Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
Friday, August 16, 2013
Saturday, July 27, 2013
BERITA-BERITA TERKINI DI MESIR
PAS
kutuk serangan, angka kematian terus meningkat
(Antara
jenazah penyokong Morsi yang terkorban diserang menjelang sahur di hadapan
Universiti Al-Azhar pagi tadi)
KUALA
LUMPUR: PAS
mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir yang menggunakan kekerasan
serta bedilan peluru hidup ke arah penyokong Morsi yang mengakibatkan ratusan
lagi terkorban dalam insiden terbaru malam tadi.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa.
Friday, July 26, 2013
2,000 BANTAH RAMPASAN KUASA PRESIDEN MESIR (VIDEO DI DALAM)
KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 umat
Islam hari ini bersolidariti menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh
tentera Mesir ke atas Presiden yang dipilih secara sah Dr Muhammad Morsi.
Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 4 kilometer.
Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan
Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 4 kilometer.
Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan
Thursday, July 25, 2013
NAJIB CUBA HINDAR KRITIKAN, PUASKAN NAFSU PEMIMPIN UMNO...........
Kemenangan Umno dalam pilihan raya
kecil (PRK) Kuala Besut, penting buat Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam
mendiamkan 'lawannya' dalam parti sekali gus menangani kritikan pelbagai pihak
termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Daim terus-terusan mengkritik Najib sejak keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekal kuasa tetapi dengan bilangan kerusi yang berkurangan berbanding lima tahun dahulu.
Kritikan itu dilontar lantaran kelemahan kepimpinan Najib berikutan strategi pilihan raya yang salah kerana gemar mendengar koleksi nasihat pakar startegi yang tidak berkesan.
Daim secara halus membuat kenyataan terbuka terhadap Najib dengan memberi perhatian kepada nasib BN pada pilihan raya akan datang dan menekankan Tun Abdullah Badawi berundur dari jawatan selepas hanya menang 140 kerusi Parlimen pada 2008.
Sebaliknya, Najib menang dengan kurang tujuh kerusi berbanding Abdullah.
Isnin lalu, Najib dan isteri bertemu Daim ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Taman Melawati, Kuala Lumpur
Ternyata, Perdana Menteri cuba meredakan pengkritik walaupun pendekatan itu belum dapat dilihat sebagai cukup untuk menutup pelbagai kritikan tajam terhadap kepimpinannya.
KENAPA CALON PAS KALAH DI KUALA BESUT?
The MalaysiaInsider
Sebagaimana diramal, Barisan
Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan
meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)
kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
KEPUTUSAN PRK :
BN
- 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof
atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti
yang lebih besar.
Benar Che Long popular di kalangan
masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2
peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham
Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai. Ini kerana, mengikut kajian
Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya
memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian
calon.
Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus
pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan
yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN
yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap
pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.
Kenapa pengundi Kuala Besut tidak
mengundi calon PAS?
Wednesday, July 24, 2013
RESPONS POSITIF, PENGUNDI BERCAKAP SOAL 16:16
BESUT: Sehingga jam 12.00 tengah hari ini,
pengundi yang keluar mengundi dilihat memberi respons positif kepada Calon PAS
N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau Che Long.
CERAMAH PR KECIL KUALA BESUT YANG DAPAT DIKUMPULKAN UNTUK TATAPAN PENGUNJUNG
PRK Kuala Besut:Ceramah Ulama-Tok Saboh- TG Hadi Awang
PRK Kuala Besut: Cerama Ulama-Tok
Saboh-Datuk Nasaruddin