TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas
Menteri Besar Selangor tidak memberitahu dia membawa bersamanya ramai orang
UMNO menyertai PAS.
Dia
masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS
sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS.
Yang
dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat
ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN
DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.
Dia
tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan
ulamanya lebih komited dengan Islam.
Setakat
ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua
kerat budak PAS yang terkeluar dari PAS kata hodoh tentang partinya.
Nyatalah pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang dan budak-budak
PAS yang cicir dari PAS itu kebudak-budakan.
Mat
Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun
lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang
Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam
ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.
Atas
latar belakang itulah dia saja masuk PAS dulu dan logiknya siapa
yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.
Sebagaimana
yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan
bekas MB Selangora dan bekas Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah
mereka menyesalinya.
Biasalah
bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau
mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada
dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi. Bagi menjadikan mereka
kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.
Apapun
Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang
perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang tidak
sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.
Sebagai
seorang Islam, dia menyertai parti Islam yang pada pandangan terbaik masa
ini.
Dia
sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti
dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd
Taib bercakap elok tentang Islam dan PAS.
Ia
adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk
PAS.
PAS
adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah
juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang.
Tetapi PAS itu bertambah matang dan bertambah kuat. Ia bukan saja
dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang
bukan Islam.
Bertambah
ramai orang profesional masuk PAS. Ada yang berpendapat profesional yang
menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama UMNO. Yang bersama UMNO
itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu
melihat PAS kuat.
Dalam
gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai
PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO
kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik
dari bersamanya selepas UMNO kalah.
Syabas!
Mat Taib sudah dulu.
No comments:
Post a Comment