Saturday, June 23, 2007

ADAKAH KITA SUDAH MERDEKA?

DiPetik daripada Blog :http://www.kerissilau.blogspot.com/

Negara kita akan menyambut 50 tahun merdeka
Banyak yang dicapai sebagai sebuah negara
Kita ada menara berkembar tertinggi di dunia
Proton pengeluar kereta kebanggaan negara
Kita juga ada F1 litar sirkit lumba kereta
Rumah papan sudah diganti rumah pangsa
Pusat kerajaan sudah dipindah ke Putrajaya
Pembangunan negara menjadi agenda utama

Sungguh pesat pembangunan di merata-rata
Sehingga terpaksa impot buruh Indonesia

Dulu jalan sempit sekarang ada lebuhraya
Dulu kedai runcit sekarang pasaraya
Dulu hospital kerajaan sekarang hospital swasta
Dulu tv hitam putih sekarang sudah ada tv warna
Dulu ada satu dua channel sekarang tak terkira
Dulu baca akhbar sekarang ada siber raya
Dulu panggung Rex sekarang Golden Screen Cinema
Kehidupan mewah dinikmati semua bangsa

Tidak kira Melayu Cina atau India
Tapi itu semua pembangunan fizikal semata-mata
Janganlah kita terlalu berbangga
Di sebalik merdeka kita masih jadi hamba
Lihatlah statistik yang disiarkan media
Orang Melayu masih duduk di tempat pertama
Jadi hamba kepada dadah ganja dan marijuana
Di Pusat Serenti yang paling ramai orang bumiputra
65% dari penagih ialah Melayu Bumiputera

Kadar jenayah sudah setanding negara Amerika
Tiap-tiap hari ada kes bunuh dilapurkan di media
Kita tak dapat bayangkan anak bunuh ibubapa
Tapi sekarang sudah jadi macam perkara biasa
Baik di bandar maupun di desa

Kita jadi hamba kepada material dan dunia
Agar tercapai impian sanggup lakukan apa saja
Hatta makan rasuah dan komisen berjuta-juta
Rasuah sudah jadi sebati dengan mereka
Kerana rasuah tak dapat dikawal pihak berkuasa
Jenayah terancang masih bergerak bebas sentiasa
Indeks rasuah semakin teruk malu kat
SingapuraIndeks moral juga tidak ke mana-mana

Pelacuran sudah tidak dapat dikawal berleluasa
77% kes anak luar nikah ialah Melayu Bumiputera
Majalah dan video lucah ada di mana-mana
Bahan-bahan yang merosak minda remaja
Sepatutnya lebih banyak universiti di Malaysia
Semakin kuranglah jumlah penjara
Namun penjara sesak macam pasaraya

Hiburan melampau sudah melanda kita
Tengoklah pengaruh Akademi Fantasia
Sanggup menangis kerana Mawi atau Mila
Artis terkinja-kinja tanpa nilai jadi idola
Bukan saintis, negarawan atau ahli sastera

Remaja sudah kurang minat untuk membaca
Kalau perpustakaan ditutup buat sementara
Siapa pun tak marah atau demonstrasi di jalanraya
Tapi kalau kita tutup semua TV sehari sahaja
Alamat yang bagi cadangan kena pukul kepala

Merdeka bukan setakat mengibar bendera
Bukan setakat menyebut Merdeka Merdeka
Bukan naik motosikal ramai-ramai keliling kota
Bukan hanya tunjuk kekuatan polis dan tentera
Atau cuma pandai anjurkan konsert terbuka
Sehingga tengah malam artis terkinja-kinja
Syarikat arak pula sponsor arak percuma
Ini bukan cara kita sambut merdeka

Walaupun dihadiri oleh pemimpin negara
Tetapi jiwa kita masih belum merdeka
Kemerdekaan hendaklah diisi ikut agama
Hendaklah bersyukur kepada Allah Maha Esa

Lihat semula perjuangan Nabi kita
Bagaimana sahabat nabi kecapi merdeka
Merdeka dari penghambaan sesama manusia
Bilal ibni Rabah satu contoh cukup nyata
Hamba tetapi mempunyai jiwa yang merdeka
Setelah menerima nur dan hidayah Allah taala
Itulah generasi al Quran yang terulung di dunia
Islam membebaskan mereka dari cengkaman manusia
Rom dan Parsi tumbang kepada Iman dan Taqwa
Padahal sebelum itu mereka cuma pengembala

Di ambang 50 tahun Merdeka,
Keris Silau21 Jun

No comments:

Post a Comment