab itulah maka media utama mengggelapkan berita tersebut.


3. Saya ingin menggesa agar pihak Polis dan BPR segera memulakan penyiasatan. Mereka memikul amahah sebagai pelaksana undang-undang tanpa pilih kasih atau gentar. Imej Polis dan BPR akan lebih tercemar sekiranya mereka terus melengah tindakan dan berdalih, pada hal bukti dan keterangan adalah nyata. Mereka telah berulang kali menegaskan bahawa mereka akan bertindak secara profesional. Janganlah Dr Mahathir dianggap kebal dari segi undang-undang dan dibiarkan bermaharajalela.


4. Sudah menjadi rahsia umum bahawa laporan polis, tuduhan, bukti dan keterangan yang dikemukakan sebelum ini terhadap Dr Mahathir, Menteri-menteri diketepikan. Sebaliknya, tindakan keras diambil terhadap musuh-musuh politik mereka. Seringkali kelompok kecil polis terlibat dalam pakatan politik dan konspirasi yang mengaibkan, termasuk mereka-cipta keterangan.


5. Keterangan terbaru bekas Ketua Pengarah BPR memperkukuh hujah saya selama ini bahawa Dr Mahathir adalah perasuah besar dan pelidung utama perasuah besar lainnya. Beliau tidak segan-silu mencemuh kegiatan rasuah dalam politik dan kerajaan, tetapi bukti yang tertera adalah disebaliknya. Beliau menggunakan kuasa memunggah kekayaan untuk peribadi dan anak-anak dan terus melindungi perasuah. Dalam masa yang sama, beliau terus berpura-pura, bersuara gagah menentang rasuah.


6. Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah hilang kewibawaannya kerana gagal menyempurnakan tugas. Beliau dan jabatannya gentar dengan penguasa perasuah, tidak berani bertindak dan bersekongkol dengan usaha melindungi perasuah besar yang mengkhianati amanah dan kepentingan negara. Beliau terlibat dengan konspirasi mendakwa dengan niat jahat tetapi membisu manakala berhadapan dengan kenyataan dan bukti semata-mata kerana pembesar negara terlibat. Gerangan apa pula dalihnya berdepan dengan keterangan terbaru yang dibuat dihaddapan pendakwa-pendakwa kanan Jabatan Peguam Negara?


7. Sekali lagi saya mendesak pihak Polis, BPR, Peguam Negara supaya menyempurnakan tanggungjawab, serta sumpah jabatan dengan bertindak secara adil dan saksama. Mereka tidak boleh membiarkan diri mereka terus terperangkap dengan arahan perasuah dan membelakangkan hukum dan undang-undang. Sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan dan imej pasukan penyiasat, pendakwa bahkan juga badan kehakiman negara yang sudah tercemar.


8. Ketegasan dan keberanian bekas pegawai kanan kerajaan adalah menggemparkan, apatah lagi bila menyentuh kedudukan dan kepentingan Perdana Menteri. Saya bertangggungjawab untuk mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak Dato’ Shafie memberikan keterangan benar dan tidak menyebabkan beliau menerima tekanan atau ugutan.


Demikian laporan saya. Terima kasih.


T.T
ANWAR IBRAHIM

Ulasan :

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.

No comments:

Post a Comment