Henti
kempen jam 12 malam ini
Siang tadi terbit di TV Pengerusi SPR yang mengingatkan
semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 ini agar menamatkan kempen
pilihanraya masing-masing tepat jam 11.59 malam ini. Ini kerana hari berikutnya
bermula tengahmalam ini iaitu 5 Mei adalah Hari Mengundi.
Seksyen 26(1) Akta Kesalahan
Pilihanraya menghuraikan “batasan” pada Hari Mengundi yang dengan jelas
melarang sebarang bentuk kempen pada hari berkenaan.
Kita harapkan semua pihak akan akur dan menjunjung
undang-undang Negara.
Cumanya pihak SPR kena beri
perhatian adakah pihak BN yang menguasai media arus perdana khasnya media
elektronik iaitu TV dan radio akan turut berbuat demikian. Adakah pihak BN akan
memastikan semua siaran TV dan radio tiada lagi mengandungi unsur kempen
bermula jam 12 tengah malam ini. Semua klip video termasuklah “Sayang Selangor
Yakini BN” seharusnya tidak lagi dimainkan bermula jam berkenaan.
Adakah pihak SPR akan saksama dan memastikan TV dan radio tidak
digunakan oleh mana-mana pihak kerana mematuhi semangat Akta di atas?
Seksyen 26 berikutnya menggariskan:
(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan
subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.
(3) Sesuatu kesalahan di bawah
subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara
Jenayah.
Mampukah pihak SPR menguatkuasakan peraturan ini?
No comments:
Post a Comment