Thursday, May 10, 2007

ABDULLAH AHMAD BADAWI_SAYA PERDANA MENTERI


Assalamu’alaikum wm.wrt.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah [Abdullah Ahmad Badawai]menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik [Dr.Mahathir Mohamad pada 1 November 2003] dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid [panggil penyokong dan beri rasuah RM600 juta untuk setiap Bahagian UMNO dapat RM3 juta, kecuali Serawak kerana UMNO tidak wujud untuk kekal presiden dan PM]. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”[realitinya: berhempas pulas untuk kekalkan jawatan. Melakukan berbagai perbuatan mungkar. Rasuah dan menyalahgunaan kuasa serta memperalatkan agensi-agensi kerajaan bagi membantu mengekalkan kuasa.Gunakan undang-undang rimba untuk berkuasa-baik dalam PR atau dalam parti sendiri]


Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”[dipenuhi dengan pengampu-pengampu untuk kepentingan peribadi mencari kuasa, kedudukan, kekayaan dan perempuan].


Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar [beri amaran semua [termasuk rakyat jelata] mesti patuh dan taat setia jangan berbelah bagi. Hukuman sedia menanti kepada sesiapa yang ingkar kepada sesiapa yang berani menderhaka-pasukan polis dan mahkamah siap menanti]


Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang bekerja di rumahnya dia didatangi puteranya untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik kerjanya itu.
Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?". Jawab Umar: “Lampu yang digunakan adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." [beri semua projek kerajaan kepada anak-menantu dengan menubuhan syarikat AAB Sdn.Bhd persetankan dengan kehendak rakyat.Bila lagi hendak merompak harta rakyat ketika berkuasalah, tiada kuasa hilanglah segala-segalanya]


Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber selaku seorang raja yang berjiwa besar [buat renovatian kediaman rasmi dan memasang alat keselamatan mencecah angka RM35 juta.Rakyat dibiarkan tanpa rumah yang ada pun dihalau macam anjing kurap dan kawasan setinggan dibakar dan dibersihkan untuk diberi kepada pemaju untuk membuat projek-projek perumahan bernilai ribuan ringgit yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat marhaen].


Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?"


Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?"


Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya."


Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?" [bincang bagaimana hendak merampas hak rakyat untuk memperkayakan keluarga dan kroni seperti projek-projek dalam RMKe-9]


Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya" [tidak kira tempat asyik tidur.Malas membaca. dan berfikir. Kerap beri alasan tidak sedar, tidak tahu atau tidak terima laporan lagi]


Namun, dalam era Islam Hadhari yang diasaskan dan dilaksanakan oleh Abdullah Ahmad Badawi, kisah Khalifah Umar Abdul Aziz ini tidak diambil sebagai iktibar dan panduan. Abdullah hanya pandai beretorika seperti dalam sebuah sajaknya, beliau menyebut:” Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman, Kita bongkar rahsia sunnah Nabi dan Kita Cari panduan” [tidak pernah jumpa yang terjumpa Khairy-Jamamaludin dan nyonya manis]


Tiga tahun lebih [1.11.2003-10.5.2007-3tahun7bulan] Abdullah menjadi Perdana Menteri [PM], namun beliau masih belum lagi menemui Al-Ghazali dan Al-Shafie serta belum lagi menemui ayat dalam kitab suci yang menyeru kepada amal makruf dan mencegah nahi mungkar. Apakah yang Abdullah temui dalam tempoh tersebut? Jawapannya terkandung dalam krisis beliau dengan bekas PM ke-4, Dr. Mahathir bin Mohamad. Sampai ke saat ini Mahatir menyerang beliau.Terbaru di Kelantan pada 6.5.2007 lalu. lihat kenyataan Mahathir : http://penembakbadak.wordpress.com/ dan http://www.malaysiakini.com/news/66990. Cukup memalukan.


Semua janji awalnya ketika berucap di Parlimen pada 3.11.2003 mengenai pembentukan sebuah kerajaan yang bersih-Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, berintegriti, bertanggungjawab, berjiwakan rakyat-mesra rakyat, memerangi rasuah, kebebasan dan lebih demokratik serta responsif terhadap keperluan rakyat telah menjadi janji-janji kosong. Cemerlang, Gemilang telah menjadi ‘temberang’, rakyat bertambah tersiksa di bawah pemerintahannya yang tidak responsif terhadap kesusahan dan kemelaratan kehidupan rakyat jelata yang dipukul teruk dengan kenaikan kos belanja hidup berlipat kali ganda berbanding sebelum beliau. Jurang di antara golongan kaya-miskin bertambah melebar.


Sementara itu, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan sistem bobrok mementingkan kroni dan nepotisme semakin menjadi-jadi. Skandal rasuah [rujuk kes Mohd Yusuf Said, MP Jasin] dan skandal kewangan [penguasaan kuasa asing terhadap GCL-rujuk kes Pantai Holdings dan ECM-Libra Avenue] menjadi semakin buruk. Kebebasan bersuara [rujuk kes Dr. Mahathir Mohamad] dan amalan demokrasi [rujuk kes-kes melibatkan pasukan polis menghalang aktiviti politik pembangkang dan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di ITPA-ITPA] yang sihat semakin menghampiri hari kemusnahan.


Malah, beliau dengan penuh angkuh dan sombong pernah berkata: “Saya adalah Perdana Menteri”. Kenyataan tersebut telah disiarkan oleh seluruh media massa yang terdapat di dalam Negara ini pada 15 Ogos 2006 lalu. Lihat laporan Utusan : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Beliau mengeluarkan perkataan tersebut bagi menunjukkan kemarahannya kepada Dr. Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbirannya yang dikatakan lemah dan lesu. Dalam Bahasa Inggeris beliau berkata: "Never mind, he can say anything he wants. I am the Prime Minister. I have a job to do. I decide what is best for the people."


Jadi, Saya [merujuk kepada Abdullah] boleh buat apa sahaja yang saya suka kerana saya ada kuasa, dengan kuasa itu saya boleh berbuat apa sahaja yang saya kehendaki. Saya ada wang [tuhan kedua manusia - dua 'it' - duit dan b*rit menjadikan manusia gila] yang banyak untuk berbuat apa sahaja yang saya suka dan saya ada jentera serta institusi-institusi kerajaan yang tetap setia menyokong saya setiap masa termasuk lembu-lembu yang saya pelihara akan tetap mempertahankan saya, walaupun saya membuat perkara-perkara yang salah asalkan saya dapat memberi justifikasi untuk kepentingan rakyat dan negara. Mereka tidak mampu berfikir kerana mereka semua sudah disuap dengan harta kekayaan dan kemewahan hidup [pendapat penulis sendiri]


Abdullah juga ketika membuat lawatan dua hari ke Kuantan Pahang, sekali lagi beliau menyerang Mahathir dengan menyifatkan Mahathir sebagai ‘iblis’ [http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan /20060811002937/Article/].


Menantunya juga tidak mahu ketinggalan turut menyelar Mahathir sebagai ‘beruk ‘ ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Klang, Selangor [http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060806232618/Article/].


Menyelami ketiga-tiga isu ini ketika [Abdullah dan Khairy] membuat serangan balas terhadap Mahathir dan isu-isu lain yang dibangkit oleh rakyat menggambarkan kepada kita bahawa pentadbiran Abdullah tidak melaksanakan konsep kepimpinan sebenar dalam Islam seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang tersohor dalam sejarah ketamadunan Islam.


Dalam Islam, kritikan dari rakyat amat dialu-alukan dan pemimpin perlu bermuhasabah tentang apa yang diperkatakan oleh rakyat, lantas membuat pembetulan segera ke atas mana-mana yang tidak betul diperbetulkan. Bukan marah tidak tentu fasal, melakukan ugutan dan mengancam serta mempergunakan pasukan polis bagi menghentikan kritikan terhadap kerajaan. Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang tidak berusaha dan bertindak membentuk ‘budaya takut’ di kalangan rakyatnya sendiri, sebaliknya kerajaan yang baik perlu berusaha menjadikan ‘budaya berani’ di kalangan rakyat supaya bangkit menegur kerajaan yang membuat salah, supaya kerajaan ini terus berjalan di landasan yang betul dan benar.


Benar apa yang diperkatakan oleh Ruhanie Ahmad dalam kolumnya dalam Agendadaily [http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_836d4d13-3132372e-10a4a320-32c9dffc]. Para pemimpin dan sebahagian kecil rakyat kita sekarang ini telah menukar konsep berani kerana benar telah menjadi berani kerana salah takut kerana benar demi menjaga perut masing-masing. Amat malang bagi kita sebagai rakyat dalam Negara ini, tanpa disedari Allah s.w.t. telah menurunkan balaNya dengan mengubah persepsi dalam hati setiap pemimpin memandangkan perkara yang benar dianggap salah dan salah dianggap benar. Ini merupakan satu alamat yang Allah s.w.t. akan menghapus bangsa ini di muka bumiNya seperti mana Allah s.w.t. menghapuskan bangsa yang kuat dan terkenal pada zaman lampau. Sudah menjadi pengetahuan umum Abdullah menjaga kepentingan perniagaan keluarganya [saya telah menulis perkara ini dalam artikel saya bertajuk: Abdullah Ahmad Badawi-Realiti dan Mimpi.


Keluarga beliau, terutamanya anak beliau, Kamaluddin dan menantunya, Khairy Jamaludin telah mendapat banyak faedah hasil beliau menjadi PM. Abdullah cuba mempertahankan anak-menantunya ini, tetapi bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai nyiru dan akhirnya pembohongannya itu terbongkar juga. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Mahathir bahawa Abdullah mempunyai tabiat suka berbohong.


Anaknya, Kamaluddin memperolehi banyak projek kerajaan [tetapi dinafikan olehnya selepas menerima laporan daripada Scomi], KTMB, TNB dan daripada Petronas. Sementara itu, Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today mendakwa Kamaluddin menikmati lebih dari RM1.5 billion kontrak kerajaan Malaysia dan menurut Raja Petra lagi, Kamaluddin juga adalah pemilik rumah di Perth dan mempunyai beberapa buah kereta mewah di London http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4307&Ite mid=1]. Tetapi dalam satu kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 15.9.2006, syarikat Scomi milik anaknya hanya mendapat kontrak kerajaan yang kecil bernilai RM3.3 juta sahaja daripada peruntukan sebanyak RM675.4 juta [http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm]. Dalam pada itu ia menempah kapal layar mewah berharga RM30 juta dari Turki [hadiah daripada Ananda Krishnan taukeh Astro dan judi] dan memaksa MAS beli jet mewah berharga RM200 juta untuk dia terbang ke sana-sini mengelilingi dunia. Apakah kenyataan ini benar? Hanya rakyat yang dapat menentukannya.


Manakala, menantunya pula terlibat dalam ECM Libra Avenue yang mendapat pinjaman mudah berjumlah RM9.2 juta yang menjadikan menantunya ‘kaya’ dalam usia yang amat muda. Tidak diberitahu kepada umum sampai ke hari ini, siapakah yang memberi pinjaman mudah itu kepada Khairy atau dari mana Khairy dapat sumber pembiayaan untuk membeli saham tersebut? Akibat tekanan Khairy terpaksa melepaskan sahamnya dalam ECM Libra Avenue. Bagaimana pula sikap Abdullah sendiri?


Sebagai pemimpin yang berimejkan watak keislaman dan pengasas Islam Hadhari serta dari keturunan ulama terkenal di Pulau Pinang, Abdullah tidak boleh melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan apa yang beliau ucapkan, nanti Abdullah dikatakan pemimpin ‘munafik’ atau hipokrit. Sebagai contoh beliau menyeru rakyat berjimat dan berhemah dalam perbelanjaan, tetapi beliau sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin adalah teladan kepada rakyat. Rakyat akan menurut apa yang pemimpin buat. Oleh sebab itu, Mahathir diawal pemerintahannya dahulu telah memperkenalkan satu dasar yang dipanggil sebagai ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Nampaknya setakat ini, Abdullah tidak mengamalkan dasar tersebut.


Sebagai contoh, beliau menyeru rakyat berjimat-cermat dan berhemah dalam perbelanjaan, tetapi beliau sendiri tidak menunjukkan sikap tersebut. Tan Kok Wai [DAP-Cheras] telah mendedahkan maklumat mengenai kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian untuk sistem keselamatan di Sri Perdana mencecah RM20 juta di Dewan Rakyat pada 14.9.2006 yang lalu [http://www.malaysiakini.com/news/56810].


Sebelum itu, dalam Utusan Malaysia pada siaran 21.11.2005 [MS: 14-Laporan Parlimen], Nazri Aziz, Menteri di JPM yang menjaga Parlimen memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa sebelum Abdullah dan keluarganya pindah masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, kos pengubahsuaian sahaja memakan belanja berjumlah RM15.81 juta, sedangkan kediaman rasmi itu baharu saja didiami oleh bekas PM ke-4, Mahathir pada tahun 1999.


Kos kontrak asal pembinaan kediaman rasmi tersebut berjumlah RM24.17 juta sementara kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman itu termasuk blok kediaman peribadi hanya RM2.9 juta setahun atau RM242,991.50 sebulan. Sri Perdana, yang terletak di pusat pentadbiran Putrajaya, kos keseluruhan pembinaannya berharga RM200 juta. Ia merupakan kompleks yang merangkumi kawasan seluas 16 hektar yang mengandungi pelbagai kemudahan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang amat canggih.


Sedangkan pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan yang sering bertindak keras secara paksa meroboh dan meratakan kawasan-kawasan penempatan penduduk-penduduk bagi memenuhi kehendak dan kepentingan pemaju bukan untuk kepentingan rakyat. Tindakan ini berlaku di seluruh Negara terutama di negeri Selangor dan di pinggir-pinggir Kuala Lumpur. Kes terbaru berlaku di Kampong Semarak dalam WP Kuala Lumpur dan di Kampung Rimba Jaya di Shah Alam, Kampung Maha Tambahan di Petaling Jaya, Kampung Berembang dan Kampung Batu Lapan di Ampang dalam negeri Selangor. Penduduk-penduduknya terpaksa tinggal dalam khemah kerana tidak mampu mencari rumah baru. Kenapa kerajaan Abdullah kedekut sangat untuk menyediakan perumahan kos rendah yang tetap, sesuai dan selesa untuk mereka yang diarah berpindah tersebut?


Dalam pada itu, Raja Petra Kamarudin juga mendakwa bahawa Abdullah mempunyai kediaman keluarga di Perth yang bernilai 25 juta dolar Australia [satu dolar Australia bersamaan kira-kira RM2.80] atau kira-kira RM60 juta [kepunyaan Patrick Lim pula].Kediaman inilah yang menjadi tempat Abdullah dan keluarganya menetap ketika bercuti di Australia seperti ketika beliau bercuti dari 29 Jun hingga 17 Julai lalu.


Abdullah sebagai pemimpin dengan senang hati membelanjakan wang rakyat yang dianggarkan bernilai RM20,000 sehari dari tempoh 29 Jun sehingga 17 Julai 2006 untuk bercuti. Walaupun beliau sebagai Perdana Menteri ada hak untuk berbelanja sedemikian banyak wang rakyat tetapi wajarkah ini dilakukan dalam masa rakyat digesa untuk mengubah gaya hidup akibat tekanan peningkatan harga barangan di negara ini?


Jadi, kesimpulannya: Abdullah bukanlah sebagai pemimpin Islam yang sebenar. Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkannya tidak lebih daripada untuk mendapatkan keuntungan politik semata-mata. Tidak ada IHSAN di dalamnya, yang ada hanya NAFSU kepada harta dunia. Tidak ada perasaan takut kepada Allah s.w.t. terhadap amanah yang diberikan kepadanya. Beliau bertindak ikut suka hati sebagai “Saya adalah Perdana Menteri”.


Jauh sekali dengan sikap yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam soal pemerintahan dan pembahagian kekayaan Negara kepada rakyat jelata. Umar seorang yang waraq dan adil menyebabkan Negara di bawah pemerintahannya menjadi makmur dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t., tidak seperti di Malaysia yang mengalami berbagai masalah seperti perbalahan politik merebut kuasa, kedudukan dan kekayaan, masalah sosial yang semakin tenat dan sebagainya.


Kita semua perlu berfikir, merenung dan bermuhasabah untuk melakukan perubahan. Kita perlu bersama-sama merehatkan UMNO buat sementara waktu dari terus memerintah. UMNO sudah letih dengan keletihan tersebut UMNO telah melakukan berbagai kesilapan.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.

No comments:

Post a Comment