Serius, negara kita wajar disusun
semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang
‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika
tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang
berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak
kemajuan dunia masakini.
Keyakinan terhadap semua institusi
demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada kita ini
akan maju ketahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap kerajaan
dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan
semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan
berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam
sebuah negara yng sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan
lain-lain.
Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara
dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di
negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat
kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada
pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita
ketahap yang pernah kita alami dahulu.
Dulu negara kita adalah negara yang
paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju.sejurus kita mencapai
kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi
pembangunan fisikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu
jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan
kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara
maju.
Tetapi bagi pimpinan sekarang mereka
mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ketahap itu. Tetapi
apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang
digembar-gemburkan itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara
maju sebenarnya? Adakah cukup dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir
setinggi awan itu untuk menjadi kayu pengukur kemajuan itu?
Adakah sudah mencukupi jika kita
membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di
dunia itu sudah melayakkan kita digulungkan ke dalam negara maju? Bagaimana
dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita
menjadi sebuah negara maju? Tidak perlu kah kita membina kepimpinan yang
beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju?
Apa kah sebenarnya ciri-ciri penting
yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai ke
tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu?
Negara maju itu adalah sebuah negara
yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan fisikalnya
tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan sesebuah
negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran rakyat
lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai
rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan sehariannya dan lebih-lebih
lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu ada didepan mata mereka.
Dalam sebuah negara maju sistem
kehakiman mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu
pihak. Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan
dengan kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan
bebas tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan
seorang Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu.
Di England badan yang mengendalikan
pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini yang
menunjukkan ‘thumbs up’ di depan media setelah BN berjaya mengekalkan mandat
walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah salah satu
dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu.
Di negara maju anggota Polisnya
lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti
disini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin
pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak
seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang ‘priority’ terhadap
tanggungjawabnya.
Mereka lebih percaya yang perhimpunan
anjuran PKR itu lebih bahaya dari kumpulan penyamun yang sentiasa
mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk
menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh
lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini.
Seperti yang selalu saya sarankan,
negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan oleh
Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan menyusun
kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa.
‘The elders have to take charge’
buat sementara untuk menyususn kembali negara yang telah tersimpul mati dengan
kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. ‘Budak-budak’ yang tidak
berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisab cerut atau rokok daun,
atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana.
Untuk memulakannya biar lah mereka
yang memahami selok belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk
memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang ‘national
reconciliation’. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan
untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu.
Jika Najib benar-benar jujur untuk
matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk
mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa
mempunyai ‘clue’ yang betul untuk melakukannya
Sumber : DISINI
I do not know whether it's just me or if everyone else encountering issues with your site. It appears as if some of the written text within your posts are running off the screen. Can somebody else please comment and let me know if this is happening to them as well? This could be a problem with my web browser because I've
ReplyDeletehad this happen before. Many thanks
Visit my blog post: personal injury claims