Oleh Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Assalamu’alaikum wm.wrt,
I. Nahas helicopter Nuri
Saya pada mulanya tidak berapa minat mengambil berat tentang nahas helicopter Nuri pada hari Jumaat, 20 Julai lalu. Saya hanya sekadar mengambil tahu dimana peristewa ini berlaku dan berapa orang yang menjadi mangsanya. Nahas Nuri ini bukan merupakan satu perkara yang ganjil, ianya perkara biasa.
Helikopter Nuri itu telah berkhidmat dalam TUDM sejak tahun 1968 dan pada masa ini sebanyak 20 pesawat itu masih lagi beroperasi walaupun telah digunakan hampir 40 tahun. Dengan kejadian terbaru itu, sehingga kini sebanyak 95 kematian dicatatkan melibatkan 18 nahas atau pendaratan cemas Nuri di negara ini. Nahas hari Jumaat lalu telah mengorbankan ke semua krew seramai enam orang yang berada dalam helicopter tersebut.
Apabila saya membaca New Straits Times keluar hari Rabu, 18 Julai di muka surat 6, satu tajuk kecil menyebut : “Captain feared flying Nuri”. Salah seorang mangsa, Kaptain Nor Azlan Teruzi memberitahu kawan rapatnya Hashidee Murshin Hassim bahawa beliau sangat takut untuk menaiki helicopter Nuri yang sering berulang-alik dari kem Sungai Besi, Kuala Lumpur ke Kuantan Pahang kerana helicopter tersebut mempunyai masalah kipas dan tangki minyak. Beliau kalau boleh lebih rela memandu lori untuk ke kuantan, lebih selamat katanya.
Saya jadi marah. Pertama, Najib awal-awal lagi [belum ditubuhkan jawatankuasa penyiasatan] telah memberi factor cuaca yang menyebabkan berlakunya nahas tersebut. Najib sebagai Menteri Pertahanan perlu tahu dalam usia melebihi 40 tahun, helicopter Nuri sudah tidak sesuai lagi digunakan sebagai helicopter melakukan operasi dan pengangkutan.
Kalaulah Nuri ini sebuah kereta biasa, tentunya segala isinya telah dijual lelong kepada ‘hindu botol’ sebagai besi buruk untuk dicanaikan semula. Najib mempertaruhkan nyawa para anggota TUDM dengan menggunakan helicopter Nuri itu. Jadi, sebenarnya Najib bercakap bohong untuk menutup kelemahannya sebagai Menteri Pertahanan yang tidak ada rasa pertanggungjawapan dalam menjaga keselamatan nyawa para anggota TUDM. Bercakap sahaja lebih, macam tin kosong, seperti beliau bercakap berapi-api di mesyuarat UMNO di Kelantan. Celah kangkangnya pun beliau tidak terjaga.
[Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/70034 dan http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_ Hadapan&pg=mh_03.htm]
Kedua, dalam keadaan yang tidak selamat itu menyebabkan beliau sebagai Menteri Pertahanan dan VVIP lainnya tidak memilih menggunakan helicopter Nuri untuk menjalankan tugas rasmi, sebaliknya beliau dan VVIP memilih menaiki pesawat VIP istimewa yang lebih selesa dan selamat. Lihat betapa haprakya Najib dan lain-lain VVIP, nyawa para anggota TUDM tiada ada nilai bagi mereka. Yang penting dan yang ada nilai bagi Najib dan lain-lainnya ialah mempergunakan dan memperalatkan undi pos dikalangan para anggota tentera untuk kepentingan politik peribadi bagi terus mengekalkan kuasa, kedudukan dan memunggah kekayaan Negara semahu-mahunya selagi ada kesempatan.
Kedua, dalam keadaan yang tidak selamat itu menyebabkan beliau sebagai Menteri Pertahanan dan VVIP lainnya tidak memilih menggunakan helicopter Nuri untuk menjalankan tugas rasmi, sebaliknya beliau dan VVIP memilih menaiki pesawat VIP istimewa yang lebih selesa dan selamat. Lihat betapa haprakya Najib dan lain-lain VVIP, nyawa para anggota TUDM tiada ada nilai bagi mereka. Yang penting dan yang ada nilai bagi Najib dan lain-lainnya ialah mempergunakan dan memperalatkan undi pos dikalangan para anggota tentera untuk kepentingan politik peribadi bagi terus mengekalkan kuasa, kedudukan dan memunggah kekayaan Negara semahu-mahunya selagi ada kesempatan.
Ketiga, baru sekarang sedar bahawa helicopter Nuri sudah tidak relevan lagi penggunakannya. Ia akan diganti mengambil masa yang begitu lama di antara 2 ½ hingga 3 tahun. Mengapa memerlukan masa yang begitu lama, sedangkan tempahan jet eksekutif Perdana Menteri boleh diselesaikan tidak sampai dua tahun? Najib perlu tahu bahawa para anggota TUDM sekarang berada dalam keadaan truma ketika menjalankan tugas. Mereka boleh mati bila-bila masa sahaja, bukan berjuang menentang musuh, tetapi mati kerana nahas helicopter Nuri.
Jadi, rakyat biasa macam kita ini apalah sangat pentingnya bagi Najib dan kerajaan, rakyat boleh diperkotak-katikkan sesuka hati, sedangkan tentera yang menjadi benteng pertahanan dan mempertaruhkan nyawa untuk kepentingan Negara tidak diberi perhatian, apa lagi kita.
II. Enggan menggunakan kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik
Najib kata kaedah mengesan pengenalan pengundi secara biometrik belum boleh dilaksanakan pada pilihanraya akan datang kerana ia melibatkan kos yang besar dan menafikan hak rakyat yang belum menukar kad pengenalan kepada MyKAD. Kata Najib : “Kerajaan tidak mahu dituduh tidak menghormati hak rakyat sebagai pengundi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan,”
Ini satu pembohongan lagi. Bila pula UMNO menghormati hak rakyat kononnya seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Perlembagaan menetapkan semua rakyat, parti-parti politik dan lain-lain pertubuhan mempunyai hak yang sama seperti yang UMNO keparat ini menkmatinya, tetapi sebaliknya terjadi. UMNO secara sedar [kerana terlalu ego dengan kuasa yang dipegangnya] tidak pernah menghormati hak orang lain. UMNO menganggap bumi Malaysia ini hak mak-bapaknya. Siapa yang mencabul peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Jawapannya UMNO.Lihatlah curak amalan demokrasi di negara ini. Cukup memalukan dan rakyat terasa terhina degan perbuatan UMNO seperti yang ditunjukkan selama ini. Gila kuasa sanggup buat apa sahaja sehingga sanggop membunuh seperti yang pernah berlaku di Padang Terap [di rancangan FELDA Lubuk Merbau]. Beli-membeli [rasuah politik] undi tidak perlu kita bincangkan. Ianya berluasa, tidak ada pihak yang boleh menyekat nafsu serakah UMNO an pemimpinya.
Dalam sibuk mengadakan mesyuarat agung tahunan diseluruh Negara sekarang ini, parti mana yang menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti dewan-dewan sekolah dan kolej serta kemudahan yang ada di ITPA-ITPA seluruh Negara, bukankah UMNO juga. Setiap kali tibanya pilihanraya kecil atau umum, kawasan sekolah dan tempat-tempat awam digunakan sebagai markas UMNO untuk berkempen. Kemudahan yang sedia ada itu digunakan dengan sewenang-wenangnya. Adakah hak seperti ini juga diberikan kepada parti-parti lain. Seingat saya UMNO tidak pernah memberi laluan kepada parti-parti lain menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut. UMNO tidak pernah hormat kepada Perlembagan sekiranya kepentingannya tergugat.
Parti mana yang mencabul dan merogol amalan demokrasi di Negara ini. Perlawanan di sebuah padang yang tidak sama rata. Menggunakan berbagai saluran media untuk kepentingan parti dan menghalang, menyekat dan menghadkan saluran maklumat pembangkang kepada rakyat. Sumber makumat ini sepatutnya berkongsi bersama seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Menyalahguna kuasa untuk mengekalkan kuasa. Bukankah UMNO yang melakukan perkara-perkara tersebut.
Parti mana yang mencabul dan merogol amalan demokrasi di Negara ini. Perlawanan di sebuah padang yang tidak sama rata. Menggunakan berbagai saluran media untuk kepentingan parti dan menghalang, menyekat dan menghadkan saluran maklumat pembangkang kepada rakyat. Sumber makumat ini sepatutnya berkongsi bersama seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Menyalahguna kuasa untuk mengekalkan kuasa. Bukankah UMNO yang melakukan perkara-perkara tersebut.
Tidak masuk akal kerajaan yang dikatakan berjaya dalam mengurusan ekonominya tidak ada duit untuk memperbelajakan sebanyak RM40 juta membeli peralatan bagi mengesan pengenalan pengundi secara biometrik, iaitu membabitkan penggunaan Kad Akuan Diri Malaysia [MyKAD] dan pengimbas cap jari.
Jika Najib dan kerajaan ikhlas dan berani bertarung secara ‘anak jantan’, tidak perlu gopoh-gapah mengadakan PRU ke-12 kerana tarikh luputnya masih jauh lagi iaitu sampai bulan Mac 2009. Sediakan dulu segala kemudahan seperti yang diperlukan oleh SPR baru pilihanraya yang adil dan bebas boleh diadakan.
Soal rakyat yang tidak memiliki MyKad tidak berbangkit langsung. Bukankah sebelum PRU ke-11 dahulu kerajaan telah memaksa semua rakyat Malaysia menukarkan kad pengenalan lama kepada MyCard dan rakyat yang ingkar akan didenda dan disaman. Sekarang ini semua urusan baik dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta telah menggunakan MyCard.
Yang sebenarnya Najib dan UMNO mahu menipu dalam pilihanraya bagi membolehkan seorang pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali. UMNO mempunyai kemudahan untuk mobilekan pengundi dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau satu negeri ke negarai yang lain-sasaranya ialah Kelantan.
Perkara ini bukan satu yang anih, telah terjadi dalam PRU ke-11 yang lalu khususnya di negeri Selangor yang mana masa mengundi telah dilanjutan selama dua jam sehingga jam 7.00 malam, sedangkan masa yang digezet penutupan pusat-pusat pengundian ialah pada pukul 5.00 petang.
Perkara ini bukan satu yang anih, telah terjadi dalam PRU ke-11 yang lalu khususnya di negeri Selangor yang mana masa mengundi telah dilanjutan selama dua jam sehingga jam 7.00 malam, sedangkan masa yang digezet penutupan pusat-pusat pengundian ialah pada pukul 5.00 petang.
UMNO telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan secara terang-terangan kerana seperti yang diketahui umum, pengundi-pengundi yang diangkut dengan bas belum sampai balik lagi. Selepas membuang undi di Terangganu dan di Kelantan.
Hai! Najib, UMNO ingat semua rakyat Malaysia ini bodoh dan dungu ke macam orang-orang UMNO ke? Tiba-tiba UMNO hendak menghormati Perlembagaan. Pastinya ada udang disebalik mee. Pooorahhh!
Kami bukan bodoh semuanya. Sekilas ikan diair, kami sudah tahu jantan-betinanya.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, wassalam. Terima kasih.
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, wassalam. Terima kasih.
Tahu sama tahu le. Puluh tahun sudah diamalkan pelbagai corak untuk terus menerajui. Adakah pihak Agung, Sultan dan Raja tidak mempercayai parti lain mengurus negara? Jika parti lain mengurus negara, bolehkan mereka meneruskan perjuangan dan mengekalkan keharmonian tahap seperti sekarang? UMNO itu nama saja, biarkan. Bagi saya yang penting ialah kualiti didalamnya. Jika ada mereka yang tidak betul, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya- tidak perlu jadi pembangkang atau buka parti baru. Duduklah semeja dengan mereka itu dan bincang. Saya percaya, sedikit demi sedikit kita boleh uruskan pelbagai hal tanpa pertembungan maut seperti banyak negara lain - sama seperti Malaysia mendapat kemerdekaan dari British, begitulah juga pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan UMNO harus usahakan cara yang sama. Saya tahu pihak UMNO sebenarnya menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan Islam, juga kedaulatan Raja. Asalkan negara boleh terus maju, saya berpuas hati. Kita juga harus ingat "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri", masih elok lagi dinegeri sendiri. **Rakyat harus selalu didedahkan kepada tulisan Tun telanjai, supaya sentiasa berwaspada terhadap pemimpin yang korup. Pembaikpulihan adalah ubat.
ReplyDeleteBelum cuba belum tahu. UMNO telah memerintah sudah lebih 50 tahun.Nasib bangsa Melayu "Pi Mai, pi mai, Dok Tang tu juga.
ReplyDeleteUMNO tiada kreatif untuk terus memerintah memperbaiki nasib rakyat khususnya nasib orang Melayu. Sebab itu sebahagian para pemimpinnya kaki perompak khazanah negara untuk kepentingan peribadi.
Sawah mana tiada ulat? Manusia masih dapat makan juga. Dia yang buat dosa, biarlah masa menentukan. Kuatkan iman, tabahkan hati. Malaysia sentiasa melaung-laungkan kebesaran Allah di media setiap hari - apakah ini satu pembohongan? Memandangkan pihak-pihak yang tidak berpuas hati susah hendak bersuara melepas geram, sudikah saudara jadikan Malaysia ini seperti negara-negara yang sedang perang saudara? Adakah keadaan akan bertambah baik dari sekarang? Adakah berbaloi pertumpahan darah di Malaysia? Saya rasa kita janganlah terlalu tamak dan lupa bersyukur kepada apa yang dapat kita nikmati hari ini. YAB Abdullah juga berkata apa yang kita kecapi hari ini boleh lenyap jika tidak dijaga dengan baik. I believe this. Memajukan negara BUKAN dengan cara memberontak, tapi dengan bekerjasama. Kalau tidak diberi peluang bekerjasa kerana pemimpin yang korup, biarkan, mereka tidak akan pergi jauh- tunggu dan lihat, berdoa.
ReplyDelete