KUALA LUMPUR:
Kerajaan Mesir hanya boleh diiktiraf dunia melalui sistem demokrasi dalam
pilihanraya yang diangkat oleh rakyatnya sendiri dan bukan melalui rampasan
kuasa seperti yang berlaku sekarang.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kudeta atau rampasan kuasa pasukan tentera Mesir yang menggulingkan kerajaan negara itu pimpinan Dr Mohammad Morsi, Presiden yang sah dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya paling demokratik.
“DPPM juga mengutuk tahanan tentera di rumah yang dikenakan ke atas Dr Morsi bersama 12 orang pembantunya,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.
Katanya, penahanan itu dianggap sebagai suatu pencabulan hak asasi manusia serta dendam yang berpanjangan antara golongan sekular dengan pemimpin parti Islam itu.
Justeru, tegasnya DPPM mendesak agar tentera Mesir membebaskan segera Dr Morsi bersama pembantunya di samping memperlakukan beliau dengan baik serta seluruh pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain.
Katanya, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang bertanggungjawab melancarkan rampasan kuasa tersebut perlu dihukum dan diheret ke muka pengadilan atas kesalahannya itu.
“Apa yang dibimbangkan adalah sejarah hitam Mesir akan kembali mewarnai negara itu dan akan kembali diperintah secara diktator seperti yang ditinggalkan oleh legasi Hosni Mubarak,” katanya.
Justeru, ujarnya DPPM merasa sedih di atas perkembangan yang berlaku dan melihat pasukan tentera tidak berhak masuk campur dalam urusan pentadbiran negara itu.
Ini, kata beliau bererti pemerintahan sekarang yang telah mengangkat Adly Mansour, Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, sebagai ketua interim negara, sebagai telah menghina rakyat Mesir dan menghina sistem demokratik yang mereka dokong semasa pilihan raya Presiden setahun yang lalu.
“DPPM juga mendesak agar kerajaan Malaysia supaya menyatakan bantahan keras terhadap pemerintahan baru Mesir dengan mendesak kerajaan baharu berundur dan menyerahkan kembali kepada Dr Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah,” katanya lagi.
Kerajaan juga, ujarnya perlu menolak kerajaan kudeta yang diangkat oleh tentera di bawah Adly Mansour.
Harakahdaily
Bantah rampasan kuasa
tentera, kembalikan demokrasi di Mesir - DSAI
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir
dan menyeru supaya demokrasi dikembalikan di negara itu.
“Pada prinsipnya kita tidak menyokng kudeta, walaupun tentera meletakkan seorang (Hakim) Mahkamah Perlembagaan untuk jadi Presiden sementara,” katanya kepada pemberita di lobi palimen hari ini.
Anwar menegaskan, rampasan kuasa oleh tentera menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.
“Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi
“Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan (Presiden) dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.
Anwar berkata, memang wujud kritikan terhadap pentadbiran Morsi, namun prasangka terhadap kelompok Islam di Mesir seolah membunuh usaha pendemokrasian yang berlaku.
“Saya dapat kesan pandangan beberapa orang yang konon liberal, tetapi oleh kerana menghadapi Ikhwan-Muslimin, (mereka) sanggup mendukung pemerintahan tentera,” katanya.
“Prasangka terhadap kelompok Islam tidak mengizinkan kita mengesahkan pentadbiran tentera,” tegas Anwar.
Presiden Mesir, Mohamed Morsi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera semalam.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah dan perlembagaan Mesir kini digantung.
KeadilanDaily

No comments:
Post a Comment