Thursday, May 30, 2013

SAFUAN ANANG DAN ADAM ADLI – MELAKAR PERJUANGAN





              ANAK MUDA PEJUANG BANGSA MENUMBANG REGIM YANG ZALIM

Safuan Anang dan Adam Adli merasakan apa yang mereka lakukan itu betul belaka walaupun pihak pemerintah merasakan  apa yang mereka lakukan itu tidak betul, bertentangan dengan undang-undang yang ada dan lantas mereka dikenakan tuduhan bersama beberpa orang yang lain. Safuan rela dipenjarakan dan tidak rela didijamin.


Bagi aku tindakan Safuan itu suatu tindakan anak muda yang hebat. Aku tidak mengatakan bahawa apa yang dilakukannya itu betul belaka dan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu salah. Bukan. Aku tak kata begitu. Bagi aku kedua-dua pihak itu betul belaka.

·      Safuan dan Adam merasakan bahawa mereka terpaksa melalui ‘penderitaan’ ini disebabkan oleh keyakinan mereka bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka itu betul belaka. Mereka yakin benar sehinggakan Safuan rela masuk penjara kerana tidak mahu dijamin. Bagi aku disinilah terletaknya kehebatan beliau.

·      Mereka merasakan dan mereka yakin bahawa pihak Suruhanjaya Pilhan Raya telah melakukan berbagai penipuan dalam PRU 13 baru-baru ini. Mereka yakin benar tentang perkara itu. Dan mereka ‘menyeru’ orang ramai supaya sama-sama menentangnya. Mereka yakin bahawa menyeru orang ramai supaya menentang sesuatu yang tidak betul itu bukan merupakan suatu kesalahan. Itu merupakan kebebasan bersuara yang merupakan salah satu syarat untuk memenuhi konsep demokrasi. Itu pandangan mereka. Lantas mereka perjuangkan.

·      Pihak kerajaan pula merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh kedua-dua anak muda ini (disamping beberapa orang pejuang lain) adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang ada dalam negara ini. Lantas mereka dihadapkan ke mahkamah diatas kesalahan yang mereka lakukan. Dikatakan mereka juga dituduh dibawah Akta Hasutan – menghasut orang ramai supaya berhimpun.

Jadi pada aku kedua-dua pihak menjalankan tindakan yang bagi mereka suatu tindakan yang betul. Aku tidak dapat mempastikan perasaan pegawai-pegawai polis yang menangkap kedua-dua anak muda itu. Maksud aku mengenai ‘conscience’ mereka – menangkap anak muda terpelajar yang kesalahannya bukanlah mencuri atau mengedar dadah, bukan membunuh tetapi hanya sekadar menyatakan sesuatu perkara yang pada pandangan mereka tidak betul. Pasti ada perasaan bersalah juga di hati pegawai polis yang menjalankan tugas itu. Mungkin….

Bagi kedua anak muda, Adam dan Safuan aku rasa ‘’conscience’ mereka amat jelas. Tidak ada keraguan langsung tentang tindakan mereka itu. Aku pasti tidak akan ada langsung perasaan kesal di hati mereka di atas tindakan mereka yang dianggap ‘bodoh’ oleh setengah pihak. Keyakinan mereka terus memuncak apabila mendapat sokongan rakyat mejority dan yang paling bermakna apabila mendapat kata-kata perangsang daripada orang-orang yang tersayang.

Adam dan Safuan masih muda dan masih belajar tentang selok belok kehidupan. Apa yang merka lalui ini merupakan pengalaman yang amat berharga yang tidak ramai anak muda melaluinya dan tidak berani dan sanggup melaluinya. Hanya anak muda yang mempunyai semangat perjuangan yang kental saja yang rela melaluinya.

Anda berdua mungkin terpengaruh dengan liku-liku kehidupan yang telah dilalui oleh Saudara Anwar Ibrahim. Anda berdua mungkin tidak bersamanya, mengahrungi liku-liku hidup sedemikian tetapi anda berdua mendengar kisah perjuangan ‘anak muda’ itu, yang bermula dari sekolah mennegah sehinggalah ke peringkat univeristy dan sampai kini masih terus berjuang dan berjuang. Beliau terus menerus berjuang kerana untuk mengisi keyakinannnya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbetulkan. Beliau tidak seinci pun berundur disebabkan keyakinannya.

Mahatma Gandhi sanggup menghadapi berbagai dugaan dalam kehidupannya disebabkan keyakinan beliau bahawa apa yang diperjuangkannya betul. Beliau merupakan pembela rakyat India. Dan tidak hairanlah mengapa rakyat India sehingga kini masih memuji dan memujanya. Sememangnya perit melakar satu perjuangan. Sekiranya tidak melalui halangan dan rintangan untuk menegakkan sesuatu bukanlah perjuangan namanya. Ini harus difahami betul-betul oleh anak muda yang sedang bertatih melakar perjuangan.

Memperkatakan tentang perjuangan tentulah tidak lengkap sekiranya tidak dinyatakan tentang perjuangan Nelson Mandela dari Afrika Selatan yang sebahgian daripada usianya dihabiskannya dalam penjara memperjuangkan sesuatu yang dianggapnya benar. Kerana rakyat Afrika Selatan beliau merelakan dirinya merengkok dalam penjara selama 27 tahun. Aku teringat sebuah dialog dalam mahkamah antara hakim kulit putih  dengan Nelson Mandela. Lebih kurang begini bunyinya,

Hakim: Nelson, don’t play with fire………
Nelson Mandela: Playing with fire is my game…..

Itu jawapan anak muda kulit hitam yang bernama Nelson Mandela.

Jose Rizal dari Filipina adalah seorang anak muda yang berjuang untuk menegakkan kebenaran yang akhirnya gugur dihadapan ‘firing squad’ Sepanyol.  Beliau gugur dalam usia yang begitu muda. Ada penulis yang menggelarkan Jose Rizal sebagai seorang ‘genius’ dimana kebijaksanaannya adalah luar biasa. Filipina akhirnya kehilangan seorang pejuang. Namun selepas itu muncul pula beberapa pejuang lain. Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘patah tumbuh hilang berganti’

Sejarah telah menunjukkan bahawa pejuang-pejuang  dunia adalah teridiri dari mereka yang betul-betul yakin tentang apa yang mereka perjuangkan. Mereka bukan pembunuh, bukan perogol, bukan perasuah, bukan pencuri duit rakyat, bukan penipu. Namun yang anihnya ‘manusia-manusia’ yang berperangai sedemikian tidak dipenjarakan. Sebaliknya manusia yang memperjuangkan kebenaran itu yang dihina dan dianiaya.

Betul rupanya…….menempa kejayaan itu melalui perjuangan dan pengorbanan.

30 Mei 2013

No comments:

Post a Comment