Perdamaian nasional’ Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak akan gagal dan Umno BN akan benar-benar kalah dalam
PRU14 jika beliau terus menganggap bahawa Barisan Nasional memenangi PRU13
tetapi kalah dalam ‘perang persepsi’ sepertimana yang beliau sebutkan dalam
pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar
Malaysia di Jakarta kelmarin.
Menurut
Najib, Barisan telah menjalankan banyak transformasi dari segi pelaksanaan
perkhidmatan sejak empat tahun lalu dan telah memenangi PRU13, tetapi ia kalah
dalam perang persepsi berikutan fitnah dan pembohongan yang telah disebarkan
oleh Pembangkang menerusi media alternatif yang lebih dipercayai orang
berbanding kebenaran dalam media arus perdana.
Kata
Najib: “Untuk pilihan raya umum berikutnya, Barisan mesti mempersiapkan diri
untuk terlibat dalam perang persepsi”.
Apakah
Najib sebenarnya menjanjikan lebih banyak pembohongan Umno BN di ruang siber
dalam masa lima tahun mendatang, walaupun 10,000 cybertrooper Umno BN yang
dilatih dalam siri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dianjurkan di seluruh
Malaysia, melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat, telah gagal sama sekali?
Saya
tidak ingin membela media alternatif, tetapi apakah Najib sanggup menubuhkan
suruhanjaya penyiasatan bebas untuk mengenalpasti mengapa media arus perdana
telah hilang kredibiliti dan wibawa sehingga media alternatif lebih mendapat
tempat?
Biarkan
suruhanjaya bebas itu meneliti pembohongan media arus perdana Umno BN, termasuk
Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, atau Star yang mendakwa DAP
telah mendanai “Tentera Kacang Merah” yang mempunyai 300 hingga 3,000
cybertrooper dan membelanjakan RM108 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun
lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN.
Sampai
sekarang ini lidah Umno Utusan Malaysia masih terus menerbitkan pembohongan
tentang DAP yang kononnya mendanai ‘Tentera Kacang Merah’!
Dalam
PRU13, Umno BN kalah undi majoriti tetapi menang majoriti kerusi parlimen
kerana bagi para pengundi Umno BN gagal menangani isu nasional tentang Malaysia
yang selamat, bersih, telus dan moderat. Najib masih berjaya memegang kuasa
kerana tiadanya sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
Cakap-cakap
Najib tentang ‘transformasi’ semuanya kosong, seperti yang dapat kita lihat
pada hakikat bahawa rakyat Malaysia kini tidak merasa selamat di tempat-tempat
awam dan bahkan dalam rumah sendiri berikutan peningkatan kadar jenayah yang
tidak terkawal, sehinggakan buat kali pertama rakyat Malaysia tidak merasa
selamat untuk keluar makan di restoran dan kedai makan terbuka.
Mampukah
Najib, Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Ketua
Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bersimpati dengan komen
berikut yang ditulis oleh pengunjung blog saya?
“Darah
saya mendidih hari ini apabila membaca berita tentang polis yang menyediakan
pemeriksaan setiap jam ke atas mesin ATM!!!
“Mengapa?
Keselamatan mesin ATM adalah tanggungjawab pihak bank.
“Di
mana keutamaan PDRM? Orang ramai dirompak, ditetak, dirogol, dan bermacam-macam
lagi cara harta benda dan tubuh-badan mereka dijejaskan, tetapi polis lebih
bimbang tentang mesin ATM kepunyaan bank?
“Bank
membayar lebih banyak cukai? Mesin ATM lebih penting daripada nyawa manusia?
“Kita
telah sampai ke peringkat di mana jalan-jalan awam ditawan oleh penjenayah dan
kita tidak lagi berani keluar rumah.
“Bagi
saya kalau polis meronda setiap dua jam sekali di kawasan awam yang menjadi
tempat tumpuan jenayah pun sudah cukup.
“Dan
di mana sekian banyak motosikal yang baru-baru ini diberikan kepada polis
dengan segala publisiti, untuk membantu mereka melakukan rondaan?
“Saya
TIDAK PERNAH melihat walaupun seorang anggota polis di jalan berhampiran rumah
saya, sama ada polis bermotor atau berkereta, sejak enam bulan lalu. Padahal
rumah saya hanya berjarak 2 km dari sebuah stesen polis yang pembukaannya
dirasmikan dengan penuh meriah tidak sampai 3 tahun lalu.”
Boleh
Zahid atau Khalid menjawab persoalan-persoalan ini?
Maka
hairankah kita jika buat kali pertama dalam sejarah negara kita yang berusia 56
tahun ini dan setelah 13 pilihan raya umum, legitimasi seorang Perdana Menteri
dipertikaikan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia?
Oleh: Lim
Kit Siang ialah Penasihat DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Gelang Patah.
No comments:
Post a Comment