Sunday, May 6, 2007

PENGUNDI CINA BIJAK KERANA UNDI PEMBANGKANG DI IJOK

Dipetik daripada : http://n32.blogspot.com/04052007

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Pendapat Roslan SMS :


Berbagai reaksi diberikan bagi menjelaskan mengapa pengundi Cina di Ijok memberikan sokongannya kepada calon PKR khasnya di Pekan Ijok dan Batang Berjuntai. Reaksi yang berbagai ini sungguh menarik, contohnya dalam The Sun Naib Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berkata:

The Chinese voters have spoken up via the ballot box
(pengundi Cina telah bersuara melalui peti undi)

Manakala Presdien MCA Ong Ka Ting pula berkata MCA dan kerajaan perlu mengambil kira sikap masyarakat pengundi Cina ini dan memastikan yang kerajaan kelak bekerja bukan hanya untuk pilihanraya.

Manakala TPM Najib Tun Razak pula mengakui sikap pengundi Cina di Ijok ini namun katanya kebanyakkan masyarakat Cina masih setia pada Bn. Tambha beliau dalam akhbar The Star:

The Chinese are very practical people. They know whom to support when the time comes.(Masyarakat Cina adalah jenis yang bijak. Mereka tahu siapa yang perlu disokong apabila tiba masanya)

Kesimpulannya pengundi Cina di Ijok yang mewakili kira-kira 21% dari jumlah pengundi di sana telah memilih untuk mengundi pembangkang walaupun calonnya orang Melayu, bermakna mereka mengundi bukan kerana bangsa tetapi memilih calon yang berkaliber dan yang mereka yakini. (Ini memang sikap mereka kerana itu Karpal boleh menang di Pulau Pinang dan Kulasegaran di Ipoh serta sebelumnya Allahyarham Ahmad Nor juga di Pulau Pinang walaupun kerusi-kerusi mereka majoriti pengundi Cina).

Peruntukkan mereka dapat, sekolah mereka semakin cantik, kemudahan mereka semakin mewah, namun tak pula mereka macam lembu terhutang budi pada yang memberi sehingga akhirnya menyerah leher untuk disembelih!

Yang menariknya tidak siapa pun mencemuh para pengudi Cina di Ijok. Sikap mereka memilih pembangkang seolah dianggap sesuatu yang bijak sedangkan kalau para pengundi Melayu yang bersikap sedemikian pasti mereka akan dikambing-hitam dan dipulaukan.

Malah orang Melayu rata-rata terutama dalam pilihanaraya kecil beranggapan yang jika mereka mengundi pembangkang mereka akan didiskriminasi. Lalu undilah mereka calon BN walaupun calon itu tidak sehebat calon pembangkang, dan bukan pula dikalangan mereka.

Rupanya 50 tahun Merdeka telah mematangkan pengundi Cina dan menyedarkan mereka darihal hak dan kebebasan mereka yang sememangnya terjamin dalam Perlembagaan Negara yang Merdeka ini. Masalahnya yang semakin sempit, jumud dan beku adalah pengundi Melayu (sebahagian besar) yang makin lanjut usia negara makin buta kesedaran politik mereka.

Saya yakin pihak yang akan banyak meraih keuntungan dari sikap pengundi Cina yang mula ditunjukkan dalam Pilihnaraya Negeri Sarawak tahun lalu dan diikuti dengan Ijok ini adalah parti DAP. Pastinya Kit Siang tersenyum lebar dengan sikap pengundi Cina ini dan pastinya DAP akan mampu mengembalikan kegemilangannya pada PRU 1986 dahulu (atau mungkin mempertingkatkannya lagi) ketika mereka mampu melontarkan 24 orang wakil ke Parlimen dan PRU 1990 apabila mereka kekurangan 3 kerusi untuk membentuk ekrajaan negeri di Pulau Pinang!

Swing dan mood pengundi Cina ini pasti akan mencederakan harapan MCA dan Gerakan pada PRU kelak.

Bagi orang Melayu kekallah terperap di rumah masing-masing, kerana walaupun negara telah jauh dewasa namun hakikatnya sebahagian besar kita masih selesa di bawah tempurung kita masing-masing. Alahai orang Melayu!

Pandangan saya :

Bangsa yang paling bodoh berpolitik di zaman gbobal @ glokal [di zaman IT juga] ialah bangsa Melayu. Kebodohan ini muncul kerana sebahagian besar orang Melayu adalah ‘pemalas’. Mereka malas berfikir, menimbang dan membuat keputusan yang tepat yang memberi faedah masa depan bangsa dan agama. Orang Melayu adalah bangsa yang paling malas membaca [kecuali ketika masih belajar] apatah lagi untuk membuat analisa terhadap sesuatu isu yang timbul. Mereka membaca dan menonton, tetapi tidak menggunakan akal apa yang mereka baca dan apa yang mereka tonton. Akal orang Melayu hanya sejengkal sahaja.

Orang Melayu masih lagi mempunyai perasaan hamba. Takut dan malu-alah yang tidak bertempat. Sistem feudal masih tebal dalam organisasi Melayu. Pantang Melayu derhaka masih lagi jadi pegangan yang tidak membawa bangsa ke mana-mana. Mereka boleh diperbodohkan, dipermainkan dan dilekakan oleh pemimpin dengan menghulur sekupang-dua, hati mereka [orang Melayu] mudah dilenturkan. Mereka percaya bulat-bulat apa yang pemimpin kata. Mudah pemaaf dan mudah tersentuh hati [cepat sedih-tidak cekal]. Oleh itu, mereka masih mempertahankan system yang buruk dan tidak berani membuat sebarang perubahan. Mereka takut mencuba dan mengharung cabaran sepertimana Nabi Muhammad s.a.w hadapi.

Melayu suka membuang masa [kerja sedikti, rehat banyak] dan sukakan hiburan. Melayu yang banyak menghadiri berbagai pesta. Berseronok sepanjang masa. Melayu yang banyak melibatkan diri dalam industri hiburan tanah air. Anak-anak muda terumbang-ambing tanpa arah dan tujuan. Terbiar dan terjebak dengan pelbagai masalah social.

Semuanya itu dirangkumkan menjadi bangsa yang miskin. Miskin harta, miskin semangat dan miskin cita-cita. Amat malang sekali, apabila ramai Melayu miskin IMAN. Dalam keadaan begini [miskin dan daif] orang Melayu senang diperalatkan dan diperkudakan oleh mana-mana pihak bagi faedah golongan tersebut.Mala petaka ini terjadi kerana pemimpin-pemimpin Melayu tidak memainkan perananan sebagai pemimpin. Memimpin ke jalan yang betul. Tidak bernafsu memusnahkan hak orang Melayu dengan menyalahgunaan kedudukan dan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri dan keluarga serta sahabat-taulan.

Memimpin bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum. Tidak ada dasar apartheid diamalkan. Pemimpin dan rakyat adalah sama, masing-masing ada tanggungjawab. Justeru apabila Islam menyatakan keadilan dan persamaan hak, maka ia sememangnya menjadi prinsip agama Allah s.w.t itu. Ia tidak membezakan antara pemimpin dan orang yang dipimpin, di antara pihak yang berkuasa dengan rakyat yang bernaung di bawah kekuasaannya. Semuanya adalah makhluk ciptaan Allah yang bertaraf hamba.

Apa pun kedudukan manusia dalam masyarakatnya, mereka adalah hamba Allah, mereka tetap menerima tanggungjawab (taklif) syarak atau beban hukum yang sama di sisi Allah s.w.t. Pangkat dan kedudukan tidak menjadikan mereka lebih istimewa di sisi Allah Taala, kecuali mereka yang bertakwa kepada-Nya. Memimpin kejayaan rakyat [dunia dan akhirat] seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin umat Islam di zaman silam seperti Khalifah Umar Al-Khatab dan Umar Abdul Aziz. Pemimpin Melayu banyak melakukan kecurangan dan menjadikan amanah sebagai hadiah peribadi untuk mencari keuntungan peribadi.

Manusia dipilih oleh Allah menjadi Khalifahnya dibumi ini. Pada masa yang sama mereka dituntut supaya mengabdikan diri kepada-Nya dalam semua tindakan sama ada dalam urusan ibadah, urusan kehidupan dan sehingga urusan kematian. Pemimpin mempunyai bidang tugas yang besar dan luas antara lainnya mengatur dan mentadbir pelbagai sumber anugerah Allah supaya dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh umat demi kebahagiaan kehidupan mereka yang sementara di dunia ini dan saham bekalan bagi kehidupan mereka di akhirat. Maka sewajarnya setiap orang Melayu mesti mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan. Lebih tinggi pangkat dan kedudukan dan lebih besar autoriti yang dipegang, maka lebih besar dan lebih beratlah akauntabiliti tersebut. Untuk itu Islam meletakkan garis panduan kepimpinan yang baik iaitu berteraskan kepada penghayatan konsep khilafah, ukhuwwah dan tazkiyyah.

Orang Melayu memilih pemimpin berdasarkan harta, pangkat dan kedudukan seseorang, yang lebih penting sejauh mana pemimpin itu [kerajaan yang memerintah] boleh menabur wang-ringgit semasa pilihanraya [PRU dan PR Kecil] dan pelbagai janji manis yang tidak pernah ditunaikan [ditunaikan ketika pilihanraya secara had-hoc]. Dalam pada itu, orang Melayu juga memilih pemimpin berdasarkan keegoan yang dimiliki, suka kepada maksiat, kuat tidur, kezaliman yang dilakukannya, suka bercakap bohong [cakap putar-belit], bodoh, malas berfikir [membaca] dan pandai bergaya [berpura-pura]menunjukkan ianya seorang jujur dan bersih.

Orang Melayu [kebanyakannya mengabaikan perintah Allah menunaikan amal makruf-nahi mungkar] mengabaikan perintah [panduan] daripada Allah agar memilih pemimpin yang selalu:

i.Mencari keredhaan Allah (At-Taubah, 72)
ii.Melaksanakan makruf dan mecegah mungkar (Aali Imran 104-110)
iii.Menjaga kesejahteraan masyarakat (Al-Baqarah 148, Al-Qasas 77)
iv.Membangunkan individu semaksimum mungkin (Aali Imran 139, Al-Hujarat 13)
v.Melaksanakan syura (Aali Imran 159, As-Syura 38)
vi.Mewujudkan jamaah (As-Saff 4)
vii.Berlaku adil (Al-Maaidah 8, An-Nisa 129)
viii.Berlaku Ihsan (An-Nahl 90)
ix.Membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam (Al-Maaidah 44,45, 47, 50)
Bukan pemimpin yang suka membuat maksiat, menentang dan memperlecehkan hukum-hukum Allah, merompak dan memfaraidkan harta rakyat sesama mereka. Berbelanja menggunakan wang rakyat secara boros dan membazir, tetapi dalam masa yang sama pemimpin itu menyeru rakyat berkorban [dalam bentuk wang dan tenaga] untuk Negara, tetapi pemimpin itu menghabiskan wang rakyat. Menaikkan harga barangan dan pekhidmatan yang menjadi keperluan asasi rakyat sesuka hati tanpa mengambilkira kebajikan rakyat. Golongan peniaga dijaga, rakyat terbanyak diabaikan. Rakyat dipaksa menerima arahan tanpa ada sebarang perbincangan dua hala. Kata kerajaan adalah muktamad dan rakyat mesti patuh. Sekiranya tidak, pihak penguatkuasa undang-undang akan bertindak terhadap rakyat yang ingkar.

Tidak kepada kaum Cina [bukan kaum India yang kebanyakannya papa kedana akibat permainan pemimpin yang kurop]. Mereka berpolitik secara bijak dan berpandangan jauh ke depan bagi menjamin survival kaumnya. Mereka boleh bersatu bagi mencapai matlamat dan kepentingan kaumnya. Perhatikan komen yang dibuat oleh Presiden dan Naib Presiden MCA itu, ada mesej yang tersirat. Hati mereka masih berdarah lantaran beberapa orang kuat UMNO [laporan dibuat, tindakan tidak diambil-itulah sifat semula jadi UMNO] menghentam [isu perkauman] dalam perhimpunan agung UMNO tahun lepas. Lebih menghiriskan perasaan kaum Cina ialah apabila Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein [Khairy Jamaludin-Naib Pemuda apa kurangnya] menghunus keris membela bangsa konon, tetapi semua itu hanya auta untuk mendapat sokongan politik semata-mata.

Kaum Cina boleh bersatu dalam wadah yang sama, walaupun berlainan kefahaman politik. Tidak kepada UMNO. Parti pendendam dan pengkianat bangsa dan agama. Perbuatan kianat UMNO terhadap PAS yang memerintah Terangganu 1999-2004 telah menjadi bahan sejarah untuk dikaji oleh genarasi akan datang. Rakyat Kelantan masih lagi merasai pengkianatan UMNO [dari segi pembangunan dan kewangan negeri disekat] untuk merampas semula Kelantan daripada tangan PAS.

Bermacam-macam pengkianatan UMNO terhadap kerajaan dan rakyat Kelantan dari tahun 1990 hingga ke saat ini. Apa salahnya PAS memerintah Kelantan sesama bangsa dan seagama, sedangkan UMNO memerintah seluruh negeri di Malaysia? Sepatutnya UMNO sebagai abang patut membantu PAS sebagai adik. Tidak terjadi sedemikian kerana UMNO adalah sebuah parti pengkianat bangsa dan agama demi megejar politik sempitnya. UMNO sangup berbuat apa sahaja untuk menang termasuk mengurangkan majority Melayu seluruh kawasan pilihanraya di Negara ini gara-gara untuk menyekat pengaruh PAS, tetapi sebaliknya berlaku ianya memberi banyak advantage kepada parti-parti bukan Melayu khususnya kaum Cina. Kuasa tawar-menawar akan meningkat yang akan menghakiskan kuasa dominant UMNO selama ini.

Kita amat mengharapkan kaum Cina membuat swing sekali lagi seperti tahun 1969 dalam pilihanraya ke-12 nanti. Dalam satu kajian yang dibuat oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre menunjukkan bahawa dua bagi setiap tiga orang pemilih kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. [Rujuk:
http://www.malaysiakini.com/news/63362]. Trend itu sudah pun ditunjukan di Ijok, mudah-mudahan ia akan merebak ke seluruh negara.

Kekalahan UMNO dalam pilihanraya [walaupun dibantu oleh pasukan polis,Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR serta jentera-jentera kerajaan] amatlah dinanti-nantikan oleh semua rakyat yang cintakan kepada kebersihan terhadap system pemerintah Negara yang telah dikotorkan dan dinodai oleh UMNO selama lebih 50 tahun ia memerintah. Saat-saat kejatuhan UMNO sudah terbentang di hadapan mata [banyak kebobrokan berlaku secara terang-terangan sepertimana yang berlaku terhadap regim atau tamadun yang runtuh terdahulu], UMNO kini kekuatanya semata-mata bergantung dan bertongkat kepada agensi-agensi yang disebutkan di atas. Sekiranya kita berjaya merampas tongkat tersebut [kembali kepada fungsi asal berdasarkan Perlembagaan],maka UMNO akan tersungkur menyembah bumi.

Masa itu akan sampai jua.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES HINGGA TURUN”

Sekian.Wassalam

No comments:

Post a Comment