Friday, May 24, 2013

TIAN CHUA, TAMRIN DAN HARIS DIBEBAS



KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar hari ini dibebaskan selepas majistret (HAKIM PUN TAHU POLIS DIPERALATKAN DAN DIANJINGKAN OLEH REGIM NAJIB UNTUK MEMPERTAHANKAN KERJAAAN MAJORITI 46%) menolak permohonan polis untuk mereman mereka.

Mereka ditahan ditahan polis tengah semalam kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapan ketiga-tiganya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lalu.

"Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, sementara Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris pula di Segambut," katanya.

Dalam perkembangan yang lain,aktivis Mahasiswa Pro Pakatan Rakyat, Adam Adli Abdul Halim turut dibebaskan semalam selepas Hakim Mahkamah Sesyen 1, Norshidah Awang membebaskan beliau dengan jaminan RM 5,000 serta seorang penjamin.



Gambar terbaru Dato Tamrin Ghafar di dalam tahanan.

 
Gambar terkini tahanan politik yang ditahan dibawah akta hasutan Tamrim Ghafar serta YB Tian Chua di balai Polis Jinjang ..


"Time aku duduk dalam UMNO , buat jahat polis tak berani sentuh aku,bila aku bertaubat, berjuang untuk hak rakyat,aku kena tangkap,baik jadi orang jahat di Malaysia ni baru selamat." - Tamrin Ghafar:

MAT SABU'S SPEECH AT BLACK 505, KUALA TERENGGANU



No comments:

Post a Comment