Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook
dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar
kesakitan di atas aspa. Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia
emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak
dipaha sebelah kanan.
Penjenayah
yang ditembak diambil dari sebuah blog.
|
Ada beberapa versi video mengenai kejadian itu. Saya percaya ia dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan video berkenaan menerusi handphone. Lelaki itu akhirnya telah meninggal akibat tembakan itu kerana berlaku pendarahan yang banyak.
Apa yang menjadi persoalan saya, berdasarkan rakaman video berkenaan kenapa penjenayah itu dibiarkan menggelupar kesakitan tanpa ada bantuan segera. Memang menjadi prinsip polis tidak akan membantu penjenayah yang diburunya. Polis juga tidak berani mendekati kerana bimbang penjenayah memiliki senjata merbahaya yang boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik.
Tetapi prinsip itu sebenarnya tertolak kalau dilihat kepada penjenayah berkenaan. Dia sudah tidak bermaya dan kalau pun dia memiliki senjata merbahaya dia sudah tidak berdaya untuk melakukan tindak balas.
Secara mudah saya fikir, dalam kes seperti dipapar dalam video berkenaan, pihak polis seperti hilang peri kemanusiaan kerana membiarkan mangsanya bergelumpur kesakitan. Dari konteks kemanusian si penjenayah itu perlu dibantu walaupun siapa dia dan apa yang beliau lakukan. Sekiranya penjenayah itu dibantu saya yakin dia boleh diselamatkan. Bantuan paling mudah ialah menekapkan lukanya dari mengeluarkan darah.
Aneh juga ramai orang mengerumuni dan melihat penjenayah itu menggelupur seperti ayam disembelih tanpa berbuat apa-apa. Apakah tidak ada di antara yang ramai itu terliur untuk memberi bantuan? Yang simpati kepada penjenayah itu? Apakah semua mereka sudah hilang rasa kemanusiaan kerana dia dikatakan melakukan rompakan menyebabkan kemarahan dan kebencian mengatasi segala emosi lain.
Dalam hal ini saya melihat ada dua perkara yang berbeza. Penjenayah itu memang salah dan berhak menerima kesakitan dengan tembakan itu. Dan polis juga patut tidak membantu kerana itu peraturan atau amalannya. Tetapi apabila penjenayah sudah tidak berdaya, rebah atau jatuh, meminta tolong, dari konteks kemanusiaan ia boleh dipersoalkan apakah tindakan membiarkan dia menggelupur sendiri itu wajar?
Soal dia bersalah kerana merompak, hukumannya akan ditentukan oleh mahkamah. Polis hanya bertindak untuk mencegah dan menangkapnya. Bukan urusan polis untuk menghukum penjenayah sampai mati. Tugasnya hanya menangkap saja. Dalam keadaan ini saya tertanya-tanya dimanakah kedudukan atau pertimbangan orang ramai dan juga anggota polis?
Sepekara lagi mengenangkan penjenayah itu apa yang menjadi persoalan saya sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang membuat ulasan dan kenyataan berhubung kejadian itu. Tidak ada mana-mana badan NGO mempejuangkan hak asasi manusia atau politik memberi ulasan terhadap apa yang berlaku itu.
Apakah kerana penjenayah itu kebetulan orang Melayu dan kedai emas itu pula milik Cina maka ia dibiarkan begitu sahaja. Agaknya bagaimana kalau penjenayah itu bukan orang Melayu semisalnya orang Cina? Saya rasa sudah ada mana-mana pihak akan mempersoalkan apa yang berlaku. Setidak-tidaknya akan bertanya menerusi kenyataan umum kenapa penjenayah itu dibiarkan kesakitan tanpa diberikan bantuan?
Saya yakin kalau penjenayah itu orang bukan Melayu rakaman video berkenaan sudah menjadi isu hangat dalam media massa. Sudah ada mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan milik Cina akan bersuara atau setidak-tidaknya membantah kejadian itu.
Dalam pada itu adalah diharap supaya PDRM menyemak semula prosuder atau prinsipnya bila berhadapan dengan penjenayah seperti apa dialami oleh penjenayah yang dikatakan merompak kedai emas itu.
Betapa pun kita ada peraturan dan prinsip sendiri tetapi perikemanusiaan seharusnya diambil kira. Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi elok kalau memberi perhatian dalam kes-kes seumpama ini bagi menjamin hak-hak asasi manusia dilayan dengan adil bagi mengelakkan sangkaan berlaku kekejaman
Biar ler perompak tu mampos bro..idup pun nyusahkan org.. Ko tun telanai xpayah ler sibuk2.. Citer politik je dah ler.. Ko blum pernah ada pengalaman kena rompak ko tak tau mcm mana bhy dia org ni.. Setakat nak radak perut lu dgn pisau anytime dia bleh buat.. Jd sblum dia radak perut lu,perut bini lu, perut anak lu lebih elok dia mamphos.. Apa pun lu kutuk umno n bn gua sokong 100%
ReplyDeleteJangan cakap mcm tu najib...dihadapan Allah nanti kita xtau lg sama ada diri kita ni macam mana..adakah najib yakin dihadapan Allah nanti diri najib jauh lebih mulia drpd perompak tu...? :-)
ReplyDelete