Tuesday, July 24, 2007

MUHAMAD MUHD TAIB MUNAFIK?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Sehari dua ini, khususnya pelayar-pelayar internet [tidak di media-media arus perdana yang membawa mesej IBLIS-SYAITAN] membicirakan kebangkitan Muhamad bin Muhd Taib, bekas Menteri Besar Selangor yang badan penuh dengan najis-najis yang masih lagi berbau hanyir akibat bergelumang dengan tahi rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan peribadi dan keluarganya.

Muhamad selaku Ketua Penerangan UMNO cuba menonjolkan dirinya semula dalam kancah politik Malaysia, selepas beliau dilantik menjadi Senator pada 17 November 2006 lalu. Kali ini, Muhamad cuba berlagak menjadi hero dengan membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan penggendalinya YM Raja Petra Kamaruddin konon-konon katanya pada 11 Julai yang lalu satu artikel yang ditulis oleh Raja Petra mengandungi perkataan-perkataan yang menjurus kepada menghasut, menghina Yang DiPertuan Agong dan Agama Islam.

Berkali-kali saya menatap dan membaca butir-butir ayat yang terkeluar daripada mulut busuk Muhamad ini. Saya petik kenyatan Muhamad itu yang disiarkan oleh mStar online seperti berikut :"Ia membabitkan laporan yang [1] menghina Yang di-Pertuan Agong dan menghasut sehingga boleh merosakkan institusi Yang di-Pertuan Agong. Ia juga menghina dan memperlekehkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan," katanya.

"Kita rasa [2]sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita tidak boleh membenarkan penulisan sebegini bebas dibuat di blog, dan kita minta pihak berkuasa mengambil tindakan bersesuaian mengikut peraturan dan undang-undang negara," katanya


http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f1fe9063-c0a85062-e6246600-2c4e9920

Lagi Muhamad menyebut : [3]"Saya rela ditembak, di bom, demi mempertahankan negara, raja dan agama. Saya berani membuat tindakan walaupun diancam," kata senator itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Kerajaan Elektronik 2007 di Dewan Negara hari ini.

"Kita ada undang-undang, tidak boleh sentuh institusi raja dan agama, tetapi mengapa orang bebas untuk berbuat sesuka hati. Saya bukan orang yang menentang penulis-penulis blog, tetapi kita tidak boleh terima [4] orang yang tidak beretika, tidak berbudi bahasa dan tidak bertanggungjawab," kata Muhammad.
http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f781fca0-c0a85062-e6246600-a61a7d68

Memang betulah apa yang diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa ‘Melayu Mudah Lupa’. Lihat dan perhatikan ayat nombor [1] dan nombor [3]. Menyusuri perjuangan ‘MAHA HAPRAK’ UMNO, tidak ada parti dan para pemimpinya yang berani mencabar, menghina, memperlecehkan institusi Raja-raja dan membuang kedaulatan Raja-raja Melayu melainkan parti sesat lagi menyesatkan iaitu UMNO. Adakah kita lupa peristewa krisis Perlembagaan pada tahun 1983 dan tahun 1993 dulu.

Ianya masih segar dalam ingatan sebahagian daripada rakyat Malayia [tidak kepada ahli-ahli UMNO yang berotakan udang belacan]. Para pemimpin UMNO ketika itu membuat perhimpunan di seluruh Negara kempen menentang institusi Raja-raja Melayu dengan tema kempen ‘SEMARAK- PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT’- menjelajah dari satu negeri ke satu negeri.

Dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, Raja-raja Melayu dimaki. dicerca dan dihina semahu-mahunya dihadapan mata dan telinga rakyat. Media massa [mewakili suara IBLIS-SYAITAN] yang dikawal oleh kerajaan kurop ini berkokok siang-malam mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu sehinggakan pada gambaran di mata [fikiran] rakyat tidak ada setitik pun kebaikan yang dibuat oleh Raja-raja Melayu ini kepada bangsa dan agama Islam. Raja-raja Melayu ditelanjangkan semahu-mahunya tanpa sehelai benang pun untuk memalu dan menghinakan Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu. Tidak terkecuali, semua Sultan dan Raja-raja Melayu menerima cacian dan makian ini dari isu yang kecil-kecilnya sehinggalah ke isu yang lebih besar dan mencabar.

Sultan yang paling teruk kena pukulan daripada para pemimpin UMNO ialah Sultan Johor, diikuti oleh Sultan Kelantan [kerana politik menyokong Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin parti Semangat Melayu 46 [SM46] mengakibatkan Anuar Musa yang berangan mahu menjadi MB Kelantan sampai sekarang tidak dibenarkan masuk ke dalam istana Sultan Kelantan], Sultan Pahang dan Yang DiPertuan Negeri Sembilan [soal kekayaan yang melimpah ruah turut diungkit].

Dalam kempen menentang Raja-raja ini, heronya ialah MB Perlis, Shahidan Kassim yang menjadi jurucakap UMNO untuk mencari, mengorek dan mendedahkan segala keburukan yang dilakukan oleh Sultan dan Raja-raja Melayu. Akhirnya, satu usul tergempar dibawa ke Parlimen bagi mengakhiri riwayat Raja-raja dengan menghapuskan Hak Keistemewan Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan perkara 181. Kini, para Sultan dan Raja-raja Melayu hanya tinggal gusi dan lidah [mulut ditampal dengan plaster atau diberi gula-gula untuk dikunyah] angkara perbuatan durjana para pemimpin UMNO.

Parti yang bangkit memperjuang dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja-raja ini ialah Parti PAS dan Parti SM46 pimpinan Tengku Razaleihg Hamzah [cubaan Tengku Razaleihg melalui mahkamah juga turut gagal kerana beliau dikatakan tidak mempunya prima facei], tetapi apakan daya PAS dan SM46 tidak mempunyai kekuatan untuk melawan kerana UMNO menguasai 2/3 kerusi Parlimen.

InsyaAllah saya akan kaji peristewa ini melalui keratan akhbar-akhbar lama khususnya Utusan Malaysia yang menjadi juaranya dan akan dibentangkan kepada para pembaca semua. Tujuannya untuk mematahkan hujah-hujah UMNO yang kononya merekalah yang memperjuangkan dan memuliakan institusi beraja di Malaysia seperti yang diungkapkan oleh Muhamad tadi.

Perkara [2] dan [4] akan dijawap melalui artikel saya ini yang telah disiarkan oleh Laman Marhean dan Laman Tranungkite pada 29 November 2006 bagi mengetahui siapa Muhamad Muhd.Taib yang sebenarnya. Sila baca ULR ini :

http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai59.html

Tidak lengkap lagi kalau tidak membaca hasil tulisan Raja Petra sendiri selepas laporan terhadap beliau dibuat oleh manusia munafik ini. Sila klik ULR ini :

http://malaysia-today.net/blog2006/guests.php?itemid=6723

Sebagai kesimpulannya, pandai-pandailah rakyat Malaysia [khususnya yang akan pengundi pada PRU ke-12 nanti] memilih pemimpin. Jangan tersalah pilih seperti manusia yang bernama Muhamad Muhd.Taib ini. Gunakan otak di atas kepala yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebaik-baiknya, jangan sekali-kali mengunakan kepala lutut untuk berfikir akibatnya sangat buruk memusnahkan bangsa dan agama seperti apa yang berlaku sekarang. Bangsa, agama dan Negara di ambang kehancuran.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

No comments:

Post a Comment