The MalaysiaInsider
Sebagaimana diramal, Barisan
Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan
meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)
kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
KEPUTUSAN PRK :
BN
- 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof
atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti
yang lebih besar.
Benar Che Long popular di kalangan
masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2
peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham
Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai. Ini kerana, mengikut kajian
Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya
memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian
calon.
Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus
pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan
yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN
yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap
pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.
Kenapa pengundi Kuala Besut tidak
mengundi calon PAS?
Faktor terbesar adalah kedudukan
Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan
perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT
mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal
BN.
Dalam PRU13, pengundi bandar yang
terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi
Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar
melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.
Di samping itu, kenangan lama
perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari
mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.
Isu kafir mengkafir dan sembahyang
dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang
meninggalkan PAS sebelum ini.
Usaha PAS untuk menampilkan seorang
ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi
meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya
memecahkan tembok minda.
Isu-isu yang dimainkan PAS dalam
menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan
menggunakan kuasa wang mereka.
Misalnya, apabila PAS memainkan isu
empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang
boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?
PAS berjaya mendedahkan isu tetapi
BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang
dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik
empangan itu.
Begitu juga kemiskinan. PAS memang
berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang
boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?
Pengumuman PAS bahawa mereka tidak
mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi
memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.
Ia menghantar signal salah kepada
pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan
mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat
yang dikuasai BN.
Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik
kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan
masa depan lebih cerah.
No comments:
Post a Comment