Monday, May 20, 2013

PEGAWAI SPR CUBA MENIPU KEPUTUSAN PRU-13 DUN MANIR

MARANG - Adun Manir YB Ustaz Hilmi Harun berakata, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) selamanya tidak  pernah memberikan keadilan dan ketelusan dalam mengendalikan pilihanraya .

Beliau berkata, dalam keadaan berjaga-jaga supaya tidak berlaku sebarang salah laku dan penipuan sepanjang pilihnan raya umum kali ke-13 yang lalu, pegawai tempat mengundi di salah satu pusat mengundi dalam Dun Manir cuba menipu dalam menentukan keputusan.


"dalam kita kata SPR tu menipu, temat kita menang pun dia nak menipu apa lagi tempat yang kita kalah, semua orang tahu strategi (penipuan) ini telah dilakukan (berulang kali) sebelum ini,

"(saya) nak beri contoh di (Dun) Manir (baru-baru ini) kita tak tau lah (samada) pegawai SPR ni Umno ke Pakatan Rakyat kita tak tahu, tapi cara-cara (penipuan) dibuat oleh mereka, selepas daripada pengiraan undi, pegawai SPR ini (itu) dia tulis angka yang banyak belah balik (ruang) Umno (BN).........angka yang sikit dia letak dibelah alik PAS,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceramah Kesyukuran di Dun Pengkalan Berangan pada Sabtu  18 Mei

Selepas itu, kata beliau, pegawai tersebut memberikan borang tersebut kepada agen pengiraan undi (counting agent) PAS dengan berkata, "tandatanganlah cepat-cepat, kita hendak siapkan segera, kerana kita sudah letih,".Lihat video di bawah :


Katanya, apabila disemak oleh agen pengiraan undi PAS beliau mengeyakki pekara tersebut dan bertanya kepada pegawai terbabit, mengapa angka tersebut terbalik, jumlah undi yang banyak diisi diruangan BN dan jumlah sedikit di ruangan PAS.

"(lalu agen pengiraan) complaint (bantah) kepada pegawai SPR........ dia tanya, ini apa punya kerja ni (pegawai) SPR, (lalu dijawab oleh pegawai SPR).......minta maaf.......mengantuk mata.........,

"padan dia buat main (mempermain-mainkan) kita (secara) bodoh begitu sahaja (sekiranya kita tidak berwaspada),"tegas Ustaz Hilmi.

Menurutnya, ia adalah satu keadaan yang menjadi contoh bahawa, bukan sahaj pihak SPR membuat undang-undang yang menyusahkan, bahkan kebanyakkan para pegawai yang dilantik oleh SPR berpihak kepada Uno dan Barisan Nasional (BN).

Tindakan SPR itu juga katanya, jelas menyalah gunakan sistem pilihanraya untuk membantu Umno-BN mencapai kemenangan dan mengekalkan kuasa mereka.

Dalam PRU-13 yang lalu, Ustaz Hilmi Harun mendapat undi sebanyak 6,873, telah mengalahkan calon Umno-Barisan Nasional, Yusof Awang Hitam yang mendapat 6,285  dengan majoriti 588 undi.

buletinonline.net

2 comments:

  1. Sepatutnya selepas pru12 march 2008.PR telah bersiap siaga menghadapi segala tipu daya yg licik dari suruhanjaya penipu rakyat. Mereka dah plan 5 tahun yg lepas.. lagipun spr ni salah satu parti komponen b end.

    ReplyDelete