Wednesday, June 12, 2013

YANG MANA LEBIH 'BERDOSA' KEPADA RAKYAT



Oleh kerana aku bukan peguam atau yang terlatih dalam bidang undang-undang, maka aku tak tahu nak buat keputusan mengenai ahli Parlimen yang tak mahu angkat sumaph di parlimen pada 24 Jun yang akan datang. Tidak dapat aku nak mengatakan yang mana salah dan yang mana tidak. Mengikut kata bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia. "According to Article 59(1) of the federal constitution, any elected representative who fails to take the oath within six months will be disqualified (automatically),"

Itu kata Pandikar Amin Mulia. Apa kata N.Surendran pula. Belia ialah pengamal undang-undang dan seorang peguam dan juga sebagai Naib Presiden PKR. Dia kata, “ This is clear from Standing Order 5(2), which states that ‘a member who has not previously taken the oath may present himself at the table’ and the ‘oath shall be administered to him……
Under the Standing Orders, the secretary of the Dewan Rakyat is bound to administer the oath to any MP who has not yet taken the oath. The speaker and the BN have no powers whatsoever to refuse to swear in Pakatan MPs.”


Aku tak mahu ulas pandangan kedua-dua tokoh ini sebab aku tak tahu undang-undang. Aku tak ‘mengaji’ bab undang-undang. Jadi kalau aku berikan pandangan aku jelas menunjukkan kebodohan aku. Jadi kedudukan aku samalah seperti sikap yang ditunjukkan oleh satu dua tiga ahli parlimen BN  ( yang bukan pengamal undang-undang ) yang cuba mengulas tentang perkara ini. Tentulah ditertawakan oleh rakyat yang faham dan mengerti tentang undang-undang.

Arwah emak aku pernah berkata,” Jikalau tak tahu lebih baik diam…”

Jadi aku ikut kata arwah emak aku mengenai perkara berkenaan. Namun ada juga isu uang sentiasa mengusik benak aku untuk membicarakannya. Sentiasa menganggu fikiran aku apabila aku melihat gelagat sebahagian kecil ahli parlimen yang berlagak bukan sebagai ahli parlimen menepati erti kata yang sebenarnya. Memalukan.

Hampir di setiap persidangan parlimen, akan didapati ahli parlimen yang mengeluarkan hujah-hujah mereka berselang-seli dengan perkataan yang berbentuk ‘carutan’. Mencarut. Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan di parlimen yang disifatkan sebagai dewan yang mulia oleh mereka juga. Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya didengar oleh anak-anak sekolah yang ramai-ramai datang ke parlimen sebagai pemerhati. Kadang-kadang aku terfikir. Tak malu ke ahli parlimen  (yang sudah lanjut usia dan sudah bercucu) sedemikian mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh orang yang sudah bergelar datuk itu. Maknanya sudah bercucu cicit ler…

Ada juga terdapat di persidangan parlimen yang lepas dimana terdapat banyak jawapan yang diberikan oleh menteri-menteri dan timablan-timbalan menteri yang amat tidak memuaskan. Pada pandagan aku jawapan yang  dikemukakan tidak tepat. (Mungkin bagi mereka itu sudah merupakan satu jawapan yang tepat dan sesuai). Dan kononnya ada juga menteri-menteri di persidangan parlimen lepas  yang langsung tidak hadir di parlimen untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Mungkin mereka tidak berani atau berkebolehan untuk menjawab soalan-soalan demikian. Mungkin. Lantas diserahkan tugas untuk menjawab seoalan-soalan demikian ( yang tentunya amat penting kepada negara) kepada timbalan mereka. Perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Lantas menyebabkan aku terfikir bahawa sekiranya ada menteri-menteri kita yang bersikap demikian, maka apakah layak golongan ini dipanggil sebagai menteri yang bertanggungjawab menjalankan tugas negara. Aku terfikir begitu. Mungkin ramai lagi rakyat akan berfikir selari dengan apa yang aku fikirkan. Bukankah hadirnya mereka di parlimen itu untuk memberikan jawapan yang sebenar-benarnya mengenai keadaan negara. Jawapan yang tepat dengan fakta-fakta yang tidak direka-reka. Bukan memberikan jawapan politik yang semata-mata untuk ‘melepaskan batuk ditangga’ saja.

Ada juga ketikanya pihak Speaker menolak isu-isu tertentu supaya tidak dibahaskan. Mungkin Speaker merasakan yang isu tidak penting untuk dibahaskan. Oleh kerana dia yang menentukan boleh tidaknya sesuatu isu itu dibahaskan maka rakyat hanya memerhatikan saja. ‘Terkulat-kulat’lah rakyat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai isu berkenaan. Pada pandangan rakyat terbanyak isu sedemikian seharusnya dibahaskan kerana pada pandangan rakyat isu itu melibatkan negara. Penting. Tetapi oleh kerana pihak speaker merasakan bahawa isu itu tidak penting, apa yang rakyat boleh buat. Mungkin rakyat yang bodoh agaknya tidak tahu membezakan yang mana penting dan yang mana tidak.

Jikalau hendak diperincikan satu persatu mengenai keadaan parilmen lepas khususnya, tentulah banyak isu-isu yang hendak diperkatakan. Biarlah aku ringkaskan saja apa yang diperhatikan oleh rakyat mengenai parlimen kita. Maksudnya pada persidangan-persidangan pada penggal lepas.

·      Ada terdapat sebilangan ahli parlimen yang jarang-jarang hadir pada parlimen bersidang. Istilah yang digunakan pada pelajar sekolah ialah ‘ponteng’. Perbuatan ahli parlimen yang sebegini amat tidak bertanggungjawab. Mereka dibayarkan elaun untuk hadir di parlimen sedangkan mereka tidak menghadirkan diri. Pastinya mereka masih menuntut elaun kehadiran di parlimen, walaupun mereka ( yang beragama Islam) sedar elaun yang dituntut oleh mereka itu adalah haram hukumnya.

·      Ada juga terdapat ahli parlimen yang hadir di parlimen untuk ‘melelapkan mata’. Tidur. Apakah rasionalnya rakyat membiayai elaun ahli parlimen yang  sedemikian?
·      Pergilah ke parlimen ketika parlimen bersidang. Kadang-kadang akan dapat diperhatikan ‘jemaah’ yang berada di kantin parlimen lebih ramai daripada yang berada di parlimen membahaskan isu-isu penting negara. Berjam-jam mereka akan berada di kantin. Bersembang. Tidak ubah gelagat mereka seperti berada di kedai kopi kampung. Pergilah ke parlimen dan lihatlah dengan mata kepala sendiri.

Diharapkan pada persidangan parlimen yang akan diadakan nanti, tidak adalah lagi ahli-ahli parlimen yang bersikap sepertimana yang dihuraikan di atas. Dan adalah lebih baik pihak pemerintah memikirkan mengadakan persidangan parlimen ditayangkan secara ‘LIVE’ oleh RTM supaya dapat rakyat mengadilkan prestasi ahli parlimen yang telah mereka pilih dalam PRU 13 yang lalu.

Sekiranya pihak kerajaan betul-betul ikhlas dan betul-betul telus menjalankan pentadbirannya, laksanakan persidangan parlimen secara ‘LIVE’.

12 Jun 2013

No comments:

Post a Comment