Monday, July 30, 2007

SAH : MUHAMMAD MUHD.TAIB MUNAFIK DARIPADA GOLONGAN UMNO YANG MUNAFIK

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum.wm.wrt,


Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr).
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit [seperti sejenis binatang sesumpah] atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik:

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang [dengan apa jalan halal dan haram] dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

Sudah tiga kali saya menulis menyerang Muhammad bin Muhd.Taib, Ketua Penerangan UMNO yang juga mantan Menteri Besar Selangor. Serangan ini adalah ekuran beliau [baca : UMNO] membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin dan juga blogger Laman Web Parti Keadilan Rakyat. Tindakan pasukan polis secepat kilat memanggil Raja Petra untuk disoal-siasat memanaskan telinga rakyat. Soal-siasat Raja Petra memakan masa lapan jam [masa penuh berkerja] di balai polis daerah Dang Wangi di Jalan Tun HS Lee. Soal-siasat tersebut bermula kira-kira jam 12.15 tengahari dan berakhir kira-kira jam 7.30 malam.
pa yang menyakitkan hati dan perasaan kita [membakar perasaan rakyat menambah benci kepada pasukan polis yang senantiasa menjadi perkakas dan kuda tunggangan UMNO] ialah tindakan polis ini menjadi begitu kontradik sekali apabila menerima laporan daripada pihak UMNO, berbanding laporan yang dibuat oleh pihak pembangkang [bukan satu dua, malah mencapai beratus laporan dibuat disertakan dengan bahan bukti] mengenai tingkahlaku biadap UMNO terhadap amalan demokrasi, rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tidak pernah diambil pusing [dibakulsampahkan] apatah lagi untuk diambil kenyataan atau disoal-siasat seperti yang dilakukan terhadap Raja Petra dan Nathaniel Tan [Nathaniel Tan ditahan pada 13.7.2007, direman selama 4 hari dan dibebaskan pada 17.7.2007] dibebaskan dengan jaminan polis. Nathaniel Tan, blogger yang juga penyelenggara lamanweb Parti Keadilan Rakyat [PKR] disoal-siasat oleh Bahagian Jenayah Siber, Bukit Aman di Kuala Lumpur.

BANDINGKAN : Contoh kebiadapan UMNO ini jelas dalam perhimpunan agung mereka tahun lepas. Seluruh dunia dan seluruh manusia di muka bumi ini tahu [disiarkan secara langsung oleh RTM dan Astro ucapan berbentuk perkauman dan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan] bahawa dalam perhimpunan tersebut terdapat beberapa pemimpin UMNO berucap berapi-rapi mengecam dan mengugut orang bukan Melayu khasnya kaum Cina agar ‘jangan terlalu kurang ajar’ dengan dasar-dasar kerajaan yang kononnya untuk membantu menaikkan martabat bangsa Melayu. Alasan itu satu ‘PEMBOHONGAN’ yang nyata [boleh dikira sebagai munafik juga], ianya bukan untuk bangsa Melayu, tetapi hanya untuk golongan UMNOPutra sahaja.

Pembahas UMNO dari Perlis, Melaka, Kelantan dan Selangor, Melaka, Terangganu, Pemuda dan Putri dikenalpasti sebagai yang paling lantang dan keterlaluan menyentuh sensitiviti kaum. Mereka ialah Hashim Subuh- wakil badan perhubungan UMNO Perlis, Hasnoor Sidang Husin dari Melaka, Md Alwi Che Ahmat dari Kelantan dan Ramli Simbok-wakil Pemuda UMNO Selangor. Razali Idris-Ketua Penerangan Pemuda UMNO Terengganu, Reezal Merican Naina Merican-Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Salamon Selamat- Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Hamdi Abu Bakar-Ketua UMNO Bahagian Beruas, Azimi Daim-Exco Pemuda, Senator Mohd. Puad Zarkashi, Ketua Puteri UMNO bahagian Tangga Batu-Azlieza Azizan, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO-Khairy Jamaluddin sehingga Ketua Pemudanya-Hishamuddin Hussein sanggup menghunus keris panjang bertelanjang bulat.

Berlagak sombong dan angkoh, tetapi sebaliknya mereka inilah pengkianat bangsa dan agama. Mereka dan golongan merekalah pengadai maruah bangsa Melayu. 50 tahun Negara merdeka, bangsa Melayu masih lagi merempat dalam Negara sendiri kerana mereka ini berjuang bukan kerana bangsa dan agama, tetapi untuk kepentingan peribadi. Mereka dan golongan mereka inilah yang mengaut segala kekayaan Negara untuk kekayaan dan kemewahan peribadi dan keluarga [kroni].

Rakyat diperhambakan dan ditinggalkan dalam kemiskinan papa-kedana. Lima tahun sekali [untuk piihanraya] datang lagi untuk menabur janji manis [bohong lagi] dan menabur duit untuk membeli undi supaya mereka dipilih lagi agar mereka boleh merompak lagi harta rakyat semahu-mahunya. Agama Islam dihina, diperlecehkan dan diinjak-injak kerana tangan-tangan mereka penuh dengan noda dan dosa [Islam dikesampingkan, dunia dipentingkan].

Lima laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan telah disiasat oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi secara senyap-senyap dan bersopan [tidak seperti kes Raja Petra dan Nathaniel Tan] dan kertas siasatan mengenai perkara itu dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara di Putarajaya pada 8 Februari 2007 lalu. Hujah-hujah mereka merbahaya boleh merosakkan keharmonian kaum, integrasi dan perpaduan nasional. Hujah yang bersifat menghasut dan perkauman itu ditujukan untuk mengapi-apikan perasaan dan sentimen perkauman bagi mengukuhkan kepentingan politik mereka. Ucapan mereka lebih merbahaya daripada Raja Petra Kamaruddin dan blogger Nathaniel Tan. Kes ucapan berbentuk ‘racist’ ini tersimpan di Pejabat Peguam Negara sebagai bahan arkib. Ianya senyap menyepi sehingga ke hari ini. Tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Sebab apa? Sebabnya kena batang hitung UMNO sendiri. UMNO berkuasa mutlak untuk memutihkan perkara yang hitam, menghitamkan perkara yang putih. UMNO yang timbulkan perkara perkauman tersebut. Apa kata bukan UMNO yang buat, katakan PAS, PKR dan DAP yang timbulkan isu tersebut, maka ramailah para pemimpin pembangkang itu yang ditangkap, direman dan dipanggil untuk disiasat. Silap-silap haribulan disumbat dalam penjara atau ditahan dibawah ISA di Kemunting, tetapi kerana pemimpin UMNO yang terlibat, maka selamatlah mereka, sebagaimana selamatnya Johari Baharom, Musa Hassan, Zulkifli Mat Noor dan Eric Chia. Menanti untuk diselamatkan pula ialah Osu Sukam, Gasitah Gaddam, Musa Aman dan Taib Mahmud.

Layari ULR ini untuk melihat golongan munafik ini berlakon :
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=825
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=1107
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=1118
http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=1287
http://www.malaysiakini.com/news/60013
http://www.malaysiakini.com/news/60066

Apakah SIFAT yang hendak dikatakan dengan sebuah kerajaan [baca:UMNO] yang bersikap seperti ini yang kononnya untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan segala bentuk rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan perbadi?

Berbalik kepada isu Muhammad Muhd Taib yang saya telah katakan beliau seorang munafik. Berdasarkan hujah-hujah saya di atas [dan dalam beberapa artikel saya mengenai Muhammad Muhd.Taib sebelum ini] dan ucapan Muhammad Muhd.Taib di Dewan Rakyat mengesahkan bahawasanya Muhammad Muhd.Taib termasuk golongan orang-orang yang MUNAFIK.


Kenyataan Muhammad Muhd.Taib yang beliau tidak tahu membaca, menulis, menutur dan memahami Bahasa Inggeris di mahkamah Brisbine, Australia ketika membela diri dari tuduhan menyeludup masuk wang tunai RM2.4 juta, ternyata satu pembohongan yang nyata.Muhammad juga pernah menipu Allahmarhum Sultan Selangor menafikan yang beliau kahwin lari dengan anakanda Sultan Ku Yah di Selatan Thailand.

Kesimpulannya, Muhammad dan para pemimpin UMNO lainnya [termasuk Abdullah Ahmad Badawi, Imam Besar Islam Hadhari yang lebih dikenali sebagai pemimpin “ I don't know, I am not involve."] mempunyai ciri-ciri orang-orang munafik seperti saya hujahkan di awal artikel ini. Sekiranya rakyat Malaysia terus memilih golongan ini memerintah Malaysia pada PRU ke-12 nanti, adalah pasti agama, bangsa dan negara akan musnah angkara tangan-tangan jahat ini akan bermaharajalela lagi memunggah khazanah negara dan memusnahkan amanah yang diberikan itu.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Saturday, July 28, 2007

KEBODOHAN MUHAMMAD MUHD.TAIB

KESILAPAN YANG MELUCUKAN

Oleh
Al-Husseyn Terjemahan A Comedy Of Errors [http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6773]

DiPetik Oleh : Tun Telanai
Daripada Laman Tranungkite


-------------------------------------------------------------------------------
Assalamu’alaikum wm.wrt


Ya, bersalah saperti yang didakwa. Saya telah mencuri baris kata ini daripada Shakepeare. Tetapi saya tak dapat berbuat apa-apa. Apakah cara yang lebih baik menggambarkan masa lapan jam yang saya habiskan dibawah soal siasat di Balai Polis Dang Wangi kelmarin selain ianya satu komedi yang tersilap? Walau apa pun sebelum saya meneruskan, saya telah terima lebih seribu panggilan telifon, SMS dan e-mail daripada mereka yang mengucapkan selamat dan para penyokong. Saya tiada kesempatan masa untuk membalas setiap satu pun, saya harap anda semua memaafkan saya. Saya sangat terharu diatas perihatin dan mesej sokongan yang dihantar melalui lamanweb Malaysia Today. Dari sudut hati saya, ikhlas setulus hati, Saya berterima kasih kepada anda sekalian dan berjanji bahawa perjuangan untuk ‘lebih bebas’ di Malaysia akan diteruskan walau apa yang melanda.

Saya terima panggilan daripada pihak polis pada 8.00 pg kelmarin bahawa mereka mahu mencatat pernyataan saya keatas laporan polis yang diadukan oleh bekas Menteri Besar dengan dua Muhammad pada namanya. Saya telah melihat dan bukan sahaja menjangkakannya tetapi berharap mereka akan memanggila saya untuk disoal siasat supaya saya dapat mendedahkan seluruh peristiwa lucu adalah benar. Ringkasnya, saya telah menggerakan tangan mereka dengan rencana
‘See you in hell Muhamad son of Muhamad’, memaksa mereka bertindak keatas saya.Mereka mahukan saya jam 10 tetapi saya beritahu hanya dapat saya lakukan pada 11. Saya hendak meng-update laman web dahulu kalau-kalau pemergian saya ke Dangi Wangi berakhir dengan dua minggu tinggal disitu.

Mengikut laporan berita, laporan polis keatas saya itu merujuk kepada artikel tulisan saya pada 11 Julai 2007 bahawa mereka menganggap sebagai mengaibkan Agong dan Islam. Walau apa jua pun, sekiranya anda tidak tahu, Malaysia tidak mempunyai seorang raja, oleh itu hentikan merujuk Agong sebagai sebagai Raja. Agong bukan bermaksud raja.

Agong maksudnya kuasa tertinggi dan ianya hanya bermaksud dialah kuasa tertinggi Pemerintah daripada sembilan pemerintah, lebih kurang ‘Yang Terutama dari yang sama’ keadaannya. Saya membawa bersama dua beg beli belah mengandungi empat buah naskah -- alQuran bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia, Salasilah keluarga Kesultanan Selangor, dan satu versi yang diakui tentang sejarah Selangor tulisan Buyung Adil. Saya boleh juga menyertakan sama versi Joginder Singh Jessy, DJ Tate dan juga versi Winsted, tetapi versi Buyung Adil, dalam Bahasa Malaysia, akan lebih memudahkan bagi mereka yang berfikiran ambil mudah .

Pihak polis memaklumkan saya bahawa soal siasat saya bukan berkenaan rencana saya pada 11 Julai 2007. Yang sebenarnya, pada 11 Julai 2007, saya tidak ada pun menulis satu artikel. Saya menulis pada 8 Julai dan juga pada 13 Julai, tetapi tidak sama sekali pada 11 Julai. Berpandu kepada laporan beberapa suratkhabar, saya di dakwa mengaibkan Agong dan Islam, maka tujuan dua beg beli belah menganduni buku-buku tersebut adalah untuk berdebat berkaitan Islam dan Agong dengan mereka yang akan menyoal siasat saya. Tetapi mereka tidak mahu bercakap tentang mana-mana rencana saya. Mereka hanya mahu bercakap berkenaan beberapa komen / ulasan para pembaca yang tersiar dalam laman blog Malaysia Today.


Saya beritahu pihak polis keengganan saya bercakap berkenaan ulasan-ulasan didalam blog itu. Bukan saya yang menulis ulasan-ulasan tersebut maka saya enggan bercakap tentang apa yang bukan saya tulis. Saya hanya mahu bercakap berkenaan apa yang telah saya tulis dan mempertahankan diri saya terhadap mana-mana tuduhan bahawa saya telah mengaibkan Agong dan Islam. Tetapi tidak, pihak polis tidak mahu bercakap berkaitan rencana-rencana saya.


Mereka hanya mahu bercakap berhubung komen/ulasan didalam blog tersebut. Saya beritahu pihak polis yang saya masih lagi enggan bercakap mengenai ulasan-ulasan (pembaca) dan jika mereka mahu mendakwa saya kerana menghasut dibawah Akta Menghasut, dipersilakan. Saya menumbuk meja dan menjerit “Dakwa saya! Dakwa saya sekarang!” Polis berkata bahawa mereka belum lagi bercadang untuk mendakwa saya, tetapi hanya mahu mengambil kenyataan saya.


Saya boleh pilih tidak menjawab atau menjawab saya tidak tahu apa-apa. Tetapi mereka tiada pilihan melainkan mengambil kenyataan saya kerana laporan polis telah dibuat terhadap saya. Sangat menghairankan bahawa mereka MESTI mengambil kenyataan daripada saya hanya baru dua hari sahaja selepas laporan polis terhadap saya dibuat padahalnya mereka tidak berasa mereka MESTI berbuat sesuatu keatas lain-lain beratus-ratusan laporan polis yang dibuat sepanjang sepuluh tahun lalu atau sejak 1998.


Ambil satu contoh, laporan polis yang dibuat oleh empat perwakilan UMNO ke Mesyuarat Agong Kubang Pasu tahun lepas mendakwa bahawa mereka masing-masing telah di’suap’ RM200 untuk tidak memberi undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Malaysia Today menyiarkan salinan-salinan laporan polis berkenaan. Salah seorang perwakilan yang membuat laporan polis tersebut telah diserang dalam rumahnya dihadapan keluarganya. Dia telah membuat laporan polis yang ke-2 berkaitan serangan tersebut, malah menuding jari kepada merteka yang telah menyerangnya sebab dia mengenali mereka secara peribadi. Sekali lagi, tiada apa-apa pun tidakan dilakukan. Maka, yang MESTI kali ini ambil kenyataan anda apabila adanya satu laporan polis telah dibuat terhadap anda , adalah benar umpama saya masih lagi mentah.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor itu dengan dua Muhamad pada namanya pergi ke Balai Polis Dang Wangi pada Isnin membuat laporan polis, dia tidak mempunyai apa-apa maklumat bagi menyokong dakwaan bahawa Malaysia Today telah mengaibkan Agong dan Islam. Dia telah diberitahu bahawa bukti sokongan dakwaan tersebut mestilah disertakan dengan laporan polis tersebut. Mereka kemudiannya cuba kedalam internet untuk mendapatkan Malaysia Today supaya mereka dapat mencari untuk dijadikan bukti. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan tidak dapat mencari Malaysia Today.

Mereka kemudiannya menggesa pertolongan seorang wartawan dari salah satu surat khabar Cina yang sedang membuat liputan peristiwa tersebut disitu. Melalui pertolongan baik wartawan Cina tersebut, akhirnya mereka menjumpai Malaysia Today dan menyemak komentar dalam blog mencari bukti yang mereka perlukan untuk menyokong laporan polis tersebut. Malaysia Today telah dilancarkan pada 13 Ogos 2004 dan sejak itu kami mempunyai hampir 20,000 item dengan anggaran lima juta komentar dalam blog. Mencari bukti tersebut adalah umpama mencari sebilah jarum dalam satu timbunan jerami. Kita mesti ingat bahawa dalam pada masa ini mereka telah membuat satu laporan polis tetapi tidak punya apa-apa bukti. Mereka sekarang meletakkan kereta kuda dibelakang kuda.

Mereka memerlukan bukti untuk menyokong laporan polis tersebut. Akhirnya mereka temui lebih kurang sedozen posting dikalangan lima juta yang mereka tatapi, cukup kuat untuk membuktikan bahawa Malaysia Today telah mengaibkan Agong dan Islam. Satu nya ialah posting saya sendiri yang menyatakan “jika anda mencela / caci mana-mana kaum atau ugama, maka saya akan tidak punyai pilihan lain melainkan memadam posting anda” dan mengharamkan anda daripada memghantar ulasan posting selanjutnya di Malaysia Today. Satu lagi daripada Indianputra yang merayu kepada pembaca Malaysia Today tidak bergaduh dan bertelagah sebab terdapat beberapa kalangan yang mungkin mengambil kesempatan diatas pertelingkahan dan mengeksplotasi perpecahan kaum. Apa yang kami mahukan ialah negara yang aman, bantah Indianputra, maka jika kita terlibat dengan kelakuan sopan maka kita akan mampu menyatukan semua bangsa. Dan terus berterusan. Pada dasar nya, inilah bukti yang sedang merteka perlakukan untuk membuktikan bahawa Malaysia Today telah mengaibkan Agong dan Islam.

Saya bertanya pegawai polis berkenaan samada postig tersebut mengaibkan Agong, mencemarkan Islam, dan cuba memecah belahkan antara kaum atau samada sebaliknya. Wajah ASP tersebut berubah merah sedang dia cuba menjelaskan bahawa dia hanya menjalankan tugasnya dan dia telah diarahkan mengambil kenyataan saya. Saya katakan kepadanya bahawa orang yang membuat laporan polis itu adalah seorang yang bodoh yang tidak tahu bertutur Inggeris. Jadi, apa yang anda harapkan daripada seorang yang begitu? Dia bukan hanya tidak memahami komentar yang merayu untuk penyatuan bangsa/kaum malah mentafsirkannya sebagai menyeru perbalahan kaum“ Tahukah anda orang bodoh itu lari bersama putri Sultan dan menafikannya?” Saya bertanya kepada polis. Mereka hanya tersenyum. “Baiklah, saya akan mendedahkannya kepada dunia,” sambung saya. “saya akan siarkan surat yang ditulisnya kepada Sultan dimana dia telah menafikan telah mengahwini puteri Sultan pada hal sebenarnya, dia telah berkahwin secara rahsia di Thailand.. You tengoklah. I akan balun si bodoh tu habis-habis.”

Polis nampaknya suka terhadap apa yang saya katakan walaupun jawapan mereka sekadar, “Banyak maklumat kita dapat hari ini.”

Mereka kemudiannya mahu tahu identiti mereka yang mengirim komen / ulasan dalam blogMalaysia Today. Saya beritahu mereka yang saya tidak tahu siapa mereka tetapi saya tahu antara mereka adalah kalangan 25 Umno cyber-troopers diketuai oleh Azalina dan Norza.

“Azalina?” mereka bertanya.

“Ya, Azalina lesbian,” jawab saya.

“Oh, Azalina Othman.” Jelas bahawa mereka kenal siapa yang saya maksudkan dengan Azalina lesbian.

“Saya tidak katakan Azalina Othman. Saya kata Azalina lesbian. Anda sepatutnya merekodkan setiap kata dengan cara apa yang saya katakannya. Begitulah perihal pernyataan beramaran dibawah Section 112. Saya kata Azalina lesbian. Bukan Azalina Othman. Anda rekod apa yang saya kata dan saya akan tandatangani kenyataan tersebut.”

Pegawai polis yang ke-2 berhenti menaip dan menggaru kepalanya dengan senyuman kambing dimukanya. “Okaylah, saya tak mahu anda menyusahkan anda nanti. Tukarkanlah lesbian kepada Othman.” Pegawai polis yang ke-2 itu meneruskan menaip sambil gelak-gelak. Dia tentunya gembira sendiri. Saya menunjukkan beberapa IDs kepunyaan Umno cyber-troopers dan pegawai yang ke-2 merekodkannya.”Bagaimana anda tahu mereka adalah Umno cyber-troopers?” pegawai pertama menyoal saya. “Sebab saya mendapat maklumat dari dalam Umno.” Jawab saya.
”Anda ada orang dalam Umno?” “Sudah tentu saya ada, dan saya rasuahkan mereka untuk mendapatkan maklumat. Saya campakkan RM1,000 keatas meja dan tanyakan mereka segalanya dan mereka menyanyi saperti seekor buruing kenari. Bukan susah sangat nak beli maklumat. ”Empat pegawai polis dalam bilik itu senyum dan menggeleng kepala tidak percaya. “Boleh kami catatkan dalam pernyataan anda?”

”Sudah tentu anda boleh. Alasannya saya memberitahu anda ini supaya anda boleh merekodkannya dalam kenyataan saya. Saya mahu direkodkan bahawa Umno sedang menyerang Malaysia Today dengan 25 cyber-troopers dean mereka lah yang meghantar posting perkauman. Kadangakala mereka menyamar sebagai orang Cina dan ‘ hentam’ orang Melayu dan Islam. Kemudian cyber-trooper yang lain akan respon dan ‘hentam’ orang Cina. Umno cyber-troopers adalah dibelakang perkauman dan ugama di Malaysia Today. Kemudian mereka buat Laporan Polis mendakwa bahawa Malaysia Today mencerca Islam dan mengapi-apikan sentimen perkauman.”

Semua soal jawab ini tentunya direkodkan setiap apa yang anda ucapkan dibawah Seksyen 112 soal siasat direkod dan anda disuruh menandatangani kenyatan itu diakhir soal siasat tersebut. Dan anda dipenjarakan jika anda membuat kenyataan palsu.

Diakhir 8-jam soal siasat tersebut, saya bertanya mereka samada telah habis dan mereka kata ya. “Okay, sekarang saya mahu membuat kenyataan tambahan,” saya memberitahu pihak polis.“Tentunya, kami akan bertanya anda sebelum kita mengakhirinya, samada anda mahu menambah apa-apa lagi kepada kenyataan anda.Itu adalah prosedur.

”Okay, sekarang saya akan buat kenyataan itu. Nama domain Malaysia Today didaftarkan di UK,” saya beritahu polis. Apabila anda klik malaysia-today.net, anda akan melayari server yang alamat IP nya berdaftar dalam nama domain tersebut. Server kita di Singapura. Tetapi apa yang and alihat hanyalah muka hadapan. Kemudian anda pilih item mana dimuka hadapan anda hendak baca dan anda akan dihantar ke blog tersebut. Blog tersebut berada di US. Bila anda menghantar komen ianya pergi terus ke blog tersebut. Bagi segala tujuan dan keperluan, Malaysia Today adalah website luar negeri dan bukan lamanweb Malaysia. Oleh itu kami tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

"Izinkan saya katakan cara lain,” saya beritahu Polis.” Sodomi (hubungan sejenis lelaki sama lelaki) adalah satu jenayah di Malaysia dan anda boleh di penjarakan sembilan tahun bagi jenayah tersebut walaupun anda seorang Timbalan Perdana Menteri. Di England, lelaki boleh berkahwin lelaki malahan anda menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri British. Oleh yang demikian, sodomi bukan suatu jenayah di UK dan anda tidak dipenjarakan.” “Pendekkan cerita, akta hasutan anda sah hanya di Malaysia dan tidak di luar Malaysia. Oleh itu anda tidak boleh mengenakan Akta Hasutan Malaysia keatas Malaysia Today yang tinggal di luar Malaysia. Sebenarnya saya boleh katakan kepada anda pergilah jahanam dan bahawasanya saya tidak akan membuang masa 8-jam menjawab semua pertanyaan anda. Tetapi saya tidak mahu anda menganggap saya sombong, jadi saya sedia menghabiskan 8 jam bersama anda menjawab pertanyaan anda kerana saya tahu anda ada tugas yang perlu dibuat dan bukan salah anda.”

Saya tahu pegawai ini dibawah tekanan yang terlalu kerana setiap setengah jam dia akan menerima panggilan telifon daripada OCPDnya dan juga KPN bertanyakan perkembangan soal siasat tersebut. Boss-boss paling atas mengawasi keseluruhan situasi dan soal siasat saya adalah sama sekali bukanlah suatu yang kebiasaan.

Seorang pegawai kanan Cina yang duduk disitu disepanjang masa tanpa membuka mulutnya mendedahkan peranan sebenarnya apabila hanya ketika itulah dia telah berkata untuk mengungkapi kenyataan bahawa saya cuba menjatuhkan KPN. Itulah sebenarnya apa yang dikehendakki oleh Polis. Ianya keuntungan berbaloi bagi pendedahan kaitan antara KPN dan sindiket jenayah terancang orang Cina. Bagaimana pun, Umno, mempunyai motif lain. Ianya bukan pasal Malaysia Today mengaibkan Agong atau Islam. Mereka tidak ada apa pun bukti tentangnya sehinggalah wartawan Cina itu membantu mereka melayari internet dan akses laman web Malaysia Today. Apa yang merunsingkan mereka berkenaan rencana saya dalam bahagian
No Holds Barred pada 8 Julai 2007 berkaitan kuasa-kuasa Agong. http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2959

"Jika anda baca perkara 150 perlembagaan Malaysia – yang saya siarkan dibawah --- anda dapat lihat bahawa Agong mempunyai kuasa menyingkirkan Perdana Menteri sekiranya Agong menganggap Perdana Menteri sebagai tidak layak langsung dan membahayakan kesejahteraan ekonomi dan kehidupan warga Malaysia. Tentunya , perkara ini tidak pernah di lakukan sebelumnya melainkan pada 1969 untuk menyelesaikan masalah Rusuhan 13 May . Tetapi ini bukan bermakna tidak boleh dilakukan, hanya ianya tidak pernah dilakukan atau pernah dilakukan Cuma sekali pada 1969.

Perhatikan persoalan utama dalam artikel 50 umpamanya :
1) If the Yang di-Pertuan Agong is satisfied (Jika Yang di-Pertuan Agong berpuashati)

2) That a grave emergency exists (Wujudnya keadaan cemas yang bersangatan )3) Whereby the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof is threatened. (Dimana keselamatan, atau pertumbuhan ekonomi, atau peraturan awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagian tergugat)

4) He may issue a Proclamation of Emergency making therein a declaration to that effect. ( Dia boleh buat Pengisytiharkan Dharurat yang berkuatkuasa)

5) A Proclamation of Emergency may be issued before the actual occurrence of the event which threatens the security, or the economic life, or public order in the Federation (Sesuatu Perisytiharan Dharurat mungkin di keluarkan sebelum berlakunya perkara sebenar yang mengancam keselamatan , atau pertumbuhan ekonomi , atau peraturan awam dalam Persekutuan).

6) Except when both Houses of Parliament are sitting concurrently (( Melainkan apabila kedua-dua Dewan Parlimen bersidang serentak)

7) The Yang di-Pertuan Agong is satisfied that certain circumstances exist which render it necessary for him to take immediate action (Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa perkembangan tertentu wujud yang demikian memerlukannya bertindak segera.)

8) He may promulgate such ordinances as circumstances appear to him to require. (Dia harus mengisytiharkan ordinan seumpama nya apabila melihat perkembangan yang memerlukan)

9) The Houses of Parliament shall be regarded as sitting only if the members of each House are respectively assembled together(Dewan Parlimen akan di anggap bersidang hanya apabila anggota setiap dewan bersidang bersama).
Adalah jelas bahawa Agong boleh mentafsirkan situasi itu sebagaimana yang dilihatnya dan mengambil tindakan yang dia fikir sesuai dengan situasi. Pada dasarnya , ia adalah pendapatnya dan hanya pendapatnya yang berkuasa dan dia boleh bertindak berdasarkan kepada pendapatnya.

Apabila artikel ini pertama kali di terbitkan pada 8 Julai 2007, ia telah menggegarkan menembusi Tngkat Empat hingga ke Tingkat Lima pejabat Perdan Menteri di Putra Jaya.Mereka tiba-tiba menyedari bahawa sekiranya Agong menganggap Perdana Menteri sebagai tidak layak dan merupakan suatu bencana terhadap negara , maka Agong boleh menukar dan melantik sesiapa yang dihajatinya untuk menggantikan Perdana Menteri tersebut.Tidak seharusnya Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin Umno.Mengikut theorinya, ia boleh jadi Tukang Kebun Agong sekiranya Agong berfikiran bahawa dia lebih baik daripada Perdana Menteri dan orang yang paling layak menerajui negara.

Dan itulah bermulanya Abdullah Ahmad Badawi mengambil keputusan menyelinap keluar negara bersama kesemua keluarganya.Mereka menjangka bahawa artikel 8 Julai itu bukan suatu kebetulan tetapi suatu pertanda bahawa Agong mungkin bertindak dalam bidang kuasanya dibawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan menggantikannya dengan seseorang yang lebih bagus. Perdana Menteri kemudiannya mengarahkan KPN dan Pengarah Cawangan Khas ke Australia untuk mendapatkan maklum balas perihal samada dia dalam bahaya disingkirkan.

Terdahulu, Abdullah telah mengisytiharkan kontrak jawatan KPN dilanjutkan melepasi 13 September 2007 bilamana dia sepatutnya bersara. Abdullah telah menerima satu tamparan hebat kelmarin sewaktu persidangan Majlis Raja-Raja apabila Raja-Raja menolak ‘perlanjutan’ jawatan KPN atas dasar bahawa mereka tidak di maklumkan terlebih dahulu mengenainya. Itu merupakan mesej keras Raja-Raja kepada Abdullah bahawa mereka tidak gembira dengan cara dia mentadbir negara.

Abdullah khuatir bahawa Malaysia Today memainkan peranan ‘menghasut’ Raja-Raja untuk melucutnya. Mereka kemudiannya duduk dan lahirlah satu rancangan supaya Raja-Raja bertindak terhadap Malaysia Today dengan menuduh Malaysia Today mengaibkan Agong dan Islam. Mereka berharap dengan berbuat begini , Raja-Raja akan murka kepada Malaysia Today dan terhutang budi kepada Abdullah kerana menempatkan Raja Petra kedalam penjara dan dalam proses yang sama menjaga dan mempertahankan imej dan kehormatan Raja-Raja. Ringkasnya, Abdullah mahu Raja-Raja supaya berfikir bahawa Malaysia Today adalah musuh sedangkan Perdana Menteri dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan gembira sepanjang masa sebagai the First Family of Malaysia - Keluarga Pertama Malaysia.

Abdullah dijangka pulang pada 27 Julai 2007. Menurut pejabatnya , dia mungkin menunda kepulangannya hingga ke minggu pertama Ogos . Abdullah berharap apabila kepulangannya pada 27 Julai 2007, Raja Petra telah selamat di humban disebalik dinding tinggi penjara Sungai Buluh dan dia memohon berkenan kebawah Duli Yang di Pertuan Agong untuk mengadap dan menyatakan bagaimana dia telah mempertahankan imej dan kehormatan Agong dengan menghukum Raja Petra diatas jenayah mencemar duli Agong dan Islam.

Tetapi mereka telah menghantar seorang yang tolol / bengap untuk melaksanakan kerja mmenghapuskan Raja Petra. Bekas Menteri Besar dengan dua Muhammad pada namanya ini mengkucar kacirkan tugas ini.Abdullah sekarang perlu memikirkan semula strateji nya juga berkenaan tarikh kepulangannya. Adakah dia akan masih berjalan di Gerbang Kuasa atau dia akan terus tinggal di Australia dan memohon staus PR ? Ya, kita hidup dalam masa yang menarik . Seorang Datuk tertentu dari kem Abdullah menalipon saya malam tadi dan saya beritahu Datuk ini supaya menyatakan kepada bossnya bahawa Raja Petra bersungguh-sungguh untuk mmemusnahkan Abdullah Ahmad Badawi dan mempastikan bahawa saki baki tentang nya (Abdullah) adalah satu longgokan habuk. Seorang bapa saudara Agong menalipon saya dua malam yang lalu dan berkata :

“Bodoh betul Mat Taib!”

Pusingan Pertama : Raja Petra. Tetapi adakah saya juga kan memenangi pusingan ke-2? Saya tidak tahu lagi. Kita kena tunggu dan lihat. Masa pastinya akan menyatakan . Tetapi apa yang saya tahu, ini adalah pertarungan hingga mati dan saya sesungguhnya tidak peduli samada saya yang terkorban.



“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”




Sekian, wassalam. Terima kasih.

MUHAMMAD MUHD.TAIB : ENGKAU PENGKIANAT BANGSA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Dalam artikel saya yang disiarkan pada 24 Julai 2007 lalu di bawah tajuk : " MUHAMAD MUHD.TAIB SEORANG MUNAFIK ?" Saya menjelaskan bahawa engkau wahai! Mumammad Muhd.Taib seorang manusia munafik kerana ketika rakyat bagi engkau amanah, engkau mengadaikan amanah yang diberikan itu untuk kepentingan peribadi dan keluarga engkau. Kini, engkau cuba pula menjadi hero kepada bangsa yang pernah engkau dikianati dulu. Manusia apa engkau ini. Manusia seperti engkau sepatutnya berundur terus daripada politik arus perdana. Engkau sepatutnya berada di luar gelanggang, bukan dalam gelanggang.

Tubuh badan engkau masih lagi berbau hanyir penuh najis rasuah [komisen yang engkau terima], engkau melakukan banyak penyelewengan dan menggunakan kuasa untuk mencari kekayaan peribadi dan keluarga engkau. Engkau membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk mencuri duit rakyat. Engkau berjuang bukan untuk kepentingan ra
kyat terbanyak.

Muhammad dosa engkau perbuat dahulu itu tidak akan diampun oleh Allah, selagi rakyat yang engkau kianati dulu [makan harta rakyat] tidak memberikan engkau keizinan [maaf]. Dosa dengan Allah, senang, hanya memerlukan engkau memohon ampun kepadaNya dan bertaubat nasuha yang engkau tidak akan mengulangi lagi perkara yang keji itu [merembat harta rakyat tanpa izin mereka terlebih dahulu].

Muhammad, engkau dan adik-beradik engkau menjadi kaya raya hasil engkau menyalahgunakan kuasa dan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, yang merupakan sebuah negeri termaju di Malaysia. Ini terbukti apabila engkau tertangkap di Brisbine Australia. Dalam briefcase yang engkau bawa itu mengandungi berjuta ringgit. Di mana duit sebanyak itu engkau dapat?

Engkau bukan keturunan kaya-raya, hanya rakyat biasa, tetapi engkau bertindak menggunakan kuasa yang ada memfaraidkan harta kepunyaan rakyat kepada adik-beradik dan kroni-kroni engkau. Muhammad, engkau ketika berkuasa dulu menepikan sebahagian besar rakyat yang miskin papa-kedana yang tinggal di rumah-rumah setinggan semacam reban ayam. Kebanyakan mereka ini adalah ahli dan penyokong UMNO. Mereka yang miskin dan daif seperti ini mudah bagi engkau dan UMNO mengukir berbagai janji manis [setiap kali tibanya pilihanraya], tetapi semua itu dusta. Engkau hanya hendak dapatkan undid an kuasa. Dengan kuasa engkau boleh berbuat apa sahaja yang engkau mahu.

Kasihan mereka Muhammad, berulang-kali mereka ditipu dan diperdayakan bagaikan seekor lembu dicucuk hidungnya. Semenjak Negara mencapai kemerdekaan sampailah ke-50 tahun Negara merdeka, nasib mereka tidak terbela. Malah nasib mereka semakin buruk. Di zaman Khir Toyo memerintah, banyak rumah-rumah setinggan ini dibakar, dirobohkan dan pendudukanya dihalau macam kucing kurap.

Kerajaan Selangor yang pernah engkau perintah dulu, mengejar matlamatnya untuk mencapai negeri maju dalam tahun 2010, para setinggan dijadikan mangsanya. Program meng’SIFAR’kan setinggan mendatangkan malapetaka yang amat dashat. Mereka hilang tempat tinggal untuk berteduh dari hujan dan panas, hilang sekeping tanah seluas sekangkang kera tanpa diberi pampasan yang sewajarnya dan menyediakan kemudahan perumahan yang sesuai. Mereka hilang segala-segalanya demi untuk memberi laluan kepada tokok-tokoh korperat dan agensi-agensi tertentu yang rapat dengan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut dengan nilai hartanah bernila jutaan ringgit yang dimimpi oleh para setinggan ini. Mereka tidak seperti engkau adik-beradik dan kroni-kroni engkau yang memiliki banyak harta di luar negeri.

Di mana engkau, wahai! Muhmmad Muhd.Taib ketika itu [ketika berkuasa] dan kini engkau hendak bangkit kembali dengan misi untuk mempejuangkan nasib bangsa Melayu yang dikatakan masih lemah dalam berbagai sector. Kenapa engkau, Muhammad Muhd.Taib membiarkan Khir Toyo meratah semahu-mahunya keringat rakyat atas kebodohan para setinggan yang tidak mahu sedarkan diri itu. Masih menyokong setia kepada parti engkau yang kurop itu. Mereka telah dibutakan oleh jentera-jentera propaganda media massa milik puak engkau.

Kisah kemewahan engkau, wahai! Muhammad bukan dogengan atau fitnah. Banyak bukti-bukti yang boleh dikemukakan. Sejarah telah merakamkan kebijatan perangai engkau wahai! Muhammad Muhd.Taib. Kini, engkau, Muhammad adalah musuh kepada rakyat Selangor dan musuh nombor satu rakyat Malaysia, kecuali rakyat yang boleh dibeli dan wang-ringgit yang tidak ada maruah diri seperti engkau dan para pemimpin didalam puak engkau yang tidak tahu malu. Engkau boleh diumpamakan sebagai barangan buangan, yang diambil semula dan dikitar semula.Hairan. Kami rakyat Malaysia amat hairan kenapa Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri mengutip engkau semula diangkat menjadi seorang senator dan Ketua Penerangan UMNO. Apa yang engkau hendak terangkan kepada rakyat jelata.

Engkau tidak boleh bercakap tentang tulus, ikhlas, amanah, jujur, bersih dan sebagainya yang muluk-muluk kerana engkau sendiri seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul.

Wahai! Muhammad Muhd.Taib-engkau memiliki :

Kekayaan Peribadi, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan

1. Kemewahan yang dimilikinya dan adik-beradiknya luar biasa. Tidak mungkin [tidak masuk aqal] adik-beradiknya kaya-raya tanpa beliau yang membantu menganugerahkan berbagai projek kerana beliau ketua eksekutif kerajaan negeri. Baca tulisan saya seterusnya :

Rujuk : http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai59.html

2. Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan betapa hapraknya engkau wahai! Muhammad Muhd.Taib. Baca artikel seluruhnya :
[Rujuk :
http://malaysia-today.net/blog2006/guests.php?itemid=6723]

Wahai! Muhammad Muhd.Taib-engkau cuba membela Raja-raja Melayu, tetapi yang berlaku sebaliknya. Engkau tembak peluru kapor. Tersalah tembak.Engkau pembohong. Sebenarnya engkau dan puak-puak engkau hendak hapuskan Malaysia Today bersama-sama dengan Raja Petra Kamaruddin yang banyak mendedahkan keburukan perangai rasuah puak-puak engkau. Kalau boleh engkau dan puak-puak haprak engkau hendak menjadi semua saluran maklumat di muka bumi ini engkau dan puak-puak engkau hendak kawal supaya menyokong para pemimpin engkau membuta-tuli. Macam engkau dan pencacai-pencacai lainnya yang buta dan pekak. Lihat apa yang engkau dan puak-puak engkau buat:

Serangan terhadap Raja-raja Melayu

1. Dikaca mata engkau dan UMNO menganggp Raja-raja Melayu tidaK relevan lagi di zaman serba moden ini. Engkau mungkin berpendapat bahawa para pemimpin UMNO yang perlu diberi taat-kesetian tanpa berbelah-bagi kerana ianya diplih oleh rakyat. Ajaran demokrasi mengatakan bahawa rakyat yang berkuasa menurun dan menaikkan pemimpin.

Oleh itu, pada tahun 1983 dan 1993 dalam menghadapi krisis Perlembagaan, UMNO dan engkau sendiri memperkenalkan budaya tidak menghormati Raja-raja Melayu. Apa yang engkau, Shahidan Kassim dan puak-puak dalam UMNO tidak kata kepada Raja-raja Melayu. Semuanya disembur terbit daripada mulut-mulut puak-puak engkau mencaci dan menghina Raja-Raja Melayu dan engkau dan pak-puak engkau menghasut rakyat supaya membenci Raja-raja. Engkau dan puak-puak engkau menjelajah seluruh Negara dalam kempen ‘SEMARAK’ menentang Raja-raja dan mengajak rakyat bersama-sama engkau dan para pemimpin parti engkau yang maha haprak, sesat lagi menyesatkan. Kalau bukan kerana engkau parti yang berkuasa sudah lama engkau dan puak-puak engkau disumbat dalam kem Kemunting.

Parti-parti dan NGO lain tidak boleh berbuat apa yang engkau dan puak-puak engkau buat. Itulah dinamakan demokrasi ‘kepala otak’ engkau wahai! Muhammad Muhd Taib. Mereka pasti dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan atau OSA seperti yang engkau mahukan atau lain-lain akta draconian yang digunapakai untuk melindungi kerja-kerja jahat engkau dan puak-puak engkau. Engkau dan UMNO yang berkuasa sahaja berani bertindak menentang Raja-raja kerana UMNO memiliki kuasa, UMNO ada imuniti dan kebal tidak lut dengan undang-undang yang ada. Melalui kuasa, UMNO boleh berbuat apa sahaja yang ia mahu. UMNO boleh mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan. itulah keistemewan yang ada pada UMNO wahai! Muhammad Muhd.Taib bangsat.

2. Lihat ucapan Haji Zainal Abidin Sakom di Perhimpunan Agung UMNO pada 10hb Nov 1991, beliau telah menyerahkan Resolusi Empat perkara, UMNO Selangor yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamad Bin Mohd Taib yang juga Menteri Besar Selangor.Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh UMNO Selangor kepada Perhimpunan Agung UMNO ialah:

i . Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau melalui "Kapitan China"

ii. Meminta Presiden UMNO supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka - yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.

iii. Meminda perlembagaan 1957 supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco), setiausaha kerajaan , penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.
iv. Supaya Perhimpunan Agung UMNO memberi mandat penuh kepada Dato Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan pelembagaan dan segala langkah yang perlu. Untuk menjelaskan selanjutnya sila baca artikel ini keseluruhannya

[Rujuk :http://sangkelembai2006.blogspot.com/2007/07/tidak-salah-tegur-raja-ghafar.html]

3. Engkau dan team engkau hendak tembak musang, tetapi bodoh, banggang, buta dan pekak tak kenal musang. Baca artikel ini untuk lihat golongan IBLIS ini bekerja.
[Rujuk : http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=6776]

Kesimpulannya : Engkau dan puak-puak dari golongan sepsis engkaulah yang mengkianati bangsa dan agama, tetapi dengan kuasa engkau dan puak-puak engkau dapat mengubah persepsi orang ramai yang menyatakan engkau dan puak-puak engakau selamanya betul, orang lain semuanya salah. Pasukan polis telah dijadikan alat untuk survival parti engkau wahai! Muhammad MuhdTaib

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, wassalam. Terima kasih.

Tuesday, July 24, 2007

MUHAMAD MUHD TAIB MUNAFIK?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Sehari dua ini, khususnya pelayar-pelayar internet [tidak di media-media arus perdana yang membawa mesej IBLIS-SYAITAN] membicirakan kebangkitan Muhamad bin Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor yang badan penuh dengan najis-najis yang masih lagi berbau hanyir akibat bergelumang dengan tahi rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan peribadi dan keluarganya.

Muhamad selaku Ketua Penerangan UMNO cuba menonjolkan dirinya semula dalam kancah politik Malaysia, selepas beliau dilantik menjadi Senator pada 17 November 2006 lalu. Kali ini, Muhamad cuba berlagak menjadi hero dengan membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan penggendalinya YM Raja Petra Kamaruddin konon-konon katanya pada 11 Julai yang lalu satu artikel yang ditulis oleh Raja Petra mengandungi perkataan-perkataan yang menjurus kepada menghasut, menghina Yang DiPertuan Agong dan Agama Islam.

Berkali-kali saya menatap dan membaca butir-butir ayat yang terkeluar daripada mulut busuk Muhamad ini. Saya petik kenyatan Muhamad itu yang disiarkan oleh mStar online seperti berikut :"Ia membabitkan laporan yang [1] menghina Yang di-Pertuan Agong dan menghasut sehingga boleh merosakkan institusi Yang di-Pertuan Agong. Ia juga menghina dan memperlekehkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan," katanya.

"Kita rasa [2]sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita tidak boleh membenarkan penulisan sebegini bebas dibuat di blog, dan kita minta pihak berkuasa mengambil tindakan bersesuaian mengikut peraturan dan undang-undang negara," katanya


http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f1fe9063-c0a85062-e6246600-2c4e9920

Lagi Muhamad menyebut : [3]"Saya rela ditembak, di bom, demi mempertahankan negara, raja dan agama. Saya berani membuat tindakan walaupun diancam," kata senator itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Kerajaan Elektronik 2007 di Dewan Negara hari ini.

"Kita ada undang-undang, tidak boleh sentuh institusi raja dan agama, tetapi mengapa orang bebas untuk berbuat sesuka hati. Saya bukan orang yang menentang penulis-penulis blog, tetapi kita tidak boleh terima [4] orang yang tidak beretika, tidak berbudi bahasa dan tidak bertanggungjawab," kata Muhammad.
http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f781fca0-c0a85062-e6246600-a61a7d68

Memang betulah apa yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’. Lihat dan perhatikan ayat nombor [1] dan nombor [3]. Menyusuri perjuangan ‘MAHA HAPRAK’ UMNO, tidak ada parti dan para pemimpinya yang berani mencabar, menghina, memperlecehkan institusi Raja-raja dan membuang kedaulatan Raja-raja Melayu melainkan parti sesat lagi menyesatkan iaitu UMNO. Adakah kita lupa peristewa krisis Perlembagaan pada tahun 1983 dan tahun 1993 dulu.

Ianya masih segar dalam ingatan sebahagian daripada rakyat Malayia [tidak kepada ahli-ahli UMNO yang berotakan udang belacan]. Para pemimpin UMNO ketika itu membuat perhimpunan di seluruh Negara kempen menentang institusi Raja-raja Melayu dengan tema kempen ‘SEMARAK- PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT’- menjelajah dari satu negeri ke satu negeri.

Dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, Raja-raja Melayu dimaki. dicerca dan dihina semahu-mahunya dihadapan mata dan telinga rakyat. Media massa [mewakili suara IBLIS-SYAITAN] yang dikawal oleh kerajaan kurop ini berkokok siang-malam mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu sehinggakan pada gambaran di mata [fikiran] rakyat tidak ada setitik pun kebaikan yang dibuat oleh Raja-raja Melayu ini kepada bangsa dan agama Islam. Raja-raja Melayu ditelanjangkan semahu-mahunya tanpa sehelai benang pun untuk memalu dan menghinakan Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu. Tidak terkecuali, semua Sultan dan Raja-raja Melayu menerima cacian dan makian ini dari isu yang kecil-kecilnya sehinggalah ke isu yang lebih besar dan mencabar.

Sultan yang paling teruk kena pukulan daripada para pemimpin UMNO ialah Sultan Johor, diikuti oleh Sultan Kelantan [kerana politik menyokong Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin parti Semangat Melayu 46 [SM46] mengakibatkan Anuar Musa yang berangan mahu menjadi MB Kelantan sampai sekarang tidak dibenarkan masuk ke dalam istana Sultan Kelantan], Sultan Pahang dan Yang DiPertuan Negeri Sembilan [soal kekayaan yang melimpah ruah turut diungkit].

Dalam kempen menentang Raja-raja ini, heronya ialah MB Perlis, Shahidan Kassim yang menjadi jurucakap UMNO untuk mencari, mengorek dan mendedahkan segala keburukan yang dilakukan oleh Sultan dan Raja-raja Melayu. Akhirnya, satu usul tergempar dibawa ke Parlimen bagi mengakhiri riwayat Raja-raja dengan menghapuskan Hak Keistemewan Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan perkara 181. Kini, para Sultan dan Raja-raja Melayu hanya tinggal gusi dan lidah [mulut ditampal dengan plaster atau diberi gula-gula untuk dikunyah] angkara perbuatan durjana para pemimpin UMNO.

Parti yang bangkit memperjuang dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-raja ini ialah Parti PAS dan Parti SM46 pimpinan Tengku Razaleihg Hamzah [cubaan Tengku Razaleihg melalui mahkamah juga turut gagal kerana beliau dikatakan tidak mempunya prima facei], tetapi apakan daya PAS dan SM46 tidak mempunyai kekuatan untuk melawan kerana UMNO menguasai 2/3 kerusi Parlimen.

InsyaAllah saya akan kaji peristewa ini melalui keratan akhbar-akhbar lama khususnya Utusan Malaysia yang menjadi juaranya dan akan dibentangkan kepada para pembaca semua. Tujuannya untuk mematahkan hujah-hujah UMNO yang kononya merekalah yang memperjuangkan dan memuliakan institusi beraja di Malaysia seperti yang diungkapkan oleh Muhamad tadi.

Perkara [2] dan [4] akan dijawap melalui artikel saya ini yang telah disiarkan oleh Laman Marhean dan Laman Tranungkite pada 29 November 2006 bagi mengetahui siapa Muhamad Muhd.Taib yang sebenarnya. Sila baca ULR ini :

http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai59.html

Tidak lengkap lagi kalau tidak membaca hasil tulisan Raja Petra sendiri selepas laporan terhadap beliau dibuat oleh manusia munafik ini. Sila klik ULR ini :

http://malaysia-today.net/blog2006/guests.php?itemid=6723

Sebagai kesimpulannya, pandai-pandailah rakyat Malaysia [khususnya yang akan pengundi pada PRU ke-12 nanti] memilih pemimpin. Jangan tersalah pilih seperti manusia yang bernama Muhamad Muhd.Taib ini. Gunakan otak di atas kepala yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebaik-baiknya, jangan sekali-kali mengunakan kepala lutut untuk berfikir akibatnya sangat buruk memusnahkan bangsa dan agama seperti apa yang berlaku sekarang. Bangsa, agama dan Negara di ambang kehancuran.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

Sunday, July 22, 2007

KENANGAN SILAM : DARI NEGERI TOK KENALI MENJADI NEGERI NIK AZIZ

Oleh: Hj Subky Latiff [http://detik.daily.tripod.com/Mei/t12mei.htm]
Diterbitkan semula Oleh : Tun Telanai


Assalamu’alaikum wm.wrt,


Sentuhan pena Hj Subky Latiff cukup memukau. Bidasannya tajam dan menyengat. Tulisannya dinanti saban minggu dalam akhbar Siasah. Suatu yang menarik dalam penulisan politik popular Subky adalah jangkaannya yang mengena. Tulisan di bawah ini dihasilkan pada September 1983, namun ia cukup relevan untuk direnung semula dalam konteks kini, ketika UMNO berhempas pulas untuk menawan semula Kelantan pada pilihanraya umum ke-12.Apakah rakyat Kelantan sanggop mendakap UMNO semula dan membiarkan para pemimpinnya melahap khazanah rakyat? Jawapannya ada ditangan rakyat Kelantan sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------- ---------

Orang-orang Kelantan pada umumnya adalah bangga dengan perjuangan tokoh-tokoh besar Tok Janggut dan Tok Kenali. Sehingga ini anak-anak Kelantan di luar negeri bila ditanya mereka dari mana, mereka kerap mengenalkan diri mereka dari 'negeri Tok Janggut' atau 'negeri Tok Kenali' atau kedua-duanya sekali.

Walaupun Kelantan juga pernah melahirkan cerdik pandai seperti Tengku Hamzah dan Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan mereka pernah menjadi pembesar yang dihormati di seluruh negara, tetapi tidak pernah kita mendengar anak-anak Kelantan di luar negeri berkata bahawa mereka datang dari negeri Tengku Hamzah atau Tan Sri Nik Ahmad Kamil.

Orang-orang Kelantan mempunyai sebab untuk berbangga dengan perjuangan Tok Janggut dan Tok Kenali, kerana mereka berjasa menentang kedatangan penjajah dan meletakkan asas masyarakat Islam bagi negeri Kelantan.

Saya berbangga jadi orang Melayu, kalau orang Melayu itu adalah orang Melayu seperti Tok Janggut dan orang Melayu seperti Tok Kenali.

Kedua-dua tokoh itu bersama-sama ramai lagi tokoh lain para ulamak dari Kelantan, telah berjaya meletakkan peta negeri Kelantan begitu istimewa di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Kelantan telah menjadi tumpuan bagi para pelajar agama untuk melanjutkan pelajaran dalam kurun ke-19 dan separuh dari kurun ke-20 ini.

Kebanyakan pelajar dari Semenanjung, sebahagian dari pelajar di Sumatera, Tanah Jawa dan Kalimantan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Kelantan sebelum berangkat ke Makkah. Syeikh Idris Al-Marbawi, pengarang kamus Marbawi - kamus Melayu-Arab - yang belum ada tandingannya di Nusantara telah belajar di Kelantan sebelum berangkat ke Mesir.

Ibu bapa pula yang berazam untuk melihat anaknya jadi orang alim, bercita-cita untuk menghantar anak mereka belajar ke Kelantan. Sesudah itu barulah anak itu dihantar ke Makkah, Madinah atau Mesir.

Asas yang ditegakkan oleh Tok Janggut dan Tok Kenali dan lain-lain ulama Kelantan itu banyak membantu penduduk Semenanjung kekal menjadi orang Islam dan agama Islam terpelihara di negara ini. Pada hal kedatangan penjajah Barat - Peringgi , Sepanyol, Belanda dan akhirnya Inggeris - adalah untuk memburu orang-orang Islam.

Peringgi dan Sepanyol datang ke alam Melayu kerana mereka mendapat tahu bahawa penduduk di rantau ini terdiri dari orang-orang Islam. Pada sekitar kurun ke-14 itu mereka baru saja menumbangkan kerajaan Islam di Kardoba - negara Sepanyol dan Portugal sekarang.

Penganut agama Eropah yang sudah mengalahkan Islam itu memburu orang Islam di mana saja mereka dengar ada orang Islam. Atas visi inilah Peringgi atau Benggali Putih datang ke Melaka dan Sepanyol ke Filipina dan mereka diikuti oleh Belanda dan Inggeris.

Tujuan besar mereka adalah untuk menghapuskan Islam dan menggantikannya dengan agama orang Eropah.

Rombongan para padri Sepanyol sangat berjaya dengan tugasnya di Filipina hingga penganut Islam menjadi rakyat minoriti di negara itu sekarang. Ketika saya ke Filipina tahun 1970, saya sempat menyaksikan rakyat negara itu merayakan ulang tahun ke-400 Manila ditakluki oleh penjajah Barat. Mereka gembira merayakan ulang tahun mereka dijajah yang saya kira sepatutnya hari itu bukanlah hari yang patut digembirai.

Pengaruh agama Eropah itu juga berkembang dan begitu berpengaruh di bahagian-bahagian lain di Nusantara ini. Tetapi di Malaysia, orang Islam adalah bertuah, mereka masih kekal sebagai orang Islam dan bangga menjadi orang Islam.

Apa yang membantu orang Islam Malaysia boleh kekal dengan agama mereka ialah adanya asas-asas yang diletakkan oleh para ulamak yang membuka pondok-pondok di merata tempat khususnya di Kelantan, Kedah, Utara Perak dan Terengganu.

Ulamak-ulamak yang membuka pondok itu dikira kolot, ketinggalan zaman, antikemajuan, antipembangunan dan sebagainya, tetapi mengajar Islam kepada murid-murid mereka.

Mereka mengajar anak-anak Melayu tentang perjalanan bulan dan matahari hingga mereka tahu mengira bila anak bulan boleh kelihatan, bila bulan gerhana dan bila matahari gerhana.

Orang-orang inilah yang menjadi benteng mempertahankan orang Islam sekalipun Peringgi, Belanda, Inggeris saling bertukar tangan menjajahi Tanah Melayu. Berbagai-bagai cara diusahakan oleh penjajah, tetapi orang Islam yang patuh kepada pimpinan para Tok Guru iaitu para ulamak, menyebabkan orang Islam Tanah Melayu tidak jadi macam orang Filipina dan bahagian-bahagian lain di Nusantara.

Sesudah penjajah terpaksa pergi dan mereka gagal merobohkan pondok-pondok, Peringgi gagal menutup sekolah pondok, Belanda tidak dapat merobohkan sekolah pondok, Inggeris dan Jepun juga tidak berani menyentuh sekolah pondok, mereka pergi dan urusan pentadbiran negara diserahkan kepada anak negeri tahun 1957.

Pentadbiran anak negeri sendirilah yang memusnahkan asas yang ditegakkan oleh Tok Janggut dan Tok Kenali tadi. Sesudah itu Kelantan hingga hari ini tidak lagi menjadi tumpun para pelajar Islam.

Kelantan sudah tidak bermain kepala ibu bapa bila mereka mahu menjadikan anak-anak mereka orang alim. Tok Janggut masih dikenang dan Tok Kenali masih dikenang dan ada orang yang mengkaji sejarah mereka. Tetapi bukan mustahil orang mengenal mereka nanti sama dengan orang mengenal pencipta dikir barat. Memuja dan membanggakan Tok Janggut dan Tok Kenali adalah baik. Tetapi tanda menyanjungi mereka tidak memadai sekadar mengatakan 'aku datang dari negeri Tok Janggut' atau 'aku datang dari negeri Tok Kenali'.


Sanjungan yang paling bererti ialah dengan menyambung perjuangan mereka.Orang-orang Kelantan saja yang boleh menyambung perjuangan mereka. Kalau orang Kelantan mahu Kelantan menjadi tumpuan para pelajar Islam semula.

Masih ada di tengah-tengah Kelantan para ulamak yang boleh bergerak untuk menyambung asas yang diletakkan oleh Tok Kenali dulu. Dan asas itu sendiri agak kukuh dan orang Kelantan memang boleh buat. Kebetulan sekarang di tengah-tengah Kelantan ini dilahirkan seorang tokoh yang terkenal iaitu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, anggota Parlimen dari Pengkalan Chepa.

Beliau adalah Tuan Guru yang mendapat perhatian dan beliau sudah pun ditonjolkan sebagai pemimpin. Beliau tidak berhajat untuk menjadi pemimpin, tetapi bakat pimpinan yang ada padanya menyebabkan masyarakat Islam Kelantan mahukan pimpinannya.

Nik Aziz mungkin tak sehebat Tok Janggut dan Tok Kenali. Tetapi masa ini beliau mempunyai kedudukan yang boleh menggantikan Tok Janggut dan Tok Kenali bagi memimpin Kelantan kembali kepada peta lamanya di tanahair kita ini.
Dengan bantuan lain-lain ulamak di Kelantan dan di luar Kelantan, dengan sokongan rakyat Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz boleh menyambung perjuangan Tok Kenali bagi meletakkan asas yang kukuh bagi masyarakat Islam di negara ini.

Orang mungkin melihat kelemahannya, tetapi beliau adalah orang yang belum diberi peluang. Kini peluang mulai diberi dan dengan bantuan dan dengan pengalaman yang mulai diperolehi, masyarakat Islam Kelantan boleh kembali kuat di bawah pimpinan Nik Aziz.

Nik Aziz kini muncul di tengah-tengah masyarakat mulai berkehendakkan kepimpinan ulamak. Nik Aziz tidak pernah mengaku dia ulamak dan dia pun tidak pernah meminta dia dipilih menjadi ketua. Tetapi kerana dia adalah ulamak, tanpa dia memberitahu dia ulamak pun, orang tahu dia ulamak dan orang mahu dia memimpin.
Ada tanda-tanda bahawa zaman gemilang bagi Kelantan akan berulang semula. Zaman gemilang itu tidak bererti siang malam di pasang elektrik. Zaman gemilang ialah zaman ia menjadi perhatian semua bagi orang-orang untuk berlindung dan mendapatkan khidmatnya.

Ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz, boleh menepati pimpinan yang dimulakan oleh Tok Janggut atau Tok Kenali. Dan bukan pula suatu yang mustahil selepas ini orang-orang Kelantan luat negeri mengenalkan dirinya sebagai 'orang negeri Nik Aziz'.

Kalau orang dulu boleh mengaku mereka datang dari 'negeri Tok Kenali' maka tentulah mereka boleh menyambung tradisi itu dengan mengaku mereka orang 'negeri Nik Aziz' .

Kerana orang Kelantan tak pernah mengaku datang dari 'negeri Tengku Hamzah' atau 'negeri Nik Ahmad Kamil', maka adalah janggal bagi mereka untuk menyebut 'kami datang dari negeri Tengku Razaleigh'. Tetapi tidak janggal menyebut 'negeri Nik Aziz'.



“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih.

Saturday, July 21, 2007

NAJIB BERCAKAP BOHONG

Oleh Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

I. Nahas helicopter Nuri


Saya pada mulanya tidak berapa minat mengambil berat tentang nahas helicopter Nuri pada hari Jumaat, 20 Julai lalu. Saya hanya sekadar mengambil tahu dimana peristewa ini berlaku dan berapa orang yang menjadi mangsanya. Nahas Nuri ini bukan merupakan satu perkara yang ganjil, ianya perkara biasa.

Helikopter Nuri itu telah berkhidmat dalam TUDM sejak tahun 1968 dan pada masa ini sebanyak 20 pesawat itu masih lagi beroperasi walaupun telah digunakan hampir 40 tahun. Dengan kejadian terbaru itu, sehingga kini sebanyak 95 kematian dicatatkan melibatkan 18 nahas atau pendaratan cemas Nuri di negara ini. Nahas hari Jumaat lalu telah mengorbankan ke semua krew seramai enam orang yang berada dalam helicopter tersebut.

Apabila saya membaca New Straits Times keluar hari Rabu, 18 Julai di muka surat 6, satu tajuk kecil menyebut : “Captain feared flying Nuri”. Salah seorang mangsa, Kaptain Nor Azlan Teruzi memberitahu kawan rapatnya Hashidee Murshin Hassim bahawa beliau sangat takut untuk menaiki helicopter Nuri yang sering berulang-alik dari kem Sungai Besi, Kuala Lumpur ke Kuantan Pahang kerana helicopter tersebut mempunyai masalah kipas dan tangki minyak. Beliau kalau boleh lebih rela memandu lori untuk ke kuantan, lebih selamat katanya.

Saya jadi marah. Pertama, Najib awal-awal lagi [belum ditubuhkan jawatankuasa penyiasatan] telah memberi factor cuaca yang menyebabkan berlakunya nahas tersebut. Najib sebagai Menteri Pertahanan perlu tahu dalam usia melebihi 40 tahun, helicopter Nuri sudah tidak sesuai lagi digunakan sebagai helicopter melakukan operasi dan pengangkutan.

Kalaulah Nuri ini sebuah kereta biasa, tentunya segala isinya telah dijual lelong kepada ‘hindu botol’ sebagai besi buruk untuk dicanaikan semula. Najib mempertaruhkan nyawa para anggota TUDM dengan menggunakan helicopter Nuri itu. Jadi, sebenarnya Najib bercakap bohong untuk menutup kelemahannya sebagai Menteri Pertahanan yang tidak ada rasa pertanggungjawapan dalam menjaga keselamatan nyawa para anggota TUDM. Bercakap sahaja lebih, macam tin kosong, seperti beliau bercakap berapi-api di mesyuarat UMNO di Kelantan. Celah kangkangnya pun beliau tidak terjaga.

[Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/70034 dan http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007
&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_
Hadapan&pg=mh_03.htm]

Kedua, dalam keadaan yang tidak selamat itu menyebabkan beliau sebagai Menteri Pertahanan dan VVIP lainnya tidak memilih menggunakan helicopter Nuri untuk menjalankan tugas rasmi, sebaliknya beliau dan VVIP memilih menaiki pesawat VIP istimewa yang lebih selesa dan selamat. Lihat betapa haprakya Najib dan lain-lain VVIP, nyawa para anggota TUDM tiada ada nilai bagi mereka. Yang penting dan yang ada nilai bagi Najib dan lain-lainnya ialah mempergunakan dan memperalatkan undi pos dikalangan para anggota tentera untuk kepentingan politik peribadi bagi terus mengekalkan kuasa, kedudukan dan memunggah kekayaan Negara semahu-mahunya selagi ada kesempatan.

Ketiga, baru sekarang sedar bahawa helicopter Nuri sudah tidak relevan lagi penggunakannya. Ia akan diganti mengambil masa yang begitu lama di antara 2 ½ hingga 3 tahun. Mengapa memerlukan masa yang begitu lama, sedangkan tempahan jet eksekutif Perdana Menteri boleh diselesaikan tidak sampai dua tahun? Najib perlu tahu bahawa para anggota TUDM sekarang berada dalam keadaan truma ketika menjalankan tugas. Mereka boleh mati bila-bila masa sahaja, bukan berjuang menentang musuh, tetapi mati kerana nahas helicopter Nuri.

Jadi, rakyat biasa macam kita ini apalah sangat pentingnya bagi Najib dan kerajaan, rakyat boleh diperkotak-katikkan sesuka hati, sedangkan tentera yang menjadi benteng pertahanan dan mempertaruhkan nyawa untuk kepentingan Negara tidak diberi perhatian, apa lagi kita.

II. Enggan menggunakan kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik


Najib kata kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik belum boleh dilaksanakan pada pilihanraya akan datang kerana ia melibatkan kos yang besar dan menafikan hak rakyat yang belum menukar kad pengenalan kepada MyKAD. Kata Najib : “Kerajaan tidak mahu dituduh tidak menghormati hak rakyat sebagai pengundi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan,”

Ini satu pembohongan lagi. Bila pula UMNO menghormati hak rakyat kononnya seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Perlembagaan menetapkan semua rakyat, parti-parti politik dan lain-lain pertubuhan mempunyai hak yang sama seperti yang UMNO keparat ini menkmatinya, tetapi sebaliknya terjadi. UMNO secara sedar [kerana terlalu ego dengan kuasa yang dipegangnya] tidak pernah menghormati hak orang lain. UMNO menganggap bumi Malaysia ini hak mak-bapaknya. Siapa yang mencabul peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Jawapannya UMNO.Lihatlah curak amalan demokrasi di negara ini. Cukup memalukan dan rakyat terasa terhina degan perbuatan UMNO seperti yang ditunjukkan selama ini. Gila kuasa sanggup buat apa sahaja sehingga sanggop membunuh seperti yang pernah berlaku di Padang Terap [di rancangan FELDA Lubuk Merbau]. Beli-membeli [rasuah politik] undi tidak perlu kita bincangkan. Ianya berluasa, tidak ada pihak yang boleh menyekat nafsu serakah UMNO an pemimpinya.

Dalam sibuk mengadakan mesyuarat agung tahunan diseluruh Negara sekarang ini, parti mana yang menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti dewan-dewan sekolah dan kolej serta kemudahan yang ada di ITPA-ITPA seluruh Negara, bukankah UMNO juga. Setiap kali tibanya pilihanraya kecil atau umum, kawasan sekolah dan tempat-tempat awam digunakan sebagai markas UMNO untuk berkempen. Kemudahan yang sedia ada itu digunakan dengan sewenang-wenangnya. Adakah hak seperti ini juga diberikan kepada parti-parti lain. Seingat saya UMNO tidak pernah memberi laluan kepada parti-parti lain menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut. UMNO tidak pernah hormat kepada Perlembagan sekiranya kepentingannya tergugat.

Parti mana yang mencabul dan merogol amalan demokrasi di Negara ini. Perlawanan di sebuah padang yang tidak sama rata. Menggunakan berbagai saluran media untuk kepentingan parti dan menghalang, menyekat dan menghadkan saluran maklumat pembangkang kepada rakyat. Sumber makumat ini sepatutnya berkongsi bersama seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Menyalahguna kuasa untuk mengekalkan kuasa. Bukankah UMNO yang melakukan perkara-perkara tersebut.

Tidak masuk akal kerajaan yang dikatakan berjaya dalam mengurusan ekonominya tidak ada duit untuk memperbelajakan sebanyak RM40 juta membeli peralatan bagi mengesan pengenalan pengundi secara biometrik, iaitu membabitkan penggunaan Kad Akuan Diri Malaysia [MyKAD] dan pengimbas cap jari.

Jika Najib dan kerajaan ikhlas dan berani bertarung secara ‘anak jantan’, tidak perlu gopoh-gapah mengadakan PRU ke-12 kerana tarikh luputnya masih jauh lagi iaitu sampai bulan Mac 2009. Sediakan dulu segala kemudahan seperti yang diperlukan oleh SPR baru pilihanraya yang adil dan bebas boleh diadakan.

Soal rakyat yang tidak memiliki MyKad tidak berbangkit langsung. Bukankah sebelum PRU ke-11 dahulu kerajaan telah memaksa semua rakyat Malaysia menukarkan kad pengenalan lama kepada MyCard dan rakyat yang ingkar akan didenda dan disaman. Sekarang ini semua urusan baik dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta telah menggunakan MyCard.

Yang sebenarnya Najib dan UMNO mahu menipu dalam pilihanraya bagi membolehkan seorang pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali. UMNO mempunyai kemudahan untuk mobilekan pengundi dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau satu negeri ke negarai yang lain-sasaranya ialah Kelantan.
Perkara ini bukan satu yang anih, telah terjadi dalam PRU ke-11 yang lalu khususnya di negeri Selangor yang mana masa mengundi telah dilanjutan selama dua jam sehingga jam 7.00 malam, sedangkan masa yang digezet penutupan pusat-pusat pengundian ialah pada pukul 5.00 petang.

UMNO telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan secara terang-terangan kerana seperti yang diketahui umum, pengundi-pengundi yang diangkut dengan bas belum sampai balik lagi. Selepas membuang undi di Terangganu dan di Kelantan.

Hai! Najib, UMNO ingat semua rakyat Malaysia ini bodoh dan dungu ke macam orang-orang UMNO ke? Tiba-tiba UMNO hendak menghormati Perlembagaan. Pastinya ada udang disebalik mee. Pooorahhh!

Kami bukan bodoh semuanya. Sekilas ikan diair, kami sudah tahu jantan-betinanya.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian, wassalam. Terima kasih.





Monday, July 16, 2007

MENGIMBAU KISAH SILAM MEGAT JUNID MEGAT AYOB

Oleh: Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,

I. Sejarah Politik Megat Junid Megat Ayob

Gambar ini diambil daripada akhbar internet klpos.com. Megat Junid Megat Ayob bukan asing bagi rakyat Malaysia. Beliau merupakan tokoh politik paling popular ketika Tun Dr.Mahathir Mohamad berkuasa dahulu. Kini, dikhabarkan Megat diserang penyakit kanser. Beliau kelihatan sangat uzur ketika duduk menanti kepulangan Mahathir dari lawatan luar negara.


Gambar ini pula diambil daripada laman http://minaq-jinggo.fotopages.com/ yang menunjukan Megat menghadiri majlis sambutan hari lahir Mahathir dan isterinya, Dr.Hasmah Mohd.Ali. Kelihatan Megat Junid berjalan lemah dan tidak bermaya. Beliau merupakan orang kanan dan paling setia dengan Mahathir dari awal sehingga berakhirnya karier beliau sebagai seorang ahli politik.


Megat Junid merupakan salah seorang ahli politik dari Malaysia yang tersohor di zaman mudanya. Beliau pernah berkhidmat dalam Parlimen Malaysia sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan kemudian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau seorang ahli UMNO dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan UMNO [2000-2003].
Beliau lahir di
Kampung Padang, Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak. Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Air Mati, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Maktab Perguruan Ipoh dan di Universiti Malaya.Teman sama sekolahnya ialah Dr Abdulah Fadhil Che Wan [bekas Ahli Parlimen dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan di zaman Mahathir memerintah] dan Tajol Rosli Ghazali, Menteri Besar Perak.

Karier politik Megat Junid bermula pada tahun 1972 apabila menyertai UMNO dan dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar. Pada 1 Januari 1975, Mahathir yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran melantik Megat sebagai pegawai khasnya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik Mahathir setahun kemudian sehingga 1984.

Karier politiknya cerah apabila beliau memenangi pilihanraya umum 1982 bagi kawasan Parlimen Pasir Salak. Seterusnya, beliau dipilih menjadi Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak pada tahun 1984 dan pada tahun yang sama dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Pada pilihanraya umum 1986, Megat sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak dengan majoriti melebihi 10,000 undi. Sejak tahun itu hingga 1997, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sehingga 1999.

Pengaruhnya di Pasir Salak semakin kukuh apabila memenangi pilihanraya umum 1990 dengan majoriti melebihi 15,000 undi. Megat Junid sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Pasir Salak pada pilihanraya umum 1995 dengan majoriti sebanyak 17,300 undi. Bagaimanapun karier politiknya mengalami kejutan pada pilihanraya umum 1999 apabila tewas kepada Mat Basri bagi merebut kerusi Parlimen Parit. Megat Junid juga memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Salak sejak 1984 sebelum tewas apabila mencabar Ramli bagi jawatan ketua bahagian itu pada 15 April 2003.

II. Mengimbau Kisah Silam Megat Junid Megat Ayub

Terdapat tiga peristewa penting yang tidak mungkin dilupakan oleh rakyat Malaysia yang membabitkan Megat sepanjang beliau menjadi tokoh politik yang berkuasa dan berkedudukan dalam kerajaan pimpinan UMNO. Pertama, kes pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah pada 14 November 1988 bertempat di Segambut Tengah, Kuala Lumpur. Wanita ini ditembak dari jarak dekat. Ketika itu Megat ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang menterinya ialah Mahathir. Difahamkan Mahathir menyerah bulat-bulat dan memberi kepercayaan sepenuh kepada Megat untuk mengemudikan Kementerian itu kerana Mahathir sibuk dengan tugas-tugas seorang Perdana Menteri berkempen dalam dan luar negeri untuk membangunkan Malaysia sebagai Negara maju menjelang tahun 2020.

Boleh dikatakan semua orang tahu bahawa Megat didakwa terlibat dengan pembunuhan Mustakizah Jaafar, seorang gadis berasal dari Muar, Johor dan anak kepada seorang guru. Wanita malang itu didapati mengandung tiga bulan setengah ketika dibunuh secara kejam lebih sedekad lalu oleh pembunuh upahan yang dikaitkan dengan Megat yang mengupah dan mengarahkannya.

Khabarnya arwah memaksa Megat mengahwininya kerana benih didalam perut kian membesar. Setelah Megat menolak, arwah mengugut untuk membuat laporan polis. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Mustakizah mesti dibunuh. Tamatkan riwayatnya. Maka, kes ini boleh ditutup atau fail diarah ditutup habis cerita, seperti apa yang berlaku terhadap kes rasuah RM5 juta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Johari Baharom, sedikit masa lagi kes rasuah bekas Ketua Pengarah BPR, Zulkipli Mat Noor akan dinyanyi oleh Peguam Negara dengan seni kata dan irama yang sama.

Sayangnya, kes sebesar itu [mengakibatkan kematian] tidak ada sesiapa pun yang ditangkap dan disiasat oleh pihak polis dan tidak ada sesiapa didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Kita selalu memuji dan memuja bahawa pasukan polis kita merupakan salah sebuah pasukan yang cekap dan professional di dunia, tetapi dalam kes ini pasukan polis kita tidak cekap dan tidak ada kemahiran untuk menyiasat siapa pembunuhnya.Kalau tidak silap saya ketika kes pembunuhan itu berlaku, Ketua Siyasatan Jenayah Bandaraya adalah Penolong Penguasa Mohamad Bakri Omar, sekarang ini telah pun bersara dari jawatan Ketua Polis Negara. Bakri kemungkinan besar sudah tahu siapa yang terlibat, tetapi tidak berani bertindak bagi menjaga kepentingan politik Mahathir, Megat Junid dan UMNO.

Kematian Mustakizah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Beliau mati katak sahaja akibat system keadilan di Negara ini ditentukan oleh pengusaha yang teramat zalim dan kejam. Semoga Allah s.w.t mengampunkan segala dosa Allahyarham Mustakizah. Al Fatihah

Kedua, Megat Junid merupakan salah seorang [yang lain Daim Zainuddin, Rahim Tamby Chik dan Aziz Shamsudin] dikatakan [seperti yang didakwa oleh Anwar] terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam parti dan kerajaan. Megat juga juga bertanggungjawab secara bersama memalukan, menghina dan memenjarakan Anwar Ibrahim selama enam tahun.

Anwar telah memberitahu Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober 1998 [ketika itu Anwar sedang membela dirinya sendiri daripada tuduhan melewat di hadapan Hakim Ariffin Jaka] bahawa Megat ketika itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah mengaku bahawa melalui isteri keduanya Norzilah bte Abdul Jalil, ataupun nama popularnya Ziela Jalil terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkannya kerana beliau [Anwar Ibrahim] memiliki laporan dakwaan Megat Junid terlibat dengan kes pembunuhan Mustakizah, pembahagian saham MITI kepada anaknya dan laporan yang menunjukkan Megat suka berjudi.

Ketika berkuasa dulu, Megat Junid dengan mudah memberi lesen AJL [ (direct selling] kepada kawan-kawannya termasuk rakan artis sperti Zainuddin Zimbo. Zainuddin memang kawan rapat dengan Zeila Jalil, isteri muda Megat. Ketika Megat di Kementrian Dalam Negeri, beliau memberi banyak peluang-peluang kepada kroninya menjalankan perniagaan orang jual orang [lesen membawa masuk pekerja asing] seperti kepada kroni baiknya Tajudin Abdul Rahman dan anak-anak serta isteri muda Megat, Zeila Jalil.

Di masa Megat jadi Menteri pula, beliau telah melantik seorang tukang kebun sekolah jadi Setiausaha Politiknya. Nama dia Mat bin Abu. Mat punya sombong, lebih dahsyat dari Megat punya kesombongan. Matlah yang buat kerja "kutip duit" pada Cina-Cina yang kena buang daerah kalau ada kes ekor haram dan lain-lain. Mat ini juga buat kerja hidupkan lesen senapang Cina. Mat juga tolong kenalkan Cina-Cina yang buat kerja "kotor" pada Megat. Megat mungkin kata dia tak ambil apa-apa dari Cina-Cina ini tetapi Mat kaya raya dengan projeknya itu. Megat kaki judi. Setiausaha-setiausaha Megat juga tolong carikan "kaki" setiap kali Megat teringin hendak berjudi. Ini semua orang tahu. Cuma, kawan-kawan, sanak saudara Megat dan penyokong-penyokongnya ketika beliau berkuasa dulu tidak berani untuk memberitahunya.

Isterinya, Zeila Jalil seorang pelakon seksi dan bergaya. Suka berpakaian mendedahkan batang tubuhnya yang munggil untuk tontonan ramai.Pandai mengoda pembesar-pembesar UMNO yang senantiasa dahagakan seks seperti Megat ini. Zeila pernah didakwa mempunyai lelaki simpanan bernama Eizlan Yusof, bendahari UMNO cawangan Jalan Sultan Yusof, Bahagian Ipoh Barat.

Didalam Bintang Popular iaitu sisipan hiburan Berita Minggu [sunday newspaper bagi berita harian], pada keluaran 23 Febuari 2003 muka 2 dan 3, terdapat kenyataan oleh Eizlan Yusof menafikan gosip-gosip seperti itu bahawa beliau bukan lelaki simpanan Ziela Jalil.

Ketiga, persaraan beliau dalam politik. Beliau bersara dalam arena politik dengan alasan kononya beliau kecewa terhadap amalan politik wang pada pemilihan bahagian UMNO.Keputusan itu dibuat selepas beliau tewas kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Ramli Ngah Talib [sekarang Speaker Dewan Rakyat] dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Perak, pada 15 April 2003.

Kekalahan beliau pada PRU ke-10 dulu adalah akibat percaturan politik Ramli Ngah Talib, yang ketika itu ialah Menteri Besar Perak yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Ramli Ngah Talib yang dulunya Adun Kampung Gajah dalam Parlimen Pasir Salak adalah Ketua Bahagian Umno kawasan itu. Megat hanyalah Timbalan kepada Ramli. Dalam pilihanraya 1995, nasib Ramli dikatakan telah diselamatkan oleh Anwar yang memang mempertahankan Ramli sebagai MB Perak. Berlaku sedikit "kelewatan" perlantikan beliau ke kerusi MB pada waktu itu, kerana berjalannya "sorong-tarik" politik yang dahsyat antara Anwar dan Mahathir.

Ramli tahu, nasibnya tidak sebaik itu selepas pilihanraya umum 1999. Sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, beliau meletakkan dirinya untuk bertanding di parlimen. Gosip-gosip kedai kopi banyak memperihalkan minat Ramli untuk bertanding di parlimen Parit bagi menggantikan emak saudaranya, Ainon Khairiyah Abbas.

Sudah tentulah, percaturan itu mudah kerana "komplot" yang diatur bagi mengetepikan anak Parit sendiri bertanding di parlimen itu disusun sendiri oleh Ramli dan Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Zaim Abu Hassan yang juga Ketua Bahagian UMNO Parit. Hubungan Zaim-Ramli begitu erat sekali. Zaim pernah duduk dibawah dagu Ramli sebagai Setiausaha Politiknya.

Ainon juga ditarik ke Parit adalah atas "komplot" yang sama. Ainon adalah Ketua Wanita Umno Pasir Salak tetapi diberi "nyawa baru" dalam politik, bertanding di Parit menentang Haji Subky Latiff dalam pilihanraya umum 1995. Inilah peranan yang dimainkan oleh Zaim sebagai Ketua UMNO Bahagian Parit dan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri.

Kebanjiran "orang Pasir Salak" ke Parit tidak membawa erti orang Parit tiada yang cerdik dan bijak. Mereka tidak lebih sebagai "orputunis" yang berlagak bijak dan pandai di tempat orang. Pada hal, jika diteliti, keupayaan dan kemampuan mereka dalam politik jelas tempang dan pincang. Mereka tidak ubah seperti "kembiri politik". Sebelum mendapat "kuasa" bukan main hebat ideanya, pandangannya serta cadangannya, tetapi bila "berkuasa" terbukti semuanya itu palsu belaka.

Rupa-rupanya, Ramli tidak sebodoh Megat Junid. Beliau tahu, "politik Parit" sejak Anwar dipecat, makin panas. Prestasi emak saudaranya sebagai Ahli Parlimen Parit ketika itu, agak mengecewakan dan orang Parit mula mempersoalkannya. Ainon boleh dianggap menunjukkan batang hidung setahun sekali kepada orang Parit. Kesibukannya sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Tanah dan Koperasi sering menjadi pendinding dirinya.

Akibatnya, Ramli menukar arah dan tempat.ke Pasir Salak tentunya pilihan pertama setelah Parit gagal diconggak kemampuannya. Sebagai Ketua Bahagian Pasir Salak dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ramli bertindak dengan mudah untuk ke arah itu. Megat Junid yang menjadi Ahli Parlimen Pasir Salak dan juga seorang menteri penuh, tidak payah untuk ditendangnya ke Parit sekalipun sebulan dua sebelum bubarnya parlimen, Megat Junid disebut-sebut bakal bertanding di Dun Air Kuning, Kampar untuk mengantikan Ramli sebagai MB Perak yang baru.

Ramli dikatakan bekerja kuat menukar senarai calon itu dan ianya tidak ditentang oleh Mahathir kerana laporan prestasi UMNO dan BN Parit amat membanggakan. Pendek katanya, BN Parit tidak mungkin tewas dalam pilihanraya itu. Dua hari lagi, hari penamaan calon, sahlah Megat bertanding di Parlimen Parit, Ramli pula di Pasir Salak. Sementara Ainon Khairiyyah di Dun Kampung Gajah. Laluan Ramli nampaknya lapang sedikit tetapi Megat sudah disebut-sebut oleh orang Parit bakal "dihanyutkan" ke Pasir Salak semula melalui Sungai Perak atas rakit batang pisang.

Zaim bertanding di Dun Belanja, sementara Ismail Habullah [Timbalan Ketua UMNO Parit] pula di Dun Bota. Kedua-dua mereka calon bertahan dan anak tempatan di situ. Nasib mereka kurang baik, apabila "mengundang" Megat yang dianggap orang Parit sebagai "orang luar". Faktor orang luar sebenarnya cukup banyak membantu kekalahan Megat.

Meletakkan Megat Junid di Parit membuka lembaran baru bagi PAS kawasan itu. Usaha giat PAS yang dijalankan setahun secara drastic tanpa henti mengasak pemikiran rakyat tentang kepincangan UMNO dan kaitan Megat dalam kumpulan konspirator yang mencatas Anwar, mendapat sambutan luar biasa .

Akhirnya Megat Junid tewas ditangan Ustaz Basir Rahmat [PAS] merupakan ustaz pencen yang giat berkebun. Zaim tewas ditangan Dr.Faizol Fadli [PAS] dengan majority yang kecil dan Ismail Hasbullah yang kalah ditangan Usaili Alias [KeAdilan].

Akhir kata, musibah yang menimpa Megat Junid sekarang adalah ‘anugerah’ Allah yang maha esa supaya Megat Junid bermuhasabah dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-Nya.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian, wassalam. Terima kasih.
Terima kasih joe penang