TEMERLOH: Beberapa kecelaruan yang berlaku dalam proses pengundian
awal semalam ternyata bertentangan dengan azam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
untuk menjadikan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai yang terbaik.
Pengarah
Jabatan Pilihan Raya Negeri Pahang, Abdul Majid Hasan berkata, antara lain
bertentangan dengan taklimat SPR sebelum ini berkaitan dakwat kekal, pelekat
keselamatan dan pengawal beg undi pos.
“Dalam
taklimat SPR kepada parti-parti bertanding sebelum ini mengatakan dakwat yang
dicalit sebelum mengundi tahan selama lima ke tujuh hari sebaliknya berlaku di
Kuantan isteri polis mengadu kesan dakwat lesap selepas membasuh pinggan.
“Pelekat
(seal) lambat parti juga pada asalnya dibenarkan oleh SPR, namun di kebanyakan
tempat ketua tempat mengundi menghalangnya.
“SPR
juga pada asalnya membenarkan petugas parti-parti bertanding memegang kunci dan
mengawal beg undi di lokap polis, tetapi semalam tidak dibenarkan pula,”
katanya dalam sidang media hari ini.
Menurutnya,
tiga perkara ini membuktikan berlaku percanggahan dengan kenyataan awal SPR
sebelum ini.
Tambah
Abdul Majid, dapat dikesan juga semalam terdapat pengundi-pengundi pos yang
namanya wujud dalam senarai pengundian awam.
Pengerusi
SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini berjanji untuk untuk
memastikan pengendalian PRU ke-13 yang terbaik dengan membuat perancangan
teliti di samping memperkenalkan banyak pembaharuan ke arah menjadikannya yang
terbaik.
Antara
pembaharuan diperkenalkan ialah pengundian awal untuk anggota polis, tentera,
pengamal media dan rakyat Malaysia di luar negara serta penggunaan dakwat kekal
untuk mengelak pemilih berdaftar mengundi lebih daripada sekali.
Bagaimanapun
semalam apabila berlaku dakwat yang mudah tanggal, SPR memberikan jawapan remeh
iaitu kakitangannya lupa untuk menggoncangkan botol.
Dalam
pada itu, Abdul Majid menyeru kira-kira 50,000 anak Pahang yang berada di
perantauan supaya balik mengundi kerana boleh menyumbang kepada kemenangan
Pakatan Rakyat di Pahang.
BACA
JUGA ARTIEL DI BAWAH :
No comments:
Post a Comment